CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 30, 2009

F.U.B!!

kali ni aku menyuarakan kesentapan aku terhadap seorang penjual cupcakes online. haaaa, kan kau dah kene dahhh..


memang aku bengang gile taik punye dengan layanan dia yang macam bongok. KO SORANG JE KE YANG JUAL CUPCAKES ONLINE??????

citenye camni, aku nak order cupcakes , tapi kau tau lah aku memanjang jumpa orang yang jual cupcakes online ni sume kat kl. wei, orang johor ni kaedah low profile ke, tak makan cupcakes ke, or tak reti menjual secara online???*bahasa kasar = buta IT kah anda??* ke aku yang bongok sebab tak jumpa? ok la aku ada jumpa satu, tapi dia dah tutup order sampai bulan 6 nanti. gile laris kan? mari meniaga cupcakes (khas untuk org johor). yang kedua aku jumpa si lahanat ni la, yang meniaga, tapi agaknya dah kaya sangat, malas nak melayan pelanggan. ataupun sebab asyik makan cupcakes, maka diserang kencing manis so sekarang stress dan berperangai seperti najis (well, its kinda rhyme kan?)

so aku bila nampak blog dia, wah kesukaan la sebab jumpa gak orang JOHOR yang buat cuppies ni. fine, aku pun email seperti ini

dear, if i nak order for 50pcs, nak ada dome cover, souffle
design mcm attached (peach+pink+cream)
bunga tengah2 tu nak rose
how much ye?
i nak buat as gift on june 09, majlis kt kluang

thanks! :)

ini ialah attached pic. jmp kt internet, tp x ingat dr mana

sila note, aku menggunakan perkataan DEAR, konon2 lebih warm la kan? oh come on, aku pun jual barang online ok, so aku rs warm bila pelanggan bagi email mcm tu. like they mean it. paham?

ok fine, lps tu aku tunggu tak reply, maka aku sms dia *seperti dia bgtau dalam blog dia lepas email, sila sms. bole ke?? fine, wateverrrrr* still lepas 2 hari baru kau nak reply lah?? masih bersabar walaupun aku ni mana reti sabar kalau benda2 mcm ni, aku menggelupur tau tak??

ok, dia reply

sori tak dapt deliver..kalau ader org boleh amik dr jB ok

like WTF????? bole tak ko terangkan dulu bla..bla lepas tu baru cakap elok2 kau tak boleh hantar? aku dah panas time ni, dah la kau tak jawab soklan aku. kau ni dah kenapa???

uiii mendidih darah tun teja mak ni nokk. tapi aku bongok jugak by being very nice, ayu dan sopan dan membalas email dia

ok, i nak tau the price first

sepatutnya aku kene tambah lagi satu perkatan di belakang iaitu BONGOK dan beberapa tanda seruan.

kenapalah aku still nak beli dari dia kan?? tapi takpe, SUSAH NAK JUMPA maka konsep bersabar

dia reply email aku, ini yang paling cilaka sehingga menaikkan darah aku dimana semuanya berkumpul dikepala

design yg u bg swirl..dekat mana nk letak rose????..hanya ader swirk kecik

50pcs+dome cover ribbon deco/mini flower+simple swirl=rm2.50/perpcs
saiz shoufle = large

add roses=ready made cth merah tambahan rm1/perpcs
add roses hand made gumpaste=rm8/perpcs

nampak tak tanda soal yang banyak itu? adalah menyakitkan hati ok!! kalau kau tak paham ape aku nak, kau bole tanya tak? janganla bodo sombong siyal. aku rs aku bagi arahan tu dah cukup jelas, tapi sebab kau lembab kau tak paham kan?? dungu gila la kalau aku nak suruh letak ros atas swirl tu! and sumpah i dont care shit ayat2 dia selepas itu sebab aku tak hingin nak beli lah

lepas tu cara dia emel macam cina celaka yang kuang ajar kat kedai jual barang-barang plastik 2ringgit tu kan?? muka stok tak bole blah, rasa nak tampar dengan pemukul lalat tu

come on lah, kau ni jual barang online. people cant see it, so memang la banyak tanya and kau pun kena la tanya betul2 apa dia nak. lain la kalau kau kat kedai, org bole tgk brg tu, so tak la byk bnda yg dia nak clarify bla..bla

aku dah deal dengan banyakkk online seller, and they're all nice ok!

even aku pun, ada sorang nice lady ni nak beli perfume, after 20 emails baru komfem dia nak beli perfume tu. takde pun aku buat tak layan or jawab mcm nak tanak je. as seller, kena la layan jugak sebab anyone could be your buyer ok. lantakla dia mula2 nak tanya je ke..but kalau kau nice, tanak beli pun tak sampai ati kan?

aku tak tau la aku emo bitch ke tapi yang pasti aku memang sakit jiwa dpt email dia tu. mcm aku bongok sangat je rasanya sebab suruh buat design yang pelik (kepala hotak dia) padahal engkau tu yang sengal ubi tak paham apa aku nak

jgn harap la aku nak reply email dia kan? kalau ikutkan hati aku memang aku nak reply dengan makian je. tp nanti menangis pulak kat tepi ketuhar.

last but no least, KAU INGAT KO SORANG JE KE JUAL CUPCAKES ONLINE??? PEGI MATI OK!!!

kire bagus aku tak buh blog ko kt sini. jeez, i'm nice huh? ;p

-xoxo-

Thursday, March 26, 2009

u guys rawks :)

yay! bos takde harini. sukeeee...adalah tidak cool membuat kerja ketika bos tiada. hotak hang tak cool! haha..

pagi ni aku bangun lambat ok, mungkin kesan ubat demam yang aku makan malam tadi *padahal memang kuat tido* semalam aku mcm nak demam sangat la, dengan pening, sakit tekak sume complete. balik keje aku terus baring n ttido sampai kul 12, dengan tak mandi, x cuci mekap. bile terjaga tu aku cepat2 la cuci muka n tukar baju. mandi?? takdo aku nak mandi dh ngantuk2 camtu oke ;p lepas tu aku makan ubat demam n zzzzzzz smpi 7 pagi!! gile kentanggg

tapi takpe..kan bos tak ada. huhuhu..

to ida : sowi, weekend kite gi tgk wayang ye. shopaholic!

2-3 hari lepas tealady aku bagitau sekarang ni hati-hati pegi toilet, ada lelaki mengintai! pundeks la, sure aku tak concentrate membuat 'urusan' nanti. matila aku tengah2 tengok youtube, sekali jumpa muka sendiri. nitemare oke!! dia cakap lagi berdasarkan lakaran yang diberi oleh mangsa *kenapa ayat aku macam suratkabar siyall????*, mamat tu selalu pegi cafe and tak makan apa-apa kecuali minum soyabean. apakah?

kalau minum soyabean, horny ke hapa? ataupun selepas mengintai, dapat kepuasan dengan meminum soyabean? ataupun soyabean memberi tenaga untuk menyambung operasi mengintai? ke sebab soyabean tu murah weh

ok lupakan pengintai soyabean tu. aku dh beli kain baju raya. bole ke? hehehe. setelah bape tahun aku asyik beli baju dah siap je, tahun ni aku nak tempahhhh. wlupun kos dia 2kali ganda ye. next year aku beli baju siap balik. sebenarnya aku terjebak beli kain ni sebab Nani laaa.. dia tu menghasut dowh. aku ni mana la boleh kan, komfem terpengaruh punya. dari benda lain yang aku nak beli, lain yang aku beli. tp xpe, aku suke..hehe

so aritu aku sembang dengan paralyzer

hotcocoa : sy nak tempah baju la

paralyzer : baju apa??

hotcocoa : baju raya la..takkan baju sekolah kott

paralyzer : raya kan lama lagi? pesal awak gile nak tempah

hotcocoa : mana ada awal, nanti tailor tanak amik tau. tak kire nak tempah jugak

paralyzer : ha tempah untuk raya haji sekali, dengan raya tahun depan

hotcocoa : *jelir lidah*

dengki kan? sukati aku laa..excuse me tailor tu kata tempahan raya ditutup pada bulan June oke. harusla aku nak cepat-cepat kan. aku kalau benda2 tak penting mcm ni memang cepat je, cuba kalau keje lain, nak bertangguhhhh je la T_T

rasa macam dah bosan la kerja kat sini. nak tukar keje je rasanya. tapi punya la malas aku nak bagi resume kat agent tuh..hmm, nantila lepas bulan 6, insayaallah. rasa macam malas dah nak tengok muka devdas ni. najib, i tetap lebiu oke.hehehe

aku rasa hidup aku semakin exciting sekarang, wlaupun takde apa-apa yang baru dan menarik. rasa macam happy je. kawan2 aku sume best2, yang macam haram kejadah aku dah hapuskan. family aku happy, keje aku ok cuma aku je gatal ponggong nak tukar keje, gaji aku tak best tapi kire alhamdulillah la jugak kann, i love my Popo!! sangat membantu dan menceriakan hidup, yang pentingggggggg aku nak buat full settlement credit card aku isnin depan. yayyyy!! sumpah dah tanak pki cc lepas ni. tanak oke tanakkk.

dengan semua positive vibes around aku ni, aku rasa safe :) to all my frens nani, najib, elle, ida, rina, herry, aleng, angel, liza, tot, nurul, paralyzer, - just to name a few, i heart u all! anda memang awesome taww!

me n liza


to ma, abah, abang, kak long, adik- love, love, love u!!

to devdas - hang bila nak berhenti keje? aku malas nak cari keje lain laa. eh? ;p

hidup tak selalu kat atas kan, so sementara tgh happy ni, cherish the moment. nanti masa aku sedih2, korang jangan lari tau! hehe

-xoxo-

Monday, March 23, 2009

mari2, aku nak bagi tips niii

punyelah hazab aku nak tunggu ketibaan weekend, sekalik sekelip mata jek dah kene keje balik. isk..tapi takpe, weekend ni mmg aku rehat cukup2 iaitu terbongkang tido. aku cuma kuar umah sabtu malam , gi makan ngan Elle. and lagi sekalik kuar lunch tengahari ahad dengan paralyzer, sarah n nurul. lain2 waktu sume aku tido, tido, tidooooo. sampai pening oke


last week memang aku keletihan la, sibuk ke sana sini..melayan peminat-peminat, buat konsert semua kannn..ponggong hang konsert!haha ;p tapi yang penting memang letih, kul 12 baru nak tido..aku mana biasa tido lewat2 mcm tu on weekdays. selalunya by 11 aku dh pingsan. sampai kan sarah pun tegur kenapa dark circles aku sgt obvious, selalunya tak nmpk sgt T_T

oke, aku nak kongsi tips menguruskan badan *matilahh ada hati*

pertama, jangan makan benda manis.

kedua..tak ada. yang pertama tu je tips aku. serius gile babi tonyok tak tipu oke. aku dah tengok and rasa bezanya. selalunya aku kan konon2 nak diet so my menu goes like this

breakfast : milo+roti/biskut hi fibre
lunch : laksa/mihun sup/bubur nasi /nasi campur
tea-time : milo
dinner : tak makan. minum air masak je

jumlah penurunan : adalah menyakitkan hati. perut tetap buncit walaupun menahan lapar sepanjang malam.

so aku pun malas nak layan. lantak kau lah. teruskan je pola pemakanan seperti itu. but beberapa hari kemudian aku notice i can fit into my black pants without lebihan perut terkeluar di kiri dan kanan pinggang *fakkk..keji gile*

mula2 memang perasan mcm wahh diet ku berkesan, then bila aku pikir2 balik. baru aku notice yang aku dah tak minum milo pada minggu itu. means memang aku tak amik benda bergula/manis lah

ok then aku buat lagi seminggu minum milo mcm biasa. memang badan aku naik ok!

so skang aku minum air masak je, takde dah milo2 ni semua. kuih2 memang aku jarangggg makan, so sekali sekala takpe la kan. maka lupakan lah daily teh tarik regime korang ataupun teh o ais 3gelas ;p, mari cut off sugar intake. berkesannnnn oke

minum/makan benda manis(air manis/bersusu and kuih muih, bubur kacang watsoever) seminggu sekali cukup ye anak-anak.

aku addicted dengan chewing gum ni sekarang..aku suke kaler purple and kaler red.

gambar ehsan cik google

-xoxo-

Thursday, March 19, 2009

susah nak update kalau dah lama tak update kan

ampunkan kami penunggu gua, ampunkan kami penunggu gua! *sebab lama tak updet*

weekend lepas 2hari berturut-turut aku pegi makan yong tau fu kat ampang. entah apa cina tu letak agaknya. spenda??

hari sabtu aku pegi dengan paralyzer. dia adalah sengal ok. dia ajak keluar makan malam tu, maka around kul 7pm aku sms dia

hotcocoa to paralyzer : saya baru balik keje ni, nak keluar pukul berapa?

paralyzer to hotcocoa : ok, awak mandi2, pakai wangi2, cantik2, seksi2, kite pegi makan YONG TAU FU ok

hotcocoa to paralyzer : motif?? kene ke pakai SEKSI nak pegi makan YONG TAU FU????

paralyzer to hotcocoa : hahaha..bluekkk. c u

gila sengal kan.. aku dah berangan ingat dia nak bawak makan kat hotel ke hapa oke. vavi lah..tapi takpe, aku suke jugak sebab bole makan ciken wing secara tamak <-- aku selalu order 2 utk aku, 2 utk dia = 4 ciken wing x potong 2 = 8keping ciken wing. padahal dia tak suke pun bnda tu, aku sengaja order ok ;p lalalalala

walaubagaimanapun, pada hari ahad, ida pulak sibuk nak makan yong tau fu tu. ala, aku dah segan ni, padahal mampos cina tu tak pedulik kalau aku nak datang 5kali sehari pun kan. ok lah kami pun menuju ke sana. aku dh kenyang gile lak tu baru makan roti bakar + telur setengah masak kat Oldtown dengan liza.

tapiiiiiiiii tetap lah order ciken wing kan?! sekalik ida cakap

ida : eh u tau tak my ofismate cakap kalau makan ciken wing nanti tetek besar

hotcocoa : hah? ye ke? patut la tetek i besar oke! *sedikit berbisik*

ida : abis nak oder ke tanak ni?

hotcocoa : nak la

nasiblah tetek besar ke hapa. tapi kenapa ciken wing itu mesti berkumpul di tetek?????????? kenapaaaaa

hari isnin n selasa family aku tido umah aku. wah meriah kejap..rasa penuh je. selalu kan mcm padang jarak padang tekukur. surprise visit ni, sib baik aku baru kemas umah

selasa malam tu kitorg gi alamanda. makan kat Johnny's. my first time dan aku adalah kecewa kau tau tak? aku rasa tempat ni overrated oke. takde la sedap mana pun. end up bayar almost rm200. ah kecewa. lepas ni tak mahu pergi lagik! tak suke, tak sukee

semalam, aku berdating dengan nani. korang tau tak ini first time aku jumpa nani. dia adalah sangat kecil ye. tak dpt imagine aku mcm mana dia bperang dengan anak dia yang 3 orang tu. hehe. babe, tenkiu belanja makan kerang rebus. dan terima kasih sebab halau nyonya yang menyayi lagu cina tu. ahahaha..gilo

aku agak sibuk merancang sesuatu. alah, aku kalau tak sibuk pun suka je buat2 sibuk kan? hehe..

dah abis cerita aku, sekian

eh kejap..saya rasa saya suka dia *malu*

-xoxo-

Saturday, March 14, 2009

sabtu yang kene pegi opis

aku kat opis ni..ah, sangap oke. tapi masa keluar umah pagi-pagi tadi, aku macam 'wahhh..tenang nye suasana' culture shock kejap aku dibuatnya. lepas tu pulak kan baru lepas ujan, makanya udara sangat fresh gitu. terus aku berjogging ke tempat kerja

tolonglah jangan percaya oke -_-

arini aku panggil cleaner datang bersihkan opis. cuci karpet semua. dah alang-alang aku rajin nak masuk ofis harini, baik aku suh dema buat keje kan. tiba-tiba aku kagum dengan cleaner company ni, rajin nak mampos oke. abis segala benda semua dia lap, figurine kocik2 pun abih dikilatkan. rasa nak je amik dia jadik bibik aku. sure mabeles umah aku

last year aku panggil company lain, pompuan indon yang tukang lap tu pemalas nak mampos, asyik laa mengeluh bila nampak kabinet aku yang penuh dengan file tu. dia malas nak lap oke. nak mati punye banyak katanya. eh kauuu, banyak cakap pulak kan. keje diam-diam bole? langsung tahun ni aku tak panggil, lagipun bos nyonya dia tu kerek nak mampos. benci ah

anw, kakak indon yang aku kagumi itu tiba-tiba tanya

kakak indon : bos dirumah ada pembantu? *amik kau, bos dia panggil aku? Devdas sure makan ati kalau dengar ni.. haha*

hotcocoa : tak ada kak, saya buat sendiri *senyum bangga*

kakak indon: mahu pembantu? *motif boleh baca fikiran aku? oh ngeriii*

hotcocoa : err..maksud kakak? mcm mana ye? duduk sekali ke datang seminggu sekali?

kakak indon : seminggu sekali pun bolehh

tiba-tiba aku seronok..besnya kalau dia boleh bsihkan umah aku kan. aku panggil sebulan sekali dah la. dia kata chargesnye dalam rm50-rm60 macam tu.. ok la tu. dia bersihkan umah, lap, cuci bilik air semua. ok2, boleh difikirkan

kalau korang nak tau contact number kakak ni, silalah bagitau ye. sharing is caring :)

i haf a lunch date dengan ex hommie aku masa kat gombak dulu. dan aku adalah super selekeh harini. kenapa nasib aku selalu begini..time aku lawa-lawa *lawa ke?? ahaha* takde pun orang nak ajak aku date. memang suke agaknya dapat tengok aku time aku buruk. jangan dia trauma tengok muka aku sudah..dah la aku pakai baju yang ada sedikit kesan coklat. hasil lelehan aiskrimTopten- tak boleh ilang ok!

and tonite, nak jumpa Liza. tapiiiii tiba-tiba paralyzer pun nak jumpa jugak. so maybe jumpa bertiga, meriah sikit. dua-dua orang ini adalah makhluk yang dirindui. lamaa x jumpa taww

and i think i haf nothing to wear tonite!

-xoxo-

Friday, March 13, 2009

just another friday

esok aku kene kerja. apekah??? kerja amal oke, aku mana bole claim OT semua ni. tak adil!


dah la pukul 9 dah kene ada kat opis, ape punye jenis penyeksaan ni?

sepanjang aku sakit pinggang ni mood aku betul2 macam tahi. i dont talk much, aku takde perasaan sexcited, aku tak gedik juga ;)

semalam nurul bagitau aku baju baru dia dah siap. dan dengan kejamnya aku cuma cakap 'ye ke' without terkinja-kinja mintak nak tengok baju baru tu. sowwy nurul..i lap u, u know ;p kalau tak selalunya, dua2 dah menggelupur kepoh bila ada baju baru

ni aku nak bebel, bole ke TNB letak 2bulan punya bil dalam 1bil. iaitu bil January and February. lepas tu dengan penuh brengsetnya berani dia cakap ada tunggakan untuk January. sedangkan memang bil tu bil January+February pun. aku marah ni sebab bila dah 2bulan punya bil, mahal la kekdahnya. tp memandangkan dia dah bubuh kat situ due date 14April, maka kau tunggu lah aku gaji ujung bulan kang. tak kuasa aku nak bayar cepat-cepat. baik aku guna duit tu beli kasut *perlu ke??*

pagi td masa aku nak siap-siap pegi keje..aku teringat aku ada eyeliner kaler gold. dengan selamba nya aku pakai. ahahaha..kauuuu, tebiat kan namanya. ada aku kesah? kan bes kalau aku keje kat Mode *berangan*

gile putih..penipuan oke. pesal dalam gamba eyeliner tu nmpk mcm kaler kunin jaa. isk

sekali bile aku keluar umah, ujan!! which means less people will realize that i use gold eyeliner! aku sedang cuba membuat grand entrance ini! tetapi gagal T_T kejadah orang sibuk nak tengok aku kan, dah tentu time ujan sume org jalan cepat-cepat, tak tengok rupa orang kiri kanan, rushing nak mengelak ujan sume. misi gagal oke.

its been a while since aku jumpa paralyzer..we do talk on the phone semua tapi tak jumpa. i think i miss him already..gilo. ape kene aku ni ha?

oklah, happy weekend darlings. kalau rasa nak jadi manusia berguna, pergi la keje esok tanpa mengharapkan balasan. ape nak jadi korang ni? nak cutiiiiiiii je. pastu buat keje sikit nak claim itu ini. cuba sekali sekala buat amal macam aku ni. haihh..tak paham lah aku manusia zaman sekarang ni

matilahhhh..;p Devdas mesti vangga dengan aku

-xoxo-

Thursday, March 12, 2009

main berapa round semalam?- edited

saje bagi tajuk kontroversi..ahahaha


semalam aku sakit pinggang. sakit gile babi, nak bergerak pun susah..sakit sangat sampai rasa nak sepak orang sekeliling


and when people tanya kenapa muka aku kerut2, aku cakap aku sakit pinggang. and they make fun of it seperti bertanya 'laa..berapa round ko main semalam' ataupun 'lain kali ko kene kat atas, jangan kat bawah' aku ketawa sedikittt sahaja, sebab sumpah tak kelakar ok. sila take note masa sakit pinggang nak gelak pun tak boleh.seksa gile... baru aku tau rupa-rupanya kalau nak gelak kene guna pinggang..

anw, bila org cakap macam tu..aku senyum sambil berdoa dalam hati 'harap-harap kau kene sakit pinggang macam aku tak lama lagi.aminnnnnnnnn. masa tu siap la kau' lepas tu aku sambung senyum

menggigil-gigil badan aku tahan sakit kau tau tak..its unbearable. tapi sebab aku dah selalu kene, tau lah aku sedikit sebanyak cara menghandlenya. masa lunch break, aku pegi beli Salonpas, which aku tau takkan berkesan pada aku, tapi aku nak beli jugak. 2 keping aku tempek, langsung tidak memberi kelegaan. rugi rm4.90

balik umah terus aku telan Panadol yang untuk sakit2 sendi tu. macam orang tua dowh. tapi memang makin tak tahannn sakit dia..aku letak bantal kat pinggang aku masa baring. lepas tu aku tertido sampai pukul 9.30pm

sakit gile weyhh..tinggal lagi aku tak nangis je. masa mandi aku tonyoh shower air panas tu kat pinggang aku sambil urut2 sikit. it does help..rs kurang la sikit.

lepas mandi tu aku sapu benda ni pulak. bukan kat perut ok, kat pinggang. lagipun aku beli bukan untuk sapu kat perut...bukan oke, bukannn..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

demmit korang tak caya kan? yelahhh memang aku beli untuk sapu kat perut. dah memang aku kan jenis freak benda-benda gini. puas hati kau sekarang?


aku sapu la kat pinggang sambil fikir macam mana lah kalau aku mengandung..dengan berat2 tambahan yang bakal aku pikul. takkan nak terbaring 9 bulan kot..reput pulak kulit2 aku kang. smua benda yang aku makan yang aku sapu, yang aku tampal adalah tidak mendatangkan kesan ok!

last2 aku telan Ponstan, abih cerita..bangun pagi ni dah lega sikit. saki baki still ada tapi at least boleh la aku teran berak semua. kalau tak, hazab oke..kene berak lembut2. mana bolehh

but i know Ponstan is not good at all. not good cocoa :( hmm

-xoxo-

Tuesday, March 10, 2009

pic and tell - part 2

1. tak bahagia ke hidup kau kalau kau bangun pagi jek, sarapan dah berlonggok atas meja makan. sebab tu aku sokaa balik kampung oke. syok gila.

muka bahagia lepas mandi dah ada makanan :)

roti telur+kari dal+sambal
terbaekkk

ehh nak ni jugakk..idli yang besar macam penumbuk Malik Noor - sukati aku la nak pilih sape pun


kenyang gile ok..aku dah tersandar macam ular sawa yang baru lepas makan anak rusa nani baru kembang ekor, ape salah kami lalu tidak tegur. mak aku dah jeling-jeling. dengan tangan tak cuci..memang saja la nak carik pasal dengan mak aku

so aku cuci tangan ngan pinggan cepat-cepat.

ehh..ada lagi ni. nakkkkkkk. putu mayammm

sanggup makan atas plastik je ok. tak sempat amik pinggan. haha ;p ah, lagipun mak aku tak nampak. hehe

iklan : dok test tudung kakak aku..elok jugak ni..hehehe ;p


2. masa aku tengah makan selepas lunch..iaitu ulangan lunch ye. tetiba adik aku join..then bapak aku pun join..dok sembang2 then bapak aku bebel2 la kat adik aku pasal keje


abah : bla..bla..bla..baru la boleh setanding dengan akak. boleh beli POPO

hotcocoa : hah? apa abah? POPO??


abah : yelah, tu POPO *sambil tunjuk kearah sesuatu*

hotcocoa : iPOD lah abah!!!!!! *gelak derhaka*

adik aku yang muka macam tahik masa kene bebel tadi pun gelak macam haram. amboih, cepat je kau lupa ye

abah : eh ye ke..semalam abah dengar macam anak abah cakap POPO jek

abah n anak abah :)

adoiii bapak aku. then masa aku nak balik, adik aku tanya

adik : kau dah amik POPO belum?

lepas tu dua2 gelak macam haram. bongok adik aku ni..itu yang dia ingat, nasihat bapak aku sure sudah lupa tu.

3. ni cerita masa aku kat umah kl

nurul : lawa kak kak Susan beli baju..dia beli kat metrojaya. brand apa tu, emm..Indian West?

hotcocoa : apekah


nurul : ala ada brand tu


hotcocoa : hoh, East India lah!!! wakakakakakaka..
*nurul oiii jangan dungu sangat bole takk???*


kejap tu Sara keluar dari bilik dia, aku still tgelak-gelak lagi ni

Sara : akak, boyfren Sara tanya 'kat umah u ada bela ayam ke?'

waddehel? suara aku gelak itu seperti ayam kah? cilaka..haha. so aku berenti gelak

nurul : ala, saya confuse dengan brand tu..West Nine

aku dah terfikir sejak bila ada brand Westlife ni? aku pun pokak jugak..

hotcocoa : Westlife??

nurul : tak laaa..West..eh, NineWest lah


hotcocoa : ape kau cakap? West Nine?


ya allah, ape kene la budak ni..kene bawak pegi jumpa nenek kajang nih

gengster sangat lah kau kalau macam tu hah?hah?

-xoxo-

coklat boleh bagi tenaga

last weekend aku nak balik kampung. plan konon2 lepas abis keje jemaat tu terus nak balik la kan, sekali boleh ke lif building aku rosak?? lepas tu pulak opis aku tingkat 29, apesal la bongok sgt bos aku ni amik opis tinggi2? tak fikir masa depan betul la. tetiba bos pun kene maki. gile kau nak menapak turun, menggigil kepala lutut aku. tambahan pula daya tarikan graviti semasa menuruni tangga boleh menyebabkan tetek aku pun melayut sedikit, ye la sebab terbounce-bounce kan?

ah, aku buntu..lepas tu aku selawat untuk kurangkan kemarahan

aku tipu oke! aku maki cukup-cukup..sialan tau, dekat2 nak balik buat hal

aku siap dh plan nak bawak cekelat sebagai makanan masa turun tangga tu. orang kata coklat bole bagi tenaga. menyesal aku tak simpan stok RedBull kat opis. dalam pukul 5.45, dengan hati tak ikhlas aku nak mulakan journey aku, sambil berfikir 'lepas ni bole aku masuk pertandingan naik tangga kat menara KL tu'

ape2hal cek lah lif dulu kan kot dah ok ke..janganlah dungu sangat. kang semua org jalan elok je aku dah terkengkang-kengkang bila sampai ground floor. aku pun tekan button lif tu, sekalik tinggg berfungsi oke. nasib baik mak tak menggila turun tangga. tapiii aku tak naik lif tu sebab lif tu kosong. kang kalau tiba2 rosak lagi..matilah aku. sorang2 boring ok. so aku tunggu next lif, haa ada 2-3 orang, baru aku naik..kalau sangkut pun ada la geng nak mengumpat ke apa kann

lepas tu cancel balik kampung ari jumaat, aku balik ari sabtu. hehe. tak kisah laa..lagipun org cakap jumaat tu Sg Besi jem gila

baik aku duduk umah tengok One in a Million

-xoxo-

Wednesday, March 4, 2009

i am sorryyy..

semalam my colleague, Cat, from site office datang kl..kitorg bz2 buat keje, dah la terperap dalam bilik yang aircond nye sejuk nak mampos. aku lak bole tetiba selsema pagi semalam, aku rasa ada aku bersin dekat 50kali semalam, hingus meleleh jangan cite la..naik melecet idung aku yang besar ni

idung melect
isk takut pulak aku tgk rupe aku..sape lemah semangat, scroll kebawah cepat2 oke. lepas tu jangan lupa baca selawat

lepas tu dalam pukul 3lebih kitorg keluar gi lunch..konon nak minum hot coffee ke ape la. sempat pulak kitorg soping sikit ;p lepas tu pegi la secret recipe. dua2 order hot drinks..sumpah darah masing2 dah nak beku .

so kitorg minum and borak-borak bla..bla..la lepas tu tengok kat luar, mak oiii dah gelap nak mampos iaitu nak hujan lebat ye. so kitorgpun makan laju-laju, minum laju-laju, dan balik laju-laju. kene la jugak ujan beberapa titik tetapi masih boleh diterima akal..

sesampai opis, nak sambung keje la ni..tiba-tiba Cat menjerit, 'omg!!we pay or not??!!' ehhh?? kitorg tak bayar oke! lupaaaaaaa

matilah kalau tengok dalam cctv, sumpah dua2 ekor ni macam pencurik kau tau tak? sebab makan laju-laju, minum laju-laju lepas tu blah pun laju-laju..memang dasar perangai pencurikkk

terkekek-kekek kitorg gelak..terus aku rasa aku gemuk sebab makanan curi

kau berani pegi makan kat Secret Recipe lepas tu blah dengan selamba tanpa membayar? berani? berani?? tak kan? aku berani oke..haha, matilah perut kembung. yelah2, petang ni aku nak pegi bayar laa

nak mintak maap ke apa sebenarnye ni???

-xoxo-

Monday, March 2, 2009

cerita lama - pic uploaded

mukadimah dengan muka aku

gile lama tak updet blog..sudah lupekah pada perjanjian syaitan yang dibuat untuk mengapdet setiap hari?? tak sempat oke! ;p

em, ape je aktiviti aku minggu lepas..oh, membeli belah di Jaspal dengan ida, makan di Oldtown White Coffee- tak sedap! i het yeww!! tapi abis jugak ;p

mempoyokan diri online guna ipod kat Oldtown ;p

camwhoring di toilet, ah sibuk je cleaner kt blakang tu. dan ye si baju hijau itu adalah aku ;p
suke, sukeee orang cakap aku adik ida. padahal aku la yang tua.ekekekeke


itu cerita hari rabu


hah, ari kamis pagi kan, masa aku melenggang ke opis tetiba Liar call. opss silap, video call. kaedahnya nak tengok muka aku la tuuu. ahahaha. gile kau nak video call masa tengah bjalan. sungguh tidak coolness ok. jangan jakun sangat bole tak? agak aneh juga sebab dia dah lama tak video call or call aku. sms pun bila nak tanya jalan kat kl ni. boleh ke tanya kat aku yang buta jalan ni?? tapi aku mestilah buat-buat pandai kan, lantak kau lah kalau kau sesat..siapa suruh tanya aku

ok then masa kau nak balik keje dia sms pulak 'u..u kat mana'

eh? alah, reply sudahhh..'kat ofis'

Liar : balik pukul berapa? i kat kl, nak jumpa u bleh tak?

errr

hotcocoa : i tak tau balik kul bape..anything i bagitau k

send..

shit! kenapa ku cakap macam tu siyal?? nampaknya sudah bertepuk dua-dua belah tangan. bongoknya aku iniiii. tapi lps tu aku fikir balik, la jumpe je lah, nak jugak aku tengok perkembangan dia. kot2 dah pakai Evo8 ke. ekekekeke. last aku jumpa dia ialah bulan 6 tahun lepas

so balik tu aku mandi n siap-siap terus lah, pasal kalau tak kang komfem aku malas n tido. dia bole pulak layan tengok keliwon sume dulu ok! bongok betul..dan memang aku smpi dah ttido pun tggu dia. cissss..

kul 12 lebih baru nak kuar, sabo je lah..first2 aku nampak dia, terus aku cakap 'u dah gemokkkk' ahahahaha..saja bagi self esteem dia jatuh. tapi memang dah naik pun badan dia. langsung dia diet ok, tanak makan..pedulik hape aku, aku bantai makan nasik lemak kul 12lebih tu.

maka dengan ini aku nak umumkan aku nak tukar nama Liar kepada Scary. sebab apaaa..sebab dia sangatlah menakutkan aku malam tu ok. nak kata mabuk tak jugak..ape kene tah. kalau ye pun horny tengok aku, bawak2 bersabar boleh??? ahahahaha

agak2 dia horny tak bile tgk aku mcm ni. ya ampunn besaqnya idongg

aku tido pukul 5 ok, kul 630 dah bangun nak pegi keje pulak. gile mengantuk aku hari jumaat tu kat opis. rasa nak tmuntah semua la. sharp 5.30 aku balik, azam aku ialah nak tido! sesampai umah terus aku tido sampaaaaaaaai la pukul 9am hari sabtu ;p gile!

*iklan - aku rasa nak lempang je minah Ka**en dari Concorde nih*

sabtu gi lunch dengan ida n eddy. sumpah lupa nak amik gamba sbb asyik bercakap.

ni je gamba yg di amik..

ahad, elle ajak gi karoke tapi aku ada hal pulak. sori babe, next time okeh :)

gamba aku upload jap lagik okeh - mcm tak biasa kannn

-xoxo-