CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 5, 2009

teaser *macam bagus jek aku.haha*

gile lama tak updet nih cocoa oiiii...

kabare darlings? dah 5 hari new year, 2009 nih. ok tak so far? dalam masa 5 hari ni aku sudah bertekak dengan seorg pacik driver bas ekspres and sorang pacik driver teksi. puaka niyang rapik betul lah..saje buat aku panas oke. itu nanti aku citer

mak ayah aku dh balik dari mekah oke..saat mak aku keluar dari arrival hall tu, bergemalah suara aku yang umpama buluh perin..no buluh betung ini di segenap pelusuk klia dengan menjerit 'ma!!!' sampai budak yang diri depan aku tekup telinga dan tunduk, ala-ala ada gempa bumi ataupun letupan bom belakang dia kan? haha..sangat keji..tapi, ada aku kisah?? mampos aku tak pedulik nak cakap sori ke hape..tak sempat, eksaited sundels..hehe

gamba tidak disertakan sebab aku tak jumpa kabel..sila bersabar

cuti yang panjang menyebabkan lemak aku bertambah tebal maka menjadi pemalas untuk bekerja pada hari ini..

nantilah aku sambung lagik..wrap up 2008

sakit perut ni, nak pergi berjuang jap ;p

-xoxo-

Wednesday, December 24, 2008

merry christmas n happy new year

darlings ku sekelian..time flies huh? its already end of December 2008.

celaka, aku makin tua lah maknanya kan? aku perlu mula mencari anti-ageing nye product sebelum aku freak out melihat tanda-tanda penuaan

anw, i'm not sure adakah aku akan mengupdate blog aku ini sehingga masuk 2009 nanti. but if i dont, aku hendak mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2009 TO ALL MY DARLINGS =)

thanks kerana membaca blog aku dan melayan cerita-cerita sengal aku. this is me, kalau korg suke, do come again..kalau tak suke, kau pegi baca quran. dapatlah jugak pahala kan?

now, what i want to do is : PERTANDINGAN MENANGKAP HIGHEST HIT

mesti korang tahu kan, ramai dah buat pertandingan ini. tapi sebab aku rajin nak menaip, aku cerita lah jugak. caranya begini

1. tengok tu kat skrin atas sekali, belah kanan, ada counter button (HIT ME) - bukan aku suruh tumbuk aku ok *Nani, aku tau ko tunggu je peluang ni kan? ;p *

2. apa yang korg kene buat ialah : kalau kau rasa masa ko bukak blog aku ni, itulah highest hit, sila lah printscreen dan hantar kepada hotcocoachic@gmail.com

3. closing date & time adalah pada pukul 12malam 31December2008.

korang paham tak? aku yakin readers aku genius macam aku jugak..kan darlings *kelip2 mata*

hadiahnye...em, maybe something from mekah. or maybe i'll get one on my own. tengoklah, mana2 yang lebih menarik.

aku dah kata kan, jangan berangan aku nak bagi rumah ke, kereta ke, manolo blahnik ke..ade yang aku belah kepala ko kang

eh, ape ni nak bg adiah, tp marah-marah. boleh ke? keji betul lah perangai aku ni

ok2, do participate k =)

take care darlings. for those yang cuti panjang macam aku ni..selamat bercuti. elle, ko gi holiday, aku adalah jeles. owh, please doa for my parents selamat sampai kat KLIA on 30dec08 ye, scheduled sampai 10.30pm. harap-harap tak ada masalah lah. aminnnn..

bye darlings, hotcocoa sayang kamu!!

-xox0-

holiday mood~

i had a 1st fight with Fish yesterday, not really fight la, aku yang sound dia pun. dia manalah nak gaduh2 ini..dia kan cool sahaja. which is good actually, tapi aku mestilah ati panas sebab bila aku naik antu dia takde respon. rasa mcm main badminton sorang2 oke

cuba tanya Lin Dan, mesti dia pun benci main badminton sorang2..eh, jauh sgt lah dia tu kan. tanya Datuk Lee Chong Wei je lah. tanya pakai emel lah, sape pulak suruh kau pegi jumpa dia. kau ingat dia ada masa nak melayan kau?

eh, apebende ni??

cuba lah kan Fish bagi respon like pen merah, pen biru, u marah , i love u.. kire senonoh jugak kan? walaupun agak bongok dan keji, at least menceriakan hidup

anw, selepas azan subuh pagi tadi, iaitu pada masa hantu syaitan sudah bertempiaran, aku dah sober. ye la kan, dah xde setan yang bertenggek atas kepala aku ni. i said sorry, i'm on my menses so i talk crap. haha..senang kan jadik perempuan? put the blame on that red thingy, sah2 diperakui seluruh dunia bahawa pada masa itu, memang hormon tak stabil ;p

he's fine..tp tak boleh buat selalu, aku takut dia pulak naik hantu. tanak oke, tanakkkk

esok krismas babe :) adalah gembira bukan kerana dapat main salji atau dapat makan turkey, tapi CUTI ok. andddd aku akan bercuti starting from 25 Dec until 1st of Jan. woohooo...

nampak mcm gile sedap hewan nihh

selain ituuuuuuu..parents aku balik on 3ohb!!!cant wait, cant wait!!! mak aku dh janji nak belikan aku purdah. bole?

nnt aku pose2 purdah kat sini ok, kalau betul la mak aku beli

ma : ma belikan purdah ok.

hotcocoa : haha..

ma : along, cocoa n kak ina kene pakai. kumpulan gagak hitam

hotcocoa : haha *ketawa 2kali ganda*

oh, aku rindu lawak2 mak aku. oleh kerana aku over, aku nak beli baju baru untuk dipakai masa menjemput mereka di airport. aku kene la outstanding dr adik badik aku kan? ;p

aku perlu bershopping sedikit sebelum megasale ni abis. orang lain dah lama je meredah sale tu kan, aku je lembab. xde duit nok. aku nak beli kasut ni, harap2 jangan la dibuatnye saiz 9 dengan 10 je yang tinggal, yang ada saiz aku semua new arrival dan tak ada less. babi

aku kene beli kasut sebab haritu sawan gila aku datang, aku pegi buang sume kasut ofis aku. ape kene tah kan. dah lepas tu aku nak pegi keje aku dah takde kasut pulak, kene la pakai heels yang seperti ini

sedangkan aku prefer pakai pattern begini utk ke ofis :

or

selain itu, aku nak buat passport pd 1hb nanti, kat johor. ye, aku sudah tua, dan aku masih tidak mempunyai passport. bongok gile je kan..orait bebeh, lepas ni kita buat trip gi Ibiza ok!

kepala hotak aku Ibiza. kene panah petir baru tau~

-xoxo-

Tuesday, December 23, 2008

warning : entry jijik

entry adalah agak menjijikkan..jangan gatal nak baca masa makan, nescaya akan termuntah. aku tak tipu oke. aku yang hendak menaip ini pun sudah meremang-remang
.
.
.
.
aku ni jenis manusia yang cepat kene 2 benda ini, iaitu selsema dan ruam..punca utama ialah habuk. memang aku tak boleh oke..selain tu kalau panas sangat pun aku naik ruam gak. gatal nak mampos ko tau tak?

so semalam aku balik keje, sangat keletihan. komfemlah baring berehat selama setengah jam kan? org lain rehat seploh menet, amik aku rehat setengah jam. eh, nape pun rehat kan, kene rehat betul-betul

sebenarnya aku terlelap, jadik je aku kan? ah, tak sengaja oke. celik2 je biji mata, aku sudah mula rasa sesuatu yang tak kene kat peha aku, macam merenyam semacam ok. badan aku dah panas gila masa tu. gatal nak mampos

so aku garu..konon-konon nak garu sikit, sebab aku tau apakah musibah yang bakal menimpa kalau aku garu nih. tapiiii korg tau tak kepuasan menggaru? kau akan merasa sangat stone dan terus menggaru sehingga air liur melelehhh

fine, air liur aku tak meleleh oke

lps tu aku dah rasa pedih semacam, so i took off my pants *aku masih pakai seluar keje masa tu* and aku tengok hasil usaha menggaru aku yang berlangsung selama 3 minit. fakkkkkkkkkkk!!!!!!!

sudah menjadi seperti ini dan aku adalah sangatttttttttt GELI!!!

eh, gambar tu aku amik kt google, bukan gambar aku oke. sumpah! xde nye bulu ketiak aku blonde gitu. plus, aku kene kat peha, pejadah bulu ketiak kat peha kan?

terus meremang bulu roma aku sebab aku geli. aku geli dengan rupa dia, aku geli dengan tekstur dia, aku geli nak tengok atau nak pegang

boleh ke geli dengan badan sendiri?

cepat-cepat aku mandi..aku tonyoh air panas kat situ, konon-konon bagi kuman2 tu menggelupur sebab melecur dan mati. aku tak tengok pun, tak lalu siyal nak menyaksikannye..

lps mandi aku makan ubat:

1. Paracetamol sebab badan aku panas
2. Pil Allergy yang memang aku ada stok, pebenda tah nama dia..ah, tak kisahlah nama dia Ahmad Nisfu pun, asalkan ianya berkesan

and also aku tenyeh krim Eurax..nooooo not using my fingers, tetapi menggunakan cotton bud. jangan harap aku nak pegang oke..tengok pun aku taknak

minum air 1.5L..lepas tu aku berehat iaitu tido la kan?hehe

and this morning..jeng, jeng, jengggg its gone! cuma merah2 sikit luka sebab garu tu.

balik ni aku kene carik dettol la nampak gayanya, nak basuh segala baju yang aku pakai semalam, termasuklah pants office aku tu. aku rasa ruam tu naik sebab badan aku panas, tapi aku kan saiko bab2 gini..

Fish adalah langsung tidak membantu by saying 'i pun geli kalau ruam2 nih' isk..tolak 10points! sangat menjengkelkan~

-xoxo-

Monday, December 22, 2008

movies


omigodd..its coming!! plis dont let me down

eh jap, aku cakap pasal yang kaler merah tu ye..bukan bedtime stories tuh

btw, aku telah menonton cerita Transporter 3 last friday. dengan Fish.

em, ape aku nak komplen ye..ha ni aku nak tanya, pasal apa la dah mcm cite tamil pulak aku tengok. lagi2 part bergaduh, hero sorg lawan musuh18 orang, tapi tiada sebarang kecederaan. boleh? lepas tu adegan2 keretapi..eh, sebijik cerita tamil ok. tinggal takde kayu hoki sebagai senjata jek

kalau cerita tamil, aku boleh maapkan lagi. pasal aku dah paham sangat la stendet dia memang gitu kan.

aku marah ni kalau ditipu selepas membayar 9hengget. isk nasib baik Fish yang bayar.hehehe

out of 5, aku bagi 2stars sahaja..itu dah kire pemurah dan mulia ok

-xoxo-

mari bersosial bersama kak yong

tak sempat ckp hepi weekend jemaat aritu. ye lah aku kan kepoh suke cakap have a nice weekend kat korg, walaupun aku yang bercakap ini hanyalah terbaring atas katil sepanjang weekend macam orang sakit. eh, kau ingat senang nak dapat peluang macam tu? sia-sia aku beli katil ngan tilam mahal-mahal kalau setakat nak baring sekejap2 ok

anw, last weekend aku telah berjaya bersosial ;p went out with ida (my ex colleauge) dan rakan2nya. nampaknya aku telah membuat kawan baru di penghujung 2008. not bad :)

the plan is..err..sebenarnya aku tidak tahu apakah plan. cuma ida cakap pegi pavillion, aku ok kan je. alah, bukannya plan nak merompak punn, ape nak berkira sangat

so jalan2 keluar masuk butik macam anak hartawan, sempat amik gamba depan parkson. gilo

ida!!pesal la blur weh?dah la aku macam main-main hantu, eh i mean main sorok2
me n nani

pastu makan-makan kat Loaf. dah tentulah amik-amik gamba sekali nok. kalau dah namanya aku kan, ada aku pedulik?

bergambar bersama haiwan peliharaan

yang disnap oleh diri sendiri mestilah over gedik

ini ialah ida

aku tak tahu apekah motif aku bergaya sedemikian rupa

then ida ajak gi tengok live band kat Rainforest Sports Bar kat Pavillion tu jugak. not really the best i've ever seen, but aku suke crowd nye, tak ramai melayu. yang mana bermaksud tiada yang mabuk macam kel*ng, minum segelas, tapi kecoh macam minum 4baldi. and also, tiada penggatal - yang paling penting

sempatlah aku head banging lagu zombie..haha. sampaikan mamat bassist tu datang kat depan aku, fuh rasa macam show aku pulak. ok, lepas tu aku pening selama 10minit

stayed until 2.30am. lepas tu pegi supper @ Paradise. another 3 orang datang memeriahkan suasana

tu diaaa..besaqnya lengan
me n kak siti

lepak2 until 5.30am..amik kau esoknya aku bangun dekat pukul 3pm, itu pun sebab paralyzer ajak gi makan, kalau tak haram aku nak bangun.

bangun2 je gi makan yong tau foo kat ampang. hehe

memang sah aku dh gemuk..

soklan menggirangkan hati sepanjang hujung minggu :
1. awak ni student ke?
2. are u 17? *goyang2 ponggong sebab suke =)*

-xoxo-

Thursday, December 18, 2008

malam khamis yang bersih..

i was laying on my bed bila aku tiba-tiba ternampak sawang kat siling bilik aku.waddehel??

lately ini aku sangat pemalas, kemas bilik pun ala-ala je..takde bersemangat waja terus berusaha, keazaman terus membara, yakin boleh, rakan mudaaaaa macam dulu

so last nite, i decided to ask my bibik kemaskan bilik aku

hotcocoa : bikkkk..tolong kemaskan bilik saya

bibik : baik non

hotcocoa : ok, first bibik sapu sawang

bibik : iyaaa..

hotcocoa : ok dah, skang bibik tolong sapu lantai ok

bibik : iya non

hotcocoa : banyaknye habuk bik

bibik : kelihatannya banyak rambut non. apa rambut non rontok?

hotcocoa : ye ke? mana?

bibik : non itu jangan kerap makan mee segera nonnnn..bahaya! *motif kau sekolahkan aku?*

hotcocoa : err..yelah2, banyak cakap pulak bibik ni, bila nak siap keje? dah, tengok wayar berselirat tu, kemas sikit

bibik : udah non..

hotcocoa : em, kan ke elok sikit.

hotcocoa : eh, bibik cabut cadar sekalik?

bibik : cuci aja ah

hotcocoa : ok, pasni bik mop lantai n lap cermin ok

bibik : iya, iya..

ha, kan dah tercover wayar-wayar tu

after pung-pang bagai..

bibik : non, biliknya udah dikemasin

hotcocoa : wahh, tima kasih bikkk..

bibik : ga pa-pa kok non, memang udah kerjaan saya

hotcocoa : ha, bibik nak tak masuk dalam blog saya?

bibik : apa non? blok?

hotcocoa : ehh..bukannn. mcm ni, sy amik gambar bibik, sy letak dalam internet, nanti boyfren bibik kat indonesia boleh tengok laa

bibik : ah non, malu ah *aihh gedik lak kau ini*

hotcocoa : ala, cepat2 pose..1, 2, 3!!!

bibik : makasih non, nanti non beri url nya yaa. *wah, hebat bibik aku..pndi ckp url kauuuu*

hotcocoa : yelahhh bik, terima kasih ye. dah pegi mandi, macam hape je rupe hang

baru tenteram jiwa aku tengok dah xde sawang or rambut berterabur atas lantai..cermin pun clear je, xde debu-debu kota dah.

pesal lah aku tiba-tiba jadik pemalas nak mampos ah? patutlah makin gemuk..sialan~

skang ni buat tatapan boyfren bibik, nah kau tengok lah puas-puas. kau ingat italk je boleh cakap puas-puas?

.
.
.
.

berangan ada bibik kononnnn..nak isi perut sendirik pun cukup-cukup makan. huh

-xoxo-