CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 27, 2009

mari DIY

so yesterday f-i-n-a-l-l-y aku buat homemade mask tu. biasalah kan bila muka dah macam jalanraya baru la sibuk nak sapu macam2.


u know the sudden breakout yang menyerang diri ini due to my so-called stress padahal aku rasa sebab makan terlampau banyak plus minggu lepas aku makan snek secara melampau. 2 bungkus chipster, sebungkus cheezels, sebungkus kopok kentang murahan, anddd sebungkus kinder bueno. memang layak sangat lah kan dapat bencana jerawat?? tu belum lagi campur makanan lain seperti spaghetti dan megi..plus i think i'm allergic to air soya lah. cewahh tiba2 nk salahkan air soya niiii

tengokkk...kronik mak nenek kan??

tapi sebelah kiri ok je..

anw, aktiviti menonton rancangan Glow ke Stripped tah telah memberi aku idea untuk buat DIY face mask ni. they used papaya and strawberry bagai. ehh baik aku makan benda alah tu kan. so i googled, done a lot lotttt of reading and akhirnya telah sebulat suara untuk memilih timun *sebab murah plus aku x makan timun. so xde lah harapan bnda tu masuk mulut instead of di tempek kt muka* hehe

sebab utama saya pilih T untuk timun kerana :

1. i have an oily face.
2. cucumber is soothing, aku nak bg kulit aku feeling2 pegi spa. wlupun memang sah nak kene sepak kalau mintak benda bukan2 macam tu.
3. nak clean my pores. maybe pores tersumbat yada..yada sebab tu jerawat kot
4. it can reduce blemishes and wrinkles!

anddd i mix it with yoghurt sebab yoghurt ada exfoliating effect *walaupun bau nya adalah separa koma* plus membantu clearkan blemishes jugaaa. ini la tujuan utama

ada macam2 recipe la suruh bubuh lemon juice la, parsley la, honey, essential oil segala. but acik x berani la sundels, my face is fucking sensitive..kang x pasal2 kulit jadik macam dinding gua batu kapur. jangann carik pasal oke

apa yang anda perlukan ialah
  1. timun
  2. yoghurt
senang kan? ini lah mask cara saya. cara anda? eh..ok2, korg bole google the recipe and carik yang betul2 suit for your skin. aku pilih yang paling basic sebab aku rasa lebih selamat -_-"

mula-mula, amik 1/4 timun. agak2 la ikut saiz muka korang saiz normal ke, saiz pinggan ke, saiz meja makan ke..
kupas kulit n buang biji ok. then masukkan dalam blender. ataupun, kalau korg ada alat untuk parut tu, even better. sebab dia takkan jadik berair sangat. tapi akak xde benda alah tu senah, so buh je dlm blender.

blend smpi hancoq..memang agak berair ye. so wat i do ialah tapis hasil kisaran tersebut. x payah tekan ke apa. just tuang dalam penapis, biarkan kejap. tanak terlalu berair nanti jadik runny. boleh gila kalau sapu kat muka tp tiba2 dah turun kat dada semua. menimbulkan marah.

ok, letak timun yang dh blend tu dalam mangkuk. now amik 1sudu besar yoghurt, campurkan dalam timun tadi. mix well



saya guna brand ini. make sure plain yoghurt ok. jangan ko beli yang perisa mangga ke oren sume tu. eh ko ni nak buat mask ke nak makan???

note : some suruh blend sekali timun and yoghurt. tp aku tak sanggup blender aku bau yoghurt+timun. so kalau korg nak blender sekali shudnt be a problem ok bebeh

inilah rupa mixture tersebut

now, make sure muka dah bersih, ikat rambut siap2.

sapu kat muka..avoiding area eyes katanya..tp aku tersapu gak hehehe.


dah siap, tunggu la sampai agak kering


lepas tu cuci dengan air biasa. x payah guna cleanser. eh macam pantun dua kerat yo. lap muka iaitu tekap2 je dengan soft towel. jangan gosok macam nak cuci keta

slather on your moisturizer or sunblock or night cream. ikut la time bile ko pakai mask ni. dah siap! :)

the next morning, maknanya pagi ni. aku notice jerawat yang sangat besar masih ada. gila kau dah ilang?? aku bukan pakai mask timun+ yoghurt sakti ok! tapi dah less bumpy dan tak sakit. semalam gile punye sakit ok..stok jerawat batu tu kan.and yang tompok2 merah tu pun dah kurang sikit tahap menyala nya.

wayyy better dari semalam. fuhh memang betul2 aku mebuka pekung di dada nih. amik ko segala parut nampak

lepas bubuh bedak nak gi keje..not so visible kan?kan?

aku rasa dalam gambar tak nampak sangat la bezanya. tapi memang bole nampak n rasa beza dalam dunia nyata.

now at 12.30pm, my face tidak oily macam selalu.

anw, kalau ada lebihan mask ni. sila guna dalam masa 2 hari je ok. sebab xde bahan pengawet semua kan. x elok ah simpan lama2.

ok dah..semua boleh pegi beli timun sekarang untuk buat mask, jgn kau buat benda lain pulak!

p/s i love you : aku tak tau knp gambar mcm pecah2..haramm ok, makin bersagat muka aku jadiknye

-xoxo-

0 u know that u love me: