CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

puspa~

shitman..aku adalah busy macam mesin basuh *elle, u know whr i got this. haha*

esok cuti hari pekerja ye. motif tanak mengaku BURUH??padahal memang pencacai kt opis ni pun kan? jadik dah cuti panjang ni, tak reti2 nak balik kampung?? bole menjimatkan duit makan sume ok..sebab free. kalau duduk kl ni harus nak shopping la, makan sedap2 yang kene bayar sendiri la, dan akhirnya terjerumus ke lembah kepapaan di tengah bulan. tanak aku memperjudikan nasib aku mcm tu

aritu masa aku singgah kat caltex sebab nak cek gaji kat atm dia, aku dengar sebuah lagu yang agak catchy juga tapi dalam masa yang sama agak annoying sebab macam dangdut pun ye jugak. u know, love-hate relationship. macam benci tapi suka

tapi takdelah aku buat gila nak tanya mamat caltex tu apakah tajuk lagu tersebut. buat2 macam tak kisah padahal jiwa memberontak nak tau lagu apakah itu. then semalam aku call abg aku, surprise!! caller ringtone abang aku ialah lagu itu juga. so basically aku call dia untuk tanya tajuk lagu caller ringtone tu je..sebab aku dah tak dabar nak download lagu itu. terus lupa apa nak cakap dengan dia, takpe dah ingat nanti boleh call balik

oleh kerana aku pemurah, mari berkongsi link http://www.4shared.com/file/54213933/32bdb6a1/ST12_-_01_PUSPA.html

silalah dowload. kalau kau rasa nak dengar lah. tiada paksaan, ini free country. suke, sukee..pdahal suara penyayi macam achik spin je ok. niat sebenar lagu ini adalah macam haram juga sebenarnya. berani kau suruh aku break dgn bf aku sebab ko nak couple ngn aku?? cewahhh, konon la kan. si sewel mana nak bagi aku lagu ni tah..komfem beliau kene mandi air 7 masjid

baiklah cerita seterusnya, dah aku melayan lagu ni beberapa belas kali *ye, aku kalau suka satu lagu tu aku akan dengar sampai telinga bernanah* aku pun keluar lunch. owh sangat lah gembira sebabbbbbb mamat france yang aku gila-gilakan tu duduk depan aku. bapak lah hensem nak mampos oke. rasa nak bunuh. eh? twisted gile aku ni..hahaha

pastu aku pun makan la sambil control cantek. padahal haram dia tak pandang aku pun. dia memang jenih x pandang orang2 sekeliling la..kan ramli kan? kan? ;p

tak kisahlah sayang, biar i je pandang u ok - pitam! haha

makan punya makan, sekali kawan aku Hemy cakap 'i caught him looking at u!' hamik kau, tersedak aku senah! dah la aku makan mi kari

hotcocoa : seriously? *sambil membetulkan postur badan*

Hemy : yup!

omaigod, omaigod..cemana ni. mak neves oke. terus menggelupur pegang sudu sume. ape ke bangang sangat tak tau lah. sampai terpercik sikit kuah tu kene baju. cilaka laa, komfem dia tanak bawak aku pegi candlelight dinner kalau nampak tragedi ni. so aku bertindak pantas, pegi cuci kat sink cepat2. yess..ilang ok. then aku saja mintak tisu kt kedai yang betul2 depan tempat duduk dia. berdiri sambil sedikit posing 'bang, mintak tisu boleh' kontrol abih suara aku, memang pitching x lari sume lah. simon cowell tentu kagum. dah abang kedai tu pulak melebih-lebihhhh..segenggam tisu dia bagi aku. bole guna untuk stok seminggu. sampai kak has tanya 'mana ko rompak tisu ni?' sebab memang banyak oke

dan sekali lagi, Hemy telah memberi sinar harapan kepada aku 'he's looking at u again' owh, aku hanya tersipu-sipu sambil membayangkan mamat france tu bagi lagu Puspa tu kat aku. mee kari, aku tanak makan hang dah. lantaklah rugi rm3.50 pun.

feel like i'm on top of the word lah kata orang~

putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku

-xoxo-

3 u know that u love me:

Anonymous said...

lagu ' jangan.. jangan' ni kan!
ST 12 ni lagu2 dia mmg boleh tahan la. catchy.

enak bener di dengar ketika santai..

hotcocoa said...

hazzel : tu la, rs nak menari dengar lagu dia.

eLLe said...

haa aku faham perasaan kau tu. tersangat faham ahahaha..