CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 11, 2009

my engagement - 060609 part 2

dah dekat seminggu baru nak updet?? ;p

saya kini adalah tunangan orang *kelip2 mata* ahahaha..matilah kau gedik nak mampos. pang!!!


wei siyes tak sangka aku dah bertunang. pasni nikah plak, pastu dh bole romen2 kat sofa depan tv. wohooo..ok, bongok disitu.

kekdahnya bila nak kawin pun tak decide lagi. janji antara family within 1 year. tp kitorg kaedah sukati-la-bila-kitorg-nak-kawin ;p insyaallah kalau ada rezeki, cepat la kan

skang ni nak fikir pun takut. mana taknya..nak tunang pun punye lah stress. kot nak menikah sok tak tau la tahap menggelupur aku mcm mana. apa2hal aku nak pegi kursus dulu. buat bnda yg senang nih dulu. dok dgr org bagi ceramah je kan? ida : babe, jom pegi kursus sama2. hehe

pejam celik dah nak seminggu aku bertunang. gile cepat oke. last week hr rabu aku dh smpi umah. umah blum kemas ye. nak harap adik aku tu memang jangan berangan lah. harus aku kene ada sekali baru bergerak kejenye.

hantaran untuk boy satu benda tak start buat lagi masa tu..so lepas lunch tu dalam pukul 3 aku start buat hantaran. aku ni mana reti cucuk bunga nok..cucuk duit aku tau lah. aku pakai belasah je. bubuh mana yg aku suka. first aku buat towel. tanya mak aku dia kata ok, haruslah kan, kalau dia kata tak , mmg komfem sentap.hahaha ;p

towel

mula-mula macam nak buat satu je dulu. test power. tp mcm kemaruk pulak, maka buat yg lain juga

balang nak bubuh cekelat

clockwise :perfume, balang coklat, bekas bunga rampai, baju melayu, towel

terasa buruk je ikat reben kt perfume mcm tu, so aku tukar style, ikat gini

sewel kejap. mcm rupa buruh landasan keretapi maut oke. belemuih gila

kamis tengahari aku dh start mengemas ruang tamu..vacuum, lap habuk, susun2 barang. jumaat plak kemas bilik, mak aku pegi beli brg2 untuk masak kenduri. lepas tu cuci anjung umah..mcm nak pengsan jugak la dok angkat2 barang

kau ingat boleh senang lenang duduk dalam bilik feeling2 cantik depan cermin?? jangan harap ok. baik buat sendiri, puas ati, tak harapkan orang

sempat runner jap beli fresh flowers. sebenarnya nak letak kat bilik, tp tak jumpa vase kaca panjang tu. so buat la hand bouquet..dh la sikit 12 kuntum je, si jelly bole sebat 3 kuntum tempek kt kepala aku pulak

malam tu kire setel la sume. makcik dengan kakak ipar aku racik kan pandan buat bunga rampai. mak aku kata 'ni minyak wangi takde ni' aku ckp takpe, aku sembur perfume kimora aku je. haha..nasib la kan. ala bunga rampai tu setakat nak nampak cantik je kan..bukannya org tanya apa bahan-bahan dia punnn. lepas tu baru aku bole tido dgn tenang :) mandi segala, maklumlah dua hari jadik nepal kt umah sendiri. dah macam buruh binaan je rupa aku

sabtu tu pagi2 dah angkat sofa letak luar..bentang2 karpet. pastu bubuh bunga rampai dalam bekas. susun buah. bubuh coklat.

balang berisi coklat

lepas tu kakak aku gi collect kek, and belikan ikan kecik2 tu for my room deco :) lepas tu aku mandi sebab by 12pm jelly (tukang mekap) nak datang. and around dat time jugak, khai (my photog) sampai. maka diorg pun buat la kerja masing2..kul 2pm camtu aku dah siap. complete mekap, rambut, pakai baju..


sirih junjung ku yg awesome. guna fresh flowers done by kawan ma

hasil kerja tangan aku weh minus the sirih junjung la kan. kalau aku buat, jadik pokok sirih pulak nanti
towel, kek n puding not here (last minit tukar to cupcake sbb puding tu berair gile)


call en Perisik, dia dh dekat nak smpi. legaa. sukee my mekap. natural je. mmg aku tanak overdo, tanak nampak muka lain sangat. tu sume simpan ms kawin nnt. kang org boring tgk 'eh, mcm ni lagi rupa budak nih. xde seri pun. ha ni mesti prot, pret *mengumpat*'

then rombongan lelaki sampai, aku x dengar pun apa diorg cakap, alih-alih family dia dh naik bilik nak sarungkan cincin. i was like, wtf?? aku terus menggelupur, tisu kat tangan terus aku campak atas lantai n pijak dengan kaki. apakah?? bongok gile..

lepas tu salam2, peluk2, amik gambar, n done! oh lepas tu tukar2 hantaran n makan :)

is that all??? mcm nak mati kot prepare mcm2?? haha. aku tak makan dulu, gedik2 amik gambar..later baru turun. oh rmi org, aku terus ala2 lemah lembut. salam2 semua. then amik gambar with my parents, siblings, dgn hantaran, dgn en Perisik *sukeee*

majlis alhamdulillah berjalan dengan baik, ujan sekejap tengahari tu..which is good jugak la..tak panas terik sangat :) lepas rombongan lelaki balik baru aku makan. dengan khai, L, and my lesayangan, yatie-thanks yang, muah2. Bunny can't make it sebab makcik hubby dia meninggal :( tapiiiii, i keep her updated. hehe, we talk on the phone, anta mms, sms..kata BFF kan :) muah2 too yang

oh, i'm totally in love. nak kawen, nak kawennnn!!*sawan*

-x0x0-

1 u know that u love me:

AmyMizzunderstood said...

hantaran ko sama color ngan aku tunang dulu babe!warna ceria gitew...!i loiikee!tantek nice!pandai gak ko buat at last