darlings ku sekelian..time flies huh? its already end of December 2008.
celaka, aku makin tua lah maknanya kan? aku perlu mula mencari anti-ageing nye product sebelum aku freak out melihat tanda-tanda penuaan
anw, i'm not sure adakah aku akan mengupdate blog aku ini sehingga masuk 2009 nanti. but if i dont, aku hendak mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2009 TO ALL MY DARLINGS =)
thanks kerana membaca blog aku dan melayan cerita-cerita sengal aku. this is me, kalau korg suke, do come again..kalau tak suke, kau pegi baca quran. dapatlah jugak pahala kan?
now, what i want to do is : PERTANDINGAN MENANGKAP HIGHEST HIT
mesti korang tahu kan, ramai dah buat pertandingan ini. tapi sebab aku rajin nak menaip, aku cerita lah jugak. caranya begini
1. tengok tu kat skrin atas sekali, belah kanan, ada counter button (HIT ME) - bukan aku suruh tumbuk aku ok*Nani, aku tau ko tunggu je peluang ni kan? ;p *
2. apa yang korg kene buat ialah : kalau kau rasa masa ko bukak blog aku ni, itulah highest hit, sila lah printscreen dan hantar kepada hotcocoachic@gmail.com
3. closing date & time adalah pada pukul 12malam 31December2008.
korang paham tak? aku yakin readers aku genius macam aku jugak..kan darlings *kelip2 mata*
hadiahnye...em, maybe something from mekah. or maybe i'll get one on my own. tengoklah, mana2 yang lebih menarik.
aku dah kata kan, jangan berangan aku nak bagi rumah ke, kereta ke, manolo blahnik ke..ade yang aku belah kepala ko kang
eh, ape ni nak bg adiah, tp marah-marah. boleh ke? keji betul lah perangai aku ni
ok2, do participate k =)
take care darlings. for those yang cuti panjang macam aku ni..selamat bercuti. elle, ko gi holiday, aku adalah jeles. owh, please doa for my parents selamat sampai kat KLIA on 30dec08 ye, scheduled sampai 10.30pm. harap-harap tak ada masalah lah. aminnnn..
i had a 1st fight with Fish yesterday, not really fight la, aku yang sound dia pun. dia manalah nak gaduh2 ini..dia kan cool sahaja. which is good actually, tapi aku mestilah ati panas sebab bila aku naik antu dia takde respon. rasa mcm main badminton sorang2 oke
cuba tanya Lin Dan, mesti dia pun benci main badminton sorang2..eh, jauh sgt lah dia tu kan. tanya Datuk Lee Chong Wei je lah. tanya pakai emel lah, sape pulak suruh kau pegi jumpa dia. kau ingat dia ada masa nak melayan kau?
eh, apebende ni??
cuba lah kan Fish bagi respon like pen merah, pen biru, u marah , i love u.. kire senonoh jugak kan? walaupun agak bongok dan keji, at least menceriakan hidup
anw, selepas azan subuh pagi tadi, iaitu pada masa hantu syaitan sudah bertempiaran, aku dah sober. ye la kan, dah xde setan yang bertenggek atas kepala aku ni. i said sorry, i'm on my menses so i talk crap. haha..senang kan jadik perempuan? put the blame on that red thingy, sah2 diperakui seluruh dunia bahawa pada masa itu, memang hormon tak stabil ;p
he's fine..tp tak boleh buat selalu, aku takut dia pulak naik hantu. tanak oke, tanakkkk
esok krismas babe :) adalah gembira bukan kerana dapat main salji atau dapat makan turkey, tapi CUTI ok. andddd aku akan bercuti starting from 25 Dec until 1st of Jan. woohooo...
nampak mcm gile sedap hewan nihh
selain ituuuuuuu..parents aku balik on 3ohb!!!cant wait, cant wait!!! mak aku dh janji nak belikan aku purdah. bole?
nnt aku pose2 purdah kat sini ok, kalau betul la mak aku beli
ma : ma belikan purdah ok.
hotcocoa : haha..
ma : along, cocoa n kak ina kene pakai. kumpulan gagak hitam
hotcocoa : haha*ketawa 2kali ganda*
oh, aku rindu lawak2 mak aku. oleh kerana aku over, aku nak beli baju baru untuk dipakai masa menjemput mereka di airport. aku kene la outstanding dr adik badik aku kan? ;p
aku perlu bershopping sedikit sebelum megasale ni abis. orang lain dah lama je meredah sale tu kan, aku je lembab. xde duit nok. aku nak beli kasut ni, harap2 jangan la dibuatnye saiz 9 dengan 10 je yang tinggal, yang ada saiz aku semua new arrival dan tak ada less. babi
aku kene beli kasut sebab haritu sawan gila aku datang, aku pegi buang sume kasut ofis aku. ape kene tah kan. dah lepas tu aku nak pegi keje aku dah takde kasut pulak, kene la pakai heels yang seperti ini
sedangkan aku prefer pakai pattern begini utk ke ofis :
or
selain itu, aku nak buat passport pd 1hb nanti, kat johor. ye, aku sudah tua, dan aku masih tidak mempunyai passport. bongok gile je kan..orait bebeh, lepas ni kita buat trip gi Ibiza ok!
kepala hotak aku Ibiza. kene panah petir baru tau~
entry adalah agak menjijikkan..jangan gatal nak baca masa makan, nescaya akan termuntah. aku tak tipu oke. aku yang hendak menaip ini pun sudah meremang-remang
. . . .
aku ni jenis manusia yang cepat kene 2 benda ini, iaitu selsema dan ruam..punca utama ialah habuk. memang aku tak boleh oke..selain tu kalau panas sangat pun aku naik ruam gak. gatal nak mampos ko tau tak?
so semalam aku balik keje, sangat keletihan. komfemlah baring berehat selama setengah jam kan? org lain rehat seploh menet, amik aku rehat setengah jam. eh, nape pun rehat kan, kene rehat betul-betul
sebenarnya aku terlelap, jadik je aku kan? ah, tak sengaja oke. celik2 je biji mata, aku sudah mula rasa sesuatu yang tak kene kat peha aku, macam merenyam semacam ok. badan aku dah panas gila masa tu. gatal nak mampos
so aku garu..konon-konon nak garu sikit, sebab aku tau apakah musibah yang bakal menimpa kalau aku garu nih. tapiiii korg tau tak kepuasan menggaru? kau akan merasa sangat stone dan terus menggaru sehingga air liur melelehhh
fine, air liur aku tak meleleh oke
lps tu aku dah rasa pedih semacam, so i took off my pants *aku masih pakai seluar keje masa tu* and aku tengok hasil usaha menggaru aku yang berlangsung selama 3 minit. fakkkkkkkkkkk!!!!!!!
sudah menjadi seperti ini dan aku adalah sangatttttttttt GELI!!!
eh, gambar tu aku amik kt google, bukan gambar aku oke. sumpah! xde nye bulu ketiak aku blonde gitu. plus, aku kene kat peha, pejadah bulu ketiak kat peha kan?
terus meremang bulu roma aku sebab aku geli. aku geli dengan rupa dia, aku geli dengan tekstur dia, aku geli nak tengok atau nak pegang
boleh ke geli dengan badan sendiri?
cepat-cepat aku mandi..aku tonyoh air panas kat situ, konon-konon bagi kuman2 tu menggelupur sebab melecur dan mati. aku tak tengok pun, tak lalu siyal nak menyaksikannye..
lps mandi aku makan ubat:
1. Paracetamol sebab badan aku panas 2. Pil Allergy yang memang aku ada stok, pebenda tah nama dia..ah, tak kisahlah nama dia Ahmad Nisfu pun, asalkan ianya berkesan
and also aku tenyeh krim Eurax..nooooo not using my fingers, tetapi menggunakan cotton bud. jangan harap aku nak pegang oke..tengok pun aku taknak
minum air 1.5L..lepas tu aku berehat iaitu tido la kan?hehe
and this morning..jeng, jeng, jengggg its gone! cuma merah2 sikit luka sebab garu tu.
balik ni aku kene carik dettol la nampak gayanya, nak basuh segala baju yang aku pakai semalam, termasuklah pants office aku tu. aku rasa ruam tu naik sebab badan aku panas, tapi aku kan saiko bab2 gini..
Fish adalah langsung tidak membantu by saying 'i pun geli kalau ruam2 nih' isk..tolak 10points! sangat menjengkelkan~
eh jap, aku cakap pasal yang kaler merah tu ye..bukan bedtime stories tuh
btw, aku telah menonton cerita Transporter 3 last friday. dengan Fish.
em, ape aku nak komplen ye..ha ni aku nak tanya, pasal apa la dah mcm cite tamil pulak aku tengok. lagi2 part bergaduh, hero sorg lawan musuh18 orang, tapi tiada sebarang kecederaan. boleh? lepas tu adegan2 keretapi..eh, sebijik cerita tamil ok. tinggal takde kayu hoki sebagai senjata jek
kalau cerita tamil, aku boleh maapkan lagi. pasal aku dah paham sangat la stendet dia memang gitu kan.
aku marah ni kalau ditipu selepas membayar 9hengget. isk nasib baik Fish yang bayar.hehehe
out of 5, aku bagi 2stars sahaja..itu dah kire pemurah dan mulia ok
tak sempat ckp hepi weekend jemaat aritu. ye lah aku kan kepoh suke cakap have a nice weekend kat korg, walaupun aku yang bercakap ini hanyalah terbaring atas katil sepanjang weekend macam orang sakit. eh, kau ingat senang nak dapat peluang macam tu? sia-sia aku beli katil ngan tilam mahal-mahal kalau setakat nak baring sekejap2 ok
anw, last weekend aku telah berjaya bersosial ;p went out with ida (my ex colleauge) dan rakan2nya. nampaknya aku telah membuat kawan baru di penghujung 2008. not bad :)
the plan is..err..sebenarnya aku tidak tahu apakah plan. cuma ida cakap pegi pavillion, aku ok kan je. alah, bukannya plan nak merompak punn, ape nak berkira sangat
so jalan2 keluar masuk butik macam anak hartawan, sempat amik gamba depan parkson. gilo
ida!!pesal la blur weh?dah la aku macam main-main hantu, eh i mean main sorok2 me n nani
pastu makan-makan kat Loaf. dah tentulah amik-amik gamba sekali nok. kalau dah namanya aku kan, ada aku pedulik?
bergambar bersama haiwan peliharaan
yang disnap oleh diri sendiri mestilah over gedik
ini ialah ida
aku tak tahu apekah motif aku bergaya sedemikian rupa
then ida ajak gi tengok live band kat Rainforest Sports Bar kat Pavillion tu jugak. not really the best i've ever seen, but aku suke crowd nye, tak ramai melayu. yang mana bermaksud tiada yang mabuk macam kel*ng, minum segelas, tapi kecoh macam minum 4baldi. and also, tiada penggatal - yang paling penting
sempatlah aku head banging lagu zombie..haha. sampaikan mamat bassist tu datang kat depan aku, fuh rasa macam show aku pulak. ok, lepas tu aku pening selama 10minit
stayed until 2.30am. lepas tu pegi supper @ Paradise. another 3 orang datang memeriahkan suasana
tu diaaa..besaqnya lengan me n kak siti
lepak2 until 5.30am..amik kau esoknya aku bangun dekat pukul 3pm, itu pun sebab paralyzer ajak gi makan, kalau tak haram aku nak bangun.
bangun2 je gi makan yong tau foo kat ampang. hehe
memang sah aku dh gemuk..
soklan menggirangkan hati sepanjang hujung minggu : 1. awak ni student ke? 2. are u 17? *goyang2 ponggong sebab suke =)*
i was laying on my bed bila aku tiba-tiba ternampak sawang kat siling bilik aku.waddehel??
lately ini aku sangat pemalas, kemas bilik pun ala-ala je..takde bersemangat waja terus berusaha, keazaman terus membara, yakin boleh, rakan mudaaaaa macam dulu
so last nite, i decided to ask my bibik kemaskan bilik aku
hotcocoa : bikkkk..tolong kemaskan bilik saya
bibik : baik non
hotcocoa : ok, first bibik sapu sawang
bibik : iyaaa..
hotcocoa : ok dah, skang bibik tolong sapu lantai ok
bibik : iya non
hotcocoa : banyaknye habuk bik
bibik : kelihatannya banyak rambut non. apa rambut non rontok?
hotcocoa : ye ke? mana?
bibik : non itu jangan kerap makan mee segera nonnnn..bahaya!*motif kau sekolahkan aku?*
hotcocoa : err..yelah2, banyak cakap pulak bibik ni, bila nak siap keje? dah, tengok wayar berselirat tu, kemas sikit
bibik : udah non..
hotcocoa : em, kan ke elok sikit.
hotcocoa : eh, bibik cabut cadar sekalik?
bibik : cuci aja ah
hotcocoa : ok, pasni bik mop lantai n lap cermin ok
bibik : iya, iya..
ha, kan dah tercover wayar-wayar tu
after pung-pang bagai..
bibik : non, biliknya udah dikemasin
hotcocoa : wahh, tima kasih bikkk..
bibik : ga pa-pa kok non, memang udah kerjaan saya
hotcocoa : ha, bibik nak tak masuk dalam blog saya?
bibik : apa non? blok?
hotcocoa : ehh..bukannn. mcm ni, sy amik gambar bibik, sy letak dalam internet, nanti boyfren bibik kat indonesia boleh tengok laa
bibik : ah non, malu ah*aihh gedik lak kau ini*
hotcocoa : ala, cepat2 pose..1, 2, 3!!!
bibik : makasih non, nanti non beri url nya yaa. *wah, hebat bibik aku..pndi ckp url kauuuu*
hotcocoa : yelahhh bik, terima kasih ye. dah pegi mandi, macam hape je rupe hang
baru tenteram jiwa aku tengok dah xde sawang or rambut berterabur atas lantai..cermin pun clear je, xde debu-debu kota dah.
macam2lah perangai aku lately ni..memang aku macam2 pun, hehe..tapi kali ni macam lebih sikit tahap nya.
aku yang macam2
i'm having kinda weird dreams iaitu
1. kakak aku tiba-tiba menjadi single parents *mintak simpangggg*, i have no idealah laki dia meninggal ataupun tiba-tiba dia menyetan ada perempuun lain, lalu menceraikan kakak aku. memang laknat kalau dia buat gitu
anw, lepas kakak aku dah keseorangan, mak aku boleh pulak suruh aku kenalkan Fish dengan kakak aku. dengan alasan, aku berkorban lah demi anak-anak sedara aku.
ehh..pesal lak niiiii. tiba-tiba aku menjadi mangsa? fine memang aku keji je macam taknak dengar cakap mak aku. but why Fish?????? boleh je dia suruh aku kenalkan dengan errr..Herry ke, Kamal ke *tetiba*, Freddie ke ;p ah..sesapa lah
lepas tu aku terjaga..memang drama swasta tv1
2. tak pasal-pasal aku mimpi aku amik course MYOB. apesal pulak aku kene amik pot pasal accounting tu?? and yang peliknye tiba-tiba budak sekolah menengah aku ada dalam course itu. lepas tu dia macam tak puas ati dengan aku dowh..eh, pehal lak engkau?
kalau kau hensem takpelah jugak, aku redha lah dengan nasib aku. ini idung kembang ok. perangai stendet macam perangai budak lelaki macam masa sekolah menengah dulu la. perasan cool dan gengster abis, padahal spender dan minyak rambut tancho dibelikan oleh emak.
yang tutup ijau tu minyak rambut kegilaan budak lelaki masa sekolah. bau macam haram
lepas tu nak anti dengan budak perempuan. lagi-lagi pada budak yang tak cun macam aku ni, ada je yang tak puas ati. *kak di, sebab tu saya paham perasaan akak*
the bestttttttt part is, sekarang ini ada hati nak add aku kat frenster, mentang-mentang lah aku dah cun sikit *hahahahaha...motifff puji diri sendiri??matilah nokkkk* mamposlah aku nak add kan. aku tengok kau masih berkerak je..mesti kau rasa macam kau masih 'kacak' seperti dulu kan?
masalahnye, kau pernah kacak ke???
jap2, adakah kau masih menggunakan tancho????? sebab muka ko berminyak oke. euwww..;p
wah gile pendendam aku ni kan..well, that's another story
eh, ape aku mengarut ni? aku nak cite pasal mimpi je kan tadi? dah lah, aku malas nak taip
If I were a boy Even just for a day I'd roll out of bed in the morning And throw on what I wanted and go
Drink beer with the guys And chase after girls I'd kick it with who I wanted And I'd never get confronted for it Cause they stick up for me
If I were a boy I think I could understand How it feels to love a girl I swear I'd be a better man I'd listen to her Cause I know how it hurts When you lose the one you wanted Cause he's taking you for granted And everything you had got destroyed
If I were a boy I would turn off my phone Tell everyone it's broken So they'd think that I was sleeping alone
I'd put myself first And make the rules as I go Cause I know that she'd be faithful, Waiting for me to come home, to come home.
If I were a boy I think I could understand How it feels to love a girl I swear I'd be a better man I'd listen to her Cause I know how it hurts When you lose the one you wanted Cause he's taking you for granted And everything you had got destroyed
It's a little too late for you to come back Say it's just a mistake, Think I'd forgive you like that If you thought I would wait for you You thought wrong
But you're just a boy You don't understand And you don't understand, ohhhh How it feels to love a girl Someday you wish you were a better man You don't listen to her You don't care how it hurts Until you lose the one you wanted Cause you're taking her for granted And everything you had got destroyed
lunch hour arini aku tido all the way dr pukul 1 smpi pukul 2, nyenyak lak tuh. nasib tak berdengkur je. eh, mana aku tau aku tak berdengkur? tp aku memang tak berdengkur ok..eh, sape lak yang tuduh aku berdengkur kan? ah, diam boleh tak?
ha, sebenarnya aku tido sebab *obviously mengantuk* dan aku pening2..psl before tido tu aku makan megi, agaknye sebab tu kot aku pening..apa relationnye pun aku tak tau. sukati aku la kan nak cakap apa
sleeping aid - bantal and shawl as selimut. gile over..ekekeke
terjaga around 2pm sebab ada orang call. not really 2pm la, tapi dalam 1.57pm gitu, malasnye aku nak answer..tp aku takut si devdas yang call aku pulak, mana la tau jam dia cepat 3minit kan, tak pepasal je dia tuduh aku masuk opis lambat lepas lunch. so aku betul2kan suara sikit, sekalik manusia tak perlu je telepon..bongoklah kau ni
sambung lagik tido, ada lagi seminit setengah before 2, rugi2...celik2 mata 2.15pm. terus aku bangun, banyak cantikk muka aku nak tido bagai, ingat bapak aku ada share dalam kompeni ni ke?
cuci muka+tacap2 sikit..pastu Fish call
Fish : dah makan belum?
hotcocoa : err belum*nak mampos cakap aku makan megi? tak pepasal aku dapat kuliah zuhur free*i tido la u time lunch, pening pala
Fish : laa, pasal apa? u bfast apa pg tadi?
hotcocoa : err.. i minum milo dengan makan biskut*tipu lagik, padahal aku bantai makan buah limau yang dalam peti ais tu.2 bijik ok, sedap gile*
Fish : tu laa..len kali makan nasik lemak, lauk sambal sotong
gile keji, padahal tau aku ini kan nak diet..saja je nak menyakitkan hati orang
Fish : nanti pegi lah makan
hotcocoa : okay, petang2 sikit lah
okay, nape aku makan megi? sebab aku dah teringin sejak malam tadi!
si gadis sangat gembira bila si jejaka ingin berjumpa dengannya pada hari itu..walaupun tempoh pertemuan pastinya singkat, tapi itu bukan lah masalah. yang penting dapat melepaskan kerinduan di hati masing-masing
si gadis menyiapkan diri sebaik mungkin..pakaian yang tidak keterlaluan dikenakan pada tubuh, solekan tipis menambah seri, tidak lupa juga wangian kegemaran di sembur pada badan..sudah puas menatap cermin, si gadis menunggu panggilan si jejaka..berdebar-debar persis pertama kali berjumpa
ah, panggilan telefon dari si jejaka! masanya sudah tiba, si gadis membelek diri buat kali terakhir di hadapan cermin lalu pergi menemui si jejaka yang sudah menunggu
indahnya perasaan bertemu dengan si dia..terasa seperti sudah lama tidak bersua. senyumannya, gelak tawanya, suaranya sungguh menyenangkan hati..
mereka berbicara dan bergurau senda sepuas hati..tiba-tiba si gadis terkedu, lidahnya kelu..matanya merenung tepat ke arah itu, seakan tidak percaya..apakah benar apa yang dilihatnya? tidak bermimpi kah dia? si gadis melarikan pandangan..bimbang gerak-gerinya di perhatikan si jejaka
namun hatinya meronta-ronta inginkan kepastian..si gadis mencuri pandang sekali lagi. kini dia yakin, dia pasti dengan apa yang dilihatnya..
ok, aku nak cerita pasal makanan. kalau dah dasar perempuan tak sedar diri kan, baru turun 500gram dah sibuk feeling2 kurus dan makan tanpa rasa bersalah
isk..sebenarnya aku diet religiously oke sebelom raya aritu..tetapi sudah punah seperti kaca terhempas ke batu during raya. so nak start balik la..tapi belum start pun..hehe ;pehhh
jap2, jeans yg dh tak muat tu dah bole pakai balik ok *sambil buat tarian hulahup*
semalam aku lunch dgn k.nora, my colleague. dua2 nak diet konon ni. so kitorg decide makan salad kat hard rock cafesesampai je situ, bole si waiter tu cakap 'we have lunch set' ehhh kau, ade ke aku ckp aku nak makan makanan2 berkalori itu?
terus selak menu, carik2 salad..well, caesar salad RM20..lunch set lak 28++ , ada caesar salad ni jugak+main course+dessert+air
terus angin berjimat kitorg datang. haha..kan aku dh kata, makanan diet lagi mahal dari makanan tak diet. bengang aku tau *lakonan*gamba sume amik bile dah half way makan, lupe nok..gambar dessert pun tak amik, tetiba malas. aku makan ape ek..emm, lupe lah sebenarnya malu nak cakap makan cheesecake ;p
christmas mood @ HRC
kak nora belanja! thanks akak, next time kite blanja akak pulak eh :) *peluk kuat-kuat*
while today aku plan tanak lunch, just nak munch buah-buahan je kat ofis..bole pulak bos aku tak keluarrrrr. isk, takdenye aku nak dudk opis time dia ada, macam tak bebas je aku rasa. susah aku nak buat aksi-aksi kuak lentang sume kans
o aku pegi la berjalan-jalan melihat alam..geng2 lunch sume tak ada pulak. jadi aku adalah lone renjer. pedulik hape aku sorang2 pun, aku ok je..so aku tapau
prosperity meal!
my fav - curly fries beli je curly fries nih senang, kalau harap aku yang goreng sendiri, jawabnye ubi kayu la kan
dem lah rizal cakap pipi aku tembam. cilakak! paralyzer lak panggil aku drumstick, lagi macam haram..
actually, before kitorg buat korban on hari raya haji aritu, ada satu insiden yang telah berlaku
aku malas nak taip panjang2, maka aku letak sahaja sesi perbualan aku dengan Nani semalam. pompuan tu paksa aku cerita kat dia. gilo..
2:50:28 PMhotcocoa: ok, mcm ni citenye
2:50:57 PMhotcocoa: abg ipar aku nak buat korban tahun ni..ekceli x plan pun, tp las minit tiba2 dia ada rezeki lebih sket
2:51:23 PMhotcocoa: so tanya la kat jiran aku ni, besfren mak aku la..psl dia ajk surau yg handle psl korban ni sume
2:51:43 PMhotcocoa: tanya dia 'bole tak if nak buat korban'
2:52:02 PMhotcocoa: then dia kata, ok nnt dia check dgn supplier psl harga
2:53:32 PMhotcocoa: then dia call abg ipar aku n ckp harganya 2450
2:54:30 PMNani: ok
2:54:39 PMNani: pastu
2:54:50 PMhotcocoa: oklah, since harga tu still dlm bajet
2:55:11 PMhotcocoa: so sampai2 je kitorg kt kluang ahad tu, akak aku campak aku kat umah
2:56:04 PMhotcocoa: dia terus bawak jiran aku ni (cik zah) pergi umah kepala ajk korban ni utk bayar duit
2:56:58 PMhotcocoa: sampai2 situ, tetiba dia suh tambah lagi 50 as duit transport
2:57:23 PMhotcocoa: tak kisah la kan, 50je..lgpun apa la nak bkira sangat bnda mcm ni..
2:58:01 PMhotcocoa: ok dh setel sume, tinggal tunggu for korban the next day nye lah iaitu hari raya haji
2:58:29 PMhotcocoa: pagi raya tu, kitorg sume bangun subuh n aku tgh panas2 kan lauk kt dapur, sekali ada org dtg
2:58:49 PMhotcocoa: pukul 6lebih dtg umah org ok
2:58:54 PMhotcocoa: aku tkejut gak
2:59:21 PMhotcocoa: ada la kepala ajk korban ni (tn haji), and 2org pakcik + cik zah
2:59:33 PMhotcocoa: dia nak jumpa abg ipar aku
2:59:50 PMhotcocoa: aku malas nak layan la, psl aku mmg tak suke tn haji tu, koya2 bagus sangat
3:01:37 PMhotcocoa: pastu dia bgtau abg ipar aku 'ni, lembu nazir (abg ipar aku) mati dalam lori masa nak bawak sini. jadi dh tukar dgn lemb baru tapi kene tambah 400 lah'
i'm a girl, a woman, a daughter, a friend, a babe.i love fashion, i love makeup, shoes, bags, foods, just name it. i got so much to give and would be nice if i can have some..
I'M SOOOO ME ;)