Friday, November 20, 2009
mayday..mayday
Posted by hotcocoa at 11:01 AM 3 u know that u love me
Thursday, November 19, 2009
dermawan sangatt
Posted by hotcocoa at 10:04 AM 1 u know that u love me
Wednesday, November 18, 2009
a day
ole!
haha. fineeeee..aku dh tengok cite Pisau Cukur. pembuat filem melayu, sila berbangga sebab tahun ni aku dah tengok 2 movie melayu kat wayang. before ni jangan harap, dvd pun aku pinjam je..aku tunggu raya je tayang free kat tv. hehe. ok, my verdict- major boringness..n why la people go gaga psl redza minhat? si gigi besi tu kan? ba-wau-re-nge~ orang yang menarik minat aku dalam cite tu hanyalah nabil *padahal x penah minat pun* and Rafidah 3R tu. matilah minat pelakon tambahan sajok ;p
last Sunday pepagi buta iaitu pukul 8pagi, tak buta sangat eh? Kunang2 sms'ed me
Kunang2 : saya nak gi umah aunty. nak ikut tak?
hotcocoa: dgn sape?
Kunang2 : sorang lah
hotcocoa : ok, i'll join u
Kunang2 : siap cepat nanti saya ambik
ahhhh malas gile. tapi sebab semangat nak pakai legging dengan baju yang acik dah pose2 aritu tuuu. bangun gak la siap. lagipun, dah lamaaaaaaa x dating dengan tunang sendiri ok. wlupun pegi umah aunty x kisah la..janji dapat keluar berdua. sangat rindu. holloh..holloh..gatal ni! haha. around 10 sampai umah aunty, kat Semenyih je pun. kitorg siap bawak bfast sekali. and otw, i saw kedai putu bambu dan aku adalah memaksa Kunang2 beli putu bambu itu 2 bungkus. 1 bungkus = 6 ketul. haha gila tamak. aku abiskan 1 bungkus tu ok. 1 lagi bawak gi umah aunty. dh gila kenyang, tetap makan roti canai 2 keping sampai kunang2 tkejut
Kunang2 : eh, 2 keping awak?
hootcocoa : auntyyyyyyyyyy, tengok lah dia x bagi cocoa makan *sambil sumbat mulut dgn roti canai*
eee sibuk! haha
lepas bfast and lepak2, lepas Zuhur aunty ajak teman gi Putrajaya cos nak jumpa kawan dia amik barang. pegi lah sana, then dia ajak gi Alamanda pulok. nak gi money changer katanya. hah dah sampai sana, takkan semata2 tukaq duit ja kottt. round sekali la. makan kat Kenny Rogers. then Kunang2 ajak tgk wayang
cash dia dah abis so dia suh aku bayar dulu utk wayang. 'nanti saya ganti' and aku macam mulia la kan since dia dh belanja makan n all so aku cakap 'xpelah, saya belanja'
but lepas je keluar dari wayang aku cakap 'sayang nanti ganti balik duit wayang tau' hahahha. aunty siap tertido tengok cite tu ok
balik umah aunty dalam kul 9.30 camtu n kunang2 cakap dia nak nap kejap sampai 10.30. so aku dgn aunty tgk tv n borak2. 10.30 aku kejut dia, kene marah ok. saiko! so aku suh aunty gi buat apa dia nk buat like semayang or mandi sebab nak tggu kitorg balik taktau kul bape
last2 aku pun ttido kat sofa..around 3am aku gi toilet then kejut kunang2. dia kata 'kunci jam 5.30, nanti kita balik'
so 5.30 dia anta aku balik umah, aku sambung tido sampai kul 7. pastu bangun siap2 gi opis. and aku ngantuk all day!
but at least dapat jugak spent the whole day dengan kunang2 :)
ok dah. ole! :))
-xoxo-
Posted by hotcocoa at 4:03 PM 2 u know that u love me
Tuesday, November 17, 2009
kawan saya ahli avon
aku dh sign up facebook semalam. and kawan2 aku suma macam ckp 'syukurrr' and 'finally! haha' . biadap gila kan? tau lah you're so 3008, i'm so 2000 and late! benci tau..pulak tu kedekut ilmu pulak si nani tuh, tanya sikit nak marah okeh. mentang2 aku ni buta IT sikit..bencik! watever~ bukan dapat duit pun kalau register kan?kan??? *matilah emo* nanti lah aku tambah apa yang patut kat situ. nak letak gamba sume. eh tiba2 semangat pulak. haha gila!
weekend was ok n great for me :) macam2 plan untuk sabtu. nak gi karoke lah, nak gi mid lah. last2 i have to cancel semua hanyalah kerana tuan umah nak datang betulkan paip. sukati je last minit. fine la aku pun gigih bangun pagi ok sabtu tu. siap Kunang2 ajak breakfast pun i have to say NO. sekali bole pulak tuan umah kata 'i maybe dtg petang around 6' fuh..masa tu jugak rasa macam nak jadik naga tasik chini. terus aku ajak liza gi lunch sama2. aku ingat makcik tu nak lunch dekat2 je, maka aku dengan rambut basah lepas mandi, x mekap dan menyarung baju bangla
sekaliiii dia haruk aku pegi ampang point. sib baik ampang point je..tp still la kan??? had nasi ayam. adalah kebulur, maka tidak la pulak aku ni ada masa nak amik gamba bagai. abis2 je makan, ujan uolls..lepak situ lagi. tp tgk ujan x teduh2 pun. so kitorg gi la masuk kedai2 kt situ. kitorg bukan dalam ampang point ye..kt kedai deret2 luar tu. hamik kedai cah converter pun kitorg masuk. adakah kamu perasan kdg2 barang dia memang tah pape. like henbeg berbentuk bas sekolah????
gigih ni masuk sume kedai, last2 terjebak masuk sini
x penah2. haha.
tercongok la masing2 konon nak beli barang. last2 liza cakap 'aku nak beli perfume lah'. laju je pilih last2 dengan amount dia beli barang layak jadik ahli kaedahnya. tahan gelak je masing2. liza keji gila suruh aku guna fail berisi katalog2 dia tu buat tutup kepala nak redah ujan gi ampang point. haha. kecik ati kakak avon tu nanti kan?
jalan2 buang masa n pegi makan 2nd round plak ye kt taman dagang. matilahtamaknakmampos! balik terus bergulung dalam selimut sebab kenyang+sejuk = mengantuk. syokkk aku rasa aku tido kul 11 malam kot. hehe
Posted by hotcocoa at 3:15 PM 0 u know that u love me
Friday, November 13, 2009
macam biasa la, membebel je keje aku
kuat makan betul aku sekarang. konsep tamak sepanjang masa. dah lunch makan mee goreng, tapau lagi rojak buah 4 ringgit. tak macam boleh buat party rojak pulak kan. abih dah gitu standard dia, mintak singgit kang merasa kene khutbah jumaat dengan makcik emosi tu. dah penuh tembolok, makan plk lagi cheesy wedges beberapa jam kemudian..ya allah, bile ingat balik ni rasa insaf sangat *cari sejadah*
ha cite psl cheesy wedges kan, dulu masa benda alah ni baru mula bertapak dalam bidang makanan, punya lah favourite sangat ni. klu dah oder snek plet kt kfc tu, harus nak side order cheesy wedges. lps tu kalau chessy n mayo dia ala2 picit pakai botol susu, mesti rasa nak maki je. paling best kalau pegi kat kfc yang ala2 pelanggan nya ialah udara *tak ada orang*, ha kat situ diorg macam nak perabih stok makanan, punya la banyak potion yang dia bagi. suke..suke..
em..akak dah salah point nih..
ok yang sebenarnya nak cite lain. rabu aritu pegi makan kfc..mula2 nak tgk wayang, tapi 2012 tak kuar lagi ms tu, so cancel lah. si bulu mata *nama baru untuk ida* mngidam nak kfc. banyak lagi ni dia ngidam, ngidam pizza, pastu ngidam nak gi carefour. x perlu sangat kan?? ;p masuk la kfc. aku ni dah macam nak meletup perut, ye la dah lunch mee goreng+rojak buah tu kan. so mcm komfius lite2 la nak makan apa
sampai2 depan kaunter tu, ida pn oder bla2..seperti biasa pompuan ni memang suka tertipu dengan iklan maka nak makan hot rod tu. sumpah aku benci iklan kfc dgn pizza. menipuuuuu je keje, indah kabar dari rupa. sentap tau!
sampai turn aku masih bongok tak tau nk makan apa..lgpun xde org bratur dah, so i took my own sweet time la kan..walaupun cashier dah buat muka tahi. adakah aku peduli? memang keje kau bdiri kat situ macam kayu, diri je lah *mode kejam* mungkin kalau muka dia manis sikit, aku ok. pasal aku ni cepat kesian kat orang sebenarnya. tiba2 aku nampak menu cikeroni (sp?) . tak penah try tu..acik peramah ni tanya la kt cashier tu
hotcocoa : cikeroni tu sedap tak? cashier : em bole la
apakah??? helo..itu ke jawapan terbaik kau? aku mintak recommendation ni..klu jawapan macam tu, baik aku tanya dengan kasut aku ni
hotcocoa : em, i nak tau la rasa dia mcm mana. u penah makan ke tak? cashier : penah, ok la..bole la kalau u nak try
macam cibai kan? semua menu kat situ aku bole try la bongok! bagi la recommendation..like bnda tu pedas ke, too cheesy ke, saiz besar mana ke..akak bengang sangat ni. trus akak campak henfon akak kat muka cashier tu sebab geram..
eh tak la, tipu je. hiks..
kaya ke kau nak baling2 tepon??
tapiii memang sentap ni, trus aku cakap
takpelah, i nak cheesy wedges je *muka serius macam donald trump*
cashier : eh, kenapa u taknak cikeroni
haaa..saje je tanya soalan maut. lantas akak menjawab dengan yakin
buat apa i nak order? i mintak recomendation u, u tak recommend pun. malas la i nak order
cashier : eh, boleh la kalau u nak order. i belanja
tiba2 ko rasa bersalah ni kenapa? takut aku suh panggil manager kan? baru nak insaf selepas buat muka tahi? dah terlambat jah, dah terlambattttt
taknak lah. i nak cheesy wedges n twister orange
*bunyi cengerik..krik..krikk*
cashier : ok
1 minit kemudian
cashier : cheesy wedges n orange. sama dengan baju u. air oren, baju oren
tak kelakarlah setannnnn
sempatlah aku tengok nametag, kata dengki kan? BROWNIE ok nama dia. patutlahhh..
binatang sangat katanya. huh~
-xoxo-
p/s i love you : gambar semua dari google sebab still takleh transfer gambar lagi ni
Posted by hotcocoa at 11:25 AM 3 u know that u love me
Thursday, November 12, 2009
goyang kaki sambil minum milo ais..
-xoxo-
Posted by hotcocoa at 4:40 PM 2 u know that u love me
Wednesday, November 11, 2009
baju baru
aku ni kalau makin kurus, 1st yang turun ialah bahagian bontot. terus jadi macam capati..flat. yang part aku nak kurus tak turun2 jugak. while kalau badan aku naik. peha lah akan berlumba2 menaiki tangga kejayaan, siap bertanding secara sihat dengan perut. shit sangat. bontot aku ni plak tunggu peha aku saiz batang pisang baru la dia nak bagi saingan. terhegeh-hegeh..tak ada daya saing langsung.
tapi redha jek lah..komplen je keje kau, xde bontot kang baru kau tau! ;p
ok, nak cite pasal legging tadi kan. ok, so semalam gigih la pegi sg wang nak beli tshirt panjang. dah pegi aim minggu lepas, tapi masa tu malas nak try maka x beli. suka sebab dia x besar. kan ke tshirt panjang2 ni byk yang besar2 free size..x suke ok. susah nak jumpa yang ada saiz. so semalam pegi la..
tiba2 amoi tu cakap tak boleh try. benci kan? aritu beria suh akak try, ni dah tak bole plak. erghh..tapi aku beli la jugak. balik umah terus try. bila masanya pulak yang aku reti sabar kan?
sempat la posing dengan beg sekali. beg baru!!! ahahaha. aku memang macam tu ok. kalau boleh nak test pakai dengan kasut sekali, dengan earring..semua lah. complete set kata orang. sara bole tanya kt aku 'mana leather jeket?' terus akak kompius bile masa nye aku ada jeket nih. aku tanya la 'nak buat apa?' baru la macam rihanna katanya..banyak lah kau.
eh2..ini gambar tak perlu. tengokk tu rantai baru kita. Kunang2 belikan. harus kene canang ni, pasal nak harap dia belikan aku aksesori memang makan tahun ok. pendant sendiri punya
aku jarang amik gambar dari depan kalau korang perasan la. sebab aku rasa hidung aku besar so adalah tekanan tengok bila tengok gamba yg amik dari depan ada unsur hidung loceng di situ.
nak buat shading sumpah tak reti..lagipun jenuh la takkan 24 jam nak buh shading kt idung kot. apa kau sawan? so kaedah terbaik ialah amik gambar dr tepi. sekian
eh belum sekian, ni my dinner semalam
-xoxo-
Posted by hotcocoa at 11:05 AM 0 u know that u love me
Tuesday, November 10, 2009
xde idea
betul kata kak Di. biarkan serabut itu, hidup kene diteruskan.
mentang2 kata nak teruskan hidup, terus melantak asam pedas dengan nasik 3pinggan. nasib baik tak termeninggal sebab kenyang. itupun aku berenti makan sebab malas nak basuh periuk nasik. so tinggalkan balance sikit. nasib lah sape makan last
akak bosan tau xde cerita nak bgtau. takde org yang nak dimaki. eh sebenarnya ramai, tapi tak tau nak start dengan yang mana. lgpun penat nak maki2 ni. grammar akak pulak tahap oxford kalau dalam bidang makian. hilang la ciri-ciri sopan santun Dayang Senandung akak nanti. lgpun takde beli barang baru yang layak aku berlagak kan di sini. bosan sangat. ewah2..gaya cakap macam nak beli elvi gitu. pijak kang. takat beli pad dengan berus gigi kat guardian semalam tak payah lah nak tempek sini kan. harus lenyek sampai mati je kalau perangai macam tu
jumaat lepas aku MC. mula2 ingat nak cakap dengan doktor yang aku sakit jiwa. tapi kang takut MC x dapat, di bukak pulak fail untuk aku, kena buat rawatan susulan. satu hal pulak dah. dapat la MC sebab demam lite-lite. lgpun selsema sikitttttt sebab kene ujan. dah alang2 ada modal tu, aku tambah sikit berlakon sarung cardigan segala. konon sejuk la kan, kata demammm. padahal macam neraka je, keluar klinik cepat2 campak cardigan. kemas2 barang terus berambus balik kampung, tu yang dapat makan asam pedas tu. hehe
jap aku nak cite apa ni sebenarnya?
memang aku xde bnda nak citer lah. dah gi baca blog orang lain. datang lagi minggu depan.
-xoxo-
Posted by hotcocoa at 4:27 PM 0 u know that u love me
Wednesday, November 4, 2009
yada..yadaa
sometimes aku rasa why la my life is so fucked up. tp 5minit pastu cepat2 aku mengucap. ish apa jadik orang tak reti bersyukur ni. Tuhan baru bagi ujian sikit dah menggelabah..ada orang lain tu lagi teruk kan. guess i just have to learn how to get through everything. life sapa xde problem kan..at least i still have my family and all my keSAYANGans :) and yesterday my mom datang umah! ahhh..rasa lega kejap dapat bgelak ketawa sebab mak aku adalah comel dan kelakar. dia pegi basuh tangan kat sinki dapur lepastu bila nak tutup paip tu x boleh. macam air mengalir je, agak 5 minit la jugak dia kat situ, pastu dia tanya
ma : eh apesal paip ni x boleh tutup?
hotcocoa : mana ada, ok je la. ma buat apa? *jerit dari hall sambil jengah2 dia kat sink*
ma : ee..ni yang aku tension ni *sambil berusaha gigih nak tutup paip* eh malas la aku!
hotcocoa : selalu ok je. jangan nak mengada, diri situ sampai air tu berenti!
ma : tak boleh lah! *suara bersalah sebab rosakkan paip + tension*
hotcocoa : hahahaha..biar je lah. mmg paip tu dah rosak. blum panggil maintenance. hahaha
ma : hahaha. nak kene kau ni. penat aku belek paip tu
aku dh gelak gila2 ok. tak lama lepas tu dia nak basuh tangan lagi
hotcocoa : ha guna lah paip tu lagi
ma : tak ingin aku, nak pegi bilik air
hahaha..comel. takut kene buli la tu..
tapiii mak kan..cemana ko gelak nak terkeluar anak tekak pun, she still can see the sadness in your eyes. punyelah aku control mancho takmoh nangis..gigil2 kepala lutut. hehehe. mak aku tanya, tp aku elak2..x best la kan nanti mak aku susah ati. the fact dia buat aku gelak dah cukup menggembirakan :) so easy to please me kan?
anyway, weekend ni nak balik kampung. i miss masakan mak aku. sume orang cakap aku dah kurus gila. eh ye ke? baru je minggu lepas aku rasa gemuk. see, ubat diet paling berkesan ialah hati yang sedih. hehe. ok, abaikan tips tu. nak makan asam pedas mak aku la. mkn byk2 sampai buncit lepas tu baring tengok tv, seterusnya tertido. and bapak aku as usual bile nampak aku terlelap mesti dia cakap 'napa x tido betul2 ni' sambil letak bantal kat kepala aku. who else can treat me like that??? hehehe..
i need to rearrange my life. once and for all!
-xoxo-
Posted by hotcocoa at 4:17 PM 0 u know that u love me
Tuesday, November 3, 2009
good,good night~
Posted by hotcocoa at 3:48 PM 0 u know that u love me