CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

happy new year!


holaa..peh lama gile aku x buat entry. hehe. busy uolls..eh jap, rambut aku dah panjang kan? yeyehh..hehe. ok aku dah selamat pindah ke opis baru..fuh sekarang aku kene bangun pagi pukul 6 ok. demi mencari sesuap nasi ku gagahi jua T_T

ofis dh 97% siap setup sume. lagi 3% tu ialah susun fail, beli penyangkut utk sangkut segala mop n penyapu, beli floor cleaner n bnda2 kecik camtu la..aku la yg kene beli tu, takkan nak suh devdas pulak


ini workstation aku yang di tunggu2 macam nak tunggu bulan jatuh ke riba. punya la lama aku xde tempat duduk..sampai aku besila kat atas kapet. mr horlicks tgk aku dia kata takyah beli table utk aku sebab aku kelihatan selesa. aku on je, tapi belikan aku toto la, bole baring2 sambil buat keje kan. eh nak cite apa tadi? ha..so sementara xde meja tu bos aku suh la ID ni bagi temp table kat aku, bole dia bagi akak meja ala2 meja mokcik toilet tu senah. akak sentap uolss. stok meja yang kalau ko bersin pastu badan ko terkena meja tu, maka akan jatuh lah PC diatasnya menyembah bumi kerana gegaran pada skala richter meja itu dah consider macam gempa bumi.

yang bos aku pulak masuk opis je bole gelak tgk meja aku tu..benci!!!

kotak2 file still x bukak lagi..br kuarkan fail penting2 je dulu. naik keje new year ni baru sumbat sume dalam filing room.

harini last day 2009 ok. and aku nak bali kejap lagi iaitu pada pukul 3pm. hehe. xde nak celebrate new year ke apa. malas. azam baru ialah nak kurangkan keluar berjoli. selain itu tahun ni aku nak bela haiwan peliharaan iaitu ikan. mula2 ingat nak ikut chinese calendar tahun depan la kan. sekali 2010 tahun harimau ok! gila kau nak suh aku bela rimau, baik aku bela diri sendiri. so ikan la pilihan seterusnya..kalau bole bela tapak seleman mcm Patrick kan best. komfem menggembirakan

patrick, i love you

azam lain belum pikir lagi..nantilah malam ni aku berangan. sekarang ni aku nak balik beli kasut keje. eskius me, akak dapat bonos *sebutan org dulu2* 3 bulan ok. lompat bintang sekarang!

happy new year darling. love you, you n..you yang tgh korek idung tu. i nmpk ok. ;p

-xoxo-

Tuesday, December 15, 2009

another short entry

tora datang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii *mat sentul tersengih sengih*

fine, dah gila agaknya sekarang. no masih belum berpindah, but by next monday dah kt opis baru. skrg opis macam sarang tikus, kalau lah aku doraemon..lama dah aku guna pintu suka hati aku punggah barang2 ni. benci aku tgk..byk gila kotak2 which nanti sah2 kene unpack pulak kan. dannnnnnnnnnnn jumaat ni aku keje ye. tepuk tangan semuaaaaaaa..terima kasih, terima kasih. saya memang suka bekerja pada public holiday

O.T? JANGAN BERANGAN BOLE TAK????? LEMPANG KANG >.<

dah lama x update blog. seriously i need to vent..about a lotttttt of things happened. tapi i just dont know how to start, n i'm not sure wether i have to tell it on the world wide web..cewahh ko igt ko ejen KGB ke nyah nak rahsia2 besar konon?? haha. tetttt..

life is so unfair to me lah. whyyyy ah T_T

buat masa ni, aku nak hal pindah opis ni setel cepat2. akak rimas gila ok. muka akak dh tumbuh jerawat ni sbb byk beno habuk. benci tahu tak??

and jue, sori i dont think i can make it to your wedding this thursday. aiyoo why la so short notice. weekdays plak tu. plus i dont want to meet that person there so sorry ye, but i'll send u the gift soon :) congrates!

thats all for now..hugs n kisses!

-xoxo-

Wednesday, December 2, 2009

short note

uish..lama nya x meng go blog

akak busy senah..dan sangat2 penat..mcm2 nak buat ni. dengan nak pindah opis nye. opis aku skrg ni dah sama rupa bentuk nya macam kem pelarian rakyat congo.

punye lah aku letih mengpack barang sampai kotak yang aku patut label CHRONO FILES aku label as CHORO FILES

-_-'

ok lah, bertemu tahun depan.

agaknye lah..*brain dead*

-xoxo-