CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 28, 2008

thursday meal

even nani cakap aku sangat cemerlang, gemilang dan terbilang dalam proses diet kali ini. mau nye tak..kau tak meroyan kalau dah tak boleh pakai jeans favourite?

semalam ujan lebat gile kan? aku stuck kat ofis smpi 6.30pm, not really late la..but since aku sedang berprojek masak2 ni, aku kene keluar ofis on time. so that i can menyinggah beli barang2 sume dulu kan

anw, last nite, i cooked sayur rebus.

tauhu + sawi + tomato

aku letak kiub ayam yang without msg tu, so aku tak tambah garam. sebab taste dah just nice.

makan dengan nurul jugak. again, nurul cakap sedap :) *eh, manjang sedapppp je, ko biar betul ni, aku mula lah nak curiga*

and also, few slices of belimbing


pening ok bila nak berdiet ni, macam tak tau pulak nak makan apa. takkan tiap-tiap hari aku nak bantai makan sayur, buah and benda rebus2 je. ada je yang muka aku jadi macam tauhu tu. itu kira senonoh lagi la, pasal putih dan gebu kan. kalau dah berubah jadik ijau macam sawi? tak ke sakai rupa aku?

arini aku nak makan ayam la..tp belum tau nak masak apa. tak kuasa pulak aku nak bakar2 bagai. kang terbakar pulak dapur umah aku. then nak masak apa? soup again?hmm

nak gemuk senang je kan, kau makan je lah segala benda. tapi bila nak kurus, macam siyal je susahnya. itu takleh, ini takleh.

lepas tu konon2 aku berangan lah nak makan sayur organik tu, konon2 nak kurus secara sihat dan kuat. kepala hotak dia mahal nak mampos, boleh makan McD 2 trip oke

aku dh buat rules that i'm allowed to eat nasi on Sunday. aku nak makan dengan sardin+kicap. lazaaaaaattttt

thank god its friday!

million of kisses :) ,

-xoxo-

Thursday, November 27, 2008

cooking class

dalam-dalam pemalas aku ni, nak diet punya pasal, aku gigih gak masak oke. selalunya bila aku cakap nak diet, aku diet sikit2 je..konsep suka ati nenek aku punya diet. sehari berlapar macam org afrika, sehari lagi makan big mac 2kali.

tp kali ni, memandangkan muka aku dah macam dulang, ditambah dengan 2helai jeans yang dah takleh pakai. haruslah aku menggelupur nak mampos kan.

rite after balik keje semalam, aku singgah carrefour seperti yang dirancang. beli2 barang nak goreng cendawan+oyster sauce

lets see my simple dish

clockwise : bawang besar+bawang putih, halia, carrot, cendawan

tumis bawang besar n bawang putih
lepas tu masukkan carrot. aku bubuh air sikittt psl nak bagi carrot tu lembut dengan kadar segera.

aku adalah tak suka carrot sebenarnya, tapi sebab brokoli kat carrefour tu dia jual sepokok macam boleh share dengan jiran sebelah, so i bought carrot

agak2 carrot dah lembut, masukkan cendawan.

then, put some oyster sauce. kau agak2 lah, kang kalau banyak sangat rasa nya agak sengal juga

kacau2..rasa lah kot2 nak tambah garam ke, i put a pinch.

last but not least, bubuh halia

kacau2 lagi dalam seminit, tutup api

ready to eat!

siap2 je masak nurul balik keje, so i shared with her. sedap kan nurul? hehe. dia yang cakap ok ;p

my version ni memang tak pedas langsung lah, sebab aku kan berdiet. kang makan pedas2, ada yang tertonggeng kat atas katil sebab sakit perut.

so thats my dinner on wednesday nite :)

Wednesday, November 26, 2008

tak boleh jadik ni

aku adalah freak out kerana 2helai jeans aku dh takleh button. bapak dia lah! aku sudah gemok oke.

i met paralyzer last sunday, and dia pun cakap 'awak dah gemuk' babik kan?kau jumpe aku je nak sakitkan ati aku. lepas tu nak bagi aku sedap ati boleh lah pulak menambah 'tapi saya suka'

bongokkkk..sukelah kau tengok tetek dan perut aku yang makin besar ni kan? bontot takpe, memang aku suka kalau membesar sedikit

dem lah, kene diet oke.

aku sudah reduce my nasik intake. since last friday, baru sekali aku makan nasi. so far aku gantikan dengan
  • bubur nasi
  • buah betik
  • buah mangga
  • buah ciku - ni nurul dh tak bagi makan sebab dia kata manis, kang tak pasal2 aku kene kencing manis pulak
  • tahu bakar
  • air masak setengah tangki. serius aku minum air banyak
owh, tp hr isnin aku dating ngan Bunny, jadi diet sedikit rosak..tapi sebab share maka aku rasa tidak berapa bersalah

ni nak tunjuk settee kaler merah ni..suke :*

menu share
cendol n ape bende tu nama dia, tak ingat ah..
its a slice of bread yang topping nya ialah cheese+chicken+mushroom

dah 2 hari aku pegi cold storage beli betik. harini aku sudah malu hendak pergi menunjukkan muka kat situ. rasa mcm cashier tu dah kenal aku je. kang tak pepasal ingat aku ni sembelit, asyik beli betikkkk je kan

so today, aku kene pegi carrefour lah..aih, malas betul. aku nak makan sayur malam ni. cendawan+oyster sauce

misi aku kali ini ialah nak pakai balik jeans2 aku tu

cilake punye jeans. aku rindu mekdi kau tau tak??

-xoxo-

day to remember : 2

abah & ma

abah & ma @ kompleks tabung haji kelana jaya (KTHKJ)

at 3.30am on 20th Nov, we sent our beloved parents to KTHKJ as they will depart for Mekah to perform Hajj

gile aku menangis mcm kene tinggal laki. tidak lah mengongoi-ngongoi, tetapi air mata aku mengalir secara non-stop. aku tanak nangis pun dia keluar jugak..saluran air mata aku pecah agaknya.

yang aku pelik sangat is my mum, she used to be someone yang senang nangis la bila part2 sedih mcm ini, tp that day, dia langsung tak nangis oke. dia just peluk aku and suruh jaga diri. lagi laaaa aku punye empangan air mata sungai rejang ini semakin mengganas.

masa kitorg still dekat our service suite that morning, aku duduk dalam bilik mak aku, then tiba2 aku peluk dia and cakap

hotcocoa : lamanya ma nak pegi *seterusnya sudah tentulah banjir kilat*

ma : sekejap je, nanti ma doakan anak2 ma kat situ. nanti ma balik. jaga diri kat sini tau

i cant imagine kalau satu hari nanti mak aku dah tak ada..well, lets not go there

anw, ma n abah, cocoa doakan ma n abah selamat dan sihat kat sana. dapat tunaikan ibadah dengan sempurna, dan dapat memperoleh haji yang mabrur

i just love both of u!

-xoxo-

Tuesday, November 25, 2008

tagged by miss melancholy

7 Fakta Tentang Saya:

  1. clean and neat freak
  2. saya adalah manja dan kadang2 mengada-ngada dengan org tertentu.nasib kau lah kan ;p
  3. saya sukaaaaaa McD
  4. saya suka menangguh-nangguh keje..isk
  5. saya suka nyanyi2..ada aku pedulik suara aku tak sedap?
  6. saya suka beli perfume..kalau miskin nanti, boleh lelong kat ebay
  7. saya ni nampak je macam garang, tapi saya sebenarnya berjiwa tisu
7 Perkara Menakutkan di Dunia:
  1. hilang ibubapa
  2. hidup sebatang kara, tak ada family or kawan2
  3. tak ada duit
  4. tak ada keje
  5. gempa bumi/gunung berapi/tsunami
  6. jumpa doktor gigi. bukan jumpa kat tepi jalan oke, itu pejadah nak takut. maksudnye ada appointment utk treatment
  7. ok, aku takut lipas
7 Lagu Buat Masa Sekarang:
  1. Fall For You
  2. Ayat-ayat cinta
  3. Ingkar
  4. Hot n Cold
  5. Disturbia
  6. Miss Independent
  7. If I Were A Boy
7 Perkara Selalu Sebut:
  1. ok
  2. hah?
  3. ye ke?
  4. bye
  5. helloooo
  6. opss..sorry
  7. thanks..
ehhhh...macam salah je jawapan aku. dia tanya perkara kan? bukan perkataan. ah, sukati aku lah kan nak jawap ape

7 Perkara Amat Bernilai:
  1. diri saya *kerana diriku begitu berharga..sambil pose2 maya karin*
  2. ibu bapa saya
  3. orang2 yang saya sayang
  4. ilmu yang ada dalam diri saya
  5. kesihatan saya, keluarga, dan org2 tersayang
  6. kebahagiaan saya, keluarga, dan org2 tersayang
  7. pengalaman dan pengajaran dalam hidup saya
7 Pertama Kali Dalam Hidup:
  1. 1995 - pertama kali berjauhan dari mak :( masuk boarding school. gile melalak, tapi tak berani nak cakap nak balik.nak mampos kene penerajang bapak aku?
  2. 2000 - varsity life @ Kuantan + JB
  3. 2005 - working @ KL
  4. 2005 - first time aku bawak balik boypren jumpa parents aku. and manusia itu ialah paralyzer.menyesal2..tu la gatai bijik sangat
dah aku dah tak ingat apa2 yang first time

7 Orang Bertuah Jawab Tag ni:

kau nak tujuh je ke? 70 aku bagi. sape2 yang baca, sila buat tag ini ok. cukup 70 takkk??;p

-xoxo-

Monday, November 24, 2008

i'm bek!

hi darlings!!!

gawd, i miss my blog so damn much!

nampaknye aku kene sapu dan mop lantai umah aku ni jap..takla berabuk sgt, tapi aku kan allergic habuk2 nih

nantikan kemunculan aku *hahaha..matilah, ingat nak buat album ke hapa*

miss, miss, miss u darlings!

-xoXo-

Friday, November 14, 2008

kuciwa

12/11/08

3.30pm : tiba2 otak rajin pulak berfikir tentang makanan, makan fries sedap ni..balik keje ni nak beli fries!

4.00pm : em, nak goreng sendiri ke nak beli McD nye..

4.30pm : ah, goreng sendirilah..boleh makan banyak-banyak. cicah dengan mayo..sorgaaaa

5.00pm : yay2..jap lagi dah nak balik. em, nak beli kat cold storage ke kat Jusco eh..

5.15pm : isk, lum 5.30 lagik ke

5.15pm : pehal tadi 5.15, ni 5.15 lagik???

5.16pm : wat???baru satu minit berlalu..pehal lama sangat nihhhh.takpe2, buat keje dulu

6.00pm : cilakaaaaaa..dh pukul 6 la kan??tak sedar oke!kemas2 beg. pegi jusco je lah

6.45pm : *dalam jusco*err..nak beli yang mana satu eh..ha, beli yg ada cop halal lah *mulia*

7.15pm : *smpi umah* mandi cepat2, nak makan fries nih. sukeeeeee

7.40pm : goreng2 fries..lamanya ko nak masak..ape kene ko ni??slalu cepat jek

8.00pm : yay, dah boleh makan. kenapa lak kau ni keras? ini bukan seperti dalam impian ilyana..eh, i mean impian aku

tiba2..

akak!!!!!!!amende ko beli ni??


erk..

motif tiba-tiba nak merasa penderitaan hidup dizaman jepun dengan memakan UBI KAYU?!

aku adalah kecewa dengan tahap kobongokkan aku pada hari itu~

-x0xo-

Wednesday, November 12, 2008

=kenyang perut suka hati=

hari isnin memang hari yang menyakitkan hati di ofis. aku adalah marah. sudahlah aku kepenatan 2hari membanting tulang, masuk2 opis bos aku banyak bunyik pulakkk


kire dah mulia abis aku tak MC tau tak?


dari pagi aku buat muka masam.. aku juga tidak menconteng sebarang blusher ataupun lipstick kat wajah aku ini, jadi aku adalah pucat seperti orang sakit

bos aku ni, kalau dah satu benda tak kene. meleret-leret lah semua benda tak betul. stress ok! kecikkkk je aku tengok dia, kalau lah aku ada power mcm hiro nakamura yang boleh berentikan masa tu, aku stopkan masa kejap n tempeleng-tempeleng bos aku.


balik2 keje, aku sms nurul, ajak dia dinner. jarangggggg sekali kitorg dinner sekali on weekdays. minah itu siap terkejut by asking ada apa2 yang special ke? gilo, ajak makan pun kene tunggu spesel-spesel ke?

so dia ckp by 8pm dia balik, aku pn mandi siap2 and kitorg gi makan kat

ini menu untuk si penamak seperti aku. tak cukup dengan ciken cop, aku nak jugak add nasik tuh. dulik hape aku. stress kannn *alasan*

spaghetti yang penuh dengan dedaun berguguran kepunyaan nurul


kenyang macam nak ilang akal oke. perempuan dua org nimana lah reti nak balik umah terus kan .jalan2 la dulu. mari lihat apakah hasil tangkapan aku

ekekeke.. dah makan macam badak ada ati nak kuruskan diri menggunakan seketul sabun

ah, kau ingat aku pedulik? janji aku suka hati oke


lalalalalala


-xoxO-

Tuesday, November 11, 2008

kenduri doa selamat

gile malas aku nak cite psl kenduri tu sebab gambar tak banyak lahh..xdenye aku sempat nak snappy2 oke.

yang sebenarnya, memang i dont haf any pic on the occassion.yilek..yang ada cuma ini

proses penyediaan

mak aku tak sempat2, balik pasar terus blender bawang segala

adik aku kutuk perut aku buncit. keji. apehal la lengan aku dah besar ha?

bz gile ok. start preparation masak2 as early as 7.30am.nasib baik time tu aku dah bangun, harus la kan, kang tak pasal2 kene perambat ngan puan alimah

aku kemas2 umah while sume dh sibuk kat dapur. kenduri 1st session ialah selepas zuhur, dedicated to sedara mara. and 2nd session after isyak untuk family friends and jiran2.

yang after zuhur tu in control lagik. tp yg lps isyak tu..mak oiiiiii macam kenduri kawin kau tau tak?gilo bapak aku, tah bape ramai org dia jemput tah. kata nak buat kecik2. dia selalu over tau

abang aku dh risau makanan tak cukup, tp alhamdullillah, memang cukup..sold out semua makanan haritu

owh, menu hari itu ialah

  • nasi jagung
  • dalca daging+sayur2an
  • ayam masak merah
  • acar nenas+timun
  • buah betik+tembikai
  • dadih
  • kek lapis + kek butter
  • agar2
kau ingat dengan menu sebegitu, aku masih mampu berdiet??jangan harap oke.

thanks to kwn2 adik aku yang datang tolong basuh segala periuk dan kuali :)

penat gile, badan aku sakit2..and malam tu after selesai semua, aku terus terbaring kat ruang tamu. tak sempat cuci muke ke hape..tak smpi 5min aku dh off


hasilnyeeeeeee...

ruam2 kt muka aku, banyak lak tu..haihh *fine, idung aku besarrr*

everything went so well, syukur lah dh selesai semuanye. next week parents aku fly

tu je cerita kenduri, sekian

-x0x0-

kisah benar~

ari sabtu lepas, parents aku buat kenduri doa selamat kat rumah. so, after keje on Friday, aku gigih berlari-lari ke puduraya nak naik bas. tiket tak beli pun lagi sebab aku malassss nak pegi sana. gamble je la sbb bukan musim cuti pun

sesampai sana, earliest bus yang ada pukul 7.30pm. aku lak sudah terpacak kat situ dalam kul 6pm. pejadah aku nak buat lama2 kat situ

tak baik tau buang masa, mak aku marah..so, bagi memenuhi masa lapang, aku telahh

makan kfc ;p

ini semua kerana aku terpengaruh rakan sebaya dengan si Nani laa..bole dia cite dia lunch makan kfc semua. sudah tentulah aku tergugat oke

by 7pm aku gi puduraya balik, beli mag buat peneman aku didalam bas. padahal kan dah sah2 dlm bas tu gelap, pehal aku nak baca mag bagai tah


ah, suke ati aku la kan, duit aku.so aku pegi la kedai sorg apek ni, grab female *bulan ni nye edition tebal nak mampos oke, sila lah beli.anda pasti tidak akan menyesal* pastu apek tu belek2 bape harga mag tu. eh, ko ni sebenarnya tokeh ke kuli? tetiba dia ckp kt aku 'anambelas ringgit' hah? pala hotak hang!!!!!


aku terus tunjuk harga kt tepi mag tu, 'lapan ringgit kan?' then dia bole tgk2 harga tu n sengih2 macam beruk. gile keji oke, suke2 jek letak harga sndr sbb tg bnda tu tebal.


naik2 je bas, aku tgk seat aku sudah diambil orang
aku dh nk marah, tp budak kecik kan so aku tanya je la elok2. pastu dia ckp boleh duduk mana2. ko biar betul dikk..mcm ada share pulak dlm kompeni bas nih. tp aku blasah je duduk belakang dia. ape2hal senang aku nak tuntut seat aku balik

then one by one org naik..aku cemas dowh sape duduk sebelah aku. ye la, bila aku nmpk yg kacak2 naik, xde pun yg duduk sebelah aku.


bagi menenangkan jiwa, aku belek magazine. tiba2 aku dgr bunyi 'pssst..psst' apekah itu?? aku pn angkat muka.owhhhhhhhh dia nak duduk sebelah aku, so dia suh aku alihkan beg aku laa. aku nak pitam oke, sebab muka dia sebijikkkkk macam..


sumpahhhhhhhhh aku tak tipu!!!

tekanan oke..psl dia besaq, bontot dia adalah melimpah ke seat aku. maka aku perlu mengecilkan diri dan terhimpit kt dinding bas sepanjang almost 4hours

T_T


-x0xo-

Monday, November 10, 2008

pissed off!

aku nak buat entry pasal kenduri kat umah aku on sabtu lepas, tapi sebab aku harini aku hangin dengan bos aku si devdas tu, mood aku sudah mati

apsal la kan, klu jadik bos je kaedah kepala batu tanak dengar cakap orang?

pastu bajet dia je betulllll..padahal memang dasar lembab tanak terima explanation orang.
lpas tu menjadikan hidup semua orang seperti neraka.

sakit tul ati aku

sampai hati abang buat pah mcm ni *tetiba* ;p

-xox0-

Friday, November 7, 2008

zip lock bag - found!

aku kan sibuk cari zipper bag tu, sebenarnya mak aku lah suruh belikan. isk, macamlah kat johor tu tak ada tau. tp aku layankan aje. menambah pahala dengan membantu ibu :)

aku kan malas. so aku tanya je few people mana nak cari benda alah tu. jawapan dari mereka sungguh memberangsangkan sampai aku rasa nak sunatkan mereka sekali lagi

soklan aku : mana nak cari zip lock bag?

oleh kerana aku takut manusia ni tak paham, aku terangkan panjang lebar sikit. 'alaaahh, yang macam plastik ubat tu'

jawapan 1 :

Nani : apsal ko tak beli je medicine compartment tu?

*ishhh..ade ke aku kata nak isi ubat?? cekak pinggang*

hotcocoa: takmo..aku nak plastik tu jugakkk

Nani : cenggini la..ko gi farmasi..
: ko tggu kt kaunter tu..
: kot la dia ade plastik ubat yg nk dibuang
: ko ambikla...huhuhu

hotcocoa: ko kannnn..sib baik je ko jauhh *kalau takkkk, taulah nasib ko mcm mana ;p*

sungguh mendukacitakan, nextttt:

jawapan 2:

Najib : eh, kat carrefour ada lahh

hotcocoa : ye ke? sy tengok takde pun *padahal aku tak pegi carik pun.haha ;p*

Najib : adaaa..sy tgk kt carrefour sini ada

hotcocoa : *peluang2* haaa, pekata awk belikan utk saya?

Najib : errr *tone kaedah menyesal bagitau aku, tak psl2 kene suruh belikn!!*

keji kan? kalau perempuan lain cepat sahaja kau menghulurkan bantuan eh? bila part aku je kau malas ;p

jawapan 3:

from few people : tak tau

gile benci aku dengan jawapan last tu, langsung tak ada tanda2 berusaha untuk berfikir.

so yesterday, aku gi cold storage..sini kan selalu ada benda pelik2. jumpa ok!!

aku tak tau mak aku nak saiz yang mana, so aku call la dia

hotcocoa : dah jumpa dah, ma nak size yang mana?medium ke large?

ma : emmm..medium tu besar mana?

hotcocoa : dalam kotak oke, tak boleh tengok

ma : bape cm?

hotcocoa : isk jap2 *bgtau dia bape cm. dekat 5kali jugak la aku mengulang*

ma : aaaa..eh, jap2 ada org dtg..jap2 ma tengok sape

aku pun tunggu laa..gile lama ok. then aku hang up. aku beli dua2, malas aku nak berfikir

malam tu mak aku call

ma : cocoa, ala sori la..td ma lupe cocoa tengah tunggu kat fon

ha?boleh ke mak aku lupa? macam org gile je aku menunggu jawapan untuk saiz yang dikehendaki.

isk..

hari ni aku balik kampung lagi. esok ada kenduri doa selamat untuk saudara mara and jiran2. 2 session ok. aku seperti biasa, kontrak basuh pinggan

wahh..mesti makan best2 :) abisla aku, sudahlah minggu ini aku asyik makan nasi lemak je for breakfast

bunny, even pagi tadi kite tak sempat nak beli nasi lemak BB disebabkan oleh pakcik gilo tu, i gigih beli kat tmpt lain


ELLE, this is for u. dah cantik dah rupabentuk tempat ini. nak dibandingkan dengan dulu lah kan? motor tu instead of 2, dah tinggal satu..aku rasa mcm motor baru lah.

aite, have a lovely weekend darlings!

:)
-xoXo-

too little too late

this is going to be a boring entry to some of you..i promise this is going to be a short one. i just need to speak a lil on this, so please bear with me..


i received a phone call from paralyzer last nite. being someone who loved him unconditionally once, makes me feel that i shouldnt just toss him away from my life.


yes, he hurt me not once or twice..but he did make me happy as well. i decided that we can be a good friend as i can see no harm by doing so

but seems like he cant, its either we're in relationship or nothing at all. he keep begging and begging and begging, and finally he cried. what's that for? no, seriously, why now? it's me who used to cry like a mad cow before..sampai bengkak2 mata aku and hingus jangan cakapla, aku rasa penuh semangkuk.

now i guess the saying is true..what you give, you get back.

he asked for one more chance, just one more..but u know what mr palayzer, your chance has come and gone.

you are just too late~

we're done..

siyes aku macam perempuan saiko.ahahahaha ;p

-xoxo-

Thursday, November 6, 2008

my IT Exec

my IT Exec from Kulim (Rizal) datang untuk menyelesaikan masalah email bos-bos aku. macam2 la permintaan diorg yang adalah menaikkan darah Rizal *betul kan Rizal?aku tau hang geghammm ja ngan si Devdas tuh.haha*


aku sibuk tgk henpon baru Rizal, Samsung Omnia

fine, tangan aku buruk macam orang tua. pegi la mampus kan

ha, cakap pasal henpon, henpon aku juga sudah mula menunjukkan kegilaannya. antara tanda2 awal :

1. mengubah suara mak aku kepada suara jantan sasa mana tah..gile komfius aku ms call umah, alih2 suara lelaki sasa mengangkat telepon. lps 3kali aku call baru la kedengaran suara mak aku. which is masa dia angkat fon kali ketiga tu, aku ditempik.ehhhh pesal lak? rupa2 nya dia dgr suara aku, tp aku dok letak fon. jadi dia marah ;p

2. mengubah suara aku kepada suara nenek tua!gile keji henpon ni. ini abah aku yg cakap oke. aku call umah gak, then abah pickup. bole dia tanya aku sapa? lepas tu dia letak fon.ehhhh..dah kenapa pulak kan? aku call balik, mak aku lak angkat. then dia kata 'ohhh..cocoa' bila aku tanya pesal abah letak fon? mak aku kata abah ckp dia dengar suara nenek tua, abah aku takut. boleh??? kecewa aku T_T

3. kadang2 tak boleh tekan butang answer, aku tekan la 18kali pun..still jugak dia ringing. mcm @#^$# kan??

4. tengah2 cakap, alih2 je senyapppp.gilo

ok, aku dah malas nak taip lagi so kesimpulannya henpon aku dah diambang maut. tp aku sayang hp ni tau, K800i, beli ms baruuu kuar ni, kan Bunny? :)

walaupun aku kaedah miskin, xde bajet nak beli hp, tp berangan tu wajib beb. so, wishlist aku ialah :

1. Sony Ericsson - c902

2. HTC Touch Diamond - setelah diperkenalkan oleh Sara. gambar dah penah letak dulu.

bila nak dapat bonus niiiii. tu, encik finance kat Kulim, sila apdet saya secepat mungkin. kalau takde bonus, saya nak berenti keje.




haha, aku tipu.

ah, nak makan lah, lapar oke.

owh, btw thanks Rizal sebab belanja nasi beriani semalam.oppss..yes darlings, aku melantak nasi beriani semalam, gile kenyang oke. ko tau je lah kan mamak kalau bubuh nasik, macam nak suruh kau kenyang sampai esok

-xox0-

3g call :)

Fish is here in KL for his 3day course, from selasa to khamis. tapi sebab dia banyaaaaaak keje nak setel kat ofis dia yang kat ujung dunia tu, dia mintak excuse to start the course on rabu. dia drive to kl after keje on selasa, n tido kat R&R sebab penat gila. bole?sib baik tak kene rogol ;p

anyway, yesterday dia ada class for the whole day, smpi 11pm.gilo..we planned to have a teh tarik session lepas dia abis class, plus dua2 sudah menggelupur sebab sudah lama tidak berjumpa.hahaha..lama ke??ah, pedulikk

tapi tau je lah aku kan, pukul 10 mata aku dh kelat2 oke.10.30 aku sudah merasa ngantuk tahap naga. then tetiba fon aku bunyik..aku tgk jam, haaa dah pukul 11.15. aku tertido la tuu.haha

memandangkan dia penat n aku lak mengantuk, we decided not ko keluar. aku lah yang menghasut tu. pasal klu keluar jugak, kompem aku akan berperangai tahik. mula2 memanglah oke, bila ngantuk semakin menggila, aku akan bertukar rupa kepada sejenis manusia yang kau rasa nak tanam hidup2 ;p

tiba2 Fish telah mengeluarkan satu idea 'how about kita dating thru 3g call?' owh..thats brilliante!! suke, sukeee dengan idea itu. sempatla aku sikat2 rambut dulu kan.hehe
*abislaaa melambung bil u Fish*

sukeeeeeeeeeeeeeeeee..tido nyenyak semalam oke. eh, mcm la sebelum ni tak tido nyeyak kan??haha

muka gembiraaaa.....
ok aku tau serabai+hodoh
tp kau ingat aku peduli ke?

-xoxo-

Wednesday, November 5, 2008

steal~

lama tak letak pic makanan kan. meh aku letak sekeping dua

my lunch yesterday, nasi ayam from foodcourt Wisma KFC - RM5

kak has makan ini

chicken chop from the same foodcourt - RM7.50

aku ni yang sebenarnya geram jek tgk makanan dia oke, black pepper sauce tu sedap dowh. tapi bila aku terfikir kandungan lemak ayam yang di deep fry itu dan bermacam2 lagi gangguan lain, jiwa aku sudah tidak tenang..

ahh, lupekan ciken chop..aku makan je nasi ayam. tggu aku tak berfikir panjang nanti, akan ku makan ciken chop itu *sambil genggam tangan dan memandang ke langit*

ini dinner aku. aku dh mengidam bape hari dah niii. lps balik keje semalam, aku tunaikan hasrat yang terpendam. korg yg tak penah try Maggi HotCup TomYam ni baik korg try, sedap nak mampos oke..tp jgn letak air panas byk2 sgt, bagi sama rata je dengan ketinggian mee tu, bila mee dah kembang, korang rasa dulu, klu rasa masin sgt, tambah sikit lagi air. klu dh tlebih air tak sedap dahhh..

stone gile~

yesterday pas balik keje aku singgah Times Square to collect baju yang aku tukar dr satu kedai ni. dari jemaat lepas aku tunggu. lembab!

after dh setel, aku turun escalator la nak balik, aku cuba tidak melilaukan mata aku..sebab aku ni kan pantang nampak

lg satu jek floor before aku boleh balik umah, bole aku tnampak sesuatu yg menarik??aku tanak pegi oke, tp aku rasa kedai tu ada pakai mandrem laaa..*alasan*

ok fine, aku nak pegi TENGOK sahaja. omg, omg, omg!!i found a steaaaaaaaaaaall!! sangat bongok kalau dilepaskan

tadaaaaa...

RM25 sahaja

aku sukeee.. i even menghasut seseorang untuk membelinya. ekekeke..*tp cantik kan u?*

demam aku dah baikk :) tu yang menggedik bjalan ke Times Square sume tu.

aku nk cari Zip Lock bag lah. mana nak carik eh? aku nak yang besar, yang guna utk bubuh liquid stuff kalau nak travel tu.


ni rupa dia

NOTE:
1. Blog aku dah macam tadika, warna-warni.isk

-xoxo-

Tuesday, November 4, 2008

kool fever~

yesterday morning i had nescafe instead of my daily Milo. after setengah jam, tetiba aku rasa loya semacam, ah sudahhh.pehal lak ni..pastu pening kepala sangat2, and rasa macam nak termuntah oke

1st of all, aku tak mengandung ye ;p

after lunch..bijik mata aku dah start bdenyut2, itu adalah tanda2 aku nak demam. badan dah start weak..tapi aku buat2 gagah. smpi nak dekat balik, mata aku dah berair..bos aku ingat aku melalak oke. dia nak ckp ngn aku pun mcm takut2 je.haha

bila aku bagitau Nani yang aku macam nak demam , respon dia ialah

Nani : pesal lak

Nani : ko main ujan eh

hotcocoa : hah?gilo

hotcocoa : takde keje aku nak main ujan, baik aku makan ataupun tido

Nani : mane la tau

Nani : suke sgt Fish tu balik

Nani: gile kejap jdnye

bengong..mentang2 aku ekstremis, senang2 je membuat tuduhan terhadap aku kan

and bila aku bgtau Fish, respon nye juga sedikit err..

Fish : la..demam pulak. u main panas ye *wat the ??? sorg ckp aku men ujan, sorg ckp aku men panas!*

hotcocoa : i kan itam, mana bleh main panas u ;p


fine, aku mengutuk diri sendiri la tu..ye la, ilang akal ke hapa nak main panas. sedar2 la sikit kaler kulit yang agak rentung ini kan

i rushed balik umah, mandi2 and terus melepek atas katil macam orang berpantang. tinggal lagi aku tak sapu benda alah putih tu kat dahi aku je.

tu segala panadol, minyak cap kapak, sume aku guna untuk menyihatkan aku.

even masa nurul tanya 'kenapa muka mcm taik' aku buat tak tau je. takde mood la nurul, sori ye.aku emo bila demam

by 10pm aku dh tido oke, kalau ikut ati ni lps mandi aku nak tido terus..tp aku gigih melayan cerita Cinta Batu Belah itu. hehe..

at 4am, paralyzer called to set a dinner date ngan aku! kau dah kenapa?? pukul 4pagi la? actually dari weekend lepas masa aku kat kampung dia dah sibukkkk nak ajak keluar. okla, aku boleh aje nak keluar as fren..tp klu dah push2 macam ini, aku mulalah hendak panas ati..

sudah..aku nak tempek gamba yang tiada kene mengena..saja2 je

baju baru beli last week :) niat asal aku hanyalah untuk pegi beli McD. tp bila lalu depan kedai ini, aku terjebak. i love red, tp saja tukar angin..

anddd..aku beli earring jugaaa. tak pasal2 je, aku tak tau pun nak pakai pegi mana. ah, nanti aku fikirkan. rambut mcm bangang je. aku saje posing dgn earring baru

haa..sambal sardin yang aku gila-gila kan

humaira ciyom aunty cocoa :)

cepatla demam ni baik, tapak tangan aku sejuk gile dah ni.

-x0xo-

Monday, November 3, 2008

si puaka, bertajuk puaka, dan ending yang puaka


ya allahhhhhhhh..dah la aku tgh ala2 sakit hati, jiwa dan raga..boleh pulak si Liar itu tiba2 muncul

he called, tapi aku tak angkat, sebab aku malas, sebab aku tau dia ada kat kl. haha..pastu dia buzz lak kat ym. arghhhh *tarik2 rambut sbb tension*


so aku layankan je..dia ajak teman gi low yat cari RAM utk lappy dia. eh, pehal lak aku kene teman? so aku bagi alasan maybe aku balik keje lambat so tak sempat nak teman..tak kuasa oke


and biasalah kan jantan tak siap mcm ni mestilah hendak buat kau rasa bersalah by saying 'takpelah tanak teman' and 'takpelah, u ni sombong' ehhh macam lah aku pedulik?


then aku saja lak nak menyakitkan ati dia. mana boleh aku sorg je sakit ati kan? tidak adil..so aku tanya 'mana bini u?' dia kan tanak mengaku ada girlfren, pastu menggatal..sakit tul ati aku. siap kutuk2 girlfren sendiri just to prove yang pompuan itu terhegeh2 kat dia. padahal pompuan tu la yang kau angkut kesana sini..oh plisss. ntah ape dia cite kat org pasal aku ni agaknye.fakk.. gile keji ok perangai!


suddenly, dia sentap nok. bole sound aku 'u ni pesal, perli2 i..nak tanya2 mcm tu??'

bole tak???????? puaka kan nak sound2 aku gitu? apehal kau nak marah2 kalau kau tak buat? kalau terasa di perli tu, sah2 ko bersalah kan?kan? pastu kau ingat aku nak layan ke? pegi la jahanam...

talking about puaka, ada cerita baru kat tv3 yang akan ganti cite kekasihku seru tu. tajuk dia ada jugaklah perkataan puaka tu kan. nmpk mcm takut oke

dan ending cerita kekasihku seru tu pun adalah puaka juga. tak suke!


-xoxo-

spill the beans..

its been a tiring weekend for me..

seeing my dearest mum n dad's face is another story..yang mengusutkan keadaan is the last minute thing that happened unexpectedly

seriously buat aku sakit kepala n tiba2 aku rs macam aku anak sulung..i haf to take care of everything. its ok for me, but why? am i the only one yang boleh berfikir secara waras despite of segala kegilaan aku?

i act as if i'm totally fine in front of everyone especially mum and dad, but who knows what's inside? and by saying that i'm single so that i have nothing to be taken care of is definitely bangang!

and if that is what going to be after a marriage, eh tak kawin pun takpe la..baik aku jaga mak bapak aku tau tak?

and being me yang cengeng ini, i haf to spill it out to someone. i want to call Bunny, tp bila tpikir yang dia tak sihat, aku taknak menambahkan tahap kemuntahan nye mendengar cerita aku.

mangsa seterusnya sudah tentulah Fish, butttttt dia kan kat Jakarta. adalah gila kalau aku hendak menelefon just to mencengengkan diri. tak perlu oke

masa tu la pulak paralyzer rajin sms aku. ringannnnnn je mulut aku ni nak bercerita kat dia. just to ringankan otak aku since i cant curse dihadapan mak bapak aku kan. kang tak pasal2 kene cili pulak.

nasib baik lah aku ni jenis malas taip sms panjang2..klu tak, kompem dah aku buat karangan pengaduan. sebab tak kuasa lah pulak aku nak call dia. jgn harap oke..

guess what, aku hanya makan nasi 2kali sahaja sepanjang di rumah. one is with sambal sardin and another one aku makan dengan daging akikah yang dimasak oleh pihak masjid.

aneh kan? aku yang kuat makan ni makan 2 kali jek..itu pun aku makan sorang2..

i planned to join ma n abah pegi masjid on sabtu tu, solat jemaah maghrib kat sana and then ada kenduri sikit. abah sponsor daging lembu sekor for makan kat kenduri tu.

bukan selalu aku pegi masjid kan, sesekali mensucikan diri ;p

tapiiiiii aku tak dpt pegi sebab kene jaga anak sedara aku kat umah. boleh tak???????????

sabarrrr jek aku ni when ma ckp 'cocoa takyah pegilah, jaga humaira kat umah..tu kalau bawak tu mesti buat perangai'

sebagai anak yang solehah, aku turutkan perintah mak aku..walaupun dalam hati.....*u know lah if u know me ;p*

btw, Fish dah balikkk..sukenye akuuuu. hehe

sesampai je dia kt lcct at 9.30am dia inform aku 'u, i dh smpi, nak gi kl sentral ni'
i replied 'bes nye u dah balikk'

ngeeee~

fyi, aku n Fish mengamalkan PJJ..mcm Nani cakap 'korang ni selalu selisih tengah jalan je' .even that dia takde dekat dengan aku all the time but to know that he's there for me is more than enough. so far, everything's been good between us..bagus jugak mcm ni..klu selalu jumpa kang mulalah nak gaduh bagai..

weekend ni aku kene balik kampung lagi..tp aku malas nak pikir sekarang..jemaat nnt baru aku pikir.

thanks for reading/listening darlings~

kisses,
-xox0-