aku kene tag dengan cik goddess Elle. sebenarnya aku dah banyak berhutang tag ni..tp takpe, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. hutang tag dia takde kata apa2 kan? so baik aku selesaikan hutang kad kredit aku tu dulu. aku nak bayar abis and nak cancel card tu. tp duit aku tak cukup, sape2 ada plan nak rompak bank, masukkan nama aku sekali dalam team rompakan itu ok
cilake, aku nak buat tag je kan td
ok, tag berbunyi :
Once you have been tagged, write 25 random things about yourself and pass along. Go under the plus tab on your profile, click on notes, type your random things, and tag those you want to receive and participate
baeklah..mari kita mulakan
1. i hate liars. serius benci..lagi benci bila dah kantoi diorg tipu ada hati lagi nak tanya 'ada lagi tak space utk i' apa kau ingat ini myspace ke?? pegi mati oke
2. aku takut gemok..even orang kata aku kurus, aku tetap rasa aku gemok. sebab memang aku dah gemok pun ms tu, korang je tak perasan
3. i'm a moody person. tapi selalunya dengan kawan2 aku ok. dengan boyfren je aku suka buat2 moody ni. kata gatal kan? nak la orang pujuk2 konon. hahaha..
4. aku jenis forgive but will never forget. mamposla orang nak cakap aku dendam kesumat ke hape. itu kire dah bagus aku nak maapkan oke, kalau tak??
5. loyal. kadang2 tak bertempat loyal aku tu.
6. aku ni sebenarnya suka duduk umah rather than keluar berjalan-jalan. ok kalau keluar ada tujuan, tp kalau setakat nak buang masa baik aku berselubung dengan selimut aku kat atas katil
7. aku memang suka tangguh keje. aku pun benci perangai aku ni..apesal la buruk sangat. sape-sape tau mana nak berubat penyakit aku ni?
8. aku isap susu badan mak aku sampai umur aku 4tahun oke! dah takde susu pun aku nak jugak nyonyot ;p adik aku punye portion susu pun aku bedal..haha
9. i used to be a laughing stock ms sekolah dulu. sebab a) aku hitam b) aku tak cantik. tapi nasib baik aku pandai, so ada point disitu..cikgu-cikgu suka aku :)
10. tapi bila masuk U aku dah tak pandai sebab aku malas dan asyik dan berhepi-hepian sahaja. sekarang aku menyesal.
11. aku suka mengemas, pantang betul aku tengok sepah-sepah. tapi aku selalu dapat housemate yang pemalas. pundekk
12. aku kan suke makan mekdonel. tp sejak yang boikot2 ni, baru sekali je aku makan tau. ms aku demam..aku bangga nih. eh, bila boleh start makan balik hah?
13. aku dah pandai jahit sikit-sikit..bukan jahit langsir atau baju kurung ye. kalau kau rasa nak pakai baju kurung takde leher, suruh lah aku jahit.
14. aku suka masak. tapi ikut mood :)
15. aku tak paham kenapa pompuan skang suka kawan dengan laki orang. kenapaaaa???
16. keje aku sekarang takde kene mngena dengan apa yang aku belajar dulu. sebab tu aku malas bayar ptptn. aku bayar bila aku ada mood je ;p
17. aku rasa aku ramai peminat. ahahahahahaha...oke aku tipu, saja nak sakitkan ati korang
ok, serius balik
18. rice cooker aku rosak baru-baru ni..ada ke orang anta repair rice cooker hah?
19. aku suka perfume. aku juga jual perfume. sila beli ok
20. aku suka music, nyanyi-nyanyi, menari-menari
21. muka aku pernah diserang jerawat yang maha teruk sebab aku pindah masuk umah baru, and umah tu berhabuk. aku allergic oke. hasilnya amat memuaskan kat muka aku
22. aku tak suka kucing. macam mana la orang bole cium kucing??? erghh
23. aku lahir tahun anjing
24. note to Elle : aku tak pandai main kad. 18kali belajar pun masih bangang juga sebab aku tak concentrate masa orang ajar
25. aku sayang mak aku. more than everything. sayang, sayang, sayangggg... *lagu aliff aziz yang macam celaka*
sekian
eh, kene tag orang dulu..
1. sape buat dapat pahala.
2. em, agak-agak abg Zoey Gerak Geri Gasing baca blog aku tak? buat eh bang
ok kali ni sekian yang betul
-xoxo-
1 u know that u love me:
Salam. Al Fatihah to Roses/CabaiKering's father who passed away last night.Deepest condolences to Roses/CK & family.
Post a Comment