CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

stret to the poin

1. aku tekankan lagi sekali di sini, esok CUTI.


2. weekend ni adik badik aku sume ada kt umah parents aku. dan aku berjanji pada diri sendiri taknak dukung mana-mana anak sedara aku. lantak lah kau nak menangis melolong, bguling bagai ke hapa. sebab aritu aku dukung nabila, tangan aku sengal 3hari oke!

3. misi balik kampung kali ini ialah nak makan roti jala - as usual, its all about food -_-

4. hari sabtu ni sepupu aku kawin. ko tau sepupu aku yang mana? itu lah, anak makcik aku yang mengamuk macam singapura di langgar todak tu

5. bengang dengan henfon aku ni! apesal tengah2 golden triangle ni ko boleh takde line pulak? biatch!

6. owh, ini patut jadik point no 1. tapi xpelah. mcm ni, arini aku jalan jauh sikit masa lunch, bosan ah asyik2 makan tempat yang sama. sekali sampai je situ, bole tak penuh tempat duduk??gamps..tapi tak kire, dah jalan jauh-jauh kena gak gigih cari tempat duduk iaitu macam game rebut kerusi tu la. orang bangun je terus cop dan tulis alip-lam-lam-ha, sapa duduk tangan kudung. alamak, mcm panjang je point ni. ok2, aku pecahkan pada 6.1

6.1 masa aku duduk tggu kak has sampai dengan makanan dia, mata aku meliar la..takkan nak tengok setempat je. sia-sia je hidup kau kalau macam tu ok. tiba-tibaaa..mamat france itu pun melangkah masuk cafe dengan penuh bergaya. wahhhhhhhhh. sumpah kau hensem dowh

6.2 tempat duduk adalah limited, maka kawan dia cari seat while dia amik food. aku nakkk je buat-buat lupa yang aku datang bersama 3 orang kawan aku dan suruh diorg join meja aku. tapi memang bakal dimaki oleh kak has. so play safe, jangan gatai bijik!

6.3 akhirnya dia duduk belakang aku, selang satu meja. demmit. apesal la cina belakang aku ni makan lama sangat??? tak nampak ke ramai orang?!

6.4 dia makan nasi campur + teh tarik. hehehehehe. fyi, dia makan sambal belacan juga

6.5 bila laa ko nak tegur aku niiii...nak harapkan aku, memang harapkan pagar, pagar makan padi le.

7. aku dh makan krispy kreme - manis sampai lubang juboq!

sanggup beratur dgn perempuan ini. nasib tak bape panjang

komen ida : 'donut mak i lagi sedap' makan ati la ko krispy kreme oiii

-xoxo-

puspa~

shitman..aku adalah busy macam mesin basuh *elle, u know whr i got this. haha*

esok cuti hari pekerja ye. motif tanak mengaku BURUH??padahal memang pencacai kt opis ni pun kan? jadik dah cuti panjang ni, tak reti2 nak balik kampung?? bole menjimatkan duit makan sume ok..sebab free. kalau duduk kl ni harus nak shopping la, makan sedap2 yang kene bayar sendiri la, dan akhirnya terjerumus ke lembah kepapaan di tengah bulan. tanak aku memperjudikan nasib aku mcm tu

aritu masa aku singgah kat caltex sebab nak cek gaji kat atm dia, aku dengar sebuah lagu yang agak catchy juga tapi dalam masa yang sama agak annoying sebab macam dangdut pun ye jugak. u know, love-hate relationship. macam benci tapi suka

tapi takdelah aku buat gila nak tanya mamat caltex tu apakah tajuk lagu tersebut. buat2 macam tak kisah padahal jiwa memberontak nak tau lagu apakah itu. then semalam aku call abg aku, surprise!! caller ringtone abang aku ialah lagu itu juga. so basically aku call dia untuk tanya tajuk lagu caller ringtone tu je..sebab aku dah tak dabar nak download lagu itu. terus lupa apa nak cakap dengan dia, takpe dah ingat nanti boleh call balik

oleh kerana aku pemurah, mari berkongsi link http://www.4shared.com/file/54213933/32bdb6a1/ST12_-_01_PUSPA.html

silalah dowload. kalau kau rasa nak dengar lah. tiada paksaan, ini free country. suke, sukee..pdahal suara penyayi macam achik spin je ok. niat sebenar lagu ini adalah macam haram juga sebenarnya. berani kau suruh aku break dgn bf aku sebab ko nak couple ngn aku?? cewahhh, konon la kan. si sewel mana nak bagi aku lagu ni tah..komfem beliau kene mandi air 7 masjid

baiklah cerita seterusnya, dah aku melayan lagu ni beberapa belas kali *ye, aku kalau suka satu lagu tu aku akan dengar sampai telinga bernanah* aku pun keluar lunch. owh sangat lah gembira sebabbbbbb mamat france yang aku gila-gilakan tu duduk depan aku. bapak lah hensem nak mampos oke. rasa nak bunuh. eh? twisted gile aku ni..hahaha

pastu aku pun makan la sambil control cantek. padahal haram dia tak pandang aku pun. dia memang jenih x pandang orang2 sekeliling la..kan ramli kan? kan? ;p

tak kisahlah sayang, biar i je pandang u ok - pitam! haha

makan punya makan, sekali kawan aku Hemy cakap 'i caught him looking at u!' hamik kau, tersedak aku senah! dah la aku makan mi kari

hotcocoa : seriously? *sambil membetulkan postur badan*

Hemy : yup!

omaigod, omaigod..cemana ni. mak neves oke. terus menggelupur pegang sudu sume. ape ke bangang sangat tak tau lah. sampai terpercik sikit kuah tu kene baju. cilaka laa, komfem dia tanak bawak aku pegi candlelight dinner kalau nampak tragedi ni. so aku bertindak pantas, pegi cuci kat sink cepat2. yess..ilang ok. then aku saja mintak tisu kt kedai yang betul2 depan tempat duduk dia. berdiri sambil sedikit posing 'bang, mintak tisu boleh' kontrol abih suara aku, memang pitching x lari sume lah. simon cowell tentu kagum. dah abang kedai tu pulak melebih-lebihhhh..segenggam tisu dia bagi aku. bole guna untuk stok seminggu. sampai kak has tanya 'mana ko rompak tisu ni?' sebab memang banyak oke

dan sekali lagi, Hemy telah memberi sinar harapan kepada aku 'he's looking at u again' owh, aku hanya tersipu-sipu sambil membayangkan mamat france tu bagi lagu Puspa tu kat aku. mee kari, aku tanak makan hang dah. lantaklah rugi rm3.50 pun.

feel like i'm on top of the word lah kata orang~

putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku

-xoxo-

Friday, April 24, 2009

sedar diri ;p

lepas je yang aku blog kan muka aku yang macam sakai tu, tiba-tiba aku dapat kesedaran kenapa aku perlu huduh ketika orang lain sakit? macam xde kene mengena je kan. maunye makin sakit orang kat sepital tu tengok muka aku. takpun mesti diorang fikir 'kesian aci bangla ni, hari ahad pun kena keje' pundek lah..


so balik keje aritu, aku pun gigih la mandi sental scrub segala. aku sental macam sental longkang, abih merah2 kulit aku. tapi xpe, rasa puas bila nampak gitu. rasa macam yakin je area tu dah bersih. lepas tu aku bubuh treatment kat rambut, scrub muka, gosok gigi. eh selalu pun aku gosok gigi, tapi haritu extra lama siap sempat berangan

lalu keluar bilik air dengan cahaya memancar-mancar - tipu.

barulaa rasa macam manusia berguna.

mari pakai losyen pulak

sikat rambut yang dah pakai treatment


muka yang dh siap scrub *tak payah kembangkan idung bole??*

pakai mask pulak

takde motif buat mata kaler mcm tu. sukati aku lah

ok, tunggu sekejap. lalalalalala


dah 20min pastu cuci muka..siap!






ekekekeke. matilahhhhh

happy friday darlings!!!

muahx,
-xoxo-

Wednesday, April 22, 2009

merajuk sebab botol air

kawan-kawan sekalian, bahawasanya yang sakit itu bukan lah aku. tetapi encik paralyzer. aku ni kaedah gf ke tak gf ke, kalau dia sakit komfem carik aku punya. mungkin aku ialah bobohizan di mata dia kot. maka boleh menyembuhkan penyakit


tapi tak sembuh punn..dah bape kali naik turun klinik n hospital ni. lepas tu pulak aku yang risau lebih.

anw, since doc kat klinik tu cakap 'minum air masak banyak2, kalau boleh rebus barli and minum air barli tu. its good' hah, hape lagi terus mak pegi beli barli sekilo kat jusco sambil menalipon mak aku

hotcocoa : ma, cemana nak rebus barli

ma : hah? nak buat apa

hotcocoa : nak minum lah..takkan nak buat mandi pulak. cepat lah, macam mana


ma : satu cawan barli, letak dalam 10 cawan air. rebus sampai barli tu empuk. kalau x empuk tambah air lagi


hotcocoa : macam mana nak tau dh empuk ke belum?


ma : amik la satu gigit. itu pun aku nak ajar ke?

hotcocoa : owh..haha. yelah2. motif marah?? kedekut ilmu la tu! haha..

ok, terus gigih merebus nih, so dah siap tu aku bubuh dalam botol siap2 nak bagi paralyzer. terharulah pakcik tu konon. haruslah engkau terharu, tak macam first time pulak aku rebus barli ni kan?

then next day, aku rebuskan lagi, and i'm running out of bottles sebab aku perlukan botol yang mulut besar nak masukkan barli2 tu sume kan. botol yang semalam dia tak pulang lagi. dan itu ialah kepunyaan nurul, aku pinjam. so aku guna lah botol mineral kesayangan aku. ada sentimental value ni.

aku ni jenis suka buang barang, aku tak suke semak2. tapi benda tu kalau ada sentimental value, bakul sampah pun aku simpan. jangan kata bakul, sampah dia pun aku sanggup simpan oke. haha saiko gile~ ;p

ok2, sambung cerita. then hari isnin aritu aku mintak la balik botol2 aku sume, dah aku xde tempat nak tuang air barli tu. nasib je botol kicap cap kipas udang tu mulut dia kecik. kalau takkk, selamat aku tuang dalam tu jugak. ok, dia cakap jaop lagi dia bawak. so bila dia bagi balik tu aku expect 2 botol la kan. tapi dia bagi satu je. dah la yang takde tu botol mineral kesayangan aku

hotcocoa : mana botol lagi satu? ni nurul punya. saya punya mana?

paralyzer : itu dah kemek. saya dah buang

hotcocoa : apaaa??????????? *mata merah menyala* kenapa awak buang???!!!

paralyzer : ala, takkan pasal botol air pun nak gaduh

hotcocoa : saya tak kire, saya nak botol tu!! *time ni mmg bengang gila siyal*

paralyzer : saya dah buang lahh



terus aku diam tak bercakap sepanjang hari selama 2 hari la termasuk harini. ok la, kalau x sebab botol tu pun, can u please respect barang orang? doesnt matter la kalau kau rasa benda tu piece of rubbish, tapi kalau dah orang punya tu, kau pulangkan kan lah balik!!!!!!!


ini lah namanya madu ku beri..eh, aku nak cakap nak ada perkataan tuba tu. apa ah? dah lupa

pagi ni paralyzer sms

'awak senyap je..ni mesti merajuk pasal botol air tu..nanti saya belikan baru ok'

ahh, tak sama!!!!!!!!!

botol air kesayangan. sob..sob..


-xoxo-

Tuesday, April 21, 2009

down...down...down..

its my DOWN week..tension oh. almost everyday keje aku pegi klinik, pegi hospital, rebus air barli..remind suruh makan ubat, tanya progress sakit, makin ok ke tak

selagi penyakit dia tu tak sembuh, and selagi tak buat x-ray, aku memang susah hati..not to mention duit mengalir macam air sedangkan we need that money!

ko bayangkan lah dah la aku kene catu makanan, nampaknya lepas ni aku kene makan roti sapu kaya Auntie Rosie sajok oke. btw, aku nak bagitau kaya Auntie Rosie tu sedap, cuma manis sikit so paham-paham lah minum air masak banyak2 ye. kalau kencing manis kang jangan nak salahkan aku pulak

aku ni pulak mana bole pikir banyak2 kan, hamik kau, 3 bijik jerawat buat tayangan gala perdana kat pipi belah kiri. isk..

terasa sangat messy diri aku ni. rambut aku dah bape lama tak jumpa treatment. vitamin aku pun aku tak makan. kuku pun x potong. losyen jangan cakap la..takde maknanya aku nak tenyeh. aku mandi dengan sabun tu pun kira dah mulia abis

semalam aku pegi keje sebijik macam makcik. dengan baju kurung zaman tingkatan 4 aku. dengan muka x cukup tido sebab hari ahad dok kat hukm dari kul 10pm sampai 1am. sumpah tanak pegi situ dah lepas ni..macam haramm.

ini baru balik dari klinik, adalah seperti sakai

ini kat hukm. perlu ke senyum macam tu?? series aku rasa nak lempang

bandingkan rupa di saat-saat bahagia. ekekekeke

enuff said. sebenarnya sama jugak gitu muka aku tapi senonoh sikit la bubuh mekap kan. dah tau x cantek, kena la pandai2 menggunakan segala jenis bantuan.

hmm..rasa nak balik kampung tido kat celah ketiak mak aku. pasti bahagia...

-xoxo-

Thursday, April 16, 2009

bengang!

aku baru je lepas baca blog kak Di. antara blog wajib tonton aku. and kak Di buat entry pasal sorang blogger yang saiko sengal copy entry dia and bubuh kat blog sendiri. kau dah kenapa nok??? yang paling mak takleh handle sekalik, bole ke dia mengaku umah kak Di tu umah dia??omg, kau biar betul senah, berani mati sangat ko kan? kalau berani sangat, pi duduk palestin tu. tunjuk kan keberanian kau kat tentera-tentera israel tu. dapek gak pahalo


memandangkan ke-saiko-an nye agak mengerikan, aku dah curiga dengan nama ngan gambar dia tu..entah2 copy orang punya jugak. ah, sakit otak aku *tetiba stress..haha*

aku rasa bulan 4 ni macam sangat panjang. sebab duit aku dah abis sebelum masanya. ah tensi2, terpaksa mencatu makanan & hiburan hidup. pegi keje, balik keje..dah takde nak melencong gi Metrojaya ke, Isetan ke. kalau

sakitnye ati aku!!entry ni duk dalam draft semalam sebab takleh publish, alih-alih2 harini aku tengok entry ni tergantung. wtf weii?? barbis laa..

bengang!!dan malas nak taip balik ;p


current mood

-xoxo-

jeng..jeng..jenggg!!!!!

presentinggggg.....

dear Nur Alya Marissa


its Bunny's baby. jangan kau ingat anak aku pulak. owh, tgk lah pipinya itu. dan muncung sama macam mummy ye!

aku tengah makan2 dengan paralyzer dekat Ampang Yong Tu Foo *again!* and aku cakap2 pasal Bunny deliver arini, maka aku adalah berdebar dan nervous *sambil makan ciken wing??* and nakkk sangat call dia, tapi aku takut juga. ntah hapa-hapa

3minit selepas itu, aku dapat mms. gambar Alya! telepathy sangat kan? terus airmata mak bergenang nok. paralyzer pelik and cakap 'awak ni kenapa, tengok gambar baby pun nak nangis' ah shadap, kau tak paham naluri keibuan aku. wahh..ahahaha. apelagi, aku terus tepon Bunny. dasar tak reti bersabar. Bunny's fine tapi masih stone kerana drug. so aku suruh dia rehat sahaja, sebab dapat dengar she's okay sudah more than enough for me.

adalah gembira. lalalala

Alya jangan lupa buat appearance kat johor bulan 6 nanti ye. hoyehh!!

*hugs & kisses*

-xoxo-

Thursday, April 9, 2009

mak kembali *amboi, amboi, amboiii*

huarghhh *mengeliat*

barulah bole bersenang lenang menceceh kat blog setelah beberapa hari aku sibuk menguruskan Project E

kejap, kau jangan kagum pulak ingat aku ni Project Manager ke hapa. ye aku memang Project Manager, tapii untuk diri sendiri je. iaitu bukan dapat duit, tapi perabih duit lagi ada..

stress gile babi dowh

stress memang alasan untuk makan banyak kan? kaedahnya kalau kau tak minum/makan manis punn tapi kalau dah melantak macam sakai, kau ingat boleh kurus ke? demmit

jadi, aku mempertaruhkan nasib aku kepada Losyen Mustajab Pati Halia tu. jenuh la aku tenyeh kat area yang dah sign kontrak untuk memberi masalah kepada aku sampai mati - peha & perut

until one day, seseorang bertanya melalui

hai.. buat apa

aku reply dengan yakin, tengah sapu slimming krim. dah gemuk ah

ha tau xpe..kat peha tu sapu lebih sikit

SIALAN!!

mana pergi budaya bersopan santun dalam masyarakat harini? sikit pun takde nak jaga hati gua dowh T_T ah malas nak fikir *lalu makan nasik lemak pagi ni* eh tetiba tealady aku bagi ferrero rocher (sp?) sekotak. orang dah bagi kan, takkannnnn aku nak cakap tanak kot. *suke..sukeee* ;p tak baik kecikkan ati orang, mak aku marah

dah lama aku x bersosial sejak menguruskan Project E. semalam sume dah setel, aku lepak la NZ. amik kau ujan lebat gile! so sebab boring *alasan* tunggu ujan reda, aku makan roti banjir. sejak bila aku pandai makan benda2 gini nihh??

so far baju dan seluar sume masih boleh dipakai tetapiii agak mencengkam di bahagian tertentu ehemm.

tak bole jadik, tak bole jadikkkk oke! aku nak buat aerobik malam ni. VCD aerobik Elle yang aku beli tu, aku buat sekali je. perangai syaitan sangat kan??

anw, mummy Bunny nak bersalin tak lama lagi. i shud call her..sorry yang, kesempitan masa lately ni.

ape lagik eh..hah, nak pegi ikea lah weekend ni. nak makan..eh, silap. nak beli emm..emmm..owh nak beli botol garam

sekian,
-xoxo-

Thursday, April 2, 2009

apekah?? - part2

tengah2 buat keje tadi, aku dapat sms. tengok2, owh dari paralyzer

'awak, saya mimpi cabut ubi dengan keledek, banyak tau..kat umah bos saya. ok nak sambung tido balik'


aku tak tahan gile nak gelak. ahahaha..apakah ini? perlu ke setiap petang aku dapat sms aneh? semalam dari Celcom, arini lak paralyzer


tu lah, asyik mengadap muka bos je mana la tak masuk sampai dalam mimpi. pulak tu minggu ni dia keje shift malam, suppose balik 8 pagi, tapi meleret sampai kul 10pagi. harus la overdose muka bos ok!

baik kau buat keje elok2, kang memang betul2 kau kene cabut ubi dengan keledek kat umah bos kau. ahahahaha ;p

-xoxo-

entry xde tujuan

tolonglah aku malas nak pikir pasal Celcom dengan Nescafe tu.

arini lastday Pak Lah jadi PM kan? malas jugak aku nak cakap pasal politik.

lps tu kenapalah internet connection ni macam puaka je. malasnye aku nak call TMnet!

ah, esok aku balik kampung. yay, sukee..aku nak makan lontong *tak malas pulak??* susah betul aku nak jumpa lontong kat kl ni. at least di area ofis aku. mana ada org johor makan lontong malam2 ok, itu ialah breakfast kami!

anw, aku dah jumpa pembuat cupcakes di Johor yang berbudi pekerti mulia. thank you Lina :) senang je aku deal dengan dia.

aku ni kalau nak diikutkan nak dpat duit tak lama lagi, so maknanya tapak tangan kanan la yang patut gatal kan, tapi sekarang ni tapak tangan kiri aku pulak yang gatal. org kata duit nak keluar kan??? ke sebenarnya aku nak lempang orang arini

cakap pasal lempang kan. aku ada cerita ni. rasanya 3tahun lepas kot, masa balik berdating dengan paralyzer dok melawak2 bongok la dalam keta sambil drive. sekali dia cakap pe tah, aku x dgr, pastu aku suruh ulang ,dia tanak. aku mana bole ok! aku paksa-paksa jugak then dia cakap.

lepas tu aku rasa aku just mcm tepuk pipi dia kot. ye la kau ingat aku sawan ke tengah-tengah bergurau tiba2 nak lempang pulak. tapi dia sentap uolls, dia kata aku lempang dia. kejadah nya kan? dekat seminggu jugak la merajuk, dia kata tak penah ada pompuan lempang dia and mak bapak dia pun tak penah lempang oke

DIVA sangat ko kan???

meh sini aku lempang betul2, bukan seminggu kau merajuk. silap2 seminggu kau sewel sambil nyanyi "50senn...5osenn..."

semalam aku gi makan kat Black Canyon sebab terpengaruh dengan kak Di. selama ni bangla waiter tu dok bagi2 flyers tu tak hingin pun aku nak masuk.

food sedap, harga oke. yang penting, free wi-fi ;p

dah la aku malas nak tulis lagi, babai

-xoxo-

Wednesday, April 1, 2009

apekah??

aku dapat sms ni dari Celcom

Reload a minimum of RM30 now & get FREE NESCAFE @ selected caltex stations! Promo valid from 1-29 April 09. Only from Xpax!

perlukah aku bunuh diri atau membunuh orang sekarang ni?????

-xoxo-

nights~

cerita basi, gi melepak dengan geng2 penan ;p hari jumaat lepas. lokasi ialah oldtown



ahli kumpulan

dari kiri: cino (pemain gitar), ida a.k.a cute (pemain drum) *pasal kau gile, duduk belakang2 sikit. haha*, bokyah (pemain keyboard), me (vocalist)

hahahaha..matilah, motif aku verangan vocalist????? lalalalala ;p

ahli yang bermasalah dengan rambut


ahli yang tak paham konsep candid tau!


aksi rasmi ahli kumpulan. peace ditepi mata. haha wtf weiii


vocalist yang amik gamba sendiri


hotcocoa : u, jom amik gamba, cepat2

hotcocoa : alaa gelap la. lagi satu, lagi satu

hotcocoa : gelap jugak laa *padahal dh memang kulit gelap, ni aku benci amik gamba dgn org putih2 nii*

hotcocoa : last2..amik lagu satu *setelah mengubah beberapa setting*

fine, baru nampak sekufu

banyak lagi gamba tapiiiiiii hp aku bole pulak abis bateri maka x bole bluetooth!! ini semua sebab cute!! ;p

sabtu pulak aku support earth hour ok with nurul di swimming pool kat umah. dan kepada jiran-jiran aku yang tak tutup lampu, sambil keluar dibalkoni tengok org lain tutup lampu ke tak, kau memang saiko

kami

now u see

now u dont!

aku maksudkan klcc ye. lampu bulat tu aku maapkan sebab kang kalau gelap sangat, syok pulak orang beromen dalam pool tu kan.

kami lepak sambil makan pizza, snek2 dan sesi soal hati. ekekeke. tak abis-abis!

around 10 kitorg still kat situ lagi, x reti nak balik umah kauuu. paralyzer call, ajak makan la ape lagi. so aku, nurul and dia pegi makan nasi lemak kat ampang point tu. aku n nurul tak makan oke sebab dah makan pizza secara tamak, siap dengan breadstick sume.

dah, itu je cite weekend aku. owh, aku dah pegi tempah baju raya, yayyyy!! tapi menangesss ok dgr harga dia T_T

-xoxo-