CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 13, 2009

kisah di thursday the 12th

penat gile arini. memang aku dah tak sabar-sabar nak balik umah oke


ha, semalam apa janji aku lepas balik keje? nak pegi beli roti gardenia tu, amik gamba pastu tempek kat sini. kau tau apa jadik?

aku tak beli roti tapi aku beli kasut. jauh gile mnyimpang ok. sikit pun tak ada kene mengena.

yang jadik tebeli kasut tu sebab aku pegi times square, terus nak menuju ke cold storage tu laa. gatal je kan aku, bole je beli roti tu kat 7E depan umah.

ah, so tengah-tengah aku berjalan ke cold storage tu, aku dengar bunyi aneh dr kasut aku. aku menten diva lagi masa tu, pastu semakin hazab bunyinye u ollss..aku pun stop bjalan and tengok tapak kasut aku.

tumit kat heels aku tu dah tercabut ye..tinggal paku sahaja. faham ke? bole tak aku malas terangkan..boleh?bolehhhhhhhhh

ok, lepas tu takkan aku nak bjalan dengan bunyik bising nak mampos macam tu kan..ko bayangkan bunyik paku kene atas tiles..macam puaka oke. sangat annoying kat telinga aku ni. bengang betul aku, kasut tu beli 1day lepas krismas..so basically tak sampai 2bulan. pundekkkkk

memang aku dah maki la kan dalam ati. dah la aku tak tau cobbler kat mana. so terpaksa la aku beli kasut baru..

lepas tu aku sarung kasut lama tu jugak. haha..ala, nak pegi beli roti je kot? then aku pun turun tingkat bawah nak gi cold storage..sekali apa aku nampak?????

SABARUDIN TUKANG KASUT!!!!!!!

macam taik kan? apesal sebelum ni aku tak penah nampak? aku pun meluru *tiba-tiba aku terfikir, aku dah tau mana asal perkataan meluru ni. its from peluru ok! peluru kan laju kan bila keluar dr pistol. so sebab tulah kite gunakan perkataan meluru untuk menunjukkan pergerakan yang laju. btul kan?btul kan? ok, DBP ada bukak jawatan kosong tak sekarang?*

sambung cerita, meluru ke cobbler tu. aku dengan selamba bukak kasut and tunjuk tumit paku tu kat dia.

hotcocoa : boleh buat?

cobbler : boleh, 10ringgit sepasang.

hotcocoa : saya nak kaler sama mcm ni *bukak kasut sebelah pulak*

cobbler : ok

so aku berkaki ayam sambil duduk atas kerusi..masa tu aku faham jiwa Elyana

canggih oke sabarudin tukang kasut ni, takde dia pakai tukul bagai nak betulkan kasut kau. dia guna mesin oke, besar gedabak..tp aku tak dapat tengok sebab belakang mesin tu yang facing aku. yang penting result nye superb. macam kasut baru.

aku kadang-kadang agak berasap juga dengan cobbler yang tepi-tepi jalan tu, aku rasa makin menjahanamkan kasut oke..punya la ganas mengerjakan kasut orang. ganas di ranjang cukup laa

eh? ok2 aku tempek gamba kasut

motif aku tampal gambar iron?


ok semalam aku tengah gosok baju keje, tiba-tiba angin gila aku datang. so aku letak kepala aku atas iron board tu dan aku iron ujung rambut aku. hahaha.. aku saja je oke..sebab dulu kawan aku iron seluruh rambut dia dengan iron baju itu. maka aku nak tau perasaan dia

lepas tu aku telek ujung rambut aku tu, xde beza punnn..lepas tu aku sambung gosok baju keje

iklan : jangan beli barang elektrik brand Pensonic. nasihat dari orang kedai elektrik. matilah aku kalau orang Pensonic baca ni

and roti gardenia tu tak ada!! sakit betul la hati aku niiii

omg, harini Friday the 13th kan?? and esok Valentine's, so happy Valentine's to you my darlings :)

hugs & kisses,
-xoxo-

Thursday, February 12, 2009

..coba..

pagi tadi aku pegi keje dengan butang baju terbukak.

bukan aku sengajalah gila! aku tak sedar oke. pulak tu butang kat bahagian tetek. boleh ke?? nasib baik tak kene tangkap dengan polis sebab dituduh flasher

aku nak cuba lupakan tragedi ni..sebab dia agak menghantui aku juga. aku akan mulakan dengan memboikot baju ni. taknak pakai lagi selama 2bulan, at least

aku nak tanya, kalau lah kan korang nampak lelaki tak zip seluar, korang akan bgtau tak?

aku nak jawab dulu, TAK. keji kan perangai aku? tapi aku rasa adalah lebih keji kalau aku bagtau sebab nampak sangat aku tengah tengok dia punye *tuuuut* kan? dah macam perempuan gersang je oke.

kalau lelaki pun, nampak perempuan tak butang baju kat tetek macam aku mesti takde nak bgtau kan? sebab nanti nampak sangat lah kau tengok tetek orang! gatal nak mampos..tp aku rs diorg lagi suke tak bgtau kot, sebab boleh tengok lama-lama kan?kan?

isk..nampaknya aku masih tak boleh lupa tragedi pagi tadi

ah, baik aku pegi makan cucur udang

alamak, banyaknye minyak..tak jadi makan ah. rugi 5posen aku

xpe, balik nanti aku nak beli roti gardenia choco raisin tu.
esok aku bubuh gamba :)

p/s : tajuk takde kene mengena. aku saje letak sebab aku minat faizal tahir. aku punya suka la

-xoxo-

Wednesday, February 11, 2009

story mory

so akhirnya aku memang tak balik kampung masa thaipusam aritu. hasilnya? amik kau terlentang atas katil sepanjang hari, selama 3hari oke


breakdown :

sabtu
bangun tido, tengok tv, cuci baju, mop umah, mandi, tgk tv, pegi jusco, makan nando's, layan Jozan show. first time aku tengok bnda alah tu, agak bongok juga lawak mereka. aku rasa nak selak je rambut si Johan tu, pastu sepitkan. rimas dowh

aku juga lap kipas oke, rajin kan aku??

sembab gile g mkn nando's

ahad
bangun tido, tengok tv, mandi, pegi carrefour, makan mee kari, tengok tv lagi, paralyzer ajak teman makan, pegi yong tau foo ampang, makan ciken wing, beli dvd *tapi belum tengok lagi*,tengok tv sampai tv pulak tengok aku

isnin
bangun tido awal siott, semangat nak tengok grammy, tengok tv, makan sosej, mandi, pegi jusco *again??* sukati aku la kan?,makan carrot slice kat SR, teman ida pegi ofis - takut pulak nak pegi opis sorg2 pompuan ni, round the world kt klcc, makan, balik umah

grammy

breakfast in bed

kat opis ida, laptop dh abis bateri..maka aku sudah mula bosan

semakin gile

tahap kronik, terus ida ajak aku balik ;p

dinner kat klcc
rice with black pepper beef


kehidupan aku berkisar kepada tido, makan, dan tengok tv..seronok betul kan? *ini adalah sarcasm ok*

ok, lets say korang ada kawan A dan B. A tak suke B, and so dia tak bagi ko kawan dengan B. sedangkan korang rasa B tu ok je, takde masalah apa pun. but since A cakap B itu adalah tidak cool, maka adakah korang akan mengabaikan B itu?

damn, kenapalah aku guna A dengan B? aku sendiri susah nak paham, anw, aku akan teruskan

kalau aku? hmm susah jugak ni..maksudnya memang tak boleh bawak lepak bersama la. sebab keadaan akan jadik macam pelik. dimana A sudah tentu nak kan attention aku sebab tanak aku melayan B. dan B sudah tentu tercongok macam orang bongok. saya nak B untuk Bongok (roda impian)

yang paling sialan nye, bila aku pulak dikutuk sebab berkawan dengan B. celaka je, tak pasal2 aku kena.

well i think B is worth it, tak penah kutuk A, not a wannabe, not a i'm-so-cool kinda person. dia ok je kottt.

hmm..ok, abaikan itu. Valentine's Day is just around the corner, so kamu-kamu semua kalau rasa kalau ketiak gf atau bf korang agak puaka baunya, maka boleh beli perfume dr akak oke. sila request dan saya akan berusaha mendapatkan best price untuk anda.

tapi kalau kau setakat nak bagi coklat atau kad, aku takde jual.

-xoxo-

Friday, February 6, 2009

pelik tapi benar

ok2 baru je kan 2hr lepas aku komplen apekejadah aku teringin nak makan nasi goreng, len la kalau nasik beriani


korang tau takkkk...arini bos aku iaitu Devdas belanja aku makan nasik beriani wehhh. dia baca blog aku ke hape??

ok2 *lagi sekali* biasa la bos belanja kan? tapi masalahnya dia call personally tanya if aku nak beriani tak. ini luar biasa oke!

treett..trettt *telefon berbunyi*

bos : eh, i want to have beriani today, do u want me to tapau for u?

hotcocoa : ha??err... *nasib baik reception quite bad, so dia tak dengar aku dah nak tersedak*

bos : what?ha ok, i'll buy for u

sumpah aku terkesima seketika oke. aku tak jawab pun nak ke tanak

ok2 *ini kali ketiga* aku expect dia pesan kat driver dia suh belikan la kan? but u know what, dia beli sendiri menggunakan tulang 4 keratnya kau tau.

scary..scaryy..pesal baik sgt ni??

Nani lagi taik, dia cakap 'bos ko nak mengurat ko ni' ada yang aku resign 24jam ni kang. tanak aku

en finance kat kulim, jangan ternganga baca entry ni ok. cek tau hang mesti terkejuit kan?

semalam after keje, aku nak pegi cari ubat batuk. but since Nani suruh aku simpan benda hitam yang keluar dari tekak aku tu and bawak gi jumpa doc. aku tak jadi beli ubat. yang haramnye semalam tak keluar pun..menyusahkan aku pegang tisu sepanjang malam.

anw, ida ajak aku pegi times square, pompuan tu nak reg u mobile pulakkk. so pegi. setel sume, pegi Best Denki, ida beli AV cable, kemaruk nak tengok DVD pulak tapi cable takde.ekekeke..kene songlap ;p

dan2 tu aku pun nak beli cable jugak..nak cocok from tv to speaker aku tu. baru best kan bunyik dia. so aku beli jugak. mana bole ida je beli..dasar pendengki je kan aku ni.hehe

then pegi NZ garden

aku makan rojak

ini ida punye. roti salad. poyo gile je kan nak letak NZ macam tu

sembang-sembang and around 9lebih balik umah la. tak reti2 ke..lagipun aku seksaited nak pasang cable tu. syok oo semalam tengok tv

happy weekend darlings.yeyehh senin cotiiiii

*gelek ponggong*

-xoxo-

hutang tag dibawa_________??? sapa pandai sila jawab


aku kene tag dengan cik goddess Elle. sebenarnya aku dah banyak berhutang tag ni..tp takpe, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. hutang tag dia takde kata apa2 kan? so baik aku selesaikan hutang kad kredit aku tu dulu. aku nak bayar abis and nak cancel card tu. tp duit aku tak cukup, sape2 ada plan nak rompak bank, masukkan nama aku sekali dalam team rompakan itu ok

cilake, aku nak buat tag je kan td

ok, tag berbunyi :

Once you have been tagged, write 25 random things about yourself and pass along. Go under the plus tab on your profile, click on notes, type your random things, and tag those you want to receive and participate

baeklah..mari kita mulakan

1. i hate liars. serius benci..lagi benci bila dah kantoi diorg tipu ada hati lagi nak tanya 'ada lagi tak space utk i' apa kau ingat ini myspace ke?? pegi mati oke

2. aku takut gemok..even orang kata aku kurus, aku tetap rasa aku gemok. sebab memang aku dah gemok pun ms tu, korang je tak perasan

3. i'm a moody person. tapi selalunya dengan kawan2 aku ok. dengan boyfren je aku suka buat2 moody ni. kata gatal kan? nak la orang pujuk2 konon. hahaha..

4. aku jenis forgive but will never forget. mamposla orang nak cakap aku dendam kesumat ke hape. itu kire dah bagus aku nak maapkan oke, kalau tak??

5. loyal. kadang2 tak bertempat loyal aku tu.

6. aku ni sebenarnya suka duduk umah rather than keluar berjalan-jalan. ok kalau keluar ada tujuan, tp kalau setakat nak buang masa baik aku berselubung dengan selimut aku kat atas katil

7. aku memang suka tangguh keje. aku pun benci perangai aku ni..apesal la buruk sangat. sape-sape tau mana nak berubat penyakit aku ni?

8. aku isap susu badan mak aku sampai umur aku 4tahun oke! dah takde susu pun aku nak jugak nyonyot ;p adik aku punye portion susu pun aku bedal..haha

9. i used to be a laughing stock ms sekolah dulu. sebab a) aku hitam b) aku tak cantik. tapi nasib baik aku pandai, so ada point disitu..cikgu-cikgu suka aku :)

10. tapi bila masuk U aku dah tak pandai sebab aku malas dan asyik dan berhepi-hepian sahaja. sekarang aku menyesal.

11. aku suka mengemas, pantang betul aku tengok sepah-sepah. tapi aku selalu dapat housemate yang pemalas. pundekk

12. aku kan suke makan mekdonel. tp sejak yang boikot2 ni, baru sekali je aku makan tau. ms aku demam..aku bangga nih. eh, bila boleh start makan balik hah?

13. aku dah pandai jahit sikit-sikit..bukan jahit langsir atau baju kurung ye. kalau kau rasa nak pakai baju kurung takde leher, suruh lah aku jahit.

14. aku suka masak. tapi ikut mood :)

15. aku tak paham kenapa pompuan skang suka kawan dengan laki orang. kenapaaaa???

16. keje aku sekarang takde kene mngena dengan apa yang aku belajar dulu. sebab tu aku malas bayar ptptn. aku bayar bila aku ada mood je ;p

17. aku rasa aku ramai peminat. ahahahahahaha...oke aku tipu, saja nak sakitkan ati korang

ok, serius balik

18. rice cooker aku rosak baru-baru ni..ada ke orang anta repair rice cooker hah?

19. aku suka perfume. aku juga jual perfume. sila beli ok

20. aku suka music, nyanyi-nyanyi, menari-menari

21. muka aku pernah diserang jerawat yang maha teruk sebab aku pindah masuk umah baru, and umah tu berhabuk. aku allergic oke. hasilnya amat memuaskan kat muka aku

22. aku tak suka kucing. macam mana la orang bole cium kucing??? erghh

23. aku lahir tahun anjing

24. note to Elle : aku tak pandai main kad. 18kali belajar pun masih bangang juga sebab aku tak concentrate masa orang ajar

25. aku sayang mak aku. more than everything. sayang, sayang, sayangggg... *lagu aliff aziz yang macam celaka*

sekian

eh, kene tag orang dulu..

1. sape buat dapat pahala.
2. em, agak-agak abg Zoey Gerak Geri Gasing baca blog aku tak? buat eh bang

ok kali ni sekian yang betul

-xoxo-

Thursday, February 5, 2009

guilty T_T

aku nak apdet, tapi ada je keje aku kene buat. memang tak sempat aku nak baik punya cilok.


boss aku mood sangat baik, which is scary, tebiat ke ape org tua ni?

aku dah sihat, tapi sekarang ni batuk-batuk pula. kalau batuk berkahak yang kuning tu *jangan bayangkan* ok lagi, sebab lepas makan ubat seperti Woods dia akan mencairkan kahak *terpengaruh dengan iklan* lalu batuk pun sembuh. ni masalahnye aku batuk takde apa-apa. cuma tekak aku gatal, and once in a while ada kahak yang clear tu keluar together dengan sesuatu yang kaler itam. waddehell?? scary juga oke. takkan urat aku terkeluar dari tekak kot? nak kata darah memang bukan laa..kau tak paham ke aku cakap itam. bukan merah!

or tulang tekak aku terhakis *imaginasi tinggi* tapi tulang kaler putih kan? ok malas nak pikir. aku makan strepsils je sekarang ni

aku rasa body system aku dah tuggang terbalik terkangkang dan meniarap. sekejap tetek aku berdenyut, sakit gile. kejap lagi jari aku tiba-tiba cramp. dengan batuk pelik aku tu. dan aku teringin nak makan nasi goreng. xde kene mengena kau kata? tak pernah aku teringin makan NASI GORENG oke. kalau nasi beriani tu memang selalu la kan

so semalam breakfast aku makan nasi goreng. tah hape2

pagi ni lak, aku nampak dunkin donut, menggeletis laa nak beli bnda alah tu. penamak harus beli 2, itupun aku macam nak terpengaruh beli 5 percuma 1. tp sebab aku tanak pecahkan duit RM50 aku, aku beli je 2bijik.

donut for breakfast?? memang bukan aku oke..

tp nmpk lazat kan??

kene kawin sebenarnya aku ni, baru aku ok kan...hahahahaha, bodo xde kene mengena. aku saja je cakap

eh sebenarnya aku nak cite pasal tajuk aku tu. kodok ayam la nape aku menyimpang..tengok skang aku dah malas nak taip. hmm

ok2 aku cerita jugak

pagi tadi mak aku call, as usual tentulah mengadu pasal adik aku. aku dengarkan aje lah.. lepas tu dia tanya

ma : thaipusam nanti balik tak? hotcocoa : tak tau lagi lah..macam penat je mggu lepas gi kuantan, minggu before tu balik kampung smpi demam teruk. ma : balik la kan cuti 3 hari hotcocoa : em, tengok lah dulu. kalau cocoa tak balik..cocoa bank in duit ma kat along je la. dia mesti balik kan. ujung bulan cocoa balik ok.

paham-paham la kan kalau balik kampung mana nya reti duduk diam aku ni, duit pun dah makin menyusut je. so better aku berkurung kat umah aku.

ma : em, takde duit ke? kalau macam tu tak payah bagi ma duit la hotcocoa : ada..nanti cocoa bank in kat along k

ok pastu letak fon walaupun mak aku memang kedengaan tak gembira aku tak balik. tak smpi 5minit pastu, mak aku telefon lagik

ma : cocoa tak payah la bagi ma duit. buat la pakai kat sana

terus naik temperature aku ko tau

hotcocoa : ma ni kenapa ni? orang cakap nak bagi, orang bagi la! apesal nak cakap mcm tu? pening lah! ma : tak la, ma ingat cocoa takde duit hotcocoa : orang dah cakap ada, ada la. ape nak cakap macam tu? kalau orang takde kan orang cakap
serius aku marah gila, tak tau setan jenis apa bertenggek atas kepala aku pagi tadi

ma : kenapa marah-marah ni

alamak, mak aku dah terasa

hotcocoa : bukan marah *slowdown*

bukan marah hapenye, marah la tu. bodo nak mampos aku ni. lepas tu say bye2 and letak fon..ish nape la aku ni, kena sambar petir baru tau. rasa guilty gile. sure mak aku sedih oke. aku kene mintak maap ni. rasa malu lak jadik perempuan gila pagi tadi. bongoklah, rasa nak lempang diri sendiri. ma i'm sorryyyyy!!!

see, aku dah kata system aku up n down..otak aku pun terlibat sekali ni..

-xoxo-

Tuesday, February 3, 2009

no title

yeyeah! minggu ni keje 4hari je ok. suke, sukeee. pagi tadi liat nak mampos aku nak celikkan bijik mata aku ni. tp aku saiko diri aku 'rilek2 cocoa, 4hariiii je..rilek2' terus aku melompat bangun. ok, tipu..xde la melompat, bangun pelan-pelan sudahh


em, weekend ni mak aku suh balik kampung la pulok. malasnyeeee. kan best kalau aku bole jd mcm Hiro Nakamura tu kan. transport diri aku. hmmm. pang!!pala hotak hang, tu la banyak sgt tengok tibi.

bole tak pagi-pagi ni bos aku Mr Horlicks call cakap dia MC 2hari?? ni aku tak pueh ati ni, dah la dia cuti seminggu stretttt, pastu bole pulak sambung MC kan? pastu si Devdas pulak ala2 malas harini. aku lapanbelas kali malas laa jawabnye..hehe

tp kan kalau balik best jugak, bole jumpa nabila. anak sedara aku tu la..dia best oke, macam teddy bear

tepi sikit, aunty nak amik gamba laa

oii, jangan la himpit

ok fine!!
nak ciyom upenye..mukadimah panjang sangat

eh, rambut aku dh macam sakai kau tau, separuh warna itam, separuh karat macam haram, beberapa helai berwarna putih *uban* sebijik macam indon keje kontrak rupe aku. aku nak kaler semua itam lah..ok ke?

-xoxo-