CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 21, 2010

random pics

sharing some random pics..no stories, just pics :)








-xoxo-

Friday, June 18, 2010

jawi

i feel so fat, bila berjalan perut macam bergegar. wtf wtf wtf

harini nak balik kampung. yayy! i want to make sure i finish everything by 5.30. and i overhead my boss say that he wants to leave early as he is having a headache. bagus, harap2 bertukar jadik migrain sekejap lagi, biar lagi cepat dia balik. opss! haha

my office is going to implement this fricking stupid 5S thingy whereby for this 1st week, kami kene sort brg2 and kene buang apa yang tak pakai. kat atas meja x boleh ada barang except this grumpy old fat pc *duhh*, telephone and calendar ONLY! like O.N.L.Y *grrr* abis mana aku nak campak file2 aku ni ha??hah?? *hidung berdarah sebab marah sangat* this is my territory, suka ati aku la kalau nak perking zirafah kat sini pun kan? as long as zirafah tu tak kacau orang and tak kacau aku buat keje, rite?? erghhh. well that is just contoh, and no aku tak bawah zirafah pegi kerja.

dengan kebengangan membuak-buak, my dad called

abah : nak, busy ke

cocoa : no what's up dude? *hahaha aku tipu la, takkan jawab mcm tu* tak sangat, kenapa bah?

abah : bangsa-bangsa bersatu apa acronym dia?

seriously?? bukan bapak aku penonton tv1 yang setia ke? dunia jam sepuluh tu adalah penyiksaan minda terhadap aku semasa sekolah rendah ok

cocoa : ha?? PBB la

abah : hmm..yang islam tu apa?

cocoa : itu OIC lah!

abah : a'ah iye jugak..apa dia tulis niiii

cocoa : abah tgk apa?

abah : ni ha tulisan jawi ni *lol* dia tulis alif-ya-sin-wau. apa tu? ISO??

cocoa : ISO? abah ni cuba baca ayat sebelum tu

abah : ok, *bla..bla* apa eh?

so aku terpaksa tulis dan berfikir dengan lebih gigih..

cocoa : abah!!!!! ISU lah! apahal ISO pulak.

abah & cocoa : *rofl*

abah : aihh ISO lah PBB lah..haha

cocoa : tolonglah PBB langsung tak kena kot?? haha

abah : ok lah, tu je nak tanya. bye

and i wonder how my mum cope with this man. hehe

ok lah, aku nak kemas meja. grrrrrr

-xoxo-

Wednesday, June 16, 2010

comel

akak confuse lah dik non. kenapa sekarang akak liat bangun pagi? ok, memang selama ni pun liat macam keropok lekor murah tu, tapi ini terlebih liat macam selipar jepun. and dont let me start on tahap kemalasan aku. semakin berkembang mekar katanya. wtf betul la..

ok dah, itu mukadimah tak perlu sebenarnya. semalam abah aku call. he put me on speaker so mak aku boleh cakap sekali. comel betul. tapi menyakitkan hati bila soalan pertama ialah : puasa ke tak harini? err..hehe. aku puasa 1st rejab je haritu. and then i was planning to buat selang seli la..harini puasa, esok x puasa, lusa puasa, yada yada..bangga la tu dua2 puasa ;p

abah : puasa tak?

cocoa noooo..but semalam puasa *takde sape tanya tapi defensive* igt nak puasa selang seli la

ma : oo takpe la, ma dengan abah puasa ni

cocoa : o ye ke. tengah buat apa ni?

abah : tengok tv *tapi kadang2 dua orang ni suka berebut channel tv, so i dont want to ask cerita apa sebab nanti tak pasal2 aku kena dengar debat diorg*

cocoa : abah, ma cakap kann *matiklah mengadu* abah cakap dengan org ma nak puasa 3 bulan

abah : a'ah memang

ma : saya tak cakap pun nak puasa 3 bulan. abah ni, dia cakap ma je nak puasa, dia tak cakap pun dia nak puasa. tak pasal2 aku kena kan? *lol*

abah : tak kira, tak kira. kena puasa straight

ma : takmo! kalau ada kenduri saya tanak puasa *mak sapa la ni*

cocoa : motif cakap berdua? baik takyah call ni. abah, abah nak puasa, puasa la. knp ajak ma sekali. eh bukan ajak, ni paksa ok. haha

ma : kan? tau xpe..

cocoa : ba jeles ni kalau ma makan masa abah puasa nii

abah : tau pun..mana boleh! kan dah janji sehidup semati. kena la sama2

cocoa : *rofl* tapi tak janji sepuasa kan?

cocoa : ma puasa je la..org tua memang kena puasa2 ni

ma : ehh org muda yang kene puasa. kuat lagi

cocoa : apa pulak, org tua la puasa, takut nanti x sempat. hahaha. masak apa today

ma : *sebut makanan yg sedap2 buat aku stress*

cocoa : dah siap masak ke? awal nye?

abah : ma bukan mcm dulu lagi nak..dulu goreng sayur lmbt2, biar panas2 makan masa berbuka. sekarang ni kalau boleh pukul 9 pagi nak siap masak. lepas tu tidur la tu *boleh main tuduh2?*

ma : ma penat la sekarang ..eh mana ada saya tido? pandai2 je eh

abah : tu la saya nak amik bibik, awak tanak

ma : nak amik untuk saya ke untuk awak? abah tu nak ambik untuk dia

cocoa : ha tu la ma jual mahal.

abah : saya nak ambik yang umur 50 laa

cocoa : haha kalau yang itu ma yang tolong dia, bukan dia tolong ma! cuci toilet sikit dah sakit pinggang. cemana?
*semua gelak*

then bapak aku cakap babai sebelum makin mengarut. x sabar nak balik kampung this friday.

-xoxo-

Tuesday, June 15, 2010

surprise!

oh my god! my division team just popped out from the pantry door with my birthday cake! tekejut mak..sebab arini bukan bday aku! haha. rupanya diorg saja surprise on advance because on my bday nanti ramai pegi training

thanks guys!

-xoxo-

Monday, June 14, 2010

hari ini hari isnin

alamak, dimanakah janji-janji manismu nak rajin update? adaaa, tapi dok dalam draft tu. taip sikit2 last2 terbengkalai. huhu. lazy fat ass! boo~

anyway..this is my birthday week y'all.hehe. so aku nak be in a good mood :) want to be happy and cuba menjadi seorang yang forgiving sepanjang minggu. even sudah ada negative vibes merayau-rayau di sekitar diri ini, but i'm trying to stay calm. i should be wiser right? jadi tak perlu layan benda-benda bodoh yang menyakitkan hati. which in a away i think i had enough of it

minggu ni nak balik kampung. i miss my mak already. asyik bertangguh je nak balik sebab every weekend the two lovebirds tu asyik nak berjalan je. so no point lah aku balik when diorg tak ada kat rumah kan. apalah maknanya balik ke rumah mak tapi masih terpaksa memakan ikan bilis goreng hasil air tangan sendiri? x perlu! so this week aku telah paksa mereka supaya duduk rumah diam2 boleh tak?? wahahaha..sebenarnya ada tersembunyi niat jahat nak paksa *again* mereka belanja saya makan sedap2 sebab its my birthday week mannnn ;p

am still thinking what to get for myself on this birthday. maybe beli lambat sedikit sebab sekarang dah kehausan wang T_T tunggu gaji lorr. kalau tanya hati memang mati la, the list adalah endless! but maybe i'll get myself sepersalinan, top-to-toe, complete set. memang semangat nak hidup kalau ada benda baru kan :)

no fancy plans. and i dont look forward for any surprises or wishes. dah x peduli tentang itu semua. saya nak pentingkan diri sahaja. eh bukan selfish. maksud saya put myself first

ok lah saya nak buat kerja, nampaknya bos saya tak berapa sihat lah. saya nak pergi bertanya khabar dia. nanti sambung lagi ya. daa..

p/s : Rina and Yatie, i think i miss u guys. kamu memang tak sama macam yg lain2 :( *hugs*

-xoxo-

Wednesday, June 9, 2010

sambung cite semalam

sebelum sambung entry semalam, nak bgtau. harini keluar ofis pukul 6 and sampai rumah pukul 8 ok! i feel like screaming at the top of my lung! apesal la kalau ujan mesti jem gila babi. why?whyyy????? 2damn hours ok..dah bole sampai melaka kot. bongok betul. jadi, sekali lagi saya telah makan ferrero rocher 3biji. wat the hell kan..its the end of my 3rd day y'all. tak sabar nak makan nasi lemak esok pagi. nyam2..

sikit pasal 3rd day of this fruit diet, harini perut aku penuh dengan angin. memang hampir2 mengalah tadi..i dont know whats wrong tp memang perut kembung. cuba memberakkan diri, tapi x boleh..angin je. kentut like nobody's business. tapi no worries, aku lepaskan segala-galanya dalam toilet ok :p

ok sambung on my newly found

2. HG moisturizer


fruit of the earth - aloe vera gel. another total love. beli masa muka di serang jerawat dan tinggalkan bekas macam baru lepas kena cikenpox sangat stress ok, fuh hampir tak cukup nafas. mcm biasa, need something mild for my skin and this stuff rocks! aku sapu kat whole muka everyday sebekum tido, dan ia mengurangkan kemerahan jerawat dan membuatkan kulit sangat lembut. kenapa aneh sangat bahasa aku ni..hmm. other than that, now my jerawat dah sembuh of course dengan bantuan clyndamycin, my scars yg mcm cikenpox tu pun dah fade *clap clap* so now bila malas pakai nightcream, i will slather this all over my face and tidoq. sok pagi bangun cuci muka, memang syok. hehe. no more kulit kering mengelupas, no more merah2 tak tentu pasal bila bangun pagi. i give 5stars for this!

sekian terima kasih. sebelum mengundur diri , terimalah..

suddenly spek ni terlalu besar utk muka aku. ok kene beli spek baru

-xoxo-

Tuesday, June 8, 2010

found my another HG products. yayy

i'm being extra rajin tonite, so aku edit semua post yang macam haram tu. nampak lebih senonoh kan sekarang? malam ni aku minum jus buah and again i cheated. kejadah diet asyik menipu je kan? ahh x kira..aku makan ferrero rocher yang 3ketul tu. seriously nowadays i'm addicted to that thing! selalu beli yang 3 bijik tu and aku abiskan masa tu jugak. one after another! coklat memang tenangkan jiwa..makes u a happy fat baby ;)

saya juga telah mengewapkan muka. paham tak? i mean i steam my face..kemudian saya picit whiteheads. tapi sebenarnya saya tak reti pun. haha. so macam baik tak payah je. tapii saya berjaya picit biji2 kecil tu, u know yg macam ada something clogged. saya pun x tau apa nama dia..kemudian saya scrub. kemudian saya cuci muka. setel. saya harap jerawat takkan berani singgah lagi. skrg memang dah tak ada jerawat. sejak saya pakai antibiotik tu. tapi sekarang saya dah stop guna. tak boleh pakai selalu, nanti dia tak berkesan, pakai masa ada jerawat je

hmm comel jugak bila cakap 'saya' ni. haha

i found my HG lotion and moisturizer. i swear i'll always have these in my stock.

1. my HG lotion. tadaaa..




yup the classic j&j baby lotion. macam mana aku boleh discover this little gem? few weeks back, aku guna olay shower cream yang macam kat bawah ni



do you know, lepas mandi guna shower cream ni, dia kan tinggalkan glitters on your skin? even kau dah lap dengan towel pun, ia akan bersemadi pada kulit kau ok. masa mula2 aku suka la kan, then one day aku perasan macam ada spot merah kat tangan aku. aku igt macam kene gigit nyamuk padahal sumpah umah akak xde nyamuk nok. then few days later amik ko, bintik2 mertah semakin merebak kat tangan n kaki. takde rasa gatal or apa. just bintik je. bila aku kaji selidik, baru la aku tau itu kesan peninggalan glitter tu, maybe dia resap kat kulit and kulit aku yang super duper sensitif ni memang x sesuai le. baru nak feeling beyonce layan kilat2 tau T_T

dah tengok bintik2 cam kene denggi tu, akak cargas la ke farmasi nak cari lotion yang ala2 berubat or lotion yang lembut for sensitive skin. tapi x jumpa yang menarik. then esoknya tu aku pegi kuantan, memang dah takleh blah merah2 tu. kebetulan i saw this j&j lotion kat one of the supermarket kat kuantan tu. then i thought this should be mild, this meant for babies. so aku pun beli. first yang buat aku jatuh cinta kat lotion ni ialah dia buat kulit kau super soft! i really love the baby smell. very comforting. sangat moisturizing, cepat meresap dan tak sticky. total L O V E! after 2 hari, all the merah2 is gone completely. kulit sgt lembut. u can actually feel the difference

ok dah ngantuk,sambung esok lah ye..haha. nite

-xoxo-