CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 12, 2009

P.E.R.F.U.M.E.S

Stock as at 20/1/09

Women

Annick Goutal Petite Cherie edp 100ml - rm365 (booked!)
Burberry London Special Edition edp 100ml (tester) - rm200
Bvlgari Rose Essentielle edt (tester no cap) - rm160
Escada Into the Blue 75ml - rm165 SOLD!
Elizabeth Arden True Love 100ml + 100ml body lotion - rm140 SOLD!
F for Fascinating edt 90ml (tester) - rm180
Guess Gold 75ml (tester no cap) - rm140
Incanto Heaven 100ml - rm180
JPG Madame edp 100ml (tester) rm210.. New perfume!!
Jlo Deseo 100ml - rm180
Kenzo Amour 100ml (tester) -rm160
Kenzo Flower edp 100ml - rm200 (booked!)
Marc Jacobs Daisy 100ml - rm230 2 bottles HOT Perfume!! Both SOLD!
Paris Heiress 100ml - rm140 SOLD!
Ralph Blue 125ml (tester) - rm200 2 bottles! SOLD! 1, left 1 more discontinued already.. kalo sold out x de lagi pas nie
Ralph Lauren Cool 100ml - rm185 HOT Perfume!! SOLD!
Stella edp 100ml (tester) - rm200
Vera Wang Flower Princess 100ml - rm250 (booked!)

Men

Azzaro Chrome 100ml (tester no cap) - rm140
Antonio Banderas Blue Seduction 100ml - rm150 (booked!)
Burberry Brit 100ml (tester no cap) -rm150 (booked!)
Bvlgari BLV 100ml - rm180 HOT Perfume!!
CKIN2U 150ml - rm170 .. huge size!! (Booked!)
CK Euphoria 100ml + Deo stick + 15ml miniature - rm230 SOLD!
Dunhill Blue 100ml - rm150 HOT Perfume!! SOLD!
Dunhill Man 75ml - rm160 SOLD!
FCUK 100ml - rm150 not selling in Malaysia anymore!
JPG Le Male 125ml (tester) - rm200 HOT Perfume!!
Ralph Polo Explorer 125ml - rm220 (booked!)
Ralph Polo Explorer 75ml - rm160


NEW STOCK COMING SOON

Men

Burberry London 100ml (tester no cap) -rm150
Burberry London 100ml -rm180 (booked!)
Dunhill Blue 100ml - rm150 HOT Perfume!!
Mont Blanc Starwalker 75ml - rm180 HOT Perfume!! (booked!)

Women

Jlo Glow After Dark 100ml - rm150
Lolita Lempicka 100ml edp - rm210 not selling in Malaysia anymore!
Lancome Miracle 100ml - rm230
Salvatore Ferragamo Incanto Heaven edt 100ml - rm180
Vera Wang Princess 100ml - rm230 (booked!)

-xoxo-

:its all about business:

dear darlings,

after a few consideration, aku dah buat keputusan, aku nak jual perfume secara online! :) so please spread the word dikalangan rakan-rakan, ahli keluarga, jiran tetangga, makcik cleaner, makcik kantin, drebar bas dan teksi, sesapa je lah oke panjang pulak kalau aku nak sebut semua. kalau korang kenal Pak Lah, suruh dia beli perfume dengan aku je oke, jimat sikit..


Info
We have more than 2000 kinds of Perfume from all brands. All of our Perfumes are Guarantee Original, NOT Defected Or REJECTED Item. Our Products are directly Imported From Overseas( US, Japan & Italy)

- xde nye ori reject ke, rampas kastam ke..bukan oke. memang 200% original. guaranteed

Product Infos
There are 2 kinds:

Normal Packing
This Perfume is 100% as you can get from Counters in any Department Stores. But I’m selling with the Cheaper Price

Tester Packing
Facts About Perfumes Tester

Many customers have asked to explain about perfume testers in detail and here is what we say:

Testers are manufactured bottles of the exact fragrance sold at a fraction of the retail price. Fragrance companies want to promote their products and will manufacture Tester bottles to help increase the sale of the fragrance.

Tester packaging may vary depending on the manufacturers’ preferences. Some testers may come packaged in a plain white or brown box and with or without a cap. Some bottles may have “Tester or Demonstration” written on the bottle.

However it still have the brand name and Code No. These will in no way affects the overall quality of the fragrance as testers have the same composition as the regular packaged item. They have became a Hot Sell.

Buying a tester is a great way to enjoy the same exact fragrance at a great price you will love!

- aku akan inform if certain item tu tester or takde cap

Brand yg supplier saya ada such as:
  • Anna Sui
  • Bvlgari
  • Burberry
  • Britney Spears
  • Cacharel
  • CK
  • Carolina Harerra
  • Dunhill
  • Davidoff
  • David Becham
  • Elizabeth Arden
  • Escada
  • Ferrari
  • FCUK
  • Gucci
  • Guess
  • Givenchy
  • Guy Laroche
  • Hugo
  • Hermes
  • Issey Miyake
  • Jlo
  • Kenzo
  • Lacoste
  • Lolita Lempicka
  • Mont Blanc
  • Moschino
  • Morgan De Toi
  • Nina Ricci
  • Nino Cerruti
  • Paco Rabanne
  • Perry Ellis
  • Ralph Lauren
  • Salvatore Ferragamo
  • Sarah Jessica Parker
  • Swiss Army
  • Thierry Mugler
  • YSL

If your wish list is not here, u can ask me for the brand and i will quote the price for you. Jangan malu2..pls ask ok.. guaranteed way, way cheaper than counter price. and yang penting kurang manis. eh i mean ORIGINAL.

u know wat to do kan. email to me at hotcocoachic@gmail.com

ready stock akan di tempek sebentar lagi. tungguuuuu..ok, sangat poyo. sekian

-xoxo-

Friday, January 9, 2009

bebel

i dont geddit when i watch this so-called horror drama Puaka Niyang Rapik. apakah itu? hantu-hantu yang tidak menakutkan langsung oke. aku yang penakut ini pun tak takut, rilek je makan kacang dari mekah sambil menonton *wahhh belagak* kalau cerita hantu lain, harus aku dah berkelubung dengan selimut

ada satu hantu tu rupanya sangatlah annoying. seperti nak menampar jek aku rasa. yang gigi jongang berceracak tu la. rasa nak ajak gi dentist je, pasangkan braces.

yang kelakarnya, semalam Puaka Niyang Rapik tu keluar. ya ampunnnn..langsung aku tak takut oke. cumalah bayang-bayang hitam yang berambut coklat. better lagi hantu jongang tu, nampak jugak kehantuannya.walaupun sebenarnya agak menyakitkan hati

apakah artinye bila cerita hantu tidak menakutkan?

L.O.S.E.R

selamat berhujung minggu *ciyom-ciyom*

-xoxo-

macam mana nii...

semalam aku tak sabar2 nak balik keje, menggelupur jiwa raga aku tunggu 5.30..semangat nak carik vit E kekdahnya oke. kalau dah aku ni kan, mana la tau konsep bersabar ni semua


ali-alih 5.28 aku boleh sakit perut nak berak pulakkkk..takdenye aku berak 2 minit kan. last2 5.45 baru aku kuar opis.

sesampai guardian, terus aku gi tempat skincare membelek vit E. harus cari yang MURAH, paham? orang takde duit memang macam ni, nak bende bes tapi harga murah ;p

finally aku rembat yang ini..

promo pack RM25++ *tak ingat* kire ok la tu. pasal kalau loose, krim tu 19.90 and cleanser cinonit tu 15.90. haa kan ke dah banyak aku jimat. so sekarang aku dah ada 4 pencuci muka *tepuk dahi* dasar penamak!

lepas tu aku pegi tempat supplement pulak, nak cari pil pulak. haha, gigih je kan aku? ohhh mahal2, setelah aku mencongak-congak, masa depan aku kelihatan gelap kalau borong supplement ini. tunggu gaji nanti ye

pulak tu masa aku dok carik-carik barang, pak guard ni 18kali lalu lalang belakang aku, mana aku pegi dia ikut. eh, dah kenapa kau ni? kau ingat aku mencurik nye? plis oke, ko ingat aku takde duit??? ada oke!walaupun sikit je. tp kire ada la jugak kan?? bengang la aku, terus aku bagi pandangan tahap sakaratul mauuuuut kat dia. lepas tu terus tak nampak bayang dah

ewahhh kan main ko ye, dah la pendatang. aku mintak permit baru kau tau *tetiba*

kat kaunter, ada pulak mamat ni beli barang rm25.20 tapi pakai CC, marahnye aku. sebab tiba2 mesin tu jam. sib baik cashier tu muka baik ngan cakap sorry sebab kene tunggu. kalau cashier yang jenis muka macam guardian tu bapak dia punya, memang komfem dah dapat combo meal sumpah seranah *dalam hati* plus muka aku yang paling durjana.

so mamat CC tu dah blah, turn amoi depan aku ni bayar, lepas tu dia cakap 'i nak stamp'. stamp itu ialah untuk tujuan meredeem seekor teddy bear

terus aku terpikir , ada ke orang gigih nak kumpul stamp bagai tu..jenuh aihh, lepas tu dapat teddy bear je. kalau dapat beg Anya Hindmarch sebijik kire berbaloilah kan. aku nye stamp yang dapat before ni semuanya aku campak mana2 tah..xdenye aku kisah

so lepas tu aku pulak bayar, cashier tu tanya 'u ada collect stamp?' blur aku dibuatnya. tapi oleh kerana aku tanak mengecewakan dia yang dah separuh terbongkok sebab nak amik stamp tu, aku iyekan je lah. sambil buat muka eksaited.

masa aku nak blah dr cashier tu, ada dengar kakak belakang aku ni cakap 'saya nak redeem' terus aku toleh. wahhh

kau memang gigih kak oiiii. kau tengoklah, aku rasa nak sujud sahwi je bila tengok penuh 25stamp dia kumpul. muka kakak ini sangat riang setelah mendapat seekor anak beruang. tapi dia malu lak bila aku nak snap gambar dia

ok, before balik aku nak beli corn cup. hari rabu aritu aku pegi jugak kiosk tu

hotcocoa : dik, corn cup satu

adik corn : belum masak la kak

robek hatiku..takpe, aku fikir esok masih ada

so semalam aku pegi lagi kan. bab makanan tak lupe oke

hotcocoa : dik, corn cup satu

adik corn : belum masak la kak

motif???????????? otak aku dah masak ni!! apehal ko manjang nampak muka aku je ko cakap tak masak? ini sudah mendatangkan marah!

hotcocoa : eh, semalam saya datang pun tak masak *kuku dan taring mula memanjang sebanyak 1cm*

adik corn : 3minit je lagi kak

dan2 kau 3 minit kan? so aku tunggu

dah siap masak, dia gaul2..itu sekali masak oke. mana nak cukup nok, 2 org beli je dah abis. lepas tu ko kene masak lagi.

yeah..barulah aku rasa hidup aku tak sia-sia

so semalam before tido, aku guna la cleanser ngan krim vit E tu. apsal bau macam minyak attar bapak aku je?

tiba- tiba kan aku ternampak ini


matila, macam mana niii..agak-agak kalau aku pulangkan balik, adakah aku akan ditembak seperti orang-orang di Palestin??
abih la Tun tak sayang aku. waaaaa

-xoxo-

Thursday, January 8, 2009

S.O.S

eh, umur bape ek dah kene pakai anti ageing nye produk? aku ni dah terlambat ke hapa?

2-3 hari ni aku tengok muka aku macam takde seri je. ecehhh..selama ni berseri sangatlah kau?!*mengeji diri sendiri*

lepas tu kan keluar macam jerawat kecik-kecik tu, aku paling benci yang jenis ni. yang macam salah pakai produk ataupun mekap. masalahnye takde pulak aku tukar mekap. sama jek dari tahun lepas, tak abis-abis mekap aku. owh, adakah sudah mencapai tarikh luput?

mana la aku nak cek expired date tu semua, selagi ada, aku tenyeh je..lagi lama tak abis, lagik aku suke kan, tak payah aku pikir nak beli baru. aku rasa membazir je kalau beli mekap ni. kalau boleh aku nak beli sekali je, pakai untuk sekarang dan masa hadapan

gile kedekut

lepas balik keje semalam, aku belek muka aku kat cermin. tak sanggup tengok lebih lama, saja nak sakitkan ati sendiri. so aku cuci muka bersih-bersih, scrub, lepas tu aku pakai mask. ini pun beli tahun lepas punya ni. nampak sangat malas nak pakai kan

tunggu mask kering, peel off nye type

setelah membuat sedikit kajian *search kat google sajok* aku ni nampaknye kene carik skincare bervitamin C dan E. kene berkampung kat guardian lah jawabnye petang ni. xde nye aku nak pakai Biotherm ke, SK-II ke, SKKM ke..eh, tu nama sekolah aku. takdeeee ok, TAK MAMPU paham?

tapi tanak jugak aku pakai local nye skincare. seram siyal aku tengok muka pengasas dia, satu-satu macam The Mask. leher kedut, tapi muka tegang, pastu dagu stendet panjang 2inci setengah


bingit je telinga aku kalau dengar iklan dia kat tv tu kan

'produk anti penuaan xxx dijamin berkesan bla..bla..bla'

yelah kau berkesan, lepas 2 tahun baru discover rupa-rupanya takde cop KKM, masa tu muka aku dah jadik macam memerang.

maybelah sesuai untuk org lain, tapi aku tanak la try2 ni. komfem bila sampai tang aku, ada je yang tak kene.

aku ada perfume baruuuuuuu. hehehe

baby phat fabulosity by kimora lee simmons

duit aku dah abis. bila nak gaji ni? matilaa baru 8hb??!!

-xoxo-

Wednesday, January 7, 2009

pic and tell


ni ma n abah after keluar klia on 30Dec08, kitorg tapaukan food siap2. tahu diorg mesti lapar kan..8jam kau dalam flight. tak menggelupur? selera diorg makan, bapak aku jgn cakap lah, tak toleh kiri kanan.

anak kakak aku yg sulung, syikin. dah masuk darjah satu this year..ish, memang kejap je rasa. masa dia kecik2, aku yang jaga..esp. ms cuti sem.komfem kakak aku culik aku dari umah mak untuk menjadi bibik di kl.

ini adik syikin, nabila si gemuk.gerammm tengok gelagat dia. suara stok seksi, serak-serak basah. aku adalah jeles.

ini baju pinjam dan spek pinjam. komen nurul :

nurul : akak tau tak akak ni kurus gile?

hotcocoa : pesal pulak?

nurul : macam penagih dadah oke dalam gambar ni

boleh? tang mana yang kurus pun aku tak paham..macam ko tak nampak aku makin gemuk kan? apekah niat sebenar kau ini? nak up aku je gayanya ;p

langat..

ma again. aku belanja lunch satu family kat secret recipe. lepas tu aku sedar waiter tu salah kira, patutlah murah. haha..

cantik takkkk? itu adalah rantai panjang. aku dah lama nak beli, biasalah aku ni suka bertangguh kan. masa benda ni tengah trend tanak pulak aku menggila.

yang sebenarnya aku carik jugak before ni, tapi semuanya aku tak suke pendant dia. nampak cheap dan common. kadang-kadang aku keluar sehari, jumpa 3-4 orang pakai rantai dengan pendant yang sama. silap2 aku boleh kumpul jadikan satu team bola tampar maero attack! yeah, sommersault berpusing!! eh..

aku kan nak yang rare.hihi..so semalam sementara tunggu tailor, aku merayap la. mana reti duduk diam kalau ada duit, menggelinyang je lah kejenye. aku masuk Voir, belek2 kasut..tak bkenan, belek2 baju..lagiklah bukan taste aku..kusut aku tengok pattern dia. stok yang kalau nak pakai kene berfikir kat mana nak selit juraian ini, dan mana nak pusing tali-talian itu..so aku tengok accesories, n nmpk necklace ni. pendant dia stilettos!! unik n very me. suke, suke..

dah suke tu, kene lah beli oke..nanti kempunan, mak aku marah*wink*

sudah, aku malas nak upload gamba. sekian

-xoxo-

Monday, January 5, 2009

my 2008 - edited

- new year @ umah wif bunny. kan u? kite rilek je duduk umah kan..received sms from Fish, ms tu dia celebrate kat jakarta. masa tu kawan2 je lagi, sebab aku masih on-off dengan paralyzer. tp aku tak reply. then dia balik m'sia dia tanya nape tak reply msg new year dia. aku cakap tak receive..haha. matilah menipu.


ms tu mcm tak bape suke dengan dia lah, aku selalu bagi alasan tahap budak tadika kemas everytime dia ajak jumpe. gile keji perangai oke..lepas alasan aku dah abis, aku suruh Bunny lak pikirkan alasan untuk aku ;p

- cuti-cuti malaysia kat penang bersama herry, hasry & Bunny. ini considered as bacholerette trip for Bunny :) had so much fun!

suatu masa dahulu saya adalah slim shady

masa bercuti tu la sempat je aku menggedik berkenalan dengan si Liar itu. nasib baik dia sudah hodoh sekarang oke, dan aku menten cantek. hahaha..mampuih! sape lagik la nak up aku ni, kalau tak aku sendirik kannn


Liar adalah lebih muda dari aku, sangat kanak-kanak. tapi sebab masa tu dia agak comel di mata kasar, ada aku kisah? macam kesiyal je bila ingat balik cara-cara aku mengusha Liar. ye, aku yang buat 1st step ye..tak penah nye aku buat keje terkutuk seperti itu. maklumlah goddess kene jual mahal sikit kan elle? hikhik..

- owh, aku menyelamatkan diri dari mr HAKcipta juga. ekekeke..Bunny, u tau kan sape? ok, aku memang keji sebab tak layan dia..tapi Bunny lagi keji tak bagi aku kawan dengan dia sebab bontot dia besar. hahaha..

masalah lah dia ni, bila jumpa aku je, tanya bila aku nak kawin. eh, kau nak sponsor pelamin aku ke? lepas tu soft spoken sangat, aihh rimas aku..dah aku pun kene jadi soft lah kaedahnye. rasa macam tak hancur je nasi aku kunyah dalam mulut bila makan dengan dia, tak pasal2 je aku sembelit.

maka dia pun telah dipodahkan

- Bunny's wedding..aku harus lah jadik pengapit. penat oke jadik pengapit ni rupenye, takdenye kau harap nak pose cantik2 je..Herry yang tak mengapit tu pun terus admit Ampang Puteri sebab demam panas after the wedding..dan2 saspek denggi

ni lepas Bunny nikah. amik ko gedik sangat, terus kene denggi.ekekeke

in case aku tak kawin, at least aku ada sekeping gamba pakai tiara oke


- pindah umah pulakkk..walaupun aku duduk sorang, barang-barang aku adalah seperti wanita beranak 5. Fish tanya kalau aku nak mintak tolong dia angkat barang. sangat mulia kan? lepas tu terus aku senyap dengan dia..no sms, no calls, aku adalah hilang..

oleh kerana masa tu aku dah baik balik dengan paralyzer, sah2 kau jadik tukang angkat barang aku kan. siap bawak assistant sorang angkat segala mak nenek barang-barang aku oke

- few days lepas birthday aku (June), perang tahap dewata raya dengan paralyzer. tak penah aku nampak dia naik angin macam tu, aku pun apa lagi..keluarkan lah segala skil pergaduhan yang aku ada, 3 line, 4 line, 15 line sekali lah..

aku amik keputusan no turning back!

- started blogging..

- Fish hantar msg kat frenster, asking why aku ini senyap. gile rs bersalah oke..aku tak tau lah dia ni baik ke hape, tp dengan aku dia memang baik..so ms bulan puasa kot aku sms dia

1st of all, harus mintak maap dulu nok. ye la kan, tak pasal2 je kene maki kang. kejap kau datang, kejap lagi kau hilang, dah kenapa pulak kan?

- raya, makcik aku jadi ahli kumpulan Amuk, gantikan Bandi gitu ;p

ni encik Bandi, hang kalau rasa nak pencen awal, bgtau kat aku oke.

- October, we took one step closer =)

- October, aku jumpa paralyzer..terkejut tengok dia kurus kering. pehal kau, aku yang patut makan ati kot. ni aku yang makin gemuk pulak..sialan..operasi memujuk bermula

- October, parents gi haji. abis stok air mata aku..memang rasa lain sangat bila mak ayah tak ada dekat dengan kita.insap oke

- December, parents back from haji. aku adalah gembira

- December, dapat BONUS. *sukeee* tapi, ni aku nak cite. kau tau duit org lain semua dah masuk dalam account ni. tapi duit aku tak nampak bayang lagi..aku dah start nak confuse. dah lah aku mendengar guruh dilangit, air tempayan aku dah curahkan. matiiii..

so aku check bagai, bank salah masukkan no akaun aku. boleh??dibaginya duit aku kat org lain. kepala hotak hang! tak pasal-pasal gaji aku masuk lambat. huh

- December, Fish accident :( syukur tak apa-apa

alfa

- cut my hair short, after dh bape tahun tak rambut pendek..

from cikgu sekolah

to budak sekolah

- last but not least, menjadi si gemuk dengan jayanya~

em, aku rasa tu je kot major event sepanjang 2008. kalau aku nak listkan semua..matilah aku pitam oke.

ada yang best, ada yang jahanam, kelakar, sedih..semua lah. sugar & spice of life :)

so this year i just want to be a better person. aminnn..

p/s : nnt aku edit bubuh gamba k - edited, penat tau tak??!!

-xoxo-