CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 23, 2009

tagged by mummy alya

saya telah di tag oleh mummy Alya a.k.a Bunny. tapi macam fikir seploh kali nak buat. ye la kan, kang orang kata baru bertunang dah mengada-ngada macam kau sorangg ada laki. tapi sebab rajin nak updet, buat jugaklah. jangan over sudahhh ;p


1. siapa nama teman hidup anda?
  • nickname bole? hehe..Kunang-kunang :)
2. berikan 3 sebab anda pilih dia
  • 1. dh kenal ecah other so well so snang takde malu2 nak kentut or korek idung sume
  • 2. tah la ek..beyond words la
  • 3. em..dia sayang saya! *ok sila muntah sekarang*
3. sebab tertentu anda sangat sayang same dia
  • err dah dia tunang saya, so sayang la kan.
4. senaraikan 3 perkara yang anda buat bila rindu pada dia
  • 1. call
  • 2. sms
  • 3. ajak dating loh
5. berikan ciri-ciri fizikal yang ada pada dia
  • kurus, putih, mata sepet sikit, idung bawang, gigi berlapis - apesal mcm horror ni??
6. apa kamu buat kalau tiba2 ex couple dia contact dia
  • i'll kill u biatch! haha gile saiko. kau nak apa kacau laki orang hah?
7. apa pendapat kamu dalam memilih pasangan
  • jangan jadik bongok. enuff said

err, nak letak gambar
lah


sah gedik. haha. mampuih la ang. ok, bye

-xoxo-

Monday, June 22, 2009

nothing to shout~

dear darlings, happy tuesday *sambil menguap* wei ujan pagi ni, ikutkan iman aku yang x bape tebal ni, nak je aku bergulung dalam selimut. tapiiii takut pulak devdas bertukar menjadi naga pada keesokan hari. so gigih gak la pegi keje. dah tau ngantuk-ngantuk ayam, bole pulak sebat nasik lemak sebungkus kejap tadi. haih..kau bila nak insaf hah?!

weekend lepas hidup aku x produktif langsung, aku x kuar umah langsung nok. cuma malam ahad tu je aku ikut kunang2 shayang pegi wedding kt sentul tu. kalau itu pun aku tak pegi, memang jawapnye senin baru aku kuar umah. dara pingitan sangat aku kan?haha. kekdahnya sebab blum gaji kannnn. cuba duit tgh banyak, menggelinyang bontot nak bjalan

us @ the wedding


masa kat wedding tu 2-3 kali gak la kunang2 tanya 'rasa2 berapa eh dia abis wedding ni' . serius mengganggu konsentrasi aku nak makan nasi minyak dengan ayam masak merah tu. dah tentu kawan dia yang kawin, tanya la nanti kan. dok tanya aku buat apa. tapi kang kalau tak layan, sentap bijik pulak..so aku pun konon2 berminat la dengan topik bajet tersebut. dah laki aku berangan nak kawin kat dewan pulakkk. isk

yang sebenarnya kitorg memang langsung takde fikir pasal plan untuk kawin lagi. zero ok! aku tengok orang lain lepas bertunang mencicit beli barang untuk kawin pulak. book hall, book photographer, book makeup artist segala. aku jangan harap oke. langsung xde progress *tiba-tiba perasaan adalah cemas*

tapi, tapiii..at least aku dh berangan nak pakai baju nikah kaler apa. berangan je oke..;p tak tau la. pikir nanti2 bole tak? ah tiba2 stress

smalam aku tringin nak makan manggis. macam menggelupur gila punya tahap. siap cakap kat kunang2

hotcocoa : kite pegi pasar malam dulu, kalau xde kita carik kat Tesco ok

kunang2 : ok *tak bersemangat* - ni komfem tak faham jiwa raga aku tengah terseksa kepingin manggis

hotcocoa : tak kire ok, kene carik sampai dapat. kalau tak, saya merajuk - wah ugut kau! diva sangat kan??

kunang2 : pasal manggis pun nak majuk ke?

hotcocoa : nak manggisssssss!
* meroyan*


sian laki mak oh. dapat perempuan saiko ini ;p

so dapat. sukeee..beli kat pasar malam. dah la apek yg jual tu kerek macam cibai. nak je aku libas dengan manggis tu. bole ke aku tanya 'bole try ke tak' dia kata 'takleh' wat?? ape kau ingat kau pasaraya ke takleh try hah. lepas tu siap cakap kalau nak try, sebijik manggis tu 4posen. eeeee..mati tercekik manggis baru ko tau!

aku baru nak melancarkan konfrontasi terhadap apek tu, kunang2 bole over siap nak beli mangga bagai. si apek tu bagi rasa ok!! cilaka oh. gay sangat perangai

so hepi dapat makan manggis :) mak beli sekilo ok. hehe. ada lagi sikit kt umah, balik ni bole makan lagi. wuhuuu..

-xoxo-

Friday, June 19, 2009

on my birthday



apa2hal letak gamba aku dulu. internet mcm hamjadah kan? naik darah pahlawan aku nih. itu gamba masa birthday aku 17june :)

after makan, kunang2 bawak pegi Renaissance and layan jazz. bole?? i was like- jazz??matilaa aku sangap. tp tak sampai ati la pulak nak cakap kan? rupa2nya its more to easy listening punya lagu..lagu2 slow n jiwang karat la. the singer nyayikan lagi Happy Birthday to me and a list of lagu cinta2 requested by kunang2 shayang..hehe. sejak bila la laki aku ni pandai benda2 gini nih? song selection termasuklah eternal flame, baby can i hold u tonight and also tonight i celebrate my love for you. hehe..aiyohh jiwang alert!

aku tak expect pun dapat adiah oke, kekdahnya baru lepas bertunang kan..kau ingat ada pokok duit belakang umah bole petik sesuka ati? anw, kunang2 belikan bath set bodyshop. wee~ suke, suke..but takkan nak melompat pulak kan. kata mula2 kaedah mulia siap tanak adiah sume kan. so i said

hotcocoa : la, nape sayang beli adiah sume ni..bazir la *tangan rakus mengoyak wrapper*

kunang2 : takpe la..adiah biasa2 je tu

hotcocoa : tenkiu sayangggg *setelah nampak adiah itu*

kunang2 : suka tak?

hotcocoa : sukeee. nape sayang bagi ni? saya busuk eh? hehe *matilah kau kalau cakap aku busuk*

kunang2 : tak lah, saya beli sebab murah

*pitam*

gile terus terang..kecik ati mak. haha

gamba adiah x amik..nnt bole? malas oh. tp suke bau dia, mcm nak makan je..mmg very me la. pebenda tah nama dia..sat aku gugel eh. ok, x jumpe. bummer!

penyanyi itu


still thinking nak letak tak pic of me n kunang2? hmmm~

oh weekend ni ada wedding kat sentul. bukan kawan aku ok, tapi manager kunang2. terus aku stress - wat to wear??!

happy weekend darlings!

-xoxo-

Tuesday, June 16, 2009

~Kunang-kunang a.k.a Kunang2~

sindrom malas nak amik gambar kembali. maka kau baca je lah ape aku membebel ni, but cerita takde gamba memang bowwringggg kan?

arini bos still xde *sengeh2 seperti meminta dilempang* maka nak bangun pagi tadi amatlah liat.. dah la aku tahan mata dari kul 11 sampi 12 malam td sebab nak tengok what happen to Patty Hewes (Damages series) lepas kene tembak dengan Ellen tu kan. mata dh mengantuk tahap Hamtaro tapi nakkk jugak tengok, dah tunggu dr minggu lepas kot. aku jeling jam - 11.50 - fine, kejap je lagi..sekali bole ke aku terlelap..sedar2 dah pukul 12.05am!! babi laaa..nak menyumpah pun sah2 kene kat diri sendiri kan?? so tunggu je la ulangan dia nanti.

since bangun pun dah lambat, takde la masa nak iron baju semua. sarung je jeans- dats the plan. so lepas mandi kene pulak fikir which jeans to wear. kenapalah complicated sangat hidup aku hah? bila dah grab satu, fikir psl baju takde yang match pulak..kene beli baju lagi ke? aku rasa almari aku kalau ada sepasang tangan, komfem sudah dah menampar dan menumbuk aku. while kalau dia ada kaki, dah lama dia lari umah dan meninggalkan nota 'aku sudah tidak percaya padamu lagi, lebih baik aku segera angkat kaki'

tengah2 termenung depan almari tu aku ternampak my old jeans *yang dh tak muat since last year* and i was thinking 'pesal la aku tak buang ko lagi??' memang dah 2-3kali fikir nak buang, tapi macam sayang sebab apa dosa dia weh? being seorang perempuan meroyan yang suka sakitkan ati sendiri, aku sarung la jeans itu. and suddenly..pagi aku bermakna oke. tak perlu secawan nescafe or breakfast @ mcD. aku dah muat pakai seluar itu!!

oh, suke, sukeee..dulu kalau pakai, adalah ketat tahap mcm nak mencarut 44kali and menyalahkan kualiti kain yang mengecut lepas cuci. haha. terus la sarung suar tu kan..kata proud of myself gitu. sib baik aku tak buang hang dulu kan?hehe

kalau dah kurus maksudnya bole makan sesuka ati kan?;p so tadi tapau makan nasi+asam pedas. tamak amik nasi banyak2 pastu tak abis. keji gile. anw, since kedai tu lauk dia dah abis, aku pegi la kedai sebelah sebab nak beli ayam goreng. masa nak bayar ayam goreng tu, abang kedai tu ckp 'tak payah, dah ada orang bayarkan' ha?? aku insist nak bayar jugakkkkk. pdhal suke je kan org bayarkan?? hahaha..takde la, tah sape2 bayar weh, aku tanak la kan. tp abang tu tanak gak amik duit aku. tah pape2 tau, amik je la..kan dh kire untung berganda tu. tanak sudah, nama kau dolah, tetek kau sebelah. tengs sape yang belanja ayam tu...tp sbnrnya agak scary juga. taulah kalau tang aku, kes2 adalah ala2 ripleys believe it or not. haihh~

been a week tak jumpa Kunang2 (nama baru en Perisik, sejak dah jadik tunang..hehe) sayangggg, i miss u taww *rasa nak tampar dengan selipar tat sing takkkk?hahaha* so malam ni nak jumpa kejap. macam jauh sangat je kitorg ni, aku rs kalau org lain sure everyday keluar makan sama kan? xpe la, jarang2 jumpa bes sikit kan shayang? :) ok siries rasa nak pitam dengan kegatalan sendiri.

owh, and nak discuss something dengan my Kunang2..tak boleh simpan dalam ati dah :(

have a good day darlings! :) oh, btw..tomorrow is my 27th birthday!fuhh..

-xoxo-

Monday, June 15, 2009

wat a sunday!

its not my fault oke tidak mengupdet blog. salahkan la internet connection yang macam puaka ini. very the hazab i tell yew. padahal malas tu ada la sikit2. hehe ;p

yay arini bos tak ada :) adalah gembira, tetapi adik-beradik di Kulim agak terseksa arini, sehingga terpaksa balik umah tukar seluar slack sebab terlupa arini ayahanda nak datang, bole feeling2 casual pakai jeans pegi opis. veranganss sangat ko kan??? oppps..haha ;p

ingatkan boleh la bersuka ria keluar lunch awal dan pusing2 sg wang, atau lot 10, atau pavillion. dah plan dari jemaat lepas y'all. tapi balik je umah telah diserang flu yang teruk. i tot sebab habuk2 dalam umah tu since i was away last week so tak sempat bersihkan bilik n umah kan. so apalagi, mak pun sapu2 n mop2 as usual lah kan. ohh makin teruk jadiknye. so i cancel to basuh bilik air..sambung esok je lah kan. the next day sambung lagi sikit bersihkan umah n basuh toilet segala..penattt tapi puas ati la to see umah dah bersih :) i'm a clean freak, yahh, watever~ apehal tiba2 i ni??

masa tu flu mcm dh ok sikit. then ida col ajak keluar. gawd malas gile nak bsiap, so aku suggest gi lunch je la. so we went..n suddenly aku flu balik. apekejadah? kejap ok, kejap tak kau ni.isk..so that nite i just put alot of vicks la kan..konon2 mujarab. well, kadang2 keajaiban boleh berlaku u know.

pagi ahad tu aku terjaga pukul 8 and aku sedar aku sedang bernafas melalui mulut. very the doggie style sangat kan? tinggal tak jelir lidah je. doggie hotak hang! bila aku duduk je, laju je meleleh hingusan..sib baik sempat capai tisu. crap! omg, itu pun nak cerita ke? badan pun dah suam2 kuku. i need to makan ubat nihh

so aku pun makan la ubat demam 2bijik+ ubat selsema 1bijik. 10min lepas tu siyes dh xleh bukak mata oke. like ttiba aku terjaga dah pukul 4 petang. wtf???!! there goes my sunday! terus aku bangun mandi. kepala still weng.. mak oi, aku makan ubat selsema ke amik dadah pagi tadi? then gi lunch, n guess wat mak tido lagi nopk smpi 10 malam. macam haram ekk?

yang celakanya tak jugak selsema aku ni baik. ok la kurang sikit..tp tengok gaya aku tido tu macam sihat walafiat je kan bile bangun..

tido again at 12am
!

p/s : entry ni patut kuar semalam. tp waddeheck, sukati ko lah nak kuar bile pun

-xoxo-

Thursday, June 11, 2009

my engagement - 060609 part 2

dah dekat seminggu baru nak updet?? ;p

saya kini adalah tunangan orang *kelip2 mata* ahahaha..matilah kau gedik nak mampos. pang!!!


wei siyes tak sangka aku dah bertunang. pasni nikah plak, pastu dh bole romen2 kat sofa depan tv. wohooo..ok, bongok disitu.

kekdahnya bila nak kawin pun tak decide lagi. janji antara family within 1 year. tp kitorg kaedah sukati-la-bila-kitorg-nak-kawin ;p insyaallah kalau ada rezeki, cepat la kan

skang ni nak fikir pun takut. mana taknya..nak tunang pun punye lah stress. kot nak menikah sok tak tau la tahap menggelupur aku mcm mana. apa2hal aku nak pegi kursus dulu. buat bnda yg senang nih dulu. dok dgr org bagi ceramah je kan? ida : babe, jom pegi kursus sama2. hehe

pejam celik dah nak seminggu aku bertunang. gile cepat oke. last week hr rabu aku dh smpi umah. umah blum kemas ye. nak harap adik aku tu memang jangan berangan lah. harus aku kene ada sekali baru bergerak kejenye.

hantaran untuk boy satu benda tak start buat lagi masa tu..so lepas lunch tu dalam pukul 3 aku start buat hantaran. aku ni mana reti cucuk bunga nok..cucuk duit aku tau lah. aku pakai belasah je. bubuh mana yg aku suka. first aku buat towel. tanya mak aku dia kata ok, haruslah kan, kalau dia kata tak , mmg komfem sentap.hahaha ;p

towel

mula-mula macam nak buat satu je dulu. test power. tp mcm kemaruk pulak, maka buat yg lain juga

balang nak bubuh cekelat

clockwise :perfume, balang coklat, bekas bunga rampai, baju melayu, towel

terasa buruk je ikat reben kt perfume mcm tu, so aku tukar style, ikat gini

sewel kejap. mcm rupa buruh landasan keretapi maut oke. belemuih gila

kamis tengahari aku dh start mengemas ruang tamu..vacuum, lap habuk, susun2 barang. jumaat plak kemas bilik, mak aku pegi beli brg2 untuk masak kenduri. lepas tu cuci anjung umah..mcm nak pengsan jugak la dok angkat2 barang

kau ingat boleh senang lenang duduk dalam bilik feeling2 cantik depan cermin?? jangan harap ok. baik buat sendiri, puas ati, tak harapkan orang

sempat runner jap beli fresh flowers. sebenarnya nak letak kat bilik, tp tak jumpa vase kaca panjang tu. so buat la hand bouquet..dh la sikit 12 kuntum je, si jelly bole sebat 3 kuntum tempek kt kepala aku pulak

malam tu kire setel la sume. makcik dengan kakak ipar aku racik kan pandan buat bunga rampai. mak aku kata 'ni minyak wangi takde ni' aku ckp takpe, aku sembur perfume kimora aku je. haha..nasib la kan. ala bunga rampai tu setakat nak nampak cantik je kan..bukannya org tanya apa bahan-bahan dia punnn. lepas tu baru aku bole tido dgn tenang :) mandi segala, maklumlah dua hari jadik nepal kt umah sendiri. dah macam buruh binaan je rupa aku

sabtu tu pagi2 dah angkat sofa letak luar..bentang2 karpet. pastu bubuh bunga rampai dalam bekas. susun buah. bubuh coklat.

balang berisi coklat

lepas tu kakak aku gi collect kek, and belikan ikan kecik2 tu for my room deco :) lepas tu aku mandi sebab by 12pm jelly (tukang mekap) nak datang. and around dat time jugak, khai (my photog) sampai. maka diorg pun buat la kerja masing2..kul 2pm camtu aku dah siap. complete mekap, rambut, pakai baju..


sirih junjung ku yg awesome. guna fresh flowers done by kawan ma

hasil kerja tangan aku weh minus the sirih junjung la kan. kalau aku buat, jadik pokok sirih pulak nanti
towel, kek n puding not here (last minit tukar to cupcake sbb puding tu berair gile)


call en Perisik, dia dh dekat nak smpi. legaa. sukee my mekap. natural je. mmg aku tanak overdo, tanak nampak muka lain sangat. tu sume simpan ms kawin nnt. kang org boring tgk 'eh, mcm ni lagi rupa budak nih. xde seri pun. ha ni mesti prot, pret *mengumpat*'

then rombongan lelaki sampai, aku x dengar pun apa diorg cakap, alih-alih family dia dh naik bilik nak sarungkan cincin. i was like, wtf?? aku terus menggelupur, tisu kat tangan terus aku campak atas lantai n pijak dengan kaki. apakah?? bongok gile..

lepas tu salam2, peluk2, amik gambar, n done! oh lepas tu tukar2 hantaran n makan :)

is that all??? mcm nak mati kot prepare mcm2?? haha. aku tak makan dulu, gedik2 amik gambar..later baru turun. oh rmi org, aku terus ala2 lemah lembut. salam2 semua. then amik gambar with my parents, siblings, dgn hantaran, dgn en Perisik *sukeee*

majlis alhamdulillah berjalan dengan baik, ujan sekejap tengahari tu..which is good jugak la..tak panas terik sangat :) lepas rombongan lelaki balik baru aku makan. dengan khai, L, and my lesayangan, yatie-thanks yang, muah2. Bunny can't make it sebab makcik hubby dia meninggal :( tapiiiii, i keep her updated. hehe, we talk on the phone, anta mms, sms..kata BFF kan :) muah2 too yang

oh, i'm totally in love. nak kawen, nak kawennnn!!*sawan*

-x0x0-

Tuesday, June 9, 2009

my engagement - 060609

the ring

happy!

me, me, me!

with nabila yg x reti dok diam. kan dah gmbr separuh je

~syukur, alhamdulillah :) ~

-xoxo-

Tuesday, June 2, 2009

love story : 6 : 4days

dear darlings, esok aku balik kampung for my engagement preparation :) means cuti from esok smpi jemaat. next monday baru masuk opis balik, woohooo~

owh, mcm tak caya dah nak sampai harinya..doakan yang baik2 untuk aku ye

i heart all of u. muah2

p/s : dah oke dg en Perisik. drama je lebih..haha

-xoxo-

Monday, June 1, 2009

love story : 6 : 5days

semua barang hantaran yang kena beli sudah complete. duit juga mengalir seperti air. cibai..haha emo. betul la aku benci bila tak ada duit. sumpah aku mengaku duit tu penting dalam hidup aku. lantak lakorang nak kutuk ke apa.

eh, apa ni sepatutnya mood adalah mushy2 kan.

kepala hotak mushy..tension adalah. en perisik sentap ngan aku. apekehal tah..bole ke? dah la lagi berapa hari je nak tunang. deep inside, aku sebenarnya sedih nak mampus dan hendak menangis sebanyak 7 tempayan, bole aku pegi meminang Puteri Gunung ledang *matilah lesbian* i have no idea nape dia sentap. tetiba oke, semalam elok je bcakap fon. arini terus takmo angkat fon dan tanak reply sms. so tak payah la aku nak menaikkan darah diri sendiri dengan menelefon sebanyak 33kali kan? ini lah masalahnye kalau masing2 sibuk nak attention masing2..dua2 tanak beralah :(

gawd, i miss him like loadddddd~ does he?

anw, esok sehari je lagi keje..lepas tu aku cutiiiii. hantaran satu benda aku tak hias lagi ok. kau ingat kau terer ke nok bole siap sekelip mata?? ngeri aku nak tengok hasilnye okeh *gulp* ahh, chaiyok! ekekekeke..

and since harini aku tak dengar lagi suara en perisik, mood aku untuk bertunang jatuh pada no 8.

sayangggggggggggg!!!!!

-xoxo-