hi darlings, i'm blogging live from hyatt kuantan
korang terkejut?? aku pun terkejut nok, buat plan pukul 2 pagi semalam, pukul 10pagi tadi aku dah gerak ke kuantan. malas aku nak pikir banyak2..kalau pikir sangat mesti tak jadik kekdahnye kan
aku pegi dengan ida je..cuba mengajak beberapa goddess lain, tapi paham-paham la goddess harus menjadi rebutan oke. takpe2, aku paham
sampai hotel dalam pukul 1 sebab kitorang memang menikmati scenery. sejuk kau hiway pantai timur tu. aku jakun la kan pestime lalu hiway gi kuatan. lama oke tak pegi sana..last tahun 2002 kot..masa tu dah ada ke hiway tu hah?
sesampai je terus check in makan, and lepak2 jap, lepas tu petang sikit pegi laut pulak. mintak mahap aku nak mandi, mak aku dah pesan jangan mandi laut. 18 kali di pesan sebab skang kan musim angin kuat, dia risau sangat laa..dah macam pesan kat budak darjah 2 je gayanya. 'jangan mandi laut' lepas tu 'tepi laut pun jangan pegi' what the? 'ingat tau jangan pegi mandi' aku dah nak marah ni, dah macam berzikir pulak mak aku. 'jangan..'
terus aku jerit, 'maaaaa!!!!'
amboi amboi amboi macam anak derhaka je gaya aku kan? xde lah, aku cuma nak bagitau mak aku cakap sekali sudaahh
fine, aku tak mandi laut pun. tak pepasal kene sumpahan mak aku ke kan. satu hal pulak. lagi satu sedar2 la kulit aku ni lagi sikit je melayakkan aku masuk bangsa tuuut, jadi tak payahlah kau berangan nak mandi laut tu sume. panas oke..baik2 ada la sinar kecerahan, terus gelap macam underworld je kang
so ida je mandi..pandai2 la ko mencorakkan diri kau kat laut tu, aku terbongkang sambil berselimutkan tuala kat pondok tepi laut tu. hehe
lepas tu balik bilik, layan tv pulak..then lepas mandi2, aku lepak sat kat balkoni smbil buat entry ni..
mlm ni tak tau lagi aktiviti apa..maybe berehat2 sahaja, sebab main purpose memang nak berehat je pun.
ok dah, aku nak letak gamba
mmuah!
-xoxo-
1 u know that u love me:
bestnyer pegi holiday!
mencikkkkkkkkkkkkk..majuk!
Post a Comment