CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

live from hyatt kuantan

hi darlings, i'm blogging live from hyatt kuantan


korang terkejut?? aku pun terkejut nok, buat plan pukul 2 pagi semalam, pukul 10pagi tadi aku dah gerak ke kuantan. malas aku nak pikir banyak2..kalau pikir sangat mesti tak jadik kekdahnye kan

aku pegi dengan ida je..cuba mengajak beberapa goddess lain, tapi paham-paham la goddess harus menjadi rebutan oke. takpe2, aku paham

on the way

sampai hotel dalam pukul 1 sebab kitorang memang menikmati scenery. sejuk kau hiway pantai timur tu. aku jakun la kan pestime lalu hiway gi kuatan. lama oke tak pegi sana..last tahun 2002 kot..masa tu dah ada ke hiway tu hah?

hyatt regency kuantan

aku yang gile serabut

my lunch

view from my balcony

sesampai je terus check in makan, and lepak2 jap, lepas tu petang sikit pegi laut pulak. mintak mahap aku nak mandi, mak aku dah pesan jangan mandi laut. 18 kali di pesan sebab skang kan musim angin kuat, dia risau sangat laa..dah macam pesan kat budak darjah 2 je gayanya. 'jangan mandi laut' lepas tu 'tepi laut pun jangan pegi' what the? 'ingat tau jangan pegi mandi' aku dah nak marah ni, dah macam berzikir pulak mak aku. 'jangan..'

terus aku jerit, 'maaaaa!!!!'

amboi amboi amboi macam anak derhaka je gaya aku kan? xde lah, aku cuma nak bagitau mak aku cakap sekali sudaahh

fine, aku tak mandi laut pun. tak pepasal kene sumpahan mak aku ke kan. satu hal pulak. lagi satu sedar2 la kulit aku ni lagi sikit je melayakkan aku masuk bangsa tuuut, jadi tak payahlah kau berangan nak mandi laut tu sume. panas oke..baik2 ada la sinar kecerahan, terus gelap macam underworld je kang

so ida je mandi..pandai2 la ko mencorakkan diri kau kat laut tu, aku terbongkang sambil berselimutkan tuala kat pondok tepi laut tu. hehe

ida

beach

lepas tu balik bilik, layan tv pulak..then lepas mandi2, aku lepak sat kat balkoni smbil buat entry ni..

mlm ni tak tau lagi aktiviti apa..maybe berehat2 sahaja, sebab main purpose memang nak berehat je pun.

ok dah, aku nak letak gamba

mmuah!

-xoxo-

Friday, January 30, 2009

i'm back..healthier

aku dah sihat!! alhamdulillah, syukur sangat its just demam biasa. punye lah aku takut kot aku kene denggi ke apa kan. aku siap pack baju kau tau, takut2 kene tahan kat wad, sape lak nak pack kan baju aku


lagi pun kalau pack sendiri, puas ati aku. pasal aku tau ape yang aku bawak

meh aku buat chronology demam aku

27/1/09 - still kat umah mak aku, tapi aku dah rasa tak sedap badan. makan panadol 2bijik. mak aku suruh rest..tp aku gigih basuh baju and sidai semua. motif rajin??

petang tu aku balik kl..sakit semua sendi2 aku ni haa. memang tak larat

sampai umah, makan lagi panadol 2bijik..terbongkang. esok keje oke

28/1/09 - bangun pagi badan aku still panas, joints dah tak berapa sakit, tapi rasa letih. still aku gigih pergi keje. maklumlah last week aku dah MC. kau gile nak MC lagi, tak pepasal bos aku jadi MC Hammer nanti

sampai ofis, minum air masak dengan Bun kacang merah. by pukul 10, kepala aku dah pening gile. tekak dah rasa loya semacam. rasa nak termuntah.

maka bermulalah lawatan cik kiah ke toilet selang 5minit.

muntah2 sampai takde benda nak dimuntah kan..keluar semua bun kacang merah aku, tengok benda alah tu, makin menjadik la muntah aku. cramp oke perut. hamik kau nak sangat perut flat, memang flat screen perut aku haritu. puas hati??

bibir and mulut kering gile sebab asyik muntah je, plus badan panas

12pm : bos aku dah perasan aku rupa aku macam ayam berak kapur..mana taknya, setiap kali aku muntah, aku cuci muka..lps tu takdenye lah aku nak tacap, kirim salam..buat membazir je, sebab aku tau kejap lagi mesti ada 2nd, and 3rd round punye muntah

maka harus lah pucat lesi muka aku

bos : u r not well is it? hotcocoa: yup *pendek je aku jawap, kalau panjang2 dah macam orang sihat pulak kan, cakap banyak*

bos : if u r not feeling well, then u can go back early today hotcocoa : ok

mak hepines nok bole balik awal, tapi aku gile pening memang tak boleh bergerak langsung. macam2 dah dalam pala otak aku ni, denggi ke, chikungunya ke, mengandung ke eh?? haha..xde oke.

tp aku dah terpikir matilah aku kalau mengandung macam ni, muntah2 pening ni semua..takde eh orang yang tak kene morning sickness?

aku tido jap sebab memang tak larat nak bergerak..by 4pm, aku balik nek cab.rm15 hengget org tu caj aku. babis..

licin aku makan, perut kosong gile oke

sesampai umah, aku order bubur McD, nugget and orange juice. hamik kau rm18 hengget pulak aku kene. pas makan bubur, aku tido..bangun dalam pukul 8, badan aku burning hot! tekak memang perit gile..aku nangis la kan, ape lagi ;p


paralyzer call, tanya aku ok ke tak. aku cakap tak. dia tanya if aku boleh tunggu dia balik keje pukul 12, dia bawak pegi klinik. jangan cakap banyak la kan, orang nak angkut gi klinik kire dah bagus. so aku ok kan je. first aku pack baju, kalau2 aku kene warded. sebab aku ingat nak gi HUKM. lepas tu aku trim skit kening aku, pasal aku pikir kang duduk wad lama2, mana sempat nak trim kening. kot la bos aku melawat, pitam pulak tengok kening aku macam shin chan *sempat lagi tu pikir pasal grooming*. lepas tu aku mandi


tunggu nak gi klinik, mata bengkak

kul 12lebih sikit, paralyzer bawak aku gi klinik..mata aku dah bengkak semacam. dia tu kalau tengok aku sakit, bukan nak kesian kat aku. lagi dibebel nye 'tu la, orang suruh pegi klinik petang tadi, tanak pulak' bla..bla..bla..isk bingit. aku tampa kan jugak kejap lagi kang

dia kata takyah gi HUKM, gi je klinik kat taman tenaga yang dia selalu pegi. dia suh aku mintak injenction? sorry aku nak mintak hazab tu oke, saje nak carik sakit pesal ape pulak kan? makan ubat sudahh

masuk2 dalam bilik doc

doc : sakit apa ni hotcocoa? hotcocoa : demam la doc, dah 2 hari doc : ok
sambil contiang2 atas kertas, pastu amik termometer, tepek kat dahi je, takde nak masuk2 mulut macam zaman dulu tu

doc : panas badan awak ni 39 dekat 40, bukak mulut sebut aaa hotcocoa : aaa *sambil ngaga..tp aku aaa tu sekejap je, sebab mcm org gile je ok..bole je nganga tanpa bunyi kan?*

doc : bengkak tekak awak ni. ada muntah? sakit perut hotcocoa : hari ni memang muntah2 dari pagi kat ofis tadi, perut tak sakit. tp cramp sebab kerap muntah doc : pegi keje ke harini? kuat keje ye

hotcocoa : *tahan gelak..hotak hang aku kuat keje* saya risau saya ni kene denggi je doc

doc : dah berapa hari demam? hotcocoa : 2hari doc : awal lagi kalau nak detect denggi. lepas 48 jam ni kalau demam tak elok lagi. boleh datang untuk buat ujian darah ye. sekarang ni awal lagi. yang penting makan ubat yang saya bagi ni dulu. saya bagi awak MC untuk esok ye, rehat kat umah. tak payah kerja *ewahh, macam kau pulak bos aku* boleh ambik ubat kat luar ye *ni maksudnye dia nak suruh aku keluar dari bilik dia la ni, sebab dia tengok aku tercongok macam patung buddha kat kerusi tu kan*

hotcocoa : ok, thanks doctor

keluar and duduk kat kusi..aihh berpinar-pinar bijik mata aku

paralyzer : doc cakap apa?

hotcocoa : demam, tekak bengkak

paralyzer : inject tak?

hotcocoa : ........................tak

paralyzer : tengoklah tu, orang suruh amik injenctin tanak dengar. kepala batu
*pot pet*

boleh tak??? motif nak marah2 aku??

hotcocoa : *menangis hahaha, drama tak aku? stendet ah, babak macam ni kene ada airmata baru real*

paralyzer : nape nangis lak ni..dah2 saya cakap je, bukan marah pun *serba salah hahaha..* saya belikan makan k, awak nak makan apa

hotcocoa : *geleng2..protes beb, mogok lapar*

paralyzer : kenapa tanak. makan la sikit..kan nak makan ubat. nak makan tak?

hotcocoa : *angguk2..heiii, nasib baik la diri sendiri, kalau diri org lain memang dah menyinggah penampar sulung aku* nak nasi goreng

so dia pegi beli..5minit pastu, nurse panggil

nurse : hotcocoa

*aku pun berbondong-bondong ke kaunter ubat*

nurse : ok ni ubat ,makan sebiji lepas makan 3 kali sehari, yang ini makan 2 biji 3 kali sehari, yang ini makan siang je...yang

hotcocoa : ehh..jap2, tulis boleh tak?
*sambil buat muka apebenda-kau-cakap-ni setannn*


nurse : dah tulis kat sini. ok semuanya RM79

hotcocoa : RM29??
*gile murah klinik ni*


nurse : RM79 *agak menjerit. keji*

hotcocoa : owh

then balik terus..aku makan sikit je, tak selera. then makan ubat. zzzzzzz


29/1/09 - next morning, aku bangun..jeng, jeng, jengggg badan aku dah tak panas, tekak pun dah tak sakit langsung oke! suke, sukee..

tapi dah ada MC kan, duk umah la, ape kes nak pegi keje. tak rock la kan?kan?

sudahnya keje aku makan, makan ubat, tidooooooo. makan, makan ubat, tidoooo..kalau tak sihat jugak, memang nak kene sepak jawabnye

so arini aku masuk opis dengan bersemangat waja terus berusaha. selera makan belum ada sangat, tp aku makan jugak sikit-sikit sebab aku kene abiskan antibiotik tu. demam 2 hari, aku drop 2kg oke. amik kau nak kurus sangat kan?? tp tadi kak sha cakap 'awk ni kurus sangat la'

pulak dahhhh. isk *tarik-tarik rambut*

anw, thanks to my darlings yang sms me masa aku demam kat umah. and to those yang suruh aku gi klinik buat checkup etc, suruh aku makan, tak bagi aku main hujan ;p, and also to those who dropped emails and comments thanks so much, u know who u are. luv u darlings

-xoxo-

Wednesday, January 28, 2009

not well..

harini dah masuk keje balik..dan, aku demam! bole? asal aku nak start keje lps cuti panjang je mesti aku demam. sakit siyal sendi2 aku..pagi tadi aku hampir-hampir pegi keje naik cab sebab aku malas nak bergerak banyak2

kan bes kalau ada driver..sape nak jadik driver aku weh?

ikut ati aku malas je nak pegi klinik..aku telan je panadol actifast yang melambak kat umah tu. sekali Elle suh aku check cepat, kot2 la denggi or chikunguya

owh..dah dekat 4kali aku muntah :( gile lembik badan aku..bos aku suh aku balik, tp mslhnye aku nk bergerak pun takde daya ni ha..

jap lg aku balik lah..and maafkan aku, aku terpaksa order bubur McD

miss u darlings~

-xoxo-

Thursday, January 22, 2009

ho ho ho balik kampungggg..hati girangggg

petang ni aku balik kampungggg!!

please take note bahawa aku bukan berbangsa cina.

harini aku keje halfday je, petang aku dah berambus. so kau ingat aku ada mood ke nak buat keje? tak ada oke..tapi sebab aku tanak kene buang keje *sekarang ekonomi gawat.. ye ke? aku tengok ramai je orang dalam butik Coach KLCC* aku buat je la apa yang patut..walaupun aku m a l a s.

eh, aku lupa nak order makanan dengan mak aku laa. takpelah, aku yakin semua masakan dia akan menyebabkan aku gemuk sepanjang cuti ini. aku dah standby bawak balik jeans yang aku beli salah saiz dulu..

cakap pasal order, semalam bapak aku sms 'EJAAN ORDER KE ODER'

pastu aku reply 'ORDER'

dah kenapa pulak bapak aku ni..

semalam aku packing2 bag nak balik kampung, pastu tiba-tiba aku fikir..isk, baju aku dh banyak mcm ni, nnt kalau dah kawin..baju laki lagi, baju anak, susu, pampers. oh, no wonder la abang aku kalau balik umah mak aku bawak suitcase, gile over..pdhal duduk 2hari je..baju dia macam nak duduk umah mak aku sampai tahun depan

ok, satu cerita kelakar, kalau kau rasa tak kelakar nasib kau lah kan. masa cuti krismas December aritu. sume adik beradik aku balik kampung, iaitu umah mak aku. kakak aku pun bawak suitcase gak, baju dia 4beranak dia sumbat dalam satu suitcase. bukan itu yang kelakar oke, belum sampai lagi

then one day, kakak and abang ipar aku turun makan and gelak-gelak, especially kakak aku. lepas tu dia cakap 'along nak keluar jap lah..nak pegi shopping sikit' aku sukeee, dah tentulah aku nak ikut

lepas tu diorang berdua gelak lagi. sangat aneh ok..then mak aku tanya

ma : nak shopping apa?

along : *gelak-gelak* nak beli spender nazir la ma

ma : ha?

along : along lupa packing spender nazir, dia takde spender dah ni..tu tengah pakai spender along

gile babi kitorang gelak

abg nazir : dah la kaler pink ni

bodo oke..lagi la aku tersembur kan

abg nazir : nasib baik su (along) bawak spender besar2, kalau bawak g-string??

tu la kakak aku cakap, abg ipar aku suka sangat panggil spender dia panties, maklumlah kat umah dia, dia sorang je lelaki..dah sume panggil panties, so dia pun bantai panggil spender dia panties. contoh : su, mana panties abang?

amik kau, betul-betul ko kene pakai panties. nak sangat kan? ahahaha..sumpahan si pitung

bos aku dengki pasal aku nak cuti, maka bagi aku banyak keje, keji gile perangai

btw, en Finance di Kulim, saya tak hafal benda yang saya courier oke ;p dah dapat tu kire bagus la kan??

dahhh devdas ni sibuk lah!!

happy holiday darlings.mmuahh!!

-xoxo-

Tuesday, January 20, 2009

aku kuat makan

first of all, things is not ok between me n fish. dah, jangan tanya lagi. kang kalau aku bercerita, mau setebal kamus dewan bahasa dan pustaka.

2nd, sila lah klik link ini http://hotcocoachic.blogspot.com/2009/01/perfumes.html, to see my latest stock, as at 20/1/09

been bz yesterday, tak sempat aku nak update blog. monday aku mc sebab aku malas pegi keje. hehe..tak laa, aku demam sabtu tu, so terbawak-bawak sampai ahad, sebab tak reti nak duduk diam kan. menggelinyang ke sana ke mari.

pagi2 aku bangun nak pegi keje, punye la sakit perut aku. lepas tu boleh pulak doctor tu kata aku gastrik. tak kisah la, janji aku dapat MC

jemaat aritu lepas balik keje, tekak aku gatal pulak nak makan ciken wing..kalau ciken wing, aku takkan salah beli oke..mana ada wing lain dijual kan. kecuali cd dan vcd karaoke kumpulan wings. kalau fries and ubi kayu tu memang agak confusing ape. kan?kan?

so aku beli 4 ketul ciken wing dan goreng sendiri di rumah


perangai tak senonoh, makan atas katil..mampos kalau mak aku nampak

pastu aku membibik-kan diri kemas bilik. lap2, mop2, sapu2..pehal bilik aku cepat habuk ah? tensen betul aku..

baru je aku nak landing membuta, paralyzer ajak gi makan. aku ok kan je, sebab selagi aku kata tanak ikut, ko ingat dia akan berenti sms aku? jangan harap lah kan, so pegi kg baru. tak pasal-pasal aku terjebak makan nasi.

balik2 terus membuta oke..lepas tu ada hati nak bebel gemuk kan. macam haramm

sabtu pepagi kul 9 aku dah bangun keluar gi ampang teman paralyzer betulkan kereta. eh, pehal aku mcm selalu je dengan dia skang nih kan? oh, mungkin kerana kami bosan takde kawan or couple so terpaksa hangout bersama

punye panas aritu, tengah hari tu aku demam. so balik umah, telan panadol 2 bijik..zzzzzzzz

kul 6 aku bangun as ida ajak aku gi lepak lecka lecka. gigih la kan aku dalam demam-demam tu. so aku pun masuk bilik air nak mandi..

then aku nak keluar sebab lupa nak amik ape tah, aku bukak pintu toilet, tak boleh ye!! aku adalah terkunci didalam bilik air!

tengkorak betul..pejadah terkunci dalam bilik air, bukan aku boleh buat ape-ape.

yang lebih musibat ialah bila pintu bilik aku pun aku kunci before masuk toilet! macamana la org nak selamatkan aku??sib baik toilet aku ada tingkap yg tembus kat balkoni. so aku jerit la panggil nurul suruh pass kan screwdriver dengan playar. eh..mcm tu ke eja benda alah tu?ah, buat2 je macam paham ok

berpeluh sejuk jugak laa aku menggodek tombol bongok tu..

barulah aku rasa tak sia-sia aku menanguk depan tv tengok McGyver masa kecik-kecik dulu. dulu rasa macam hensem sangat je mcGyver tu oke, dah la terer kan. kau campak lah mana ceruk pun, tau je dia nak selamatkan diri. bijak nak mampos..

tapi sekarang bila tengok balik, aku rasa nak lempang la pulak sebab menipu je kejenye kan

berjaya jugak aku bukak tombol puaka tu akhirnye..mandi n siap2 and pegi lecka lecka, makan eskrem lagik tu..tak sedar diri demam. sembang-sembang pastu kitorg gi tengok wayang, cerita Four Christmases. ok jugak la...

lepas tu melantak lagi kat OldTown White Coffee..mee kari ok pada pukul 2pagi. komfem minyak kari tu straightttttt dont belok-belok pegi kat peha aku.

nampak Zizie Ezette..pompuan tu kurus je sebenarnye oke, dlm tv nampak berisi..and ada la artis2 lain yang aku malas nak amik port

sekali lagi, balik dan terus membuta setelah kekenyangan..

p/s :entry tak bergambar la darlings..lately sgt malas mengambil gambar..donno why

-xoxo-

updates- perfume

darlings, pls check out my new stock :)

http://hotcocoachic.blogspot.com/2009/01/perfumes.html

-xoxo-

Friday, January 16, 2009

take a break

aku dah menerima 2 undangan untuk bersuka ria selepas waktu kerja hari ini

1. bersama Elle kat klcc. lepak starbucks or dome. alamak, starbucks??? ok2, dome *aku ulang ayat Elle..ekekeke*

2. menemani ibu mengandung mencari baju baru sebab semua baju sudah ketat di perut, obviously.

tatapi adalah malangggg sebab aku tak tau if i can make it, sebab aku banyaaaaaaak kilija.

benci, benci, benciiii

balik kerja je penat, penat dan penat..ko tau lah aku ni takde keje pun aku penat. ni bila dah ada keje, ko bayangkan berganda tak penat aku.

aku tak tau lah bila aku kawin nanti macam mana. kalau macam ni jugak, mungkin kuali dan periuk akan terbang ke muka aku selepas ulangtahun perkahwinan yang ke-3. well, mungkin masa tu pun memang muka aku dah lebar seperti kuali dan bontot sebesar periuk.

dem, nitemare oke!

tengahari tadi aku makan tomyam manis. aku lempang tukang masak ni kangg. mungkin dia nak bubuh garam, tapi tersilap so letak gula.

komfem kencing manis makan tomyam ni oke. ko penah dengar org kena kencing manis lepas makan tomyam? memang kalau sampai tang aku, mesti kejadian pelik je yang berlaku

mungkinkah aku ini sebenarnya Heroes? chopp!! aku nak jadi Micah *tetiba*

tapi aku makan jugak laa..ape yang penting? kerjeeeeeesama!! yang penting kenyang oke

sebab ari2 jemaat ni aku teringat pulak kat orang-orang Palestin tu. diorg kalau nampak tomyam aku ni, mau berebut-rebut semua kan T_T

esok Fish datang kl..sebab ahad dia nak pegi register untuk kursus kat Sepang. am i excited? entahlah, kadang-kadang aku rasa i dont feel the spark anymore..

gile ke aku ni? baru 3 bulan oke..

maybe sebab i'm just tired missing him, that i dont miss him anymore. or sebab aku rasa i'm trying my best but he's just standing still.

when he say 'i tak tau sangat nak tunjuk i sayang, tapi i sayang' that doesnt mean kau tak payah buat apa-apa. takkan aku memanjang nak assume 'dia sayang aku, cuma tak reti nak tunjuk je' ingat aku ni saiko ke apa? and i dont need the perfume, the phone, the ipod or watever..attention is more than enough

and when he say 'i tak suke bergayut ni' . oh, please, me too ok!! but still we need to communicate kan? for god's sake i fucking hate SMSing with u! we shud talk, not sms.

i want to hear u, not read u my dear..*sigh*

and selepas aku berterus terang pun, still dia begitu, what can i do?

makan dalam siyal..kenapalah bercinta itu susah? amik linear algebra yang aku fail 5kali tu pun aku rasa lagi senang.

ok aku tak tau ape masalah aku, statistics and calculus yang susah tu aku boleh lulus dengan cemerlang tapi algebra yang senang itu a.k.a subject first year oke di ulang firsttt yearrr, aku asyik gagalllll jek.


sama ada lecturer tu suke kat aku *nak tengok aku every sem* or aku memang bongok *ini yang sebenarnya*

sudah, aku nak buat keje

-xoxo-

confession

aku nak buat confession..

ari rabu aritu aku beli err...MAGNUM


sebab aku dah takde duit

masa aku nak beli tu, aku teragak-agak jugak laaa..pasal ini first time oke

rasa bersalah pulak...isk

tapi aku nak tryyyy...nakkkkk.ok aku tau perangai keji

lama oke aku berfikir kat situ, nak beli, tanak beli, nak beli tanak beli..arghhh

ok2, aku berjanji pada diri aku aku beli ni sekali je, lepas ni aku takkan beli lagi..betullll *sambil angguk2 kepala*

so aku pun beli..dengan perasaan bercampur- baur

mati kalau mak aku tau ni. cakap takde duit nak makan nasik. tapi bole pulak ko beli MAGNUM kan??

ah, tak guna hendak menyesali perbuatan sendiri, dah beli pun kan?

hmmm..



;p

first time aku makan eskrem ni. memang takkan beli lagi, tak sedap dan harga adalah mahal, RM3.80! baik aku makan sundae McD, RM3 sahaja..


opss..takleh makan McD

-xoxo-

kenapaaaaaaa

kenapalah celaka ini? aku nak upload gamba tak boleh!!!!!!!!!!!

-xoxo-

Wednesday, January 14, 2009

American Idol Season 8



American Idol is back!!wajib tengok. nak kata aku ni diehard fan tu tak la, tapi 1st show kene tengok, supaya aku boleh set siapakah yang disukai dan dibenci oleh aku

like season lepas aku awal-awal lagi dah suka sama itu David Cook. kacak nak matiii..tambahan dengan suara husky dia itu, wahhh sangat menitiskan air liur. his version of billie jean adalah super best oke

hensemmmm *menggelupur*

even masa final i'm torn between Cook and Archuletta sebab dua-dua suara best gile kan. tapi sebab aku ni pantang tengok orang hensem, dah tentu aku nak David Cook menang. tapi takde nye aku sawan nak vote bagai oke, tengok sudahh

so dont forget darlings, tonite premiere on Star World at 6pm, prime time repeats at 8pm. cewah, macam Ryan Seacrest lak aku kan?ahahaha..

-xoxo-

perfume updates

darlings, i've updated my perfume stock, please check it out! :)

klik http://hotcocoachic.blogspot.com/2009/01/perfumes.html

-xoxo-

Tuesday, January 13, 2009

i just need to talk..or type maybe?

bila bos ada = bosan

bila bos tak ada = bosan

dah bila nya yang aku tak bosan?? oh, bila dapat gaji..tapi bosan jugak, sebab lepas bayar itu dan ini, sudah tidak cukup dan terpaksa menunggu gaji bulan hadapan, BOSAN!

tetiba aku macam insaf..aku ni bosan pada benda tak perlu je, contohnye

bosan lah pakai baju ni, nak beli baju lain lah *padahal baju bersamaan dengan muatan 2guni beras*

bosanlah makan kat sini, asyik2 lauk yang sama

bosanlah duduk umah, jom jalan-jalan. zoom malaysia

bosanlah pegi hospital kerajaan ni, kene tunggu lama. kite pegi private lah

bosanlah doktor ni asyik-asyik bagi ubat ni. tak payah makan lah

mcm mana lah orang-orang kat palestine tu kan

diorang tak cukup pakaian..baju-baju yang kotor, yang berdarah tu la yang diorg pakai hari-hari

diorg tak cukup makanan, kadang-kadang sarapan tu lah makan tengahari dan makan malam diorg

diorg tak ada rumah..runtuhan bangunan lah tempat diorg berteduh

diorang tak cukup hospital..untuk menampung mangsa-mangsa perang

diorg terputus bekalan ubat..ramai yang tak dapat diselamatkan

fine, aku dah tanak cakap bosan lagi..

i had this drink emm..bile tah aku tak ingat

tau tak nama dia apa?


no, bukan Liza oke! nama dia I Miss U Lemonade :)


kekdahnya air peach je tapi ada gas. pastu aku tengok dia ada letak bijik ape tah, aku tengok macam bijik tembikai pun ada. takde la aku buat gila nak makan benda alah tu

masa aku kecik-kecik, kalau makan buah oren mak aku selalu cakap 'jangan makan bijik dia tu, kang tumbuh pokok atas kepala'

punyalah menangis engkau kalau tertelan bijik dia..ye la, takut pulak ada pokok atas kepala aku kan. nanti sape nak kawan dengan aku. tapi lepas tu aku fikir bagus gak, senang aku nak makan buah, petik je atas kepala.

bengap semasa kecil dimaafkan oke.

-xoxo-

6,7,8..8 lagi!

dah 5hari aku tenyeh vitamin E tu kat muka. dalam aku rasa bersalah tu, aku pakai jugak la, dah beli oke, xde aku nak pegi carik yang lain. banyak pulak duit aku kan?


mslhnye instead of moisturize muka aku, muka aku mengelupas pulak. waddehel? tapi mild peeling je, nani cakap normal, healing crisis katanya, nak buang sel kulit mati. mana lah tau dia nak kopek kulit muka aku ni, pastu rupa aku jadik macam Eva Longoria..ha, tak makan ati kau??

hari sabtu aritu aku bangun awal oke, kul 8.30am! lepas tu aku try tidur dah tak boleh. so bangun, mandi cincai-cincai, aku pegi carrefour. staff dia pun baru nak bersih-bersihkan taik mata, aku dah terpacak kat sana.

niat aku nak beli extension plug tu, bole tak yang aku ada tu rosak secara tiba-tiba masa aku tak ada duit. keji je kan? kene jugak la beli, takkan aku nak share 6plug kat satu port kot. ada je aku berambut afro secara percuma nanti

opocot! *kene karen*

so aku amik la yang ini, kene test dulu pasal kalau takleh pakai satu hal pulak aku kene datang tukar sume. itu satu hal la kan, tapi mau nye aku maki sebakul dulu..masa pompuan carrefour tu test2 hewan tu, mata aku melilau la..tiba-tiba aku nampak sesuatu yang menarik, terus aku menyangkung kat tempat tu dalam 15minit, menggodek-godek dan akhirnyeeeeeeeee...

aerobik!!

terkinja-kinja lah aku depan tv balik dari carrefour tu. penat sial. berpeluh-peluh jugak la aku yang susah nak berpeluh ni..tu la yang buat aku malas nak bersenam ni tau, orang lain baru gerak-gerak sikit dah berpeluh sakan. aku yang siap dah goyang gerudi semua ni, peluh adalah setakat lap dengan sehelai tisu sahaja. sangat menyakitkan hati. aku suka aerobik yang style dance macam ni. kalau setakat yang macam lompat bintang tu, baik aku buat aerobik sendiri

amik kau hari ahad tu aku bangun pagi, tu diaa sakit nak mampos kaki aku. tegengg urat-uratnya pakkk. terus aku melepek diatas katil sehingga pukul 2pm ;p

-xoxo-

Monday, January 12, 2009

P.E.R.F.U.M.E.S

Stock as at 20/1/09

Women

Annick Goutal Petite Cherie edp 100ml - rm365 (booked!)
Burberry London Special Edition edp 100ml (tester) - rm200
Bvlgari Rose Essentielle edt (tester no cap) - rm160
Escada Into the Blue 75ml - rm165 SOLD!
Elizabeth Arden True Love 100ml + 100ml body lotion - rm140 SOLD!
F for Fascinating edt 90ml (tester) - rm180
Guess Gold 75ml (tester no cap) - rm140
Incanto Heaven 100ml - rm180
JPG Madame edp 100ml (tester) rm210.. New perfume!!
Jlo Deseo 100ml - rm180
Kenzo Amour 100ml (tester) -rm160
Kenzo Flower edp 100ml - rm200 (booked!)
Marc Jacobs Daisy 100ml - rm230 2 bottles HOT Perfume!! Both SOLD!
Paris Heiress 100ml - rm140 SOLD!
Ralph Blue 125ml (tester) - rm200 2 bottles! SOLD! 1, left 1 more discontinued already.. kalo sold out x de lagi pas nie
Ralph Lauren Cool 100ml - rm185 HOT Perfume!! SOLD!
Stella edp 100ml (tester) - rm200
Vera Wang Flower Princess 100ml - rm250 (booked!)

Men

Azzaro Chrome 100ml (tester no cap) - rm140
Antonio Banderas Blue Seduction 100ml - rm150 (booked!)
Burberry Brit 100ml (tester no cap) -rm150 (booked!)
Bvlgari BLV 100ml - rm180 HOT Perfume!!
CKIN2U 150ml - rm170 .. huge size!! (Booked!)
CK Euphoria 100ml + Deo stick + 15ml miniature - rm230 SOLD!
Dunhill Blue 100ml - rm150 HOT Perfume!! SOLD!
Dunhill Man 75ml - rm160 SOLD!
FCUK 100ml - rm150 not selling in Malaysia anymore!
JPG Le Male 125ml (tester) - rm200 HOT Perfume!!
Ralph Polo Explorer 125ml - rm220 (booked!)
Ralph Polo Explorer 75ml - rm160


NEW STOCK COMING SOON

Men

Burberry London 100ml (tester no cap) -rm150
Burberry London 100ml -rm180 (booked!)
Dunhill Blue 100ml - rm150 HOT Perfume!!
Mont Blanc Starwalker 75ml - rm180 HOT Perfume!! (booked!)

Women

Jlo Glow After Dark 100ml - rm150
Lolita Lempicka 100ml edp - rm210 not selling in Malaysia anymore!
Lancome Miracle 100ml - rm230
Salvatore Ferragamo Incanto Heaven edt 100ml - rm180
Vera Wang Princess 100ml - rm230 (booked!)

-xoxo-

:its all about business:

dear darlings,

after a few consideration, aku dah buat keputusan, aku nak jual perfume secara online! :) so please spread the word dikalangan rakan-rakan, ahli keluarga, jiran tetangga, makcik cleaner, makcik kantin, drebar bas dan teksi, sesapa je lah oke panjang pulak kalau aku nak sebut semua. kalau korang kenal Pak Lah, suruh dia beli perfume dengan aku je oke, jimat sikit..


Info
We have more than 2000 kinds of Perfume from all brands. All of our Perfumes are Guarantee Original, NOT Defected Or REJECTED Item. Our Products are directly Imported From Overseas( US, Japan & Italy)

- xde nye ori reject ke, rampas kastam ke..bukan oke. memang 200% original. guaranteed

Product Infos
There are 2 kinds:

Normal Packing
This Perfume is 100% as you can get from Counters in any Department Stores. But I’m selling with the Cheaper Price

Tester Packing
Facts About Perfumes Tester

Many customers have asked to explain about perfume testers in detail and here is what we say:

Testers are manufactured bottles of the exact fragrance sold at a fraction of the retail price. Fragrance companies want to promote their products and will manufacture Tester bottles to help increase the sale of the fragrance.

Tester packaging may vary depending on the manufacturers’ preferences. Some testers may come packaged in a plain white or brown box and with or without a cap. Some bottles may have “Tester or Demonstration” written on the bottle.

However it still have the brand name and Code No. These will in no way affects the overall quality of the fragrance as testers have the same composition as the regular packaged item. They have became a Hot Sell.

Buying a tester is a great way to enjoy the same exact fragrance at a great price you will love!

- aku akan inform if certain item tu tester or takde cap

Brand yg supplier saya ada such as:
  • Anna Sui
  • Bvlgari
  • Burberry
  • Britney Spears
  • Cacharel
  • CK
  • Carolina Harerra
  • Dunhill
  • Davidoff
  • David Becham
  • Elizabeth Arden
  • Escada
  • Ferrari
  • FCUK
  • Gucci
  • Guess
  • Givenchy
  • Guy Laroche
  • Hugo
  • Hermes
  • Issey Miyake
  • Jlo
  • Kenzo
  • Lacoste
  • Lolita Lempicka
  • Mont Blanc
  • Moschino
  • Morgan De Toi
  • Nina Ricci
  • Nino Cerruti
  • Paco Rabanne
  • Perry Ellis
  • Ralph Lauren
  • Salvatore Ferragamo
  • Sarah Jessica Parker
  • Swiss Army
  • Thierry Mugler
  • YSL

If your wish list is not here, u can ask me for the brand and i will quote the price for you. Jangan malu2..pls ask ok.. guaranteed way, way cheaper than counter price. and yang penting kurang manis. eh i mean ORIGINAL.

u know wat to do kan. email to me at hotcocoachic@gmail.com

ready stock akan di tempek sebentar lagi. tungguuuuu..ok, sangat poyo. sekian

-xoxo-

Friday, January 9, 2009

bebel

i dont geddit when i watch this so-called horror drama Puaka Niyang Rapik. apakah itu? hantu-hantu yang tidak menakutkan langsung oke. aku yang penakut ini pun tak takut, rilek je makan kacang dari mekah sambil menonton *wahhh belagak* kalau cerita hantu lain, harus aku dah berkelubung dengan selimut

ada satu hantu tu rupanya sangatlah annoying. seperti nak menampar jek aku rasa. yang gigi jongang berceracak tu la. rasa nak ajak gi dentist je, pasangkan braces.

yang kelakarnya, semalam Puaka Niyang Rapik tu keluar. ya ampunnnn..langsung aku tak takut oke. cumalah bayang-bayang hitam yang berambut coklat. better lagi hantu jongang tu, nampak jugak kehantuannya.walaupun sebenarnya agak menyakitkan hati

apakah artinye bila cerita hantu tidak menakutkan?

L.O.S.E.R

selamat berhujung minggu *ciyom-ciyom*

-xoxo-

macam mana nii...

semalam aku tak sabar2 nak balik keje, menggelupur jiwa raga aku tunggu 5.30..semangat nak carik vit E kekdahnya oke. kalau dah aku ni kan, mana la tau konsep bersabar ni semua


ali-alih 5.28 aku boleh sakit perut nak berak pulakkkk..takdenye aku berak 2 minit kan. last2 5.45 baru aku kuar opis.

sesampai guardian, terus aku gi tempat skincare membelek vit E. harus cari yang MURAH, paham? orang takde duit memang macam ni, nak bende bes tapi harga murah ;p

finally aku rembat yang ini..

promo pack RM25++ *tak ingat* kire ok la tu. pasal kalau loose, krim tu 19.90 and cleanser cinonit tu 15.90. haa kan ke dah banyak aku jimat. so sekarang aku dah ada 4 pencuci muka *tepuk dahi* dasar penamak!

lepas tu aku pegi tempat supplement pulak, nak cari pil pulak. haha, gigih je kan aku? ohhh mahal2, setelah aku mencongak-congak, masa depan aku kelihatan gelap kalau borong supplement ini. tunggu gaji nanti ye

pulak tu masa aku dok carik-carik barang, pak guard ni 18kali lalu lalang belakang aku, mana aku pegi dia ikut. eh, dah kenapa kau ni? kau ingat aku mencurik nye? plis oke, ko ingat aku takde duit??? ada oke!walaupun sikit je. tp kire ada la jugak kan?? bengang la aku, terus aku bagi pandangan tahap sakaratul mauuuuut kat dia. lepas tu terus tak nampak bayang dah

ewahhh kan main ko ye, dah la pendatang. aku mintak permit baru kau tau *tetiba*

kat kaunter, ada pulak mamat ni beli barang rm25.20 tapi pakai CC, marahnye aku. sebab tiba2 mesin tu jam. sib baik cashier tu muka baik ngan cakap sorry sebab kene tunggu. kalau cashier yang jenis muka macam guardian tu bapak dia punya, memang komfem dah dapat combo meal sumpah seranah *dalam hati* plus muka aku yang paling durjana.

so mamat CC tu dah blah, turn amoi depan aku ni bayar, lepas tu dia cakap 'i nak stamp'. stamp itu ialah untuk tujuan meredeem seekor teddy bear

terus aku terpikir , ada ke orang gigih nak kumpul stamp bagai tu..jenuh aihh, lepas tu dapat teddy bear je. kalau dapat beg Anya Hindmarch sebijik kire berbaloilah kan. aku nye stamp yang dapat before ni semuanya aku campak mana2 tah..xdenye aku kisah

so lepas tu aku pulak bayar, cashier tu tanya 'u ada collect stamp?' blur aku dibuatnya. tapi oleh kerana aku tanak mengecewakan dia yang dah separuh terbongkok sebab nak amik stamp tu, aku iyekan je lah. sambil buat muka eksaited.

masa aku nak blah dr cashier tu, ada dengar kakak belakang aku ni cakap 'saya nak redeem' terus aku toleh. wahhh

kau memang gigih kak oiiii. kau tengoklah, aku rasa nak sujud sahwi je bila tengok penuh 25stamp dia kumpul. muka kakak ini sangat riang setelah mendapat seekor anak beruang. tapi dia malu lak bila aku nak snap gambar dia

ok, before balik aku nak beli corn cup. hari rabu aritu aku pegi jugak kiosk tu

hotcocoa : dik, corn cup satu

adik corn : belum masak la kak

robek hatiku..takpe, aku fikir esok masih ada

so semalam aku pegi lagi kan. bab makanan tak lupe oke

hotcocoa : dik, corn cup satu

adik corn : belum masak la kak

motif???????????? otak aku dah masak ni!! apehal ko manjang nampak muka aku je ko cakap tak masak? ini sudah mendatangkan marah!

hotcocoa : eh, semalam saya datang pun tak masak *kuku dan taring mula memanjang sebanyak 1cm*

adik corn : 3minit je lagi kak

dan2 kau 3 minit kan? so aku tunggu

dah siap masak, dia gaul2..itu sekali masak oke. mana nak cukup nok, 2 org beli je dah abis. lepas tu ko kene masak lagi.

yeah..barulah aku rasa hidup aku tak sia-sia

so semalam before tido, aku guna la cleanser ngan krim vit E tu. apsal bau macam minyak attar bapak aku je?

tiba- tiba kan aku ternampak ini


matila, macam mana niii..agak-agak kalau aku pulangkan balik, adakah aku akan ditembak seperti orang-orang di Palestin??
abih la Tun tak sayang aku. waaaaa

-xoxo-

Thursday, January 8, 2009

S.O.S

eh, umur bape ek dah kene pakai anti ageing nye produk? aku ni dah terlambat ke hapa?

2-3 hari ni aku tengok muka aku macam takde seri je. ecehhh..selama ni berseri sangatlah kau?!*mengeji diri sendiri*

lepas tu kan keluar macam jerawat kecik-kecik tu, aku paling benci yang jenis ni. yang macam salah pakai produk ataupun mekap. masalahnye takde pulak aku tukar mekap. sama jek dari tahun lepas, tak abis-abis mekap aku. owh, adakah sudah mencapai tarikh luput?

mana la aku nak cek expired date tu semua, selagi ada, aku tenyeh je..lagi lama tak abis, lagik aku suke kan, tak payah aku pikir nak beli baru. aku rasa membazir je kalau beli mekap ni. kalau boleh aku nak beli sekali je, pakai untuk sekarang dan masa hadapan

gile kedekut

lepas balik keje semalam, aku belek muka aku kat cermin. tak sanggup tengok lebih lama, saja nak sakitkan ati sendiri. so aku cuci muka bersih-bersih, scrub, lepas tu aku pakai mask. ini pun beli tahun lepas punya ni. nampak sangat malas nak pakai kan

tunggu mask kering, peel off nye type

setelah membuat sedikit kajian *search kat google sajok* aku ni nampaknye kene carik skincare bervitamin C dan E. kene berkampung kat guardian lah jawabnye petang ni. xde nye aku nak pakai Biotherm ke, SK-II ke, SKKM ke..eh, tu nama sekolah aku. takdeeee ok, TAK MAMPU paham?

tapi tanak jugak aku pakai local nye skincare. seram siyal aku tengok muka pengasas dia, satu-satu macam The Mask. leher kedut, tapi muka tegang, pastu dagu stendet panjang 2inci setengah


bingit je telinga aku kalau dengar iklan dia kat tv tu kan

'produk anti penuaan xxx dijamin berkesan bla..bla..bla'

yelah kau berkesan, lepas 2 tahun baru discover rupa-rupanya takde cop KKM, masa tu muka aku dah jadik macam memerang.

maybelah sesuai untuk org lain, tapi aku tanak la try2 ni. komfem bila sampai tang aku, ada je yang tak kene.

aku ada perfume baruuuuuuu. hehehe

baby phat fabulosity by kimora lee simmons

duit aku dah abis. bila nak gaji ni? matilaa baru 8hb??!!

-xoxo-

Wednesday, January 7, 2009

pic and tell


ni ma n abah after keluar klia on 30Dec08, kitorg tapaukan food siap2. tahu diorg mesti lapar kan..8jam kau dalam flight. tak menggelupur? selera diorg makan, bapak aku jgn cakap lah, tak toleh kiri kanan.

anak kakak aku yg sulung, syikin. dah masuk darjah satu this year..ish, memang kejap je rasa. masa dia kecik2, aku yang jaga..esp. ms cuti sem.komfem kakak aku culik aku dari umah mak untuk menjadi bibik di kl.

ini adik syikin, nabila si gemuk.gerammm tengok gelagat dia. suara stok seksi, serak-serak basah. aku adalah jeles.

ini baju pinjam dan spek pinjam. komen nurul :

nurul : akak tau tak akak ni kurus gile?

hotcocoa : pesal pulak?

nurul : macam penagih dadah oke dalam gambar ni

boleh? tang mana yang kurus pun aku tak paham..macam ko tak nampak aku makin gemuk kan? apekah niat sebenar kau ini? nak up aku je gayanya ;p

langat..

ma again. aku belanja lunch satu family kat secret recipe. lepas tu aku sedar waiter tu salah kira, patutlah murah. haha..

cantik takkkk? itu adalah rantai panjang. aku dah lama nak beli, biasalah aku ni suka bertangguh kan. masa benda ni tengah trend tanak pulak aku menggila.

yang sebenarnya aku carik jugak before ni, tapi semuanya aku tak suke pendant dia. nampak cheap dan common. kadang-kadang aku keluar sehari, jumpa 3-4 orang pakai rantai dengan pendant yang sama. silap2 aku boleh kumpul jadikan satu team bola tampar maero attack! yeah, sommersault berpusing!! eh..

aku kan nak yang rare.hihi..so semalam sementara tunggu tailor, aku merayap la. mana reti duduk diam kalau ada duit, menggelinyang je lah kejenye. aku masuk Voir, belek2 kasut..tak bkenan, belek2 baju..lagiklah bukan taste aku..kusut aku tengok pattern dia. stok yang kalau nak pakai kene berfikir kat mana nak selit juraian ini, dan mana nak pusing tali-talian itu..so aku tengok accesories, n nmpk necklace ni. pendant dia stilettos!! unik n very me. suke, suke..

dah suke tu, kene lah beli oke..nanti kempunan, mak aku marah*wink*

sudah, aku malas nak upload gamba. sekian

-xoxo-