CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 13, 2009

6,7,8..8 lagi!

dah 5hari aku tenyeh vitamin E tu kat muka. dalam aku rasa bersalah tu, aku pakai jugak la, dah beli oke, xde aku nak pegi carik yang lain. banyak pulak duit aku kan?


mslhnye instead of moisturize muka aku, muka aku mengelupas pulak. waddehel? tapi mild peeling je, nani cakap normal, healing crisis katanya, nak buang sel kulit mati. mana lah tau dia nak kopek kulit muka aku ni, pastu rupa aku jadik macam Eva Longoria..ha, tak makan ati kau??

hari sabtu aritu aku bangun awal oke, kul 8.30am! lepas tu aku try tidur dah tak boleh. so bangun, mandi cincai-cincai, aku pegi carrefour. staff dia pun baru nak bersih-bersihkan taik mata, aku dah terpacak kat sana.

niat aku nak beli extension plug tu, bole tak yang aku ada tu rosak secara tiba-tiba masa aku tak ada duit. keji je kan? kene jugak la beli, takkan aku nak share 6plug kat satu port kot. ada je aku berambut afro secara percuma nanti

opocot! *kene karen*

so aku amik la yang ini, kene test dulu pasal kalau takleh pakai satu hal pulak aku kene datang tukar sume. itu satu hal la kan, tapi mau nye aku maki sebakul dulu..masa pompuan carrefour tu test2 hewan tu, mata aku melilau la..tiba-tiba aku nampak sesuatu yang menarik, terus aku menyangkung kat tempat tu dalam 15minit, menggodek-godek dan akhirnyeeeeeeeee...

aerobik!!

terkinja-kinja lah aku depan tv balik dari carrefour tu. penat sial. berpeluh-peluh jugak la aku yang susah nak berpeluh ni..tu la yang buat aku malas nak bersenam ni tau, orang lain baru gerak-gerak sikit dah berpeluh sakan. aku yang siap dah goyang gerudi semua ni, peluh adalah setakat lap dengan sehelai tisu sahaja. sangat menyakitkan hati. aku suka aerobik yang style dance macam ni. kalau setakat yang macam lompat bintang tu, baik aku buat aerobik sendiri

amik kau hari ahad tu aku bangun pagi, tu diaa sakit nak mampos kaki aku. tegengg urat-uratnya pakkk. terus aku melepek diatas katil sehingga pukul 2pm ;p

-xoxo-

0 u know that u love me: