CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

TAG : a bit about saya

toilet opis pun jadikk

tagged by mummy Bunny, so here it goes

Apa perasaan sekarang?
- bercampur baur - agak nak kene lempang juga jawab mcm ni kan?oklah,aku huraikan sikit
  • perasaan suka : sebab nak bertunang dengan en perisik minggu depan
  • perasaan stress : sebab kena fikir macam2, preparation bla..bla sebab banyak gak pakai duit
  • perasaan benci : when people sibuk2 komen pasal my barang hantaran, nape tak bagi ini, nape tak bagi tu, eh tak boleh mcm ni, patut kene macam tu. sibukk!!sukati aku lah nak macam mana pun!
  • perasaan sayang : to my family sebab always there for me. to my bunny SANYANG sebab always cheer me with juicy gossips hehehe. to my kawan2 kesayangan yati, ida, nani, nurul, elle, kak has, imah sebab always help me, bagi idea, tanya my current situation , how the progress etc. owh, en perisik, u r in the list too. hehehe

2. Saya nak makan
- wah susahnya nak jawab. emmm, currently sandwich from Subway

3. Saya tak suka
- bila takde duit! plus org yang annoying n show off. tak suke, tak suke!

4. Impian saya
- dimurahkan rezeki and panjang umur. aminnnn. hidup bahagia dengan org2 kesayangan saya :)

5. Haiwan yang saya tidak suka
- kucing. sori pencinta2 kucing.saya tak suke je ok, saya takde pun sepak2 diorg ke apa. lipas juga. saya takut gile ok!

6. Saya Harapkan
- buat masa ni : saya harap majlis pertunangan saya akan berlangsung dengan baik dan sempurna
- buat masa hadapan : saya harapkan hubungan ini sampai ke jinjang pelamin dan akhirnya sampai ke hujung nyawa
- sepanjang hayat : saya harapkan hidup kami diredhai selalu. aminn

7. Jika boleh di putarkan masa..
- saya nak ubah beberapa perkara yg terjadi dlm hidup saya.

8. Saya pada 10 tahun akan datang...
- a better person, insyaallah :)

9. Handfon saya adalah sebuah...
- must have item

11. Saya pernah bercinta sebanyak....
- hmm, yg betul2 ckp i love u n REALLY mean it + berangan nak kawin = 3

12. Saya suka pada...
- banyak niiii..ha, mood gatal sikit "saya suka pada en Perisik " haha, pitam!

13. Kawan-kawan saya...
- memang tak ramai..tapi mereka semua ada when i need them and i'm always there for them too :)

14. Pernah dikhianati?
- yup

15. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
- takde apa..hope u burn in hell. haha

16. Senaraikan 8 orang untuk di tag
- elle
- kak Di - kalau x busy bekerja. hehe
- mama yat
- mama amisy
- mama azie
- angel
- marissa
- freddie


sapa2 nak buat pun bole..sharing is caring *mata kelip2*

-xox0-

Thursday, May 28, 2009

love story : 6 : 9days

tinggal 9 hari aku nak btunang oke. mcm nak tkeluar jantung..kadang2 tak rasa apa-apa. kadang-kadang macam x percaya, kadang-kadang macam tetiba berdebar nak mampos. gilo

lets see my progress memandangkan dah tinggal 9 hari je nok *gatal*

hantaran from him to me

1. sirih junjung - mak dia buat
2. cincin - DONE (dulang ni bubuh potpourri sekali)
3. telekung - DONE (present from pn yati kesayangan)
4. kain pasang (which aku dh siap jadikkan baju *kaedah tamak haloba, tak sabar*) - DONE
5. kek - mak dia sponsor
6. coklat+buah
7. duit gubah (ikut hantaran ko bape. kalau 1000, bubuh 10 hengget kt situ)

hantaran from me to him

1. sirih junjung - mak aku suh kawan dia buat. haha
2. bunga rampai - mak aku gigih nak hiris pandan. aku dh ckp pakai potpourri, ketegaq takmo
3. perfume - DONE
4. towel - DONE
5. baju melayu
6. kek - along sponsor
7. coklat
8. buah

well, ok jugak progress aku kan. kira aku ni diam-diam ubi berisi lah ye tak? ;p weekend ni nak gi beli baju melayu n coklat..nampak beno lah gatalnye kan, kalau keje lain memanjang bertangguh je. bila tang nak berlaki laju je kau ye. haha. bweeek ;p

sambung lagi,

baju tunang - DONE
selendang - DONE
mekap - booked, bayar on that day
photog - booked, bayar depo on that day
cuppies - ordered, paid depo, balance to paid upon delivery
dulang+alas hantaran - paid depo, balance upon collection next monday

dah gaji, n da nak abis pun gaji aku. banyak nye benda kene bayar, n beli, n bla..bla..so lepas 6june kang kalau korang nampak aku kat jambatan puduraya tu, berdiri dengan mangkuk dan beberapa peket tisu, sila jangan buat-buat tak nampak ye ;p

nauzubillah, ok main-main je..

semalam lepas gi amik baju kat tailor with en perisik, kitorg gi makan. kat doraisamy sebab pakcik tu nak makan sup. ok la, tak kisahhh..aku melantak nasi lemak 2bungkus, siap tapau satu bawak balik. punyalah jin perangai..haloba oke. lepas tu membebel gemuk. tampa nak??

masa makan tu, aku haruslah fokus terhadap makanan, sekali bila angkat muka..mr perisik tengah admiring cincin risik yang dia bagi. motif? menyesal kah? aku mana reti diam-diam, harus joyah nak tahu apa dalam pala otak dia

hotcocoa : what?

en perisik : ha?

hotcocoa: nape tengok cincin saya?

en perisik : takde..

hotcocoa : *tak puas ati* abis napa sayang tengok. *tak pasal2 aku pun tengok gak*

en perisik : simpan elok-elok tau

weiii, apa ni. drama tau. x suke lah..kenapa cakap mcm tu? fineeee aku ni banyak sgt tengok cerita arahan kabir bhatia

hotcocoa : mestilah sayang, awak bagi kan..mesti la saya simpan elok-elok.

lepas tu sambung makan nasi lemak..dan sambung lagi bungkus kedua. hahaha. buruk lantak oh

nurul, timaseh ye tunjuk jalan gi umah tailor tu. mak tak ingat jalan nok..tp seken taim sok mesti ingat dah. hehe *hope so*

weekend ni last jumpa mr perisik before tunang..huhuhu. i heart u lah yayang! auww~

-xoxo-

Thursday, May 21, 2009

love story : 5 + American Idol result

cant wait to go home and watch American Idol, walaupun dah tahu siapa yang menang. internet memang spoiler. tapi tak pueh hati dowh dengan resultnya, Kris menang? siriesly wth??? ceh, tak vote nak cakap banyak pulak kan? tapi kalau boleh vote pun, sumpah aku takkan vote jugak.

final 2 : Kris & Adam

dah la aku kecewa si Allison tu dh terkeluar masa top 3. perasaan aku macam kaca terhempas ke batu masa tu, mak terluka oke. eh apehal aku ni?? ok2, rasa mcm Kris dgn Adam tu bukan one league la kan. macam kau letak Amy Search dengan Iwan dangdut lawan nyanyi, camno tu?

Allison

weee~ its raining outside..aku dah agak dah, sebab tadi masa keluar lunch i smell 'that smell'. aku tak tau la kalau aku sorang je yang boleh sense sejenis bau bila nak ujan *damn freak* betul weh, bila aku sense bau itu, maka aku tau hari nak ujan. provided aku kene berada kat luar la. kalau bergulung dalam selimut takde la ok. kalau ada, itu dah kira aku ada magik, dah lama aku bukak kedai meramal nombor ekor *matilahh*

en Perisik demam arini..so mc, tak keje. aku lebih jeles daripada kesian. sebab dia takyah masuk keje kul 8.30am harini -_- tapi kesian jugak la..sebab dia kalau demam teruk jugak. hmm

initially, jemputan untuk majlis pertunangan aku ialah 100pax. dengar ni pun en Perisik dah terkejuit, pehal ramai noh. tapi kau tau lah bapak aku kan..and being him, tadi aku call mak aku dia kata macam dah more than 100 je guest nih. bapak aku pantang jumpe orang, abih sume dia invite. ya ampunnnnnnnn..over taw!! bapak siapa lah tu weh..

it shud be small, remember??? aihh, tapi memandangkan food dia yang sponsor, ha sukatik lah nak jemput bape ramai pun. dah nama duit dia kan? kalau aku yang bayar, mau aku bertukar jadi naga. tinggal 16hari okeh..hmm

last but not least,
hehehehe..


-xoxo-

Wednesday, May 20, 2009

Bunga Tanjung

ape2hal letak gamba sendiri dulu
no more conteng2, hehe

stress lately..ape yg aku stress kan pun aku tak tau..tapi yang penting ia telah mengundang si bintik2 merah di muka aku. oh, rupanya sangat annoying..tak tau apa nak buat ok. gatal pun tak, sakit pun tak..tapi bertempek kat situ. apakah??

aku memang tak suka la benda tak berpekdah ni. kalau jerawat tu len la, tau lah aku apa asal usul dia, macam mana nak menangkis serangan jahat dia tu. ini ruam yg takde ujung pangkal..masa mula-mula, aku tempek bedak agnesia. ok lah ilang..dah 2-3 hari lepas tu dia dah kebal pulak.

sakitnye ati aku, rasa macam kuman tu tengok aku sambil menggelek-gelek ponggongnye lalu berkata 'tak kene, tak kene' makin stress aku jadiknye!!

sambil menjelir-jelir lidah. matilah kau!!!

so tak kira kene carik remedy. lepas keje cepat2 menuju ke farmasi. paling dekat ngan umah aku ialah didalam carrefour. sekali kaki aku yang gatal ni bole pulak berenti kat kiosk jual jamu2. *sebenarnya sebab aku ternampak slimming cream tu* belek2, hmm..slimming cream kt umah ada lagi 3 botol, jadikan lupakan niat nak menambah sebelum aku lempang diri sendiri. fineeeeeeeeeeee

pastu aku gatal mulut plak, 'kak..muka saya ni naik merah2 ni la..pakai apa elok ye' kalau kakak tu cakap Natasya ke, BML ke memang harus muka kakak tu merah kene tampa dengan aku. benda alah tu bukan mahal ke, lagipun aku tak berminat benda2 gitu..dulu penah tpengaruh pakai apa tah ms zaman kat U dulu. ya ampunn, macam syaitan jadiknya. memang kalau baby nampak aku, trauma sampai umur 13tahun kekdahnya

tapiii kakak itu mengeluarkan ini

try ni lah, bagus..takde chemical yang kuat2. cuma kene rajin pakai lah. boleh ilang tu. lagi satu, akak dulu hitam tau, skang dah cerah pakai ni - motiff???? nak kata aku hitam la tu kan?kan? nasib je aku mcm berminat. kalau datang perangai sentap aku masa tu, jawabnye hitam mata kau kene tumbuk kak

aku pun tgk la harga dia. fucking cheap!!!!!!!!! 3hengget je nok. dalam tu ada lagi 2peket yang generous. setakat tempek kat muka, 1peket tu bole la tahan 2minggu kot

so semalam aku tempek la bnda ni kat muka. tekstur macam scrub, bau adalah amat puaka. sampai nurul ingat aku mandi rempah. kejadahnye kan? bau jamu2 tu la..tp kuat gila. tak kesah la dek, asalkan ilang benda durjana ni. aku pakai sampai pagi ok. biasalah aku memang suka melebih-lebih..dia suruh pakai sampai kering then cuci. aku pakai semalaman gitu. hehe

nampak lebih elok la muka aku arini

gigih bangun pagi, cuci muka terus snap gamba

bagus aku jumpa ubat harga 3hengget je, weeeee~ harap2 takde lagi si kuman merah durjana. ni buat comeback. Terima kasih Bunga Tanjungggg

-xoxo-

love story : 4

sabtu lepas gigih ke Nilai 3 dengan kak has n ima. kak has akan buatkan hantaran from mr perisik untuk aku. tapi tetaplah aku jugak yang kene pegi carik barangnye sume..nak harap encik tu, silap2 dia petik je bunga raya ngan bunga kertas kat depan umah oke. baik aku jadik heroin menyelamatkan keadaan

since kak has pun memang nak beli barang hantaran untuk majlis abang ipar dia, aku join le sekali. aku tanya ape barang yg dia perlu utk buat hantaran from mr perisik tu, beli and suh dia simpan terus

mak berbelanja dengan bijak nok. bunga+ribbon+manik+bekas bunga rampai apa bagai sume rm120 sajok *tapi claim kt en perisik rm150. dah kire mulia aku up 30hengget je tau* wahh kagum okeh dgn diri sendiri. ah setakat bunga2 tu tak kuasa aku nak beli yg mahal2, bukan bole makan pun. setakat bertenggek kt hantaran. beli yang bes tapi murah.. haha. kedekut!!! abis sume kedai aku masuk. sib baik org tak bape ramai..

tak snap pic pun..kecuali gamba menu lunch aku

balik menyinggah umah kak has kejap..then gedebak gedebuk kul 7 baru sampai umah. capek bangat!! tu la time berjalan tak pulak ko rasa penat kan? bila dh duduk baru la rasa sakit badan, sakit kaki, sakit bontot segala..so bsenang-senang kat atas katil..sambil tgk tv. oh,aku x tau pun AF final rupenye..so layan tu kejap..aku expect Akim tu menang, sebab agak sedap la suara dia. ala-ala abg Faizal Tahir *motif tetiba abang???* lepas tu bosan, aku tgk cite lain pulak. pastu dh agak2 result nak kuar, aku tgk Ria balik, oh ok Hafiz menang. xde perasaan..lantak kau lah

hari ahad masih berehat2 juga. then malam keluar makan dengan en perisik. aku berusaha untuk kelihatan secomel mungkin ye, maklumla mak kan nak claim 150. ko ingat lelaki tak pitam dengar bunga plastik je dah harga macam tu? diorg mana nak paham benda2 nih..

dia ni sengal juga lah..masa kitorg makan aku dah plan nak cakap ni. tiba2

en perisik : eh, cincin baru ke? lawa lah *merujuk cincin risik*

kau ni dah kenapa? tapi takpe, layankan je

hotcocoa : owh, ni cincin risik saya. lawa kan? boyfren saya bagi tau

en perisik : la awk ni dah nak tunang ke..ish, kalau saya la..sy beli kan yang besar lagi. kedekut la boyfren awak

hotcocoa : tu la, semalam saya beli bunga untuk hantaran, saya nak claim 150 kat dia. tapi saya takutlah..awak agak2 dia nak bayar tak?

en perisik : hah? awk beli bunga apa smpi 150? *mata terbeliak*

oh ok dah kembali ke alam nyata nampaknya ni

hotcocoa : err bukan bunga je lah sayang *lentok sikit* sekali la dengan ribbon sume

en perisik : setel la..xde nak tambah apa2 dah?

hotcocoa : iye

en perisik : hmm..ok

fuhh..selamat. hampir2 kene tunjuk bukti resit pembelian tu. mana pulak aku nak cekau resit 30hengget yang aku up tuh ;p kau tengokkk, blum aku quote harga fresh flower. komfem dia suruh aku sembahyang sunat taubat kat situ jugak

preparation barang hantaran dah nak setel. tinggal lagi baju melayu n baju kurung aku je. ni aku pelik tailor aku tu mcm nak lari2 jek..isk. ko jgn kak, jadik tun teja aku kang. lain2 mcm buah, choc, cake tu last menet punye keje.

yay..cuti dah approve. bole ke devdas tanya 'still the same boyfren or different?' cilakak ;p

ada org tanya ni 'where's paralyzer' aku jawab 'who needs paralyzer when en perisik is here' haha..keji

-xoxo-

Wednesday, May 13, 2009

love story : 3 - thank you entry

apsal semua cermin yg aku nak beli kt ikea dh abis? puaka..adakah aku marah? jawapannya ye, sangat menyakitkan otak

tapi nasib baik arini ujan oke, sejuk sikit perasaan aku. punya la lama x ujan kan, stok panas gila sampai naik ruam muka aku akibat proses perpeluhan. elle, tenkiu la ko gigih gi ikea time lunch hour nak carik cermin punye pasal. tapi last2 ko yang beli kan?? kau suka la overshadow pelakon utama T_T

tapi aku pun gatal jugak, tiba2 nak guna cermin untuk room deco konon. tak ke gatal tu namanya? sebab tiba-tiba malas nak print art illustration tu bubuh kat dinding as wall deco. dah macam balai seni lukis negara pulak bilik aku nanti. tapi ni nampak gayanya kene la aku print art tu jugak. grrrr

double hepines semalam sebab, one, Bunny will be coming to my engagement. sukeee *goyang2 ponggong* dua, suppose to beli telekung untuk hantaran tapi cik yati kesayangan cakap tak payah as dia dah belikan aku telekung masa dia pegi sarawak aritu. so guna yang itu je. nanti dia pos kan. timaseh mummy yati :)

hasil terbongkang diatas katil selama hampir 2 jam semalam, aku n sara berjaya menyiapkan deco untuk dressing table n dining table. tp aku bagi arahan sajok, sara yang buat. haha..sape nak bertunang ni?? ;p

timaseh sara ~

semalam landlord aku datang betulkan tombol pintu toilet. memanjang rosak, apehal tah. sumpahan agaknya. aku pun buat2 baik la tanya itu ini. padahal sbnrnya aku nak tau dia nak naikkan sewa ke tak. alhamdulillah, smpi bulan 6 tahun depan sewa remain the same. yay!! setel satu benda. timaseh en landlord. harap2 devdas naikkan lagi gaji aku tahun ni. aminnn. mari ramai2 aminkan aku. 1,2, 3 "aminnnnnnnnnnnn" terima kaseh :)

nak tipon mak aku sat lah. nak tanya progress cat umah. adik aku tu selagi x dengar suara petir aku ni mana nak bergerak buat keje. owh, harap2 wireman tu dah datang pasang lampu

till then, thank you darlings..u know i love u!

-xoxo-

Tuesday, May 12, 2009

love story : 2

aku baca blog marissa. dia takleh fly sebab belum abis bayar utang ptptn. kepala hotak oke..matilah sampai kiamat aku tak dapat gi obersi kalau mcm tu. hutang emas boleh dibayar, hutang ptptn dibawa mati kau tau tak??


ok2, tanak fikirr..tanak fikirrrr..

as todate, aku n en Perisik telah beli barang2 untuk hantaran nanti. cincin je kot yang kitorg beli sama-sama. lain semua, kau beli barang kau, aku beli barang aku. supaya pueh hati kan, kalau tak mula la masing2 nak tarik muncung panjang2. aku sumpah jadik hanger baru tau

tapi lepas risik that day, kene pulak tambah lagi 2dulang for both side. mind you, nak beli barang pompuan ni senang jek tau. byk benda bole beli. tapi barang lelaki, dh lah susah tak tau nak bagi apa. lepas tu mahal nak mati! thanks to ida yang bagi idea untuk beli set towel Esprit yang murah itu :) heart u! tak kuasa la nak beli mahal2 untuk tunang ni. we want it to be as simple as possible. simple2 pun dah nak kering jugak aku ni senah!

so far semua dh setel for hantaran except baju melayu utk en Perisik. len2 mcm buah n cekelat, kek tu sume bole beli last2 nanti

hmm, hantaran dr aku to en Perisik, DIY ok. tak pitam kau dengar? haha..ah agak2 mcm hazab rupanya aku ckp la konsep gubahan aku ialah belukar dan semak samun, so haruslah rupanya mcm kene pijak gajah kan? ;p

while from him to me, xde lah aku nak bagi can kat dia DIY bagai, aku nak dpt yg cantik oke. so upah org buat. hahaha..keji.

susah la xde Popo di sisi..sume benda aku bubuh dalam tu. tertinggal dalam kereta en Perisik. bila nak jumpa ni, nak Popo!!!

suke la mekap n bunga ni.

tapi sariyanti ni putih, aku ni dah la hitam2 sitampuk manggis, walaupun hitam di pandang manis. pangg!! kene ke? verangan lah kau. tp nak jugakkkk *hentak2 kaki*

-xoxo-

love story : 1

darlings, meh aku bagitau bahawasanya gambar kat bawah tu bukanlah pertunangan ye. merisik sajok oke. janganlah emo mak tak jemput ye *tu yg kat sawak tu. bawak besabo sikit. ekekeke*

aku dah dirisik on sabtu lepas ye,09may09. and majlis tunang will be held on 06june09. actually dah plan since bulan 3, tapi sebab benda belum jadik, aku malas la nak kecoh-kecoh. sekali kang tak jadik, drop lah waterface mak nok. tapi alhamdulillah, so far semuanya ok :)

preparation dah buat sikit2 and harap semuanya siap as planned

to my darlings yang aku dah bagitau earlier pasal benda ni, thanks for your support. bagi aku contact number, bagi aku idea nak bagi apa for majlis tu, teman gi beli barang. Bunny, ida (babe, thanks..u helped a lot!), yati, nani, elle, liza, nurul, sara, kak dan, kak has. thanks a lot. i heart u all!

sebab tu la mak dah lama tak update, pasal semua cite aku pasal aku pegi beli barang, carik barang bla.bla..tak seprais la kan kalau cita. so from now on, aku akan update on that stuff lah :)

bakal tunang? buat masa ni mari kita panggil dia en Perisik :)

-xoxo-

Monday, May 11, 2009

myself the latest :)


i'm taken!

-xoxo-