CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 30, 2009

currently..


i'm now hanging at the lowest point of my life

but somehow...i believe it makes me stronger

i love me :)

-xoxo-

Thursday, October 29, 2009

makan dan rambut

semalam aku dengan ida pegi Pavillion..AGAINNNNNNNN!!!!! haha. mula2 ingat nak lepak NZ je, tapi hujan la pulok. so tukar destinasi. tetap lah nak Pavillion kan? tah apebenda yang di carik kat situ agaknya *ayat mak aku* padahal pegi situ memang xde tujuan ok, last2 beli cream puff and duduk la melantak benda tu kat food court.

sambil mengutuk nyet-nyet gila. hehe

nak tengok wayang, xtau cite apa best skang, nak beli barang pulak layak sangat la kalau nak pukul diri sendiri dengan penyapu. gaji pun belum, ada hati la kau??

dah pusing2 buang masa n sakitkan hati sendiri tengok barang best tapi x mampu nak beli. kitorg pun keluar gi makan. nak gi makan kat mana pun nak jadik issue. gila ok. last2 pegi la kat OldTown. masa kat pavillion, ida takut2kan nak ajak gi Loaf. biar mamat aritu tangkap aku sebab tak bayar duit roti. hahaha. saiko!

bila dah sampai, nak makan apa pun tak tau..eee makan pelempang mau?? haha. ida kejam bila aku cakap nak makan nasi lemak, dia cakap 'eee u nak makan nasi malam2?' maut nye soklan kan? benci kau!!!! hahahaha

tapi...akak feduliks hape nok

licin aku makan.

saja je dengki x bagi aku makan nasik. pdahal dia makan ayam dengan fries ok! X(

tapi x sedap. padan muka! hahahaha ;p

makcik ni bile aku suh pose laju je


tapi lepas tu dah x pedulik kat aku. nak kata offer amik kan gambo, memang kirim salam. terpaksa la aku berangan sendiri

benci laa asal hr rabu yang pegi Pavillion mesti aku tengah pakai baju ni

sebabbbb dia sibuk berfesbuk!

nak fesbuk, fesbuk je laa..takyah la ketap2 gigi.

dah la siap warning aku u lain kali nak jumpa i, charge la ipod ni penuh2. mak tiri ok! ;p

sampai je umah dah dekat pukul 11. masa tu la pulak teringat nak amik gambar rambut. gigih jugak la kan

cubaan pertama


ape kejadahnye ni

ok takpe, cuba bukak flash. walaupun tahu komfem nanti macam beruk.

sah!

ee geram terus meroyan aku

haha

ok2 cuba lagi

haa kaler ni la

lagi satu

padahal sama je rupa dgn gambar tadi kan? ahh shadap yu!! ;p

ok kan? aku rasa xde sakai sangat. komfiden abis dah ni

ni shampoo baru untuk rambut berkaler. carik yang paling murah ok. ni kat Caring Pharmacy RM11.90 sahaja. itupun aku macam 18kali pikir nak beli ke tak..nak beli ke tak. oiii 11hengget tu lepas buat makan sehari tu di musim belum gaji. tapi beli gak la sebab rasa macam perlu je. ke x perlu sebenarnya? perlu la kan?kan?

ok dah. ha nak tunjuk rupa cek setelah beryoghurt selama 3 hari. yaaa aku tau mask tu adalah untuk dipakai sekali sekala. tapi aku kan ekstremis..so akan pakai sampai ilang merah2 ni. pastu aku ikut peraturan balik ok. janjiiii

haa tinggal yang hok jerawat besar tu je..yg merah2 tu dah sangattttt fade *lompat bintang*

tu kau jangan nak tertipu dengan kulit putih selepuk tu. takdenye aku dh putih. karat macam tu jugak. cuma tu dah buh bedak sebab nak gi keje

kenapa bile aku upload gambar kat blogger jadi pecah2 ha?? cibai laa

dah la aku dah xde mood sekarang

-xoxo-

Wednesday, October 28, 2009

random

sumpah bosan gila ni..sorg2 dekat opis. bosses sume gi meeting la, tax seminar la. aku ni pulak dah berpinar ok!

aku rasa kalau aku mengait, dah bole siap 2-3 helai baju kot. boleh jual dekat etsy. fine, merepek. lagi menyampah bile gaji belum masuk. wtfwthcrapngokngekbencik!!!! alasan ialah sigantories baru balik dr singapore. bongok kan? abis kalau signatories masuk ICU ke, mati ke..x gaji la aku? apa ke bangang nye sistem nih..dah la aku ni ala2 dengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan. ye la kan, dah tengok arini dah 28hb, laju la aku belanja saki baki duit semua. kene la kan clearkan semua tu, nanti gaji baru tak muat nak masuk. hahahaha. ah sakit otak~

lagi sakit otak bila ida col aku terjerit2 macam meroyan cite psl "kwn" dia yang gila tu. eee aku pun sama naik geramnya. x paham la kadang2 orang yang suke amik kesempatan kat orang lain. bila orang dah buat baik kat kau, ko pandai2 la nak balas weh..bukan kata nak harap. tp common sense la. macam orang bagi ko gula-gula, ko amik, lepas tu ko lempang muka dia. macam kesiyal kan? gila ke hape??

lagi satu manusia ni semua ada limit sabar dia. sabar..sabar..sabar..sampai bila? lain la kalau nama dia Sabariah. ok x kelakar. sambung, sampai masa memang hilang sabar semua nih.

ida : babe, no worries k. nanti kite gi jump around ;p

ok, okayyy. guess what, guess whattt..*angkat2 kening n gosok2 tangan* yessssssss..akak dah kaler rambut uolss. itu la bile kata dah nak gaji, abis la smua bnda x berpekdah aku beli. sekali gaji x masuk lagi. akak pitam ok. tapi xpe lah, pitam2 vogue kata orang. hahaha

ok gambar rambut sambung len kali. xde gambar lagi. semalam x snap2. ha ni aku nak tanya kenapa org lain pakai vaseline kat bibir elok je, tapi kalau aku pakai komfem kering, kelupas, berdarah bagai??? dah la lipstick pun xleh pakai. lip balm pulak, everytime aku guna satu brand tu, bila 2nd time purchase mesti dah x berguna. tatapppp kering kelupas bibir aku. dah abis kot brand kat guardian tu aku pakai. hmm x mungil la bibir aku mcm ni. haha ok sila lempang kalau sudi

dah lah, malas tau.

-xoxo-

Tuesday, October 27, 2009

mari DIY

so yesterday f-i-n-a-l-l-y aku buat homemade mask tu. biasalah kan bila muka dah macam jalanraya baru la sibuk nak sapu macam2.


u know the sudden breakout yang menyerang diri ini due to my so-called stress padahal aku rasa sebab makan terlampau banyak plus minggu lepas aku makan snek secara melampau. 2 bungkus chipster, sebungkus cheezels, sebungkus kopok kentang murahan, anddd sebungkus kinder bueno. memang layak sangat lah kan dapat bencana jerawat?? tu belum lagi campur makanan lain seperti spaghetti dan megi..plus i think i'm allergic to air soya lah. cewahh tiba2 nk salahkan air soya niiii

tengokkk...kronik mak nenek kan??

tapi sebelah kiri ok je..

anw, aktiviti menonton rancangan Glow ke Stripped tah telah memberi aku idea untuk buat DIY face mask ni. they used papaya and strawberry bagai. ehh baik aku makan benda alah tu kan. so i googled, done a lot lotttt of reading and akhirnya telah sebulat suara untuk memilih timun *sebab murah plus aku x makan timun. so xde lah harapan bnda tu masuk mulut instead of di tempek kt muka* hehe

sebab utama saya pilih T untuk timun kerana :

1. i have an oily face.
2. cucumber is soothing, aku nak bg kulit aku feeling2 pegi spa. wlupun memang sah nak kene sepak kalau mintak benda bukan2 macam tu.
3. nak clean my pores. maybe pores tersumbat yada..yada sebab tu jerawat kot
4. it can reduce blemishes and wrinkles!

anddd i mix it with yoghurt sebab yoghurt ada exfoliating effect *walaupun bau nya adalah separa koma* plus membantu clearkan blemishes jugaaa. ini la tujuan utama

ada macam2 recipe la suruh bubuh lemon juice la, parsley la, honey, essential oil segala. but acik x berani la sundels, my face is fucking sensitive..kang x pasal2 kulit jadik macam dinding gua batu kapur. jangann carik pasal oke

apa yang anda perlukan ialah
  1. timun
  2. yoghurt
senang kan? ini lah mask cara saya. cara anda? eh..ok2, korg bole google the recipe and carik yang betul2 suit for your skin. aku pilih yang paling basic sebab aku rasa lebih selamat -_-"

mula-mula, amik 1/4 timun. agak2 la ikut saiz muka korang saiz normal ke, saiz pinggan ke, saiz meja makan ke..
kupas kulit n buang biji ok. then masukkan dalam blender. ataupun, kalau korg ada alat untuk parut tu, even better. sebab dia takkan jadik berair sangat. tapi akak xde benda alah tu senah, so buh je dlm blender.

blend smpi hancoq..memang agak berair ye. so wat i do ialah tapis hasil kisaran tersebut. x payah tekan ke apa. just tuang dalam penapis, biarkan kejap. tanak terlalu berair nanti jadik runny. boleh gila kalau sapu kat muka tp tiba2 dah turun kat dada semua. menimbulkan marah.

ok, letak timun yang dh blend tu dalam mangkuk. now amik 1sudu besar yoghurt, campurkan dalam timun tadi. mix well



saya guna brand ini. make sure plain yoghurt ok. jangan ko beli yang perisa mangga ke oren sume tu. eh ko ni nak buat mask ke nak makan???

note : some suruh blend sekali timun and yoghurt. tp aku tak sanggup blender aku bau yoghurt+timun. so kalau korg nak blender sekali shudnt be a problem ok bebeh

inilah rupa mixture tersebut

now, make sure muka dah bersih, ikat rambut siap2.

sapu kat muka..avoiding area eyes katanya..tp aku tersapu gak hehehe.


dah siap, tunggu la sampai agak kering


lepas tu cuci dengan air biasa. x payah guna cleanser. eh macam pantun dua kerat yo. lap muka iaitu tekap2 je dengan soft towel. jangan gosok macam nak cuci keta

slather on your moisturizer or sunblock or night cream. ikut la time bile ko pakai mask ni. dah siap! :)

the next morning, maknanya pagi ni. aku notice jerawat yang sangat besar masih ada. gila kau dah ilang?? aku bukan pakai mask timun+ yoghurt sakti ok! tapi dah less bumpy dan tak sakit. semalam gile punye sakit ok..stok jerawat batu tu kan.and yang tompok2 merah tu pun dah kurang sikit tahap menyala nya.

wayyy better dari semalam. fuhh memang betul2 aku mebuka pekung di dada nih. amik ko segala parut nampak

lepas bubuh bedak nak gi keje..not so visible kan?kan?

aku rasa dalam gambar tak nampak sangat la bezanya. tapi memang bole nampak n rasa beza dalam dunia nyata.

now at 12.30pm, my face tidak oily macam selalu.

anw, kalau ada lebihan mask ni. sila guna dalam masa 2 hari je ok. sebab xde bahan pengawet semua kan. x elok ah simpan lama2.

ok dah..semua boleh pegi beli timun sekarang untuk buat mask, jgn kau buat benda lain pulak!

p/s i love you : aku tak tau knp gambar mcm pecah2..haramm ok, makin bersagat muka aku jadiknye

-xoxo-

Monday, October 26, 2009

kenapa rasa x best hah?

my boss bought me sebungkus mee goreng yang maha sedap. actually, i'm kinda dah terfikir dari semalam 'esok mesti bos aku beli kan mee for lunch' as that's it! well, sometimes I'm amazed by my very own self. sangat Bobohizan kan? told you kdg2 aku memang ada 6th sense. betullllllllllll

anw, mee goreng itu memang la sumpah sangattt sedap tapi aku belum makan pun. adalah jugak perasaan sedikit insaf kerana dah mkn mcm hantu raya during weekend, tapi yang lebihnya ialah aku tak ada mood. benci lah..i hate this kind of feeling. tiba2 rasa left out, rasa tak best, tiba2 mnjadi gemuk dan byk jerawat, perasaan nak perabih duit sebab bosan walaupun sikit lagi dah layak masuk program rancangan makanan tambahan. tak sukeee, x sukeee. i need my mom!

bila dah semangat nak balik pulak, my brother informed yang gf dia pun will be staying at my parents house this coming weekend. eee x suke ok! not that aku x suke gf dia..but i hate when my limelight dicuri nanti..ofkos la mak aku layan tetamu kan? pastu aku pun kena la plastik, lemah lembut, sopan wtf semua! lps tu nak ajak mak aku jalan2, mesti dia tag along sekali kan?kan? takkan nak suh duduk umah, masak nasi guna kayu api, balik nanti mak tiri n kakak bawang putih yang kejam nak makan. ok fine, tak kelakar oke. tak kelakarrrr

tak sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee tau tak??

shit la, rasa nak berenti keje and pegi duduk kampung keje kat kedai runcit. kot2 bole kawin dgn anak tok penghulu ke. tp selalu anak tong penghulu mesti samseng kan, xpun penagih..ok2, tukar. kawin dengan anak org yang banyak utang kat kedai runcit, paling miskin kat kampung tu tapi kacak dan hero. pastu rupa2nya dia anak angkat je, mak pak dia sebenarnya jutawan..

eh pesal tiba2 nak kawin pulak ni??

dah tahap separa cacat aku ni. rasa nak lompat2 skrg. sebab dada aku berdebar-debar. err ok xde kene mengena.

ok dh xtau nak taip apa. bzzzt! -_- *brain dead*

-xoxo-

stress~

i've been stuffing myself like a pig last weekend! eee benci. makan, makan, makannn je keje. sampai kan smlm before tido rasa nak termuntah dah..mana taknya, makan megi pastu minum soya. the thing is aku sikit pun x rasa lapar, tp aku makan jugak. haram btul laa..i blame stress for that. ecehh tiba2 nak salahkan stress. lempang nak? ;p tp rasanya ada la sedikit2 sangkut paut disitu. stress sebab kurang kasih sayang. jerawat pun sama naik oke. makin stress lah aku jadiknye. haihh


and last weekend memang betul2 berehat kat umah sebab minggu lps rasa macam x cukup rehat la. tido, makan, tgk tv, pastu sambung tido balik. syok gila uols..pastu tah hape punya jin tanah rasuk aku, aku siap gosok baju keje utk 5hari. gile semangat kan. pagi td siap bole pilih2 nak pakai baju mana..berlagak sungguh. haha

memandangkan berapa hari lagi nak gaji..aku dah berangan ni. rasa nak kaler rambut lah. macam boring pulak tengok muka sendiri. nampak tua dah, benciiii. stendet lah kan, bila ada duit je tiba-tiba je semua benda jadik wajib nak beli, tak boleh tidak. ada je hujah2 bernas yang aku cadangkan. ataupunnnnn highlite je kan? ok jugak ye dok? hmm ni semua sebab tengok rancangan Glow/Stripped kat Channel E semalam. rasa mcm nak kaler sendiri untuk mengurangkan kos kerugian untuk benda takpentingtapigatal, tapiii kalau tak jadik macam mana??

tak pitam kau??

selain daripada itu, i soooo want to buat cucumber mask sendiri. ini juga drpd rancangan itu lah. memang sesuai sangat la dengan muka aku yang penuh blemishes ni. merah2 ok.sangat benci T_T so petang ni kene beli timun. oh tetiba teringat ni, xde kene mngena dengan timun ok. last friday lepas balik keje aku menyinggah la kat cold storage sekejap. memang xtau nak beli apa, tapi seperti biasa gatal maka pergi la jugak kan. hampir2 aku nak beli kerang, bole buat kerang rebus *tetiba* tp bile pikir kene cuci kulit dia tu, terus ilang napsu aku. so jalan2 lagi, nampak la coklet peberet, kinder bueno 3pack rm8.++ suke la kan. sebab selalunya, satu je dah 3.7+ gitu. so adalah jimat


tak pikir apa dah, terus gi bayar. skali dia scan 10.++ ehh?? ala aku silap tgk harga ke. benci la. kuarkan je la duit nak bayar sambil otak berperang nak ckp ke tanak psl harga ni. kang salah aku gak malu. emm..aaa..isk ckp je la kan

hotcocoa : *sambil hulur duit* i rasa td i tgk harga coklet ni 8ringgit lebih la

cashier : em, ni harga dia *tunjuk kt skrin*

bengong, aku tau la itu yg ko scan td.

hotcocoa : em, i rasa kat price tag dia tulis lain la

cashier : ok jap i cek

**********************

cashier : ni harga dia cik *sambil tunjuk price tag iaitu 8.++*

hotcocoa : ha ye lah, tp tu u scan 10ringgit lebih

cashier : eh?

hahaha yeyeh dah malu la tu kan. sib baik akak betul u ols. trus dia panggil supervisor dia btul kan harga etc n ckp sorry semua. aku pun berlagak mulia la kan, senyum je macam eh-takpe-ala-2ringgit-je-apa-lah-nak-kecoh-sangat. padahalllll hehehehe

eh dah menyimpang terus tujuan entry aku ni. ok, sah aku stress

-xoxo-

Thursday, October 22, 2009

gelas purple


semalam x pegi pavillion. pegi makan McD je kt Pandan. punye lah jem macam syaitan. kul 7 camtu br sampai, gila lama! klu naik highway dah bole sampai melaka tau tak?

aku memang dah lama x makan McD ni, pdhal aku kan pemakan McD yg tegar dulu. walaupun skang ni smua sibuk kumpul gelas tu x kuasa aku nak join. psl balik2 aku guna cawan free yang Kurnia Insurans bg tu jugak. so x perlu lah membazir di situ. aku memang x penah kumpul kejadah brg2 kfc ke McD ke apa2 lah..ehh xde maknanya aku nak susun satu2. buat menyemak kepala otak aku je aku rasa ok

tapiiiiiiiiii ida adalah gigih, sanggup nih beli set yg dpt gelas free tu. muka bersinar2 la sebab semalam dpt gelas kaler purple. haih x paham apakah mendatangkan orgasma melihat gelas tersebut?? dah la beli set yg RM15++..tp sukati la, bukan pakai duit aku pun. yang aku sibuk sgt ni apesal pulak kan? ;p

makan la sambil sembang2 sume. siap ngumpat org sekeliling *org beli fries kecik pun bole jadik issue kitorg..hahaha* tetiba mamat meja sebelah ni bg salam n hulur 2 keping kertas yang berlipat. muka aku mcm sangat bongok la aku rasa masa tu pasal macam blur ok. ye la ko tgh sembang tiba2 ada kertas dihulur sebelah kepala kau, adalah keliru sebentar ok. lps tu br aku mcm paham n amik bnda tu letak atas meja..

dua2 diam..

pastu jengah pebenda kertas tu - tak pegang pun ni, jengah je

'Menjana pendapatan di musim kegawatan bla..bla'

err..ok kitorg continue sembang..sekali ida tanya 'sekarang gawat lagi ke?' hahaha..gila

ee aku mcm rasa x selamat je duduk situ dah, pasal takut mamat penjana tu tetiba datang duduk kat meja aku dan bentangkan hujah2 ekonomi dia. aduhhhh emang gawat dong!!! mampos kan, org mcm ni klu dh start ceramah, mana reti berenti nok. kena pulak McD aku pegi tu 24jam. mau terberak aku kat situ weh. so sebelum berlaku kejadian yang tak diingini, baik la berambus kan?

aku bangun dulu, siap takut kan ida 'cepat weiii dia dh dtg tuu.. hahaha'. kelam kabut la pompuan tu. haha gile keji. balik umah je la terus. terus mandi2 n tgh aku tgk tv nak layan tido, ada sms masuk. ehh aku igt telepon aku ni dh rosak, psl dh lama beno x bbunyik

ida : babe, gelas mcd ttinggal la..ni smua angkara mamat saiko td..huh..nak gelas purple *nangis*

hotcocoa : wat?! ala i pn sedih gak. ee mmg puaka la mamat tu. menjana pendapatan konon! makin rugi ada la. sian u. takpe nnt beli yang lain k, makan yg paling murah tau *iaitu set McChicken RM12++ jek*

ida : gemoks la mcm ni..i plan makan McD seminggu skali je. xpela, i dh lost mood nak wat collection..bazir..lately i byk spend 4 bnda ntah apa2. rugi tau. better belanja u kan

gila drama kan? tiba2 insaf semua nih..pastu tiba2 nak belanja aku. apakah?? hahaha

hotcocoa : haha, br sedar eh. o pandai ckp mcd bazir. tu ha u beli *** tu sangat x worth it tau. tu kalau u kumpul cawan mcd tu, sat gi adik ***dtg, jahanam gak. xde maknanya. ha kan kak jah dah ceramah, haha. dah jangan kumpul benda tak berpekdah. kalau nak kumpul sangat, kumpul setem je ok. murah sikit

ida : baiklah jah, lps ni abg kumpul setem lak

hahaha sengal ok..dh gila la tu lepas kehilangan cawan. kau igt org ilang anak je bole jadik gila?
tp tetap aku nak salah si mamat penjana tu. ko bole tak jangan kacau org masa tgh makan?? erghh..tgk, takut punye psl smua bnda tinggal. mangkuk betul

to ida : sabar eh babe, xde jodoh u dengan gelas. tp xpe lepas ni i beli album utk u lekat2 setem k :*

-xoxo-

Wednesday, October 21, 2009

'blog awak dah tak menarik'

siyes xde bnda nak dikepohkan. abih dh kalau tiap2 minggu aku gi pavillion je kejenya, ape je lah yg aku nak cite? ni pun petang ni ada harapan aku gi sana lagi. oh ckp psl pavillion baru aku tingat satu cite nih. hehe.


tah minggu mana aku gi tgk movie dgn ida *again! haha*. so sementara nak tggu showtime tu tak payah la bersidai depan kaunter tu kan..sumpah menyemak. so pegi la makan kat loaf. duduk2 je dtg lah sorg waiter ni bg menu. ok la kan, dh ko bg menu tu bagi lah kitorg ni berfikir. ko ingat senang ke nak buat keputusan nak makan apa? dia bole pulak berdiri kt situ sambil bebel2 psl food dlm menu tu. isk perasaan adalah agak marah disitu. dengan otak aku yang agak lembab ni mana lah aku nak fokus kan. so last2 ida je order makan, aku ckp aku nak makan roti je, so dia suh masuk dalam n pilih. siap pesanan tambahan - lps pilih, bg kat mamat tukang panaskan rotu tu, nnt dia hntr kt table. ok watever~

so akak pun gigih la pilih2 roti n suh budak tu panaskan. x lama tu dia hntr n kitorg pn mkn2 la dgn riang. dah menjoyah segala, tgk2 jam oh dh kene gerak pegi tgk wayang pulak. maka panggil lah waiter mntk bill..aku agak2 la roti aku bape hengget n bg kt ida. dh dpt balance sume ida tgk bil

ida : babe, dia x kira u punya roti la. patut la i tgk pesal murah smcm

hotcocoa : ha? ye ke..apa je dia charge?


ida : air u je lah. td u x byr kt dpn eh

hotcocoa : tak la, dia suh amik pastu bg kt tukang panaskan tu je kan


ida : dah2 jom blah cepat, cepat weii. mampos klu dia jerit nanti *sambil bgn cepat2 tp muka cuba tak cuak tp tergelak gelak*

hotcocoa : hahaha..takutttt. cepatt *berdebar tp masih gelak* i nk byr. tp sbb geram dgn waiter kepoh tu trus mak tanak bayar nok. tu la sape suh mengganggu i, trus x fokus lupe nk byr

ida : ko ni asyik makan free je, kt secret dulu pun ko mkn free kan??

hotcocoa : hahaha..eh bukan i tanak bayar, sape suh dia x buh dlm bil kan?? *tetap ni nak melawan*

maka makan free la akak kt loaf malam tu. hehehe. tp bukan salah aku kan? kan??

slps kejadian tu dh x pegi loaf dah. haha. tp mcm dh 5 kali la jgk pegi pavillion lps tu. mana je la bole pegi kan klu dah duduk kt sini. klcc? x pasal2 ida pitam kang asyik gi sana. kalau BB, Sg Wang, Times Square tu sume kang aku pulak yang sawan. tiap2 hari kot aku lalu sana gi balik keje. eee..cemuih la

anw, last saturday. buat makan2 sikit kt umah. jemput yg close je. saja la kan gatal..xde keje so carik lah keje nak msk2 tu sume. amik ko bengkak2 kaki sebab lama sgt berdiri. pinggang jgn ckp lah, mcm nak tcabut sangat dah..punya la sakit. feeling2 lah mcm ibu mengandung kejap. lps tu terus makan Panadol yang peket kaler ijau tu. apa ah nama dia? ehh taubat nasuha sangat aku oke. jalan pun dah terkengkang sikit macam kene buasir. len kali kene ada assistant. mampos kau nak buat sorg. memang memerlukan tenaga kuda ya. even xde la meriah mana yg aku masak tu, tp still la nak prepare sume, nak kemas lagi. aku kan insan yang lemah, hanya mampu berserah *lagu Zureda*

terima kasih la ye pada semua jemputan akak yang sudi hadir. akak terharu uolls. ada gak org nak dtg kt teratak akak tu. haha ada rasa mcm nak baling kasut tak? ;p

sib baik sume makanan abis..kire balance tu cukup2 utk tuan umah mentekedarah pd keesokan hari. kalau xde balance tu memang komfem aku x makan hari ahad tu. haram aku nak msk apa2 dah. rendam megi pun aku malas..*nyanyi lagi Zureda lagi*

ok, gambar xde. ye aku tau kenapakah bongok tiada gambar??? tp mmg sgt2 terabai tanggungjawab nak snap gamba ni sume *perlu ke nyanyi lagu Zureda lagi?? mcm kena kn?* ehh.. kau igt ada masa ke nak snap2 sambil masak tu semua? aku sempat mandi before tetamu datang tu pun dah kire mulia abis oke! even nani dh plan konon nak amik gambar buh kt fesbuk segala, tp mmg lupe ok! len kali akak hire photographer ye hahahahahak tuih! ;p

dalam pada penat terkengkang-kengkang tu, bole lagi aku pegi Pavillion *ok, skrg bole buat pertandingan kire perkataan pavillion dalam entry ini* layan cite Papadom. on Sabtu tu jugak oke! lps je tetamu dh balik aku bole plak berjalan bagai kan? gagah perkosa *vocab kak Di* sangat kan nyah. nice story sehinggakan aku dan ida hampir2 nak terjebak pi makan nasi kandaq. gila. mcm mana nak kurus??? tp x pegi pun setelah kami sedar itu hanya lah nafsu semata2

banyak cantik muka kau, nmpk nasi kandar nak makan, nampak piza nak makan, nampak itu ini semua nak makan? nak makan penampar?nak?eh..

ok2 emm mental x bape stabil ni. mmg xde mood sgt nak menaip. eh klu nak ikut bila je aku ada mood kan? memanjang M A L A S je keje aku. ekekeke. tapi kan ada lah hamba allah tu siap bgtau nih 'awak, blog awak dah x menarik lah' tu dia!!! selamba kan? kecik ati aku *tipu*, kalau lah peha aku bole kecik kalau org ckp mcm tu, mmg aku suh ulang 10 kali. hahaha. yg sbnrnya memang benci nak update blog klu xde gambar..x menarik kan??

yelah2, ni nk letak gambar la ni. tp mmg xde kene mngena. tp janji ada kan?? jgn ckp banyak, tengok je diam2. komplen je keje kau kan? haha tetiba nk marah ;p

ni ms nak raya kt mid kot. comel kan aku dengan lembu tu? shit la, knp aku rasa lembu tu lagi comel?? bulan pose aku gemuk kan? benci benciiiii

ini pagi sabtu bila tah nak pegi bfast dengan Kunang2. miss him so much*sigh*

tako tao. x suke, tp saja beli. eh lepas tu mcm sedap pulak hewan ni rupanya

day before makan2 @ myplace. nampak betapa messy nya dapur cek

dh abis majlis, terbaring dpn tv. agak terganggu dengan nurul, sebab tu gambar muka x puas ati. haha

me n nurul

lepak @ NZ lps tgk Papadom
ida, cino, bokyah :)

dah itu je. babai
. sakit ati tak? haha

-xoxo-

Wednesday, October 14, 2009

macam x tau nak cerita apa

gile bersawang blog mak ok. ada rupa umah tinggal la kan..

actually ada je bnda nak cite, tp bila dh perangai suka tangguh2..mnimbun la cite n akhirnya lupa teruih. stendet la kan..sebenarnya memang MALAS pun

anw, nothing interesting wit my life currently, sumpah monotone jek. nasib baik ida rajin layan aku. klu tak komfem mcm beruk je aku kebosanan. everyone is busy with their own thing, so tanak la kacau2 kan. few times dh plan baekkkk nak karoke dgn Elle n Nisa, tp memanjang kensel. aku la yg kensel..diorg tetap lah melalak kan *jeles*

Kunang2 busy keje..and we dont really talk. dating cuma ms breakfast pagi sabtu, di mana kene ckp bnda penting je coz sibuk nak makan + he need to go back n rest sblm kene masuk keje lagi. agak memberontak la jiwa taliban aku ini, coz i miss all the time when i can be soo mengada2 n manja n gelak2 dengan dia. but tanak la drama sgt. so i redha je nyah. kalau ikut ati yg gila meroyan dan perasaan bajet comel mcm powerpuff girl ni, dh lama i hentak2 kaki depan dia n paksa bawak gi jalan2, makan2, dan macam2 lagi. hmm T_T

anw, aku apply cuti hr jumaat. bermaksud i have along weekend.yayy. amboih mcm aku nak sambut raya je kan? haha. padahal xde nak pegi mana pun annual leave byk lagi la..so bole la apply sesuka hati. oh, ohh i'm having a little function kt my crib, so itu lah bakal aktiviti weekend ku yah :) next month i'll be in new office. sangap gila weh..jauh dr manusia2 lain. waa mak kwn dgn indon construction je la lps ni. tanak pikir, tanak pikirrrr..

tgk la betapa bosannya idup aku smpi nk cite apa pun x tau..gila kesian kan? haha..ok darlings, babai. boleh ending gitu???

-xoxo-

Friday, October 2, 2009

saya sudah ada aktiviti weekend

i was on the way back from mentapau lunch bila tiba2 fon aku berdering. kelam kabut la sebab takut devdas yang col, tau lah dia tu. sekali tgk kakak aku rupenye

along : weekend pegi mana?

cocoa : tah xtau lagi, kenapa?

along : abg nazir ajak gi kl, dia nak tgk pertunjukan udara watever tu kt subang. klu ikut along memang malas. penat la

cocoa : abis tu? dtg je la jalan2..org dh semangat tu

along : klu jadik along bgtau. igt ajak Ma sekali kot

cocoa : ok, papehal col ye

yayy best klu mak aku dtg. soooo weekend ni nmpknye akak dh ada aktiviti nok. bole la aku melaram dengan kasut n baju yg aku beli tu. hehe

argh balik ni kene kemas umah..toilet mcm umah hantu okeh!

things to buy :

rubber hand glove *pki ms cuci toilet* - dh terkoyak
air freshener - dh abis

foods

-xoxo-

raya + random

wahh lama nye blog cuti. dh macam cuti bersalin plak lama2 ni. salam aidilfitri darlings :) sibuk2 nak raya, dahhh raya pun kan.


hmm aku mula2 mood nk raya over the nordin mat top sgt. sekali selepas tragedi sinetron 14ribu episod, maka mood terus jadik seram-seram kuku. bosan ah..tp time raya, makan tetap makan oke. smpi kan aritu gi keje, bole butang kain terbukak masa bjalan?? panik mak nok! tepi jln tu jgk aku btulkan..nasib la kan. klu terlucut lagi hazab ok. kang x psl2 je sapa yg nampak terus taubat and puasa nam. bukan 6 hari je , tp 6 tahun terus. kesian kan?

raya biasa je la. dlm xde mood tu, sakan gak aku keliling negeri johor. fuh smpi felda mana tah aku masuk, sbb mak aku ajak beraya umah geng haji dia. geng haji mak abah aku sume coolness ok. wlupun dh haji/hajah tp sgt sporting. paling klakar sbb suke kenakan each other. and satu pakcik tu sumpah muka dia sama dengan pendekar Mustar. gile kelakar. rasa nak bwk pakcik tu balik umah je

sama gile ok muka dia! minus the misai. dah la kelakar. tp nama pakcik tu Wak Pejo ;)
pic kredit to shikinhambali.blogspot.com

as usual pagi2 salam raya. bapak aku bonus 4 bulan tp bole ke bg duit raya 10hengget?? dia kata tu kire bagus dia bagi, patut x dpt dah sebab sume dah keje. ciss. aku mcm biasa la nangis2 sikit. kata berdosa kan ;p lps tu bg duit raya. aku pn keji bagi Ma je, abah x payah sebab bonus dh byk kan?? hahaha. pastu anak2 sedara 3 org. mak bapak mereka tu kejam ok. suh anak dia bukak masa tu jugak. modal nak kutuk la tu klu aku bagi 2 ringgit. lps tu mcm x percaya tgk isi nya. siap igt aku salah isi. kejiiii. anak sedara 3 org bole la. klu 13, kirim salam..aku bagi kad raya je sorg sekeping. lgpun tahun ni aku x belikan apa2 untuk diorg for raya, so ada la extra di situ.

gambar xde..mmg x snap. adik aku je snap sana sini..tp aku x amik pn dr cam dia. semangat yilek. Bunny came on 1st raya, cian dia kene tggu turn makan, sbb cina tu mkn lama sgt la kan? sempatla Alya tlelap kejap hehe. tp lps tu Alya sgt behave duduk dgn aunty cocoa ms mummy makan..sambil gigit2 cawan. hehe. sho cute. heard that Bunny n family pengsan smpi kul 6pm lps balik makan dr umah aku. apakah?? mungkin ubat batuk tertumpah dalam nasi minyak tu tak? haha. fine, x kelakar

on the way to umah Kunang2. motip mak aji buat muke gengster?? aku punya merenyih

ha baru lah beri kerjasama

sopan kan ai nak gi umah mertua? ahaks..

balik kl on saturday, sbb niat nak berehat2 kt umah on sunday tu. senin keje ok. perasaan adalah sangat malas seperti kucing gemuk. tapi gile kau tanak keje? kalau pasir tu rasa mcm nasik ayam dah lama aku x keje tau tak?

mood is still so-so. sgt lah x best. and utk menggembirakan hati, mula la aku beli bnda bukan2. minggu ni je aku dh beli kasut, legging, cardigan, tshirt..padahal tak tau pun bile nk pki tu. and i almost meng-ayam serama-kan my hair. nasib baik hr tu salun tutup. klu tak, dah tak Pussycatdoll la mak. ye la Nicole kan rmbut itam. ahahahaha *muntah darah*

ha minggu ni tiap2 hari aku masuk keje lambat. gile ah..asyik bgn lambat je ok. malam sebelum tido dah pasang azam 'esok nak awal'. tp bile alarm bunyik, off kan n lelap kejap. hamik ko kul 7 br terjaga..kelam kabut aku. konsep pakaian sume cacamarba psl capai yg tidak perlu digosok/paling senang gosok. gile selekeh minggu ni T_T

oh, this month on HBO, theme nya ialah Chick Flicks. suke, sukee!! barulah rasa x bazir bayar Astro tiap2 bulan. ada Sex and the City The Movie, Mamma Mia, Forgetting Sarah Marshall, and many more. kene stock up jajan supaya bole tgk sambil kunyah dan bergulung dalam comforter. yayy!

i have 1 wedding invitation hr ahad. tak tau bole pegi ke tak. kt Klang plak tu. kene tanya Kunang2, he's not feeling so well, demam katanya. so harapan adalah tipis di situ

okey, nnt kalau rajin mak taip lagi k. daa

hugs,
-xoxo-