CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 31, 2008

Chip without Fish -_-


setelah termakan pujuk rayu mak aku yang menjanjikan sambal sardin, aku balik kampung petang ni. tapi i missed the part lembu disembelih sebab proses penyembelihan adalah pada hari ini.

klu mak aku bagitau awal, bole aku amik cuti~

Fish went to Jakarta yesterday..and for the whole nite yesterday, we cant reach each other..and for the 1st time since we became an item, aku rindu kat dia *gatal*

and this morning bila dapat sms dari dia, aku menggelupur kegembiraan.

bila berjanji nak belikan aku something from there, sikit pun aku tak eksaited..ok, aku tipu, aku eksaited sikitttt, tapi yang penting aku nak dia balik sini!!

haa..dah mula lah perangai al maunah aku.

then Fish reply 'nanti i balik ok, jangan takut'

eh, ape lak takut? tak sesuai langsung..cakap la 'jangan risau'..tah hape2 tau..but he'll be back next Monday..yay!!

anw darlings ku sekalian, haf a lovely weekend ya..take a very good care of urself coz i realllly care!

mmmuahx!
-xox0-

nameTAG

i've been tagged by the dear owner of this blog http://ellemomo.blogspot.com/ iaitu cik Elle Goddess :)

angin rajin aku tengah bertiup, so aku nak selesaikan amanah ini. mari kita mulakan dengan Bismillah...

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
aku malas lah nak jadi perempuan psiko yang akan menjerit2 dan menumbuk2 si puaka itu. aku akan act as if aku tak tau, dan pasang 3 skandal sekaligus..pastu sms jiwang2 tahap najis kat skandal2 tu, pastu saja letak henfon bersepah2 supaya si puaka bole check henfon aku. pastu dia ati panas sebab aku ada skandal, haha..3 org oke..ha, tengok sape lagi terer

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
I dont want to sound macam haram, tapi memang aku nak banyak duit. kalau boleh dalam matawang Pound. Rupiah ataupun Rupee aku tanak oke..

3. Whose butt would you like to kick?
Definitely Liar for being semakin celaka ketika ini

4. What would you do with a billion dollars?
okeh, ini aku suka *part2 berangan bagi la kat aku kan..hehe*
  • bayar segala utang piutang aku, parents aku, adik beradik aku
  • invest dalam gold - bukan pegi beli barang kemas oke
  • beli umah utk aku, parents aku dan utk adik beradik aku, pastu amik maid yang cantik2 mcm dalam Telenovela tu..
  • beli kereta utk setiap occasion..pegi keje keta lain, balik kampung keta lain, pegi shopping keta lain, yang pasti aku nak naik Murano untuk pergi ke 7Eleven, pedulik hape aku kan
  • bagi parents aku 1mil each. adik beradik tak payah, aku dh bayarkan utang ngn belikan umah dah kira mulia oke
  • pegi buat liposuction kat peha dan perut, licinkan muka, tan kan kulit, mantapkan bontot. aaa ape lagik eh..kira mencantikkan diri la. kang tak pepasal laki aku suka kat maid Telenovela tu pulak *eh, ada laki ke..haha*
  • shopping baju, seluar, kasut, perfume, mekap, sunglasses, accessories, gadgets and the list goes on..
  • simpan & sedekah
6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Being loved by someone.lps tu kalau kita pun love that someone, thats more than blessed *ngee*

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
seriously, i hate waiting....so aku tak tau. kalau kau lembab, babai

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
err..tak buat apa2 lah..kau gila ke? nak suruh aku buat apa ni??

9. What do you pray each day for your loved one?
sihat sejahtera, murah rezeki, hidup bahagia, sayang aku sampai mati *haha, paksaan*, and all the good things..

tapi kalau aku benci, kau bayangkanlah..sume yang kontra je aku bagi. contohnye instead of sihat sejahtera, aku doakan semoga kau cepat mati and instead of murah rezeki, aku doakan kau meminta sedekah menggunakan tempurung di bawah jambatan

10. What bother u the most?
actually byk..tp most : Is there anybody yang boleh sayang aku at least macam parents aku sayang aku?

11. How would you see yourself in ten years time?
sah2 tadi aku dah berangan jadi Billionaire kan? sudah tentulah kaya dan cantik. shit, i dont want to end up like ada anak bersusun dan tetek sudah labuh sampai ke perut. tanak oke..tanakkkk

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
jadi billionaire *ELLE, ko dah buat aku berangan oke*

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Funny
Strong by the way she express her thought in her blog
Gem! i like her, she can be crazy sometimes, next she can talk about serious stuff, she's a thinker..and she dont give a damn on any single thing people say about her.girl power!yeahh..

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Single and Rich. plis lah oke, jgn hipokrit..memanglah kau boleh cakap money is not everything, kasih sayang yang penting. tapi kau ingat, kau boleh pegi kedai, beli nasik campur and cakap kat makcik penjual tu 'saya takde duit nak bayar makcik, saya ada kasih sayang je'. ada je yang kene simbah dengan kuah asam pedas kang

15. What’s the first thing you do when you wake up?
capai henfon and snooze alarm

16. What’s the character must have in your partner?
isk susahnya nak jawab..oklah, must have ialah berakal. aku malas ngan org yang ada otak tapi akal takde. ringannn jek tangan aku ni nak melempang

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
The one yang love me back..kalau adelah kan..haha. xdenye dua2 nak suka kat aku balikk..komfem

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
I do forgive but i never forget

19. Do you prefer being single or having a relationship?
Depends.. kalau ada relationship tapi menyakitkan otak dan hati aku, baik single..

20) Would you leave your family behind just to chase your dreams?
kalau dreams tu berbaloilah..sebab aku ni kan byk dream nya. termasuk lah segala yang tidak masuk akal

ok now i haf to replace 1 Q yang aku tak suke kan?

aku tak suke Q no.8 tu..so, aku nak replace dengan

What is your major regret?


skang ni aku nak tag :
1. Bunny
2. Pn Yat
3. FallenAngel
4. Yatie

em..all of you lah :)

buat ye, jangan malasssss.hehe

hugs & kisses darlings :),
-xoxo-

Thursday, October 30, 2008

:merajuk:

as i decided to balik kampung this weekend, haruslah aku mengorder makanan dengan mak aku kan. aku nak suh masak kari telur and sambal sardin hari jumaat nnt, so aku sampai umah boleh makan dengan hati yang riang.

i called ma after maghrib, to my surprise, abg ipar aku yang angkat fon. eh, apehal lak dia ada kat umah mak aku? kakak aku balik kampung ke?tak bagitau aku pun..ah, aku suh panggil mak aku.

ooo, rupa2nya abg ipar aku keje kat jb sekarang. semalam his 1st day. dahhh kakak aku melalak-lalak lah pulak tinggal kat kedah sorang2 *ceh, cemana kau boleh sama negeri dengan Liar yang jahanam itu* call mak aku nangis2. tapi ape je lah mak aku boleh buat, kalau mak aku Perdana Menteri, boleh lah dia tukarkan kakak aku on the spot. so mak aku bebel2 kat aku meluahkan perasaan

ok fine, aku pendamkan dulu hasrat mengorder makanan..tetiba mak aku tanya balik tak minggu ni? ohhh sudah tentu lah aku mendapat peluang, but before aku teruskan mak aku cakap 'abah kan nak buat akikah 1hb ni' i was like WHATTTTTTT???????

hotcocoa : ha? 1hb? hr sabtu ni?

ma : ye lah

hotcocoa : eh, kata nak buat on Monday minggu yang ma nak fly tu

ma : mana pulakkk..1hb ni

hotcocoa : cocoa tak tau pun. takde sape pun bgtau

ms ni aku dh mula nak merajuk..siyes aku MERAJUK

hotcocoa : o, kat yang lain sume bgtau, kat cocoa tak bgtau. dahlah, malas lah nak balik

marah, merajuk, sedih, sakit ati sume bercampur baur..aku kan drama maka komfemlah aku macam nak nanges oke

ma : eh jangan lahh..jap *aku dengar mak aku tanya abah aku apsal tak bgtau aku psl benda ni*

ma : abah terlupa

bole tak? lupe?

hotcocoa : ye la, kat yang lain tak lupe pulak eh? dah la, cocoa tak tau lagi balik ke tak minggu ni. tengoklah dulu..xde mood

hotcocoa : ni kalau cocoa tak call, memang tak tau sampai sudah lah? memang klu cocoa tak call, xde sape pun nak call tanya psl cocoa kat sini

tetiba aku emo gile babi.

ma : *pujuk2*

aku malas nak dengar terus cakap bye2..

ok, aku tau macam berdosa je aku buat mcm tu..tapi aku mula la kan rasa diri ini macam sebenarnya aku anak angkat, mak aku jumpa ditepi tong sampah masa balik dari surau diwaktu subuh, aku dalam bungkusan kain batik and ada note suruh jaga aku, maka mak aku bawak balik dan bela sebab kesian, dan lagipun aku sangat comel *haha, sempat lagik*

oleh kerana aku anak angkat, maka aku tak berapa penting so kadang2 lupa kat aku..

ok2, itu imaginasi aku sahaja..stendet la kan kalau dah tengok cite melayu dengan hindustan banyak sgt, terus create cerita sedih untuk diri sendiri.

tak lama lepas aku letak fon tu, abah aku call. xdenye aku nak angkat oke..drama kene lah real beb. aku buat tak tau je.konon2 aku tak dengar. nak pujuk aku la tuuu..

mak aku memang kalau aku merajuk, dia risau sikit
..psl aku kan Taliban, haruslah ekstrem kaedah merajuk aku..tahan tak tepon berminggu2..tak balik dan sebagainya

isk..baru je aku melalak berhingus bagai mintak maap masa raya kat mak aku. blum abis raya, aku dh buat lagi kan?

terus aku sms Fish, but being seorang yang berhati kering..dia seperti tidak paham gelodak jiwa aku di saat itu. sudah tentulah aku hanginnn. rasa nak hempuk je dengan lesung batu, tapi dah dia memang begitu kan..tak guna aku nak merajuk dengan dia pulak

dah apehal aku nak merajuk dengan semua orang kan? tak perlu oke, tak perlu..

so skang ni aku nak balik kampung ke tak?hmm...

-xoxo-

Wednesday, October 29, 2008

once in a while

aku memang suka makan aiskrim..once in a while, mesti hantu aiskrim akan merasuk aku and hendaklah aku mencari aiskrim dikala itu juga..takleh tangguh2..;p

so semalam aku terkena rasukan..balik2 keje, terus singgah 7E..lama jugak la aku kat tong eskrem tu..mcm tak tau pulak nak makan yang mana satu *tamak*

so, aku end up beli yang ini, pasal aku tak penah try


sedap gile oke.sedapppppppp *sewel*

tak sempat bukak baju keje, aku dh makan smpi abis :)

kan aku cakap yang aku tanak makan malam, so aku beli biskut kan? smlm aku sumbat perut aku ngan biskut tu lagi..pastu tin tu mcm dh ringan

so aku jengah lah ke dalam tin biskut

gile ah, tinggal 1 stack je ok! mcm org gile lah kan aku makan benda alah ni..baru je beli last week~

ah, malas aku nak pikir..yang penting aku rasa mcm dah kurus sedikit.haha..tetiba ;p

sukanya rambut mcm iniiiiiiiiii..malangnya rupa ini hanya terjadi selepas aku bangun dari tido..kalau tak, haram tanak jadi gini. walaupun aku sudah berusaha gigih membentukkannya..rambut sama degil macam tuan...isk

on d way to work ;

siapalah cikgu kau? T_T mak pitam oke

nak balik kampung ah weekend ni..*decision dibuat semasa menaip*


-xoxo-

mari menyanyi bersama cocoa ^_^

aku telah melayan cerita melayu kat tv9, kul 8.30pm..tajuk dia Cinta Batu Belah. gile melayu tajuk dia oke..tapi pedulik la kan. mula2 aku tgk sebab aku tgk gelagat elly mazlin yg mcm kesengalan sedikit. pastu terus melekat oke

tapi xdelah aku tengok tiap2 hari, sebab kadang2 aku terlupa, tertidur, terpergi makan, mcm2 lah..tapi cite melayu kan, macam kau tak tengok 3hari pun masih tau apakah yang telah terjadi

start aku melayan cite tu, aku dah tersuka pulak ngan theme song dia..gigih ok aku tunggu credit ms citer tu abis, nak tgk lagu siapakah itu..

rupanya lagu Nubhan. oke sebenarnya aku tak kenal pun Nubhan ni, sebab aku tak layan AF..masa AF yg awal2, aku tengok la juga..lepas yang Zahid n Mawi..mampus aku tak tengok langsung..

aku tau dia budak AF pun selepas ada org tu bgtau, lagu ni la dia nyanyi masa final ;p

terus aku download lagu tu..jiwang nak mampus, tapi aku suke..

Ada Untukmu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

sebab cerita tu sedih, aku pun mcm sedih bile dengar lagu ni.

ok, aku tau keji je perangai meleleh-lelehkan air mata ini..tapi suka ati aku la kan

haihh..dh 5kali aku try upload lagu kt page aku tapi tak boleh!! sekarang ini darah aku yang dh diupload kat kepala..isk

jap lagi aku try lagi eh..boleh kita nyanyi sama2! ;)

okeh darlings, aku dh upload..tp kat ujungggg lagu ni dia mcm tak abis pulak, gi mampuslah, tak kuasa aku nak betulkan. isk, gile jiwang page aku, mcm mat rempit oke..tp takpe ah..sekali sekala.haha..2-3 hari lagi aku buang laa

-XoXo-

Tuesday, October 28, 2008

Sunday : Morning, Afternoon & Nite

SUNDAY MORNING

tidoooooo.. :)

SUNDAY AFTERNOON



melayan dvd cerita Mirror, ngan cite Sepi

oke, aku tau gile lambat aku catch up movie2 ini, tapiiii aku nak komen sikit

1. Mirror

aku igtkan citer hantu..tapiii, entah la aku pn x reti nak letak dlm kategori apa cite nih..out of 5 star, aku bagi 2 je.
itu pun sebab heroin tu cantik *tetiba* yang lain2..em, biasa sahaja

2. Sepi

sedih oke cerita ini..aku menangis. jiwa mak kan lembut nok, jd mak tersentuh gitu. haha..tp betul ni, aku sedih part cerita Eja dgn lelaki tu..sape eh nama dia?ok, aku lupa

yang penting, aku sedih dan menangis tanpa segan silu masa part anak lelaki tu bagi kat Eja a box, yang dalam tu ada hairband yang Eja guna to secure kasut lelaki itu masa diorg 1st time jumpa

do u know apakah artinya? maybe to certain people, 'apalah bangangnya ini, takdenye hairband pun nak simpan' buttttt mind you aku pernah jadi manusia seperti itu. i even keep a crumpled piece of paper yang si dia sketch lukisan org lidi!

bongok nye aku..isk. tp sbb aku paham that kinda feel sebab tu aku nangis beria kot tgk cite Sepi tu

out of 5, aku bagi 4 sbb gamba dia lawa, cite dia best, n ada kesinambungan tiga2 cite tu.

aku x bagi markah penuh sbb wig baizura kahar dalam cite tu rupanya mcm kesiyal jek. benci aku melihatnya

SUNDAY NITE

pegi open house umah Bunny.


rambut aku serabai selepas makan, pehal tah

entourage ku yang kekenyangan - edie, nurul, aida

nurul gile glemer mcm biasa, tetiba posing padahal aku nak konsep candid

guess what, balik dr open house, aku melayan citer Hindustan (again!!) dgn nurul.

aku anggap je since its Deepavali, maka memanglah cerita jenis ini berleluasa, jadi aku tak ada choice ;p

layan jugak la cite tu..mcm bongok pun ada, tapi aku layankan jee..

slept around 4am..

-xoXo-

my Saturday

hari sabtu aku bangun dlm kul 10am gitu..aku dah ada misi nih. kene selesaikan jugak minggu ini, memandangkan sudah lama ditangguhkan atas sebab2 tertentu iaitu malas ;p

apakah misi aku?

handwash baju2 yang tak boleh dicampak dalam washing machine..gile banyak ok. dlm gambar ni bukan suku pun dr jumlah nye. aku kene basuh asing2..sebab banyak sgt perangai baju aku, menurun la, ada beads la, tah hapa2 yang sangat menyusahkan. sampai kembang2 tangan aku, padan lah dengan muka aku ini kan..kumpul lagik banyak2..

lps siap tu, aku mandi2 sebab nak gi makan..memanglah aku diet, tapi kau gile tanak bagi aku makan langsung..matilah aku *drama*, lagipun aku memang dah plan nak makan sikit je ;p

dh siap mandi, boleh aku terlayan cerita Hindustan? ini adalah bukan diri aku ok, aku tak sukaaaa citer Hindustan, apehal tah sewel aku datang tetiba, bole tgk cite tu dgn khusyuk..siap pospon aktiviti makan..ini serius!

abih je citer yang melalaikan aku itu, aku bsiap nak gi makan. then nurul call, nak ikut sekali. aku ok jek..sbb mmg aku nak pegi sorang je pun..

lama sgt ah ko nurul..so aku berposing dulu

eh, mcm clear lak muka aku kali ni kan ;)

pose gedik..
dlm bulatan biru itu ialah jerawat tak perlu yang tiba2 tumbuh

kalau dah ada gambar gedik seperti ini, haruslah di upload ke dalam frenster kan. sure ramai nak add.hahaha *u hope my dear, u hope* ;p

gambar 2nd tu aku dh edit oke, takdenye aku seputih suci embun pagi gitu..semuanya dusta

sudah2, aku kalau part amik gamba syok sendiri, dari zuhur smpi ke maghrib pun boleh.

jom gi makan, lunch + dinner sbb masa tu dh dekat kul 5 kot


aku makan kat The Chicken Rice Shop. itu yang dekat ngan umah aku pun, malas aku nak pegi jauh2.

sesudah makan

MNG

ni test2 baju kt Roxy, tp tak beli punnn..saje bg keje kat mamat sales assistant tu *sebenarnya baju tu ketat, takleh terima kenyataan*

lps test tu aku bg balik kat mamat tu, aku cakap 'em, taknak lah..thanks'

bole dia reply 'ok..saya, nak tak?'

ewahhh..sudah lah kau comel, aku bawak balik simpan dalam almari baru kau tau!hehe

balik umah layan tv, sembang2 n tido

owh, before that aku mms gamba baju ni kt Fish, saja la kan..aku tanya lawa ke tak
bole dia reply 'baju apa ni u, mcm baju mengandung jek'

isk..

-xoxO-

Friday, October 24, 2008

malas nak tulis panjang2..tgk gamba ok

owh, lupa nak canang..my lucky winner darling dah dapat the gift from me. and i'm glad sebab dia sukaaa..:)

aktiviti malam jumaat :

fikir2

pegi sini lah.
ehhh, kedai makan rupanya
;p

LACY kang??? ape lacy-lacy ni? *sambil terbayang spender berenda..isk*

baik aku makan, ada gak pekdah ;p
nasi goreng ikan masin + telur bungkus + sup kosong

makan sambil ketakutan
sebab layan cite Kekasihku Seru kat situ ;p

selagi cite tu tak abis, takde la nak balik kan?hehe..

ok dah abis..meh singgah carrefour mehhh

mulai next week, tanak makan malam *dah cakap 34kali rasanya* so beli biskut sebagai galang gantinya

kuang asam nurul, tak caya aku nak diet
wekk!!!

bad, bad, bad hair day
mcm harammm

balik umah, buat apa2 yg patut..

perut dh over kenyang, ditambah pula dengan cuaca sejuk2 kuku kambing di luar, ape lagi

tidooo

weekend ni cuti 3hari ok. aku adalah gembira tahap melampau.

haf a nice weekend darlings..take care~

hugs, hugs, hugs!
-xoXo-

tentang nurul

to nurul : ko suke la kan aku bg tajuk entry ni nama kau?*padahal dia tak suruh pun..ekekeke*

aku teringat nak cerita pasal satu perkara yang berlaku masa aku ngan nurul tengah makan satay on wednesday nite.

masa kitorang makan sambil bergelak ketawa mengutuk duda masing2, adala satu sms masuk kat fon dia. muka nurul adalah konfius setelah membaca sms itu

then dia tunjuk kat aku, terus aku cakap 'eh, apsal babi sangat ni?' haha, aku emo lebih..pdhal sms tu kat fon dia. stendet la kan, pelakon tambahan kene la over sikit

apsal aku emo? sebab sms tu ialah sms mintak share kredit henfon oleh ex boyfren dia yang siyal, yang tinggalkan dia sebab ada perempuan lain. babi kan perangai?? pastu tetiba nak mintak kredit dari nurul. kepala hotak kau lah! kalau aku dapat kau, memang aku sunatkan kau lagi sekalik *ok, ini aku tipu, ckp sebab marah je*

apehal lak kan tetiba nak mintak duit orang ni? dah lah kau tak kacak, kalau kacak, aku bole consider lagik *eh, xde kene mengena* muka tak malu ok!!! loser nak mampos mintak duit pompuan, takde related apa lak tu.

aku mmg against la benda2 gini..kau ada bini, tp tetiba nak mintak duit kat perempuan lain. kekejian apakah ini??

ok, lagi satu citer psl nurul juga

happened on malam semalam masa aku tengah tengok berita pasal banjir kat kedah.

hotcocoa : nurul!!!!!!!!kedah banjir!! *oke, aku menjerit sebab nurul kt bilik dia. menjerit bila perlu sahaja ye*

then dia melenggang datang bilik aku..

hotcocoa : harap2 la tempat Liar pun banjir, pastu enjin keta dia masuk air.aminnn

kemudian kami gelak2 jahat

Liar org kedah ye semua..sila ingat. senang aku nak mengumpat lain kali ;p

pastu sambung tgk tv, ada la sorg pakcik ni bebel2 apa tah dalam slang utara yang maha pekat

hotcocoa : pakcik cakap apa ni pakcik? saya tak paham *gilo cakap dgn tv*

nurul : eh kak, sy penah tgk kt tv kan, ms musim banjir lepas..ada sorg pakcik ni dia ckp dia tolong la sorang mangsa banjir ni, pastu pakcik tu cakap 'saya pun bagi bantuan CPU'

hotcocoa: hah? *pastu gelak2 seperti terkena sampukan*

nurul : dia nak cakap CPR oke..siot kan org yg buat editing tu, takyah la masukkan part tu

aku masih gelak lagi

nurul : mesti mati kan org yang pakcik tu tolong, ye la..tak pasal2 kene hempuk dengan CPU

sampukan gelak meningkat 2kali ganda

bongok lah kau niii..

me & nurul si orang kedah *matilah dia mngamuk ni kang.haha*

its friday darlings!!

mmuah,
-xoxo-

Thursday, October 23, 2008

pagi kamis yang tak berapa terang

dear darlings, tgk apa aku bawak pegi ke ofis pada hari ini

ye, itu adalah sebungkus serunding.
since aku malas nak bawak hand carry, so aku sumbat je dalam handbag..bukannya orang nampak kan?

then masa naik lif kat ofis, ramai pulakk manusia.. sedangkan aku agak lambat juga pagi ini. isk..then tiba2 hidung aku bole tertangkap sejenis bau, terus aku maki dalam hati 'siyal laa, sape pegi keje pakai minyak kelapa ni?' bau kuat oke.

mata aku mengintai-ngintai la kalau ada bangla ke nepal ke dalam lif tu. kalau ada, komfem aku tuduh mereka yang berbau minyak kelapa itu. haha, gile diskriminasi. ah, nasib kau lah kan

masa aku keluar lif, bau itu still ada. aku maki lagi 'celaka ahhh, dah melekat kat aku pulak bau ni %*@%^*(^%'

sampai2 ofis, aku cargas bukak handbag nak keluarkan serunding tu. fakkkkkkkk!!bau minyak kelapa itu sebenarnya ialah bau serunding aku oke..

mesti sume org dlm lif maki2 aku tadi..mesti bajet aku mandi minyak sempena deepavali

siyal lah..

arghhh!!!!! siyal lagi sekali kerana aku lupa untuk membeli roti..nak makan serunding dengan apa????bongok lah

moral of the sorry : jangan berperangai keji memaki orang pagi2 buta

-xoxo-

Wednesday, October 22, 2008

from buah to beskot to satay x_x

semalam aku lunch dgn buah-buahan sahaja..maklumlah mak tiri bagi sms amaran, harus takut oke.

aku kuatkan je semangat Tun Teja aku nih masa beli buah tu sebab aku nampak makanan2 seperti nasi campur disekelilingnya. tidakkk.sabar2..

cecepat aku blah dari kedai buah tu sebelum aku tewas..

kul 4, aku sudah mula menggelupur tahap 1. uihh..aku makan biskut. ada la dalam 8keping. perlu lah, sebelum ada yang jadi mangsa kelaparan aku nih, sama ada makanan ataupun manusia

penyelamat

simptom ni mmg selalu berlaku on the 1st day aku hendak mula berdiet.tapi takpe, orang tua2 kata kalau nak berjaya, memang lah kene menghadapi cabaran dulu

hujan lebat kan semalam. sampai ke malam oke, tgk tu 9.32 pm.

bile hujan sudah tentulah aku....LAPAR!!

aku plan nak makan roti so aku pesan kat nurul suh belikan untuk aku

tau tak dia belikan apa?

SATAY! boleh???
motif tengahari bagi sms amaran jangan makan, pastu malam belikan aku satay??

tapi aku tak marah pun. sukeeeeeeeee..maceh nurul *ciyom..ciyom*

i've already sent out the hadiah untuk winner entry 888 tu. dia suh aku rahsiakan nama dia. anw dear, esok ko dapat lah ye small gift ini. tak taulah ko suke ke tak..tapi ko buat2lah suka ye. nanti akak kecik ati tau ;p


ini takde kene mengena dgn cerita2 kat atas. aku pelik kenapa ada org yang suka menjerit2 for no reason, saja nak ckp jerit2.ckp fon nak jerit, bersembang nak menjerit, buat lawak nak menjerit.eh, kau ni dah kenapa??

seriously, aku benci..klu sekali sekala, its normal lah..to show excitement ke, sebab terkejut ke. tapi klu dah memanjang asyik menjerit je, aku mula la hendak naik darah.

lagi jahanam bila even ada objek tebal diantara si penjerit tegar itu dengan aku, i still can hear suara jeritan itu

damn, its annoying!!!!!!!!

kau belum dengar aku menjerit kan? kang tak pasal2 kau terus bisu sahaja..

cemana lah org disekeliling kau boleh tahan ye..mereka kaedah pekak kah?

-xoxo-

Tuesday, October 21, 2008

: janji manismu :

aku tidak sepatutnya dinner malam tadi. as aku nak melantak kfc masa lunch..aku rasa berdosa dan sel2 lemak aku sedang berkembang maju

tapi since Fish cakap nak jumpa, aku dah berjanji dengan diri aku bahawasanya aku akan makan malam ni jek. esok aku janji aku tak makan malam *selalunya ini hanyalah janji manismu*

later we cancelled the date sebab aku kesian lak kat dia, baru je sampai from penang, pastu rushing pulak for rehearsal untuk program pagi ni. takpelah, lain kali kan ada :) *eh, mulianya aku*

masalahnye..aku kan dah berjanji pada diri aku yang aku akan makan malam ini.tak baik mungkir janji tau, mak aku cakap nnt Tuhan marah ;p so i had this

mihun goreng + telur mata

makan kul 11 malam, sebab aku tunggu nurul balik keje. suh dia teman aku, malas pegi tapau sorang2. lagipun sebenarnya aku telah tertidur masa tgk berita..dari kul 8pm sampai 9.30pm. selepas makan, aku berjanji dengan nurul yang aku nak diet mulai esok. dah 18kali aku ulang benda yang sama kan?isk

ujan oke malam td, berat je mata aku..aku pun tak sedar yg aku tertidur, alih2 aku terjaga n tgk jam, dah pukul 9.30pm.. minggu ni angin rajin aku bertiup sepoi-sepoi bahasa, maka on Sunday, aku dah iron sume baju keje for this week.rajin kan aku *kelip2 mata*. tu pasal yang aku senang ati berbaring2 sampai tertido tuh.

lps dah makan2 tido balik and pagi tadi aku mengambil masa yang lama untuk bersiap. kenapa?

sebabbbbbb..

aku mekap ;p

pakai baju ijau arini :)
isk..dh ada line2 bawah mata

berangan depan cermin punya pasal, sampai opis ngam2 8.30am

okeh, arini diet. alamak, nurul siap bagi sms warning supaya jangan makan oke. memang mak tiri~

-xoXo-


am i asking too much?


why am i suddenly terfikir :
  • am i doing the rite thing?
  • shud i do this?
  • do i know him actually?
  • worst..kenapakah aku tefikir. will he do this and that?
taiklah perasaan seperti ini, i try to menghalangnya dari timbul di permukaan otak aku, tapi dia asyik mengintai2 sehingga aku terpaksa mempedulikan kehadirannya. isk

my Q : am i doing the rite thing?
my A : how am i suppose to know? kenelah mencuba barulah aku akan tahu kan? org kata ikut hati, mati.ikut rasa binasa..so aku kene ikut apakah?ikut suka ati? itu lagilah jahanam kan? the thing is now aku kene STAY POSITIVE. kenapalah aku dihantui kefobiaan dari cerita2 yang sudah lepas?siyal lah..

my Q : shud i do this?
my A : why not? i mean like pegi matilah if that particular kawan dia tu tak suke kat aku. apsal tah tetiba nak jadik batu nisan eh, maksud aku batu penghalang. takut sgt aku main2kan kawan dia nih, eh, klu aku nak buat mcm tu..dah lama aku buat ok, tak payah tunggu till now. and kau tak penah jumpa aku pun tetiba nak buat taik ngn aku kan?kenapalah kau iniiiiii...jangan kacau aku boleh tak?

my Q : do i know him actually?
my A : kdg2 aku adalah benci dengan frenster dan myspes. i know dlm tu cuma lah gamba2 dgn kwn2 dan penuh dengan gurauan sahaja *ye ke??* tapi, kadang2 adalah agak menyakitkan hati juga.

yelah, aku admit memang dalam profile aku pun ada benda2 seperti itu, tapi aku tau lah limitnye. the problem is adakah dia tau limit dia?

aku tanak lah jadi seorang perempuan gila atau psiko, tetiba meroyan bila tgk gamba2 berunsur 'layak dimakihamun oleh aku'. but ianya membuatkan aku berfikir *again* do i know him actually? adakah ini cumalah gambar2 duniawi, tetapi sebenarnya dia adalah seperti yang aku kenal? or, the other way around?

arghhhhhhhh..siyes aku benci mcm ini. all this while aku dah dalam comfort zone, tetiba aku kene start balik, susah oke. lagi2 aku ni kan tahap pemikiran aku kadang2 mencapai level Emeritus juga, jadi macam2 lah dalam pala otak aku ni..

my Q : will he do this and that
my A : anddddddd i should stop comparing! aku tahu perangai ini keji, tapi kadang2 i just cant stop myself from doing so ok.

i'm tring my best and i will keep on trying.

not that i'm that desperate. but when i put myself into something, i have to work it out at my best!

i want to start fresh, i want to be positive, i want to be happy, i want to be loved, i want to be trusted, i want to be honest, i want to be free from all doubts, i want to be in peace, and i want to be ME!

am i asking too much?

-xoxo-

Monday, October 20, 2008

i'm happy n i have a winner!!

apakah tuntutan hidup yang aku perlu laksanakan weekend aritu?

1. open house yat @ putrajaya
2. dating *ngeeeeeee*
3. jumpa Tote @ Curve
4. open house Kak Has @ Kajang
5. wedding Raja @ Kajang

mari kita lihat apa sahaja lah yang tertunai?

1. dating

itu sahaja. nampak sgt la kemiangan nya kan?? ;p

tak masuk pun oke..kami hanya melepak kat sofa luar tu sahaja. glass door nya ditutup, maka bunyi yang memekak kat dalam tu tak sampai luar.

aku sudah tidak berperasaan terhadap tempat2 begini.

ini adalah mocktail strawberry pejadah tah nama dia..sedapp.Fish punya, tapi aku paksa tukar ngn mocktail Pina Colada aku, sebab rasa mcm santan basi..sian dia minum gak air tak sedap tu. nasib, nasibbb..ekekeke ;p

hah..itu tuntutan yang planned. yang unplanned nye, aku telah :

1. tolong nurul kemas n masak for dia nye makan2 wif ofismate *sebenarnya akak malas nak tlg ko nurul, tp sebab aku ni mulia dan tiba2 level simpati thadap ko meningkat, jadi akak gigihkan jua. sila lah belanja akak makan nnt ye *matilah mengharapkan balasan ;p*


2. instead of jumpa Tote di the Curve, aku telah berjumpa dengan Siti (ex TRB) kat klcc. sebab ujan ok, aku malas nak gi Damansara tu, jauhhh..2 round aku makan kat klcc.mmg buruk lantak. sesampai jek aku dh mentekedarah mee kari kt foodcourt yang dekat Petrosains tuh. then selepas jalan2 yang tak seberapa, kitorg makan kat Secret Recipe plak. yay!!carrot cake is back.

kite suke tau!

and thanks dear as awak telah menyetelkan accomodation for my family yang nak menghantar parents ku ke KLIA next month.

selekeh gile g klcc
tp sib baik bj besar, makan byk2 sehingga gila pun masih tidak nampak saiz perut ;)

3. tido sepanjang hari pada hr Ahad sebab Fish kene pegi Penang pulak!! benci ah..klu tak memang aku nak gi wedding Raja *sbb nak makan ns minyak* n open house kak Has *nak makan lontong*. isk, bongoklah, semua tujuan aku ialah makanan kan? nasib baik je aku baru kapel ngn Fish, maka aku simpan dulu perangai2 al-Maunah aku..tunggu lah sikit lagi ;p

owh, i have the winner for the 888 entry. can i state ur name here darling? anw, thanks nye sebab telah menyupport akak, kalau tak akak malu sundel, feeling2 sangat nak buat contest bagai kannn...nnt balas emel kite tu ye :)

ni ada sedikit cebisan perbualan masa aku tipon adik aku semalam

lil bro : aku dah macam betina dowh, lap kipas, cuci pinggan, cuci baju semua kat umah ni

hotcocoa : haha, ko memang sesuai dowh jd org gaji. ma masak apa hari ni

lil bro : ma tak masak, aku buat ikan bilis goreng+kicap ngn goreng telur

hotcocoa : memang sesuai masakan tu dengan org miskin mcm ko dowh *adik aku tak cari keje lagi, senang ati duduk umah*

lil bro : siyallllllllllllllllll

hotcocoa : ekekekekeke.eh, ma tak abis smayang lagi ke?

lil bro : blum. mak kau tengah berzikir tu. sambil lompat2 dan tepuk tangan *ajaran sesat*

hotcocoa : *gelak guling2 atas katil*

siyes bongok adik aku sorang nihhh..

i'm in happy mode *muntahlah sekiranya kau geli. pedulik hapa aku.*

lalalalalalala..

-xOxo-

Friday, October 17, 2008

888

dear darlings,

dah almost 3 bulan jugak aku menjoinkan diri dalam dunia blog. before ni dok baca blog orang je..pastu kagum dengan kerajinan mereka mengupdate *contohnya kak red, mmg kagum arr.rajin gile!*

but bila aku start blogging baru la aku tau benda ni addictive ok, rasa macam tak best je bila tak updet..bila dah tulis something baru la rasa bercahaya hidup ini *oke, aku tipu* no, maksud aku puas ati bila dapat update.

i have no idea siapa yang baca blog aku ni, i mean apart of orang2 yang aku tau la kan..memanglah counter tu bergerak tapi bukannye dia ada tulis nama siapa yang visit. aku rasa kalau ada tulis nama la kan, entah2 yang ada cuma nama aku, nama aku, lepas tu nama aku, dan aku lagik

pedulik la kan..sebab the main reason aku blog ni pun for my very own self..

anw, setelah membaca blog kak red and kak vp, aku telah mendapat satu idea. both of them bagi adiah to their readers bila dapat capture highest visitor to their blog kan?

so, aku nak buat benda yang sama tapi tak serupa macam diorang *kak red n kak vp, xpe kan saya tiru sikit2 ni*

iaitu, sesapa yang dapat capture no 888 kat ruangan HIT ME! tu (see top page sebelah kanan), please print screen the page and email to me at hotcocoachic@gmail.com

aku akan bagi some token to sesiapa yang berjaya :) small gift je..jangan lah kau harap dapat rumah ataupun kereta. kang ada yang dapat penampar

tujuan nya ialah aku nak tau ada ke orang yang aku tak kenal baca blog aku ni *gila penyibuk aku ni kan*

isk..tetiba rasa macam poyo2 je aku nak buat gini..tapi sukati aku la kan. pantang berundur sebelum berjuang *tetiba*

and klu aku yang dapat capture no 888 tu, aku adiahkan je token tu kat diri aku sendiri. lagi aku suka..haha


so, please take part ye..thank you darlings :)

love,
-xoXo-

Fish & Chip ;)

lalalalalala...ngeee~

what makes me tersengeh2 kegatalan 2hari lalu?

i'm with Someone now! *blushing* ok, mulai hari ini aku akan menukar namanya kepada Fish. kenapa Fish?eh, sukati aku la kan..lagipun tak nampak sgt kebinatangan nye kan?kan?

i never thought aku akan menggelenyor di usia sebegini..nak buat mcm mana, it's in my blood ;p

ok, aku aku perlu berhenti tersengeh sebelum ditampar oleh nurul dengan selipar saiz 4 nye. masa aku tersengeh2 sambil tgk hp atas katil malam kelmarin, nurul tak puas ati 'ko ni kenapa kak?tersengeh-sengeh..ko cite ngn aku sekarang'..ohh, mak tiri sudah membebel.ekekekeke ;p

i know its just been 4months since me&paralyzer's break up, but i have to move on ok. klu tak, i'm going to repeat the same mistake over and over again. i know myself than anyone do, so pegi matilah kalau ada org ckp aku ni jenis senang nak bcinta..ko ingat aku pedulik? *herry, igt tak ayat ini?hehe*

cukup, aku taknak elaborate lebih2..aku malas ;p

the very 1st person i wud like to share my gatalness ialah Bunny. tapi masa tu dah malam and she's not so well, maka tidak perlulah aku mengganggu. i decided to call her on the next day which is semalam. and boy, did i tell u that we haf some kind of telepathy? tak pasal2 she call my hp..mcm tau2 je kan? and i return her call later, as masa dia call tu aku agak busy.

first reaction Bunny :

'haaa..ko mabuk ke masa tu'
'dia bawak ko gi mana..dia letak apa dalam air ko'

which is adalah sgt bongok dan kitorg gelak2..anw, Bunny ask me to just go on with this thing :) *thank u yayang!*

borak2 lagi when she suddenly tanya 'ko dh kenapa nak minum Jus Diet Mate 5 tu?'

hotcocoa : tak laa..i baca description dia mcm best, tp i tanak beli la sbb mahal

Bunny : tak payah oke, u tau tak org mcm kak *in tu minum benda alah tu. u tak smpi mcm dia kan?

hotcocoa : em, tp peha i besar uuu *suara sedih*

Bunny : aku nak tgk besar mana *ini adalah nada tidak percaya*

fineeeeee, aku tak akan beli Jus pe jadah tu, but aku akan teruskan dgn misi membeli senjata detox dan @@@ itu.

semalam aku call mak aku, tetiba aku cakap

hotcocoa : org tak kira, nak jugak beli @@@ tu, biar tak makan pun tak apa *semangat Hang Li Po sudah meresap dalam diri*

ma : eh, ko ni dah kenapa..nak kurus kan apa lagi

hotcocoa : peha ni..pastu perut, pastu lebihan lemak di tepi pinggang. eh, byk pulak

ma : apa susah..cocoa tumbuk halia, pastu tepek kat peha tu *motif sebelum ni tak penah bgtau???*

hotcocoa : berkesan ke ma? alahhh, leceh la nak tumbuk2 halia..nnt abis arr kene tilam sume

ma : lepas tepek tu..balut la. mcm bandage tuuu..

hotcocoa : ah, ada masa la pulak kan nak buat itu semua? malas!

ma : tanak sudah

hotcocoa : @@@ ni lagi senang ma..tak payah halia2 bagai. kompem berkesan

ma : ye ke, ha beli kan la ma jugak

MOTIFFFFFFFFF?????????????????? tetiba kan?

hotcocoa : mak nak buat apa?

ma : nak kecikkan lengan ni *sekarang korang paham kan dari mana aku dapat perangai ini*

hotcocoa : @@@ ni mana bole pakai kat lengan

ma : ala, ye ke. bodoh lah diorg niii..

hotcocoa : sudah, orang nak pegi haji jangan fikir ini semua. baca quran je

*gelak besar*

tah hapa2 tau mak aku..dalam diam2, menyimpan hasrat yang tinggi rupanya..

rasa mcm nak ikut mak aku pegi haji jek..tp aku takut dia tak boleh beribadat lak klu melayan aku. ada yang kene panah petir kang

isk..kakak aku call pulak

bye darlings. mmmuah!!

-xoxo-

Thursday, October 16, 2008

*gatal*

sukeeeeeeeeeeeeee :)

*sengeh2 sepanjang hari*

sekian,

-xoxo-

Wednesday, October 15, 2008

misi menentang lelemak!

taik ahh..

aku kene diet ok. tahap bermati-matian kerana aku sudah takutttt melihat diri aku sendiri. semalam aku browse internet mencari penawar kepada permasalahan aku. ok settt, ujung bulan ni kompem aku rembat 2 benda alah tu. sekarang takde duit oke..aku tak kire, aku nakkk..nakkk

wat the hell is happening to my body la? aku rasa kadar pengambilan makanan aku sama sahaja seperti dahulu. oke, aku tipu..lebih sikit la.sikitttt je oke..tp kenapakah dia menambah lemak yang banyakkkkkk? ini tidak adil!!

fine, org cakap kadar metabolisma dah menurun sebab umur meningkat, tapi ape ke hal gini lak kesannye wehh..aku tidak suka!

i was YM-ing with Nani semasa aku menjumpai page yang bakal menyelesaikan masalah aku. so aku share lah link itu dengan dia. aku kan tak kedekut ilmu ;p tujuan aku ialah supaya dia pun bole cari apa yang dia nak. bole dia bantai baca chatbox pulak?

NANI: aku tgh tgk link ##### yg ko bg ni

NANI: aku baca tang ruangan interaksi tu... nyampah la plk aku..

NANI: poyo je minah tu

hotcocoa: hahahahaha...ko tak pasl2 kan? aku mcm gembira tgk Jus Diet Mate 5 tu, sekalik rm200! hotak lah

NANI: #5690 15.39: ok....as berundur dulu....ada kerja sikit.apa2 hal as contact

NANI: ko tgk ayat dia tu..

NANI: nak balik tu jln je la..susah2 je mengundur

NANI: RM200..mahal la

hotcocoa: >:) aku tak suh ko baca chatbox tulah gile!

hotcocoa: aku suh tgk produk tu

NANI: mata aku mmg cepat menangkap benda2 yg pelik ni

NANI: hahhahah

aihh..len yang aku suh buat, len yang di buatnye tau. Aku kenal Nani sebab selalu liase dengan dia pasal hal keje. then ada one time tu, i call her on the phone and before aku nak hang up dia cakap 'cocoa, nani baca blog cocoa tau' ..ah sudahhhh..tetiba aku malu oke.

then aku tanya 'mana nani jumpa blog cocoa?' - ayat masa tu still formal lagi, maklumla before ni mmg ckp style berprofil tinggi gitu kan.

then dia kata, 'najib yang bagi'

mangkuk tu punye keje rupenya..anw, aku add lah dia kat YM since then.

dh ada anak 3, tp memang u rawk bebeh! ;)

bila aku dah jumpa tujuan hidup aku, aku bgtau Nani

hotcocoa: sudahh, ko tgk ini #####

hotcocoa: aku terpengaruh

hotcocoa: aku nak chat kat chatbox tu sekejap lah :p

NANI: ko jgn buat ayat poyo gak dah la

hotcocoa: alaaa..kene daftar pulak

NANI: eh ok gak benda alah tu 150 je

hotcocoa: tu la pasalll

hotcocoa: pe kata kita beli?

NANI: boleh je la

NANI: aku dah bg salam tu

NANI: takyah daftar

hotcocoa: >:)

si gila ini sudah bagi salam kat chatbox itu!

hotcocoa: aku tgk ko bg salam pun aku dh gelak

hotcocoa: ko over kan?kan aku yang nak chat!

hotcocoa: >:)

NANI: hahhahah.. jom kita chat dua kat situ lak..

NANI: bengkek je tuan umah

hotcocoa: weh, dh reply tu

hotcocoa: >:)

hotcocoa: sengal laaa

hotcocoa: cepat tanya psl @@@ tu

NANI: ahh sudah..ape yg aku nk tanya

hotcocoa: tny psl @@@ tu laaa

hotcocoa: weh, ape soklan ko tak mantap..mmg la kene beli satu set!

NANI: hahahahha..

NANI: saje je nk bakar tuan umah

hotcocoa: ekekekekeke...adoii..ko tanya bapa lama kesan dia

hotcocoa: pastu harga tu tmasuk kos pnghantaran tak

hotcocoa: cemana nak tau size?ke free size?

hotcocoa: ha, amik kau..gatal sgt nak chat kan?aku bg ko chat

hotcocoa: >:)

NANI: ko sabo..aku dptkn sume jwpn yg ko nk

hotcocoa: ya ampunnnnnnnnnnn..tersedak sedak aku gelak oke

hotcocoa: 2hari ko nak?aku tampa nak tak??

hotcocoa: ko rs XXX tu laki ke pompuan? *tetiba*

NANI: rasanya pompuan

hotcocoa: tny psl saiz

hotcocoa: amik kau dia siap bgtau kaler

hotcocoa: ko terpengaruh tak?

hotcocoa: eh jap2, tny ada ready stock ke

NANI: ah sudah dia tanya sape nama aku daa

hotcocoa: ala, belasah je la nama apa2

NANI: ekekkeke

tak pasal2 ko jadik PA aku Nani oiii..punyelah aku tergelak2 tengok dia chat kat chatbox tu.

ok, kompem aku beli hujung bulan ini. walaupun dia tak berkesan dalam masa 2hari *kau gile kan nak kurus dlm 2 hari?*, tapiiii..aku yakin ianya berkesan.

but first i need to detox. so aku akan beli senjata untuk ber-detox-an jua..

whatever it takes ah..

told my mum i'm going to beli benda2 ini, haruslah dia pasang kaset ceramah dia kan..tp last2 dia ok jek, sebab benda tu tak merbahaya pun sebenarnya

aku mengharapkan dengan restu mak aku, aku akan lebih cepat kurus *bole?*

cepat la gajiiiiiiii..

isk, cemana aku boleh terbrowse baju2 yang jual online ni weh? aku sukee baju itu!! bile tengok balik, macam 'pejadah nak pegi mana pki baju ni?' tapi aku nakkkkk..ada sesiapa yang paham jiwa aku ini?

argh!!!

love,
-xoxO-