CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

aku kuat makan

first of all, things is not ok between me n fish. dah, jangan tanya lagi. kang kalau aku bercerita, mau setebal kamus dewan bahasa dan pustaka.

2nd, sila lah klik link ini http://hotcocoachic.blogspot.com/2009/01/perfumes.html, to see my latest stock, as at 20/1/09

been bz yesterday, tak sempat aku nak update blog. monday aku mc sebab aku malas pegi keje. hehe..tak laa, aku demam sabtu tu, so terbawak-bawak sampai ahad, sebab tak reti nak duduk diam kan. menggelinyang ke sana ke mari.

pagi2 aku bangun nak pegi keje, punye la sakit perut aku. lepas tu boleh pulak doctor tu kata aku gastrik. tak kisah la, janji aku dapat MC

jemaat aritu lepas balik keje, tekak aku gatal pulak nak makan ciken wing..kalau ciken wing, aku takkan salah beli oke..mana ada wing lain dijual kan. kecuali cd dan vcd karaoke kumpulan wings. kalau fries and ubi kayu tu memang agak confusing ape. kan?kan?

so aku beli 4 ketul ciken wing dan goreng sendiri di rumah


perangai tak senonoh, makan atas katil..mampos kalau mak aku nampak

pastu aku membibik-kan diri kemas bilik. lap2, mop2, sapu2..pehal bilik aku cepat habuk ah? tensen betul aku..

baru je aku nak landing membuta, paralyzer ajak gi makan. aku ok kan je, sebab selagi aku kata tanak ikut, ko ingat dia akan berenti sms aku? jangan harap lah kan, so pegi kg baru. tak pasal-pasal aku terjebak makan nasi.

balik2 terus membuta oke..lepas tu ada hati nak bebel gemuk kan. macam haramm

sabtu pepagi kul 9 aku dah bangun keluar gi ampang teman paralyzer betulkan kereta. eh, pehal aku mcm selalu je dengan dia skang nih kan? oh, mungkin kerana kami bosan takde kawan or couple so terpaksa hangout bersama

punye panas aritu, tengah hari tu aku demam. so balik umah, telan panadol 2 bijik..zzzzzzzz

kul 6 aku bangun as ida ajak aku gi lepak lecka lecka. gigih la kan aku dalam demam-demam tu. so aku pun masuk bilik air nak mandi..

then aku nak keluar sebab lupa nak amik ape tah, aku bukak pintu toilet, tak boleh ye!! aku adalah terkunci didalam bilik air!

tengkorak betul..pejadah terkunci dalam bilik air, bukan aku boleh buat ape-ape.

yang lebih musibat ialah bila pintu bilik aku pun aku kunci before masuk toilet! macamana la org nak selamatkan aku??sib baik toilet aku ada tingkap yg tembus kat balkoni. so aku jerit la panggil nurul suruh pass kan screwdriver dengan playar. eh..mcm tu ke eja benda alah tu?ah, buat2 je macam paham ok

berpeluh sejuk jugak laa aku menggodek tombol bongok tu..

barulah aku rasa tak sia-sia aku menanguk depan tv tengok McGyver masa kecik-kecik dulu. dulu rasa macam hensem sangat je mcGyver tu oke, dah la terer kan. kau campak lah mana ceruk pun, tau je dia nak selamatkan diri. bijak nak mampos..

tapi sekarang bila tengok balik, aku rasa nak lempang la pulak sebab menipu je kejenye kan

berjaya jugak aku bukak tombol puaka tu akhirnye..mandi n siap2 and pegi lecka lecka, makan eskrem lagik tu..tak sedar diri demam. sembang-sembang pastu kitorg gi tengok wayang, cerita Four Christmases. ok jugak la...

lepas tu melantak lagi kat OldTown White Coffee..mee kari ok pada pukul 2pagi. komfem minyak kari tu straightttttt dont belok-belok pegi kat peha aku.

nampak Zizie Ezette..pompuan tu kurus je sebenarnye oke, dlm tv nampak berisi..and ada la artis2 lain yang aku malas nak amik port

sekali lagi, balik dan terus membuta setelah kekenyangan..

p/s :entry tak bergambar la darlings..lately sgt malas mengambil gambar..donno why

-xoxo-

0 u know that u love me: