CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

weekend @ melaka : Part 1

lps balik keje on jumaat, aku start bersiap macam lipas kudung. eh, tiba2 kan aku terfikir kenapa orang cakap cepat mcm lipas kudung? bukan kah kudung itu maksudnya ada sebelah kaki sahaja? kalau lipas sempurna yang mempunyai kedua2 belah kaki, bergerak lebih cepat kan?kan? sepatutnya org cakap, cepat macam lipas sempurna.kannnnn..

eh, kenapa pulak aku cakap psl lipas??

aku pack barang and bersiap dengan pantas sebab si herry dh 18kali call aku suruh cepat *kau kecoh kan, mentang2 keje half day!* around 8 lebih kitorang bertolak from kl..and about hour later, dah sampai melaka.takde la bawak laju sangat pun..tapi maybe sebab jalan sangat clear

2 orang pengapit yang sangat bijak ini sudah lah tidak tahu jalan ke rumah pengantin, kad pun tak bawak - ni aku marah herry, sebab dia peram kad tu!

sib baik rahiman (ofismate herry cum bakal biras to amir) yang mulia itu telah menjemput kitorg kat petronas after exit air keroh and bawak terus smpi umah pengantin perempuan.

its malam nikah so family terdekat je la yang ada, sume dok mengadap pengantin dr pintu luar.. aku sedikit rimas nak join. aku snap gamba dari celah2 manusia pastu kitorang makan dulu..lapar wehhh


aku bantai makan asam pedas daging..isk.

sesi mengumpat
rahiman & herry

kitorg just tunggu kat luar umah smpi abis majlis nikah, then Mas+amir kuar utk berarak. ini 1st time aku tgk org melaka kawin ikut adat betul, siap pakai sanggul lintang bagai. besar siyal bende alah tu, haruslah berat kan? kemek otak aku klu pakai..

siap ada bunga api dalam buluh oke..meriah! nasib baik aku tak dirasuk syaitan bunga api *jadi tidak terkinja2*


and also klu selalu majlis kawin, pakai kompang kan?but they use rebana.



ramai sangat sedara mara+photographer, aku pusinggggg. eh, bukan aku berpusing lah, gile ke hapa.maksudnye aku pening. lepak luar umah jap, tanya pengantin arrangement for the next day, then terus gi hotel, check in n tidoooooooo

suppose aku tido umah pengantin, tp sedara mara dia ramai wehh, aku terus jadi shy-shy cat siam ;p

11/10/08

majlis @ umah pengantin perempuan (Mas)

the pengapit

sampai around kul 12.30pm, terus aku lepak dlm bilik pengantin.panas kau tau tak kat luar tu.siyes aku tak tahan, sakit kepala. pukul 2pm, pengantin berarak sampai depan umah, diorg suh pengantin pompuan masuk dulu..selamattt..pengantin lelaki kene tol. ni adat melaka jugak

tah hape jadik kat depan tu, aku dh bahagia kt atas pelamin dengan Mas. tp takde maknanya sejuk di dalam rumah ye, sebab diorang kan pasang spotlight kat pelamin. panas macam haramm jugak. rasa nak singsing lengan baju n kain, tapi kang orang ingat aku nak bersilat pula. kenela buat muka 'eh-saya-memang-suka-panas2-mcm-ni..teringat-masa-duduk-Miami-dulu..mcm-ni-la-rasanya'

after Amir kene tol, dapat gak la masuk duduk atas pelamin. kira mulia lah juga perangai sedara-mara Mas ni, redha jek dengan isi sampul tol tu. sebab aku dengar citer in certain cases ada juga yang bersifat puaka, tak bagi pengantin lelaki naik pelamin sebab tak puas ati dengan jumlah duit yang diorg dapat masa tol. hotak kau!apsal tetiba nak bagi duit kat kau pulak?nak buat majlis tu pun dah banyak duit abis tau.eh, aku emo.ahahaha..

aku dan herry lebih berpeluh dari pengantin..aku asyik lap peluh kat muka sendiri sampai tisu melekat2 kat muka aku. tak gune herry, dah lama baru dia bgtau. memang suka lah tengok aku buruk dan di kutuk2 oleh tetamu kan?

after tepung tawar etc2..pi makan..sib baik sebelum mengapit tu, aku ngan herry dah belasah megi goreng ayam kat kedai mamak. so takde la lapar sgt.lagipun masa makan kat main table tu, mana bole makan macam orang ilang akal kan?walaupun lauk2 nya sedap..kene makan lite2 je, ayu-ayu. tak sesuaiii untuk manusia seperti aku ini

aku tak puas ati laaa..psl apa lauk kat meja pengantin sedap2? sedangkan pengantin bukan bole makan sangat pun. nnt klu aku kawin, aku letak makanan kat main table tu stendet makanan rancangan tambahan masa sekolah. bubur kacang ke, roti paun ke..xde nye aku nak letak udang, telur puyuh bagai..bukan nye aku boleh makan pun *ekekeke..busuk ati*

;p

lps shoot2 gambar kt meja makan, pengantin gi salam2 ngn tetamu.

lps tu shoot dlm bilik


hang cangkul..sengal~

some of the hantaran


then photographer (hatta) ajak gi buat shoot outdoor kat Taman Rekreasi Ayer Keroh.

haha, heri di serang kepanasan dan kegatalan kt situ

lagi satu adat org melaka, baling gula2+duit. berebut2 budak2 nih..tidak perlulah aku menjoinkan diri, kang meraung pulak budak2 ini. haruslah aku hebat dalam bidang perebutan wang kan

dalam kul 5, balik hotel, singgah beli panadol sebab kepala aku dah berdenyut tahap maharaja. balik bilik terus terbongkang oke~

aktiviti lps bgn tido aku citer later k

aku nak qadha tido sat..penat oke. aku kan insan yang lemah

mmuah!

-XoXo-

0 u know that u love me: