CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 29, 2008

1day to hari raya and i'm hell tired~

hi darlings!!

mak bz giler sundels..hehehe

now aku dah selamat berada di umah mak aku sayugia amat gembira dapat menambah berat badan dengan jayanya.mana taknya, aku tak bpuasa since aku balik sabtu aritu..maka haruslah kehidupan aku lengkap bersarapan bagai kan..maklumlah makan free ;p

since balik jugak,, aku sibuk tolong mk mengemas plus kuar beli barang2 sampai betis aku ni dah nak naik cramp sbb asyik bjalan..bukan bjalan berlenggang sambil menikmati keindahan alam ye anak-anak..ini adalah tahap bjalan mcm nak prektis masuk olimpik.

penattt~

maka sebab itulah aku tiada kelapangan untuk mengupdate blog aku di tambah dengan connection yang agak harammm dan mendidihkan darah Tun teja aku ini.

tomorrow is the end of Ramadhan for this year..maksudnya, lusa kita akan berhari raya! hari ini aku telah dikerah untuk menggantung langsir.adik aku tanak tolong dgn alasan aku tak puasa, padahal arini aku tak makan oke!

td aku sempat main bunga api sebatang dua dan terpaksa berenti sebab adik aku sudah mula mengugut tanak mengaku aku kakak dia..adakah sampai ketahap itu hinanya rupa aku semasa bermain bunga api?aku rasa normal je tadi..isk

aku tidak rajin utk mengupload gamba, maka lain kali sahaja ye..kira aku utang gamba la ni..

sudahhhhh..aku letih, nnt bebile aku free, aku qadha' entry and gamba ye.

mmuah2!

bye darlings!

-XoXo-

Friday, September 26, 2008

Maaf Dihulur & Dipinta :)


Buat semua kawan-kawan dan reader blog 'Makes Me Wonder', saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.Saya dengan rendah hati memohon maaf andaikata penulisan saya menyinggung hati sesiapa..saya ialah manusia biasa yang pastinya tidak terlepas dari membuat kesilapan *eh, Liar terkecuali oke, kau kene mintak maap personally kat aku - sempat lagi tu aku nak bergaduh.ekekeke*

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, hati-hati memandu dan rancanglah perjalanan anda. Selamat bergembira bersama keluarga tersayang. Doakan saya juga selamat sampai ke kampung ye :)

Especially to Raja, tahniah sebab akan melangsungkan majlis pernikahan pada 4 Oktober nanti. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Akhir kata, hotcocoa sayang kamu! :)

*hugs & kisses*

-Xoxo-

.4.D.A.Y.S.

aku adalah gile malas untuk bekerja pada hari ini *bukan hari2 ke aku malas?* antara faktor-faktornya ialah :
  1. malam tadi aku tido lambat
  2. esok nak balik raya
  3. tak saba nak balik keje sebab nak beli sesuatu.ahahaha..

aku feeling2 gembira dapat balik awal harini, sekali jangkaan aku tersasar.ciss..pejadah dpt balik awal tetiba kan?harini bukan eve!! len la klu aku keje selasa depan, tu kompem half day.

*sepak diri sendiri*

ok, aku nak kupas faktor2 aku malas harini :
  • malam tadi tido lambat
ini sebabnya berkait-kait.bukan aku mengait lah!!

balik keje-pegi city chain-belek jam-tak berkenaan-pegi jusco-tgk2 kasut-benci-pegi vincci-tgk kasut-pusing dalam tu 8kali-beli kasut (tak suka tp murah..haha, cheapskate)-tgk purse 'ah duit dah abis'-cari ATM-singgah kedai tuuut , belek2, ahhhh..suke,suke *menggelupur*-sambung cari ATM-ATM rosak!!*cilake*-cari ATM lain-jumpa ATM- beratur panjang-nmpk ATM RHB line pendek.masuk line itu.ala setakat tolak singgit (?), bukankah masa itu emas-smpi turn-tekan2 apa yang patut..tggu..ha?????xde duit?bongok lahhhhhhhhh-beratur balik kat ATM line panjang*siyal, klu tadi aku duduk diam2 kat line sini kan elok*-kuarkan duit-gi singgah bakery-pilih2 roti..haaaa?panjangnye line nak bayar.sedikit marah-beratur nak bayar-setel-mari pulang-eh, dah azan-singgah beli air-bayar-mari pulang sekali lagi-eh, nmpk magazine-grab n bayar-mari pulang!!*klu tak aku lempang,eh*-smpi umah-makan2-basuh baju-kemas bilik-lap habuk-sapu-mop-tukar cadar-sapu umah pulak-buat checklist barang nak bawak balik raya-sembang2-mandi-tido

penat oke..

pagi ni aku bgn kul 6 sebab aku tak gosok baju keje lagi and kene sidai baju yang basuh malam tadi..

point no 2
  • esok nak balik raya
kan aku sudah bilanggg yang aku ini *motif tetiba indon?* memang sukaaaa lah buat benda last minit.bertangguh-tangguh selepas itu menyesal pula.
oleh kerana banyak sgt benda aku nak buat and esok aku sudah mahu pulang ke kampung, aku tertekan dan malas nak buat keje *eh, ada kene mengena ke ni?

point no 3
  • tak saba nak balik keje sebab nak beli sesuatu.ahahaha.
ni aku suka..ni yang buat aku aku tak sabarrr nak balik keje ni.aku ada misi! refer to ayat di point no 1 iaitu : "singgah kedai tuuut ahhhh..suke..suke *menggelupur*" aku akan dapatkan 'sesuatu' itu hari ini *sambil tersengih dan belashing* apehal tah tetiba nak blushing.gile

boleh nampak tak pola kemalasan aku?point no 1 kupas panjang gile.lps tu 2 dan 3, mcm lebih baik tak payah kupas je.haha..ah, aku penat ok

semalam aku tipon mak aku..tetiba dia emo aku berpuasa sorang2 kat kl.

ma : sian anak ma sorang2 kat situ

hotcocoa: la, bukan kat Somalia punnn..banyak ha makanan kat sini

ma : ye la, tapi tak sama macam kat rumah. kalau kerja dekat sini kan bagus

haaaa..itu la sebenarnye ye tuan-tuan dan puan-puan, itu la point dia sebenarnya, nak suruh aku balik johor.

hmm..buat masa ni aku rasa rezeki aku murah kat kl.alhamdulillah..insyaallah, klu dapat offer yang bagus, mmg nak balik johor.sabar ye ma..:)

ciss, apesal aku mcm nak sedih pulak ni

sudah2, tempek gamba pulak

jaya jusco maluri

my buka puasa

i dont fancy the brand
and i dont really like the heels
tapi murah, so jgn ckp banyak bole tak?;p

the checklist..itu baru separuh jalan sahaja

nurul pun sibukkk nk tiru aku buat checklist..klu hantu ni ada,tidak adalah nak konsentret, harus ada buat lawak2 cacat

ha, ni aku dapat free sebab beli mag Female bulan ini
hidung aku yang besar ni cakap bau nye tak sedap

dah siap kemas bilik before balik kampung..so takde lah aku sawan tengok bilik bila balik kl nnt

harini tinggal nk pegi beli 'sesuatu' itu dan pack2 barang.

skang aku nak berusaha merayakan page aku ni.kene fokus.maklumlah, boleh menimbulkan kemarahan pada diri sendiri sekiranya gagal.

i'll be back darlings!
hugs~

-XOxo-


Thursday, September 25, 2008

5days darlings!!yess..5days to hari raya.kenapa?tak percaya?

korg tau kan psl produk susu dr China semua kene ban?pagi ni aku baca paper, laa..gula2 arnab feveret aku tu pun kene ban oke.isk, byk dah aku makan.nasib baik aku tidak menjadi gila ataupun cacat.eh, boleh gila ke?ah, apa2 lah

patut la sedap gula-gula ni..beracun rupanya..

aku nak check lah gula2 bantal/gula2 udang tu selamat tak..itupun dah agak berguni juga aku memakannya.isk

semalam kakak aku call, dia tny 'dh beli jam ke blum'. kan jam aku ilang dicuri si tetek besar sebelah. terus aku rasa disayangi.wahhh..kakak aku nak belikan jam *girang* aku ckp la 'belum lagi, nnt la lepas raya' ececehh..
rupa2nya dia cuma nak bgtau kat City Chain tengah buat sale.dia baru je beli jam.cehh..eh, sape yang ilang jam ni?over tau kakak aku.petang ni aku nak pegi tengok lah ;p

haa..tengok, tengokkkkkkkk!kan aku dah kata, aku baru je withdraw duit nak beli kasut raya.tiba2 aku nak pegi kedai jam pulak.dah mula lah ni..mana aku tak membebel kat diri sendiri.haihh


aritu aku YM ngn Herry, mamat ni bunny yg kenalkan.and we clicked well :)


3:12:02 PM hrkhairuddin: sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaang!!!

3:12:48 PM hotcocoa: :d

3:14:39 PM hrkhairuddin: syg tgh watpe?

3:14:40 PM hrkhairuddin: :d


3:14:45 PM hrkhairuddin: lama nye senyap!!!


3:14:58 PM hrkhairuddin: tau la ada e**an..jgn koya2 bz sgt bole tak

3:15:44 PM hotcocoa: eh helo, da lama mati oke jantan tu >:)


3:16:01 PM hrkhairuddin: eleeh...

3:16:03 PM hrkhairuddin: abistu


3:16:09 PM hotcocoa: kan da bjanji nak boikot org utara kecuali mak ko *org utara jgn terasa ye, main2 je ni :)*

3:16:18 PM hotcocoa: ada je punn


3:16:18 PM hrkhairuddin: apakah alasan anda bila anda didapati sombong dgn laki anad


3:16:20 PM hrkhairuddin: *anda

bole?ahahaha..bodo tau dia ni.kitorg telah berjanji untuk berjumpa before balik raya, tapi 'macam tak sempat je yang'.lps raya la nmpknye since kitorg akan mengapit Amir on his wedding day.


herry, aku & bunny

herry ni aku bole ngam dgn dia sebab as a friend dia memang baik.and dia as a lelaki, aku suka sebab dia bukan lelaki yang i-know-everything.he asks, and he listens..

aku menyampahlah sekiranya lelaki ni jenis semuaaaa dia tahu, sampaikan cara-cara nak buat kepala paip pun dia tahu!boleh pitam oke..lain la klu dia memang keje kat kilang
kepala paip

eh, dah apa yang aku citer psl kepala paip lak ni

kuih yg aku order utk mak aku dah dapat dan aku dah angkut dr opis bawak balik umah, tinggal kacang goreng je tak dapat lagi. and kuih tu aku dah makan dulu.siap jamu nurul & sara lagik.hahaha..gile keji perangai.tapi mak aku tak perasan kot, aku dah cover baik2 ;p


mari melihat makanan :)

semalam aku teringin nak mkn ns beriani..xde kuasa lah aku nak pergi Restoran Insaf tu kan, so aku beli kat mamak area umah aku je.tak sia-sia kerana rasanya tidak mengecewakan langsung.oh, bahagiaaa..

lepas tu sifat penamak menguasai diri, aku beli burger ayam special. kat satu stall dekat ngn lrt Maluri. mula2 ingat nak beli double special *bapak tamak* tp sebab mahal (RM4), x jadi..

nasib baik la kan tak beli. kenyang macam nak gila makan nasi beriani tu.so burger ni aku makan daging dia je, roti dia aku bagi nurul.haha,kejam.

ni kuih mak aku yang aku kerjain ;p yang len2 dah simpan dalam peti besi.

ini bukan makanan.nampak bibir aku yang pecah tu.sakittt oke.*isk tiba2 terasa buruk gile rupa aku buat macam tu*

alahh, tak buat gitu pun lebih kurang je rupanya~


esok last day keje before raya.hepi, hepiiii.lalalalala..
siyes aku dah tak ada mood nak buat keje


raya is just around the corner darlings! *kisses*

-x0XO-

Wednesday, September 24, 2008

hoi orang2 kampung, 6hari lagi nak raya!!!

1. aku adalah marah sebab mula2 tadik tiba2 macam tak bole login blog ni.dia suh enable cookies pejadah tah.apa cookies2 ni?aku tau la nak raya..lgpun cookies tu mak aku punye oke.klu aku yang punya, bole la aku bagi sebotol.

ahhh..merepek.

2. bila dah boleh login, sekali lagi aku menjadi marah kerana visitor counter kat tepi tu tidak berfungsi lak hari ini.tak keluar apa2.adakah kerana aku tidak berupaya untuk login tadi?aku dh godek2 apa2 yang patut dan yang tidak patut, tp mcm kesiyal jugakkk.

3. kemudian, aku semakin marahhhh bila aku masuk satu forum nih, sume menayang sepatu raya mereka, and setiap kali aku withdraw duit nak beli kasut, aku end up beli benda lain!!tahik laaa..gile tak fokus aku ni

huh~

ok2 ada satu lagi yang menambahkan amarah aku. aku benci gile kalau orang nak menjudge aku sedangkan dia haram tak kenal aku.setakat kenal gitu2 je la..

oklah, oleh kerana aku ni kadang2 mulia, aku waive je la perangai keji dia tu. tapi kalau dia nak keep the judgement to him/herself je..lantak kau lah kan. ini tidak, memperdengarkan di telinga aku pula.ewah, ewahhh..sudah tentulah aku yang wanita ini sentap bijik

maka telah membuatkan aku termaki 'eh, ko sape nak judge2 aku?pergi matilah aku nak buat apa pun.ada susahkan kau ke?kau tak layak judge aku ok, kau tak kenal aku pun kan '*dalam hati*

tp depan dia aku buat tak tau je, malas aku nak layan.kang tak pasal2 aku dah sama level je dengan dia kan.lagipun layak ke kau untuk dilayannnnn.terus aku delete dia dari 'Senarai Nama Mereka2 Yang Berpotensi Menjadi Kawan'

i hardly make any new frens nowadays.tak tau lah kenapa..kawan2 yang ada pulak one by one nak kawin dan meninggalkan aku.ciss, kedengaran seperti loser pula.ok, lupekan kisah ini

smlm aku berbuka puasa seperti yg dirancang, kat The Chicken Rice Shop.amik meal for 2, 39.90 klu x silap aku..byk la jugak lauk pauk.sara siap tapau some balance untuk sahur.makcik tu gigih tiap2 hari bgn sahur ok.

ini jus kurma

L-R :ayam percik, ayam roasted, nasi ayam


L-R : pai tee, pak choy, sup nasi ayam, kuah ayam percik, cicah2 for ayam roasted , kerabu mangga

sup soto ayam
berminyak nak mampus, kitorang tak makan

dan hasil aku berbaik2 dengan adik chubby (waiter), dia bagi ayam percik extra seketul for us.sepatutnya dpt 2 je, tapi kitorg dapat 3.ahahaha..seronok,seronok


licinnn :)

lps makan tu xdelah reti nak balik terus kan, gi kedai mag dulu..ala mag aku takde lagi.aku skang dah malas nak baca Cleo..dah boring ok 8tahun mengadap mag tu..skang ni aku baca Female pulak.

aku & sara menggedik

bila masing2 macam nak pitam sebab kenyang+berjalan, barulah jumpa jalan pulang ke rumah.

tgk duit nih
nak tau kisah disebaliknya?

before tido, aku tetiba gatal nak minum 100plus, tapi aku malassss nak gi 7E.so aku nak membuli nurul lah

then aku pancing dia

hotcocoa : sedapkan kalau minum 100plus sejuk2

nurul : a'ah..*muka terliur*

hotcocoa : haaa..apa kata ko gi turun beli?akak belanja kau air okeh?

nurul : *mata bersinar*

hotcocoa : tapi tak boleh lebih rm1.50! *haha..keji*

nurul : air ape yang aku bole dapat?

hotcocoa :errrr..hah, big gulp!

nurul : *muka kecewa*

hotcocoa : yelah yelah, beli la apa2 air yg ko nak, asalkan cukup duit ni *sambil bagi 5hengget kt dia*

lepas tu perangai bodoh dah merasuk diri masing2. aku pegang one end duit tu, and dia pegang another end.aku konon2 berat ati nak bagi duit tu, yang dia pulak tarik2 sambil buat muka cool..sekali dengan satu sentapan, duit tu putus!!!

dua2 ternganga pastu gelak gile.

aku suh nurul amik selotep tampal duit tu, siap bagi tips

hotcocoa : nanti masa ko nak bayar, ko buat2 la sembang dgn cashier tu, buat2 peramah supaya dia layan kau sembang, x perasan duit tu cacat

sib baik dia selamat kembali dengan 100plus.satu dlm botol utk aku, dia punye dalam tin (murah sikit) ek elehh, murah 3posen je kan??

;p

timaseh nurul. ko memang adik akak yang baek ;)

cepatla hari jumaat!!!!!

-xoXO-

Tuesday, September 23, 2008

7days@seminggu to hari raya *melonjak lonjak kegembiraan*

semalam aku pegi cari kasut raya..yang sebenarnye aku dah lama menggelupur nak beli gladiator heels kat Aldo tuh selepas aku tengok gambar dia. br tgk gambar je pun air liur aku dah meleleh oke.

eh, ada ke orang meleleh air liur bila tengok kasut?okla okla aku tipu, air liur tak meleleh tapiiiiiiii jiwa aku menggelupur, aku naaaaaaaaaaaaak!!

*aku carik gambar heels tu tp dah tak jumpa!*

menyinggah la kat Berjaya Times Square, n aku stret gi Aldo.dari jauh aku sudah merasa girang sebab nampaknya ada potongan hingga 70%.masuk2 je kedai, aku carik la kasut tu, tak ada ok!!carik lagi sekali pun tak ada.isk..aku kecewa.then aku try2 kasut lain..tp mak oii, punye la halus heels dia, muat je kalau nak masuk dalam lubang idung aku.

tau lah aku kan.. klu nak yang itu, yang itu sahaja lah.jadi aku tak berapa bernafsu melihat kasut2 lain.

then teringat there's one shop feveret aku ngan bunny, kedai ni import kasut dari Taiwan.tp aku dah check so far tak ada pulak aku melihat kelibat kulit babi dalam kasut dia.lawa2 kasut dia and pattern sgt rare. kira tak adalah kalau balik kampung tu kasut bole pulak tersama dengan sedara yang dibenci.padahal dah feeling2 cantik dah ni pakai kasut paling mahal dan vogue, sekali bole pulak tersama kan?aib tau tak..lagi2 kalau sama dengan budak sekolah.bole demam oke.

masalahnye, aku tak ingat kedai tu kat floor mana, so aku pun naik turun escalator..ada la dalam 4-5 kali kot.tak jumpa!!

aku sudah mula hendak marah dengan diri sendiri ni.so aku sms bunny tanya dia dimanakah lokasi kedai tersebut.dia reply bgtau lokasi, tp tak jumpa jugakkkk.klu dah aku yang cari kannnn

to kedai kasut,
penatlah aku nak cari kau, tak kuasa.. klu kau nak duit, kau je lah cari aku *eh??*

aku merajuk sebab gagal memenuhi impian diri sendiri.so, untuk pujuk diri sendiri, aku belikan diri aku McD.tetiba aku rasa nak minum Choc Shake..bole budak tu kata mesin rosak??berani dia berkata begitu terhadap aku?

terus aku add naget4 ketul sbb geram~


semalam aku nak buat checklist barang2 yg nak bawak balik raya.perlu oke, kalau tak buat, sudah pastilah ada sahaja benda yang aku tertinggal.but instead of menulis check list, aku telah tertulis makanan yang aku nak mintak mak aku tolong masakkan *ayat sopan* for raya!!

oke, aku teringin nak makan ketupat, rendang, kuah kacang, sambal goreng, ayam masak merah, dan juga nasi minyak

ketupat tu aku tak nak nasi himpit!sebab tahun ni kakak aku balik, aku nak suh dia anyam pakai daun kelapa.haha demand.

kalau lah aku pandai mengayam ketupat tu aku buat sendiri oke, tapi masalahnye aku tak reti.aku anyam2 jadi reben..takpun jadi macam tali leher.

kalau kakak aku tanak buat, aku beli sarung ketupat yang dah siap tu.tapi aku beli 10 ketul sahaja ye, untuk aku sorang.korang makan la nasik himpit tuh *dengan nada berlagak* haaaaaa, tanak kan?so kak long, tolong anyam ketupat ye ;)

rendang tu aku tanak rendang ayam..aku nak rendang daging.aku tanak rendang Tok ke rendang Nek ke..aku nak rendang mak aku!ma, jangan ubah resepi tau.mak aku ni suka nak ikut2 resepi orang, padahal sah2 yang dia masak lagi sedap.

oh lupe nak tambah satu lagi dlm list, masak lodeh!!full of sayur-sayuran, tauhu dan tempe.

family aku time2 raya ni, tidak ada lah menu mcm soto ke, laksa ke..tak ada oke.kalau kau rasa nak menu2 seperti itu, tak payah datanglah umah aku, nanti kau kecewa.semua makanan kami adalah bertujuan untuk menggemukkan badan secara mudah dan pantas.maka perlulah yang bersantan dan berminyak tahap dewa.

tapi aku sukaaaaaaaaaaaaa..hehe.aku berjanji akan meng-diet-kan diri secara bermatian-matian selepas hari raya.errr

ok sambung, nasi minyak tu memang aku request dari mak aku every year, dia bagi nama nasi minyak dia Nasi Minyak Bodoh.bole?

aku rasa sebab dia buat simple kot, takde nak letak kismis ke gajus ke hape binatang tu sume.lagipun aku tanakkkkkkkkk benda2 tu, distraction terhadap kelazatan nasi.

eksaited nak raya sebab nak makan.keji kan?pastu bebel gemuk..isk

nak tgk tak tudung 10hengget yang aku bangga bangga kan tu?nah


pastu ni baju boria;

sama tema ngan makcik korang ye, MERAH!kira baguslah aku nak bagi merah jambu.tulisan tu ada glitter2 tp dalam gamba tak nampak pulak

ni gift utk abah;

ini untuk diri sendiri sebab terpengaruh dengan iklan *again??!!*sib baik murah

and hari ini aku pergi keje pakai baju raya tahun lepas.hehehe

arini jugak aku perlu mengangkut kuih raya aku yang ada 8 botol ni dari opis nak bwk balik umah.sebenarnya aku beli 2 jenis kuih sahaja oke, tp 200 each.kakak tu bole plak isi 50bijik je dlm satu botol.tak ke 8 botol aku dapat??!

arini aku nak buka puasa ngan sara kat The Chicken Rice Shop sbb aku terpengaruh dengan iklan ayam percik dia

misi kasut raya belum selesai.huh

-XoXo-

Monday, September 22, 2008

8days to hari raya!!!!!!!

ini adalah rumusan hari jemaat, sabtu dan ahad..


banyak gmbr makanan ni, sape2 yang iman nye senipis kulit bawang..sila penuhkan ilmu di dada dulu ;p

on friday, as planned nak pegi bbuka kt one utama.mula2 Tote nak pick me up kt Kl Sentral tp memandangkan jalan sudah pasti lah jem tahap jahanam, so aku decide to take komuter ke sg buloh n kitorg gerak dr sana together

manalah aku tau rupanya komuter tu malapetaka oke

aku tertekannnnn..seperti berada di dalam sauna sahaja.benci!

oke, ni ada satu tragedi yang telah berlaku :

ms dok bersesak tu, fon aku asyik bunyik jek, tapi memanglah tak boleh nak angkat langsung.tidak ada ruang untuk aku membuka beg oke.so aku ignore, then bunyi lagik n lagik.aku amat marah ni..masa aku bersenang lenang, xde pulak sape nak talipon kan?

bile dah berenti few stops, org dh x bape ramai, aku pun check la sape yang tak paham bahasa dok menalipon tu.laaa..bapak aku, pastu kakak aku juga.apekah?aku dh sedikit risau ini..

tetiba aku mcm nak mengecheck sent item aku.haaaa..tau tak aku telah TERhantar sms yg berada dalam folder draft aku kepada bapak aku.dan sms itu berbunyi I MISS U!!!

matilah nokkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

terus aku rasa nak pitam di situ juga.that sms shud be sent to Mr.X a.k.a paralyzer longgggggg time ago, tp tau lah aku kan suka menangguh2, smpi dah break pun aku masih tak delete dari folder draft aku.haha..

tp tak kelakar oke TERhantar sms seperti itu kepada bapak aku.lain la kalau aku duduk North Pole ke kann..bole la nak miss2 bagai *ececece, klu ngn boifren, duduk sebelah pun bole je ckp gitu kan!gatal..*

mst henpon ni tertekan sndiri ms bersesak mcm tahik td tu.n nama bapak aku first dlm fon book aku, harus terus sent kat dia kan.isk..bygkan klu nama bos aku yg first tu.

kompem aku terus resign siyal...

terus aku talipon mak aku, nak mengadu domba lah di samping nak menenangkan jiwa.lgpun, aku nak tau bapak aku ada ngumpat psl aku ke tak.

tp spt dijangka lah kan..mak aku haruslah meng-gelak-kan aku.lama gile dia gelak.cehh..

anw, sbb tragedi bongok ini, alih2 aku da smpi sg buloh.hehe..terus gerak ke OU



manage to snap a few only
malas

buka puasa kt situ, so-so aje..xdelah best sgt pun, tp ok laa..

ha, lps bbuka break jap la gi smayang..bole tak jam tangan aku ilang kt tempat wudhu'???

mmg KALDAI sape yg curi tu!!!tp yg peliknye ms tu aku x marah sgt pun, aku mcm redha jek.mungkin aku separa normal sbb kenyang sgt...takpun, aku gembira sbb ada alasan nak beli jam baru.hehe.keji.

tp lps balik umah aku sgt marah..seperti biasalah, maki-makian dan sumpahan lah keluar dr mulut aku nih.abis la kau pencuri..lps ni tetek kau besar sebelah.sbb aku dh sumpah kau jadi mcm tu.lalalalalala...

terjumpa coursemate ms kt utm dulu
preggy - 6 months :)

OU konsep errr..padang pasir eh?
ahh..pedulik

balik umah trus aku tlelap dgn tak cuci muka hape..amik kul 3 pagi br aku bangun cuci muka..dh tumbuh ruam muka haku!!!!!waa..

hr sabtu suppose bbuka dgn yat & patin.tp x jadi..janji manismu betul. so aku ajak my ex hsemate (iza) ms kt gombak dulu bbuka sama.gi klcc sbb kakak aku suh belikan kasut. before jumpe, dia sms 'jgn tkejut tau, kte dah gemuk' aku xde hal la kan.sbb xdelah aku merasa rendah diri nanti ;p

around 6++ kitorg jmp, and omg, mmg awk dh berisi la iza.lain oke muka dia sbb dulu dia sgt kurus dan tggi.org tgh hepi, tahun dpn nak kawin. mmg patutlah klu berisi

abis yg aku ni kenapa pulak?

aku rs sekarang ada virus gemuk sedang merebak laa

klcc

seafood platter for 2

aku gedik nak mkn kt Madam Kwan, tp full!haramm tau.so makan kt Manhattan Fish Market.did some shopping kt isetan utk anak2 sedara.aku beli baju sepesen utk semua.boria lah korg nnt..

sunday i met my ex ofismate ms aku keje Tanco Berhad dulu (siti). makcik tu nak beli bj raya kt kl sentral so jmp kat sana je lah.

konsep bersopan di bulan puasa

last time aku gi kl sentral, takla byk gitu kedai2 kt sana.jadi aku sedikit jakun lah kan.and aku pn terjebak membeli sepasang baju kurung kaler ijau kt situ.isk..

tp xpe *sedapkan ati* baju tu buat aku nmpk kurus.hehe..

o, yg besnye siti blanja aku buka puasa kt kenny rogers .tq laling..next time my turn oke.aku klu ngn dia ni slalu je berebut nak bayar bila makan. ada sekali tu, x puas ati punye psl, aku bayar meal dia n dia bayar meal aku.bole gitu?


gamba makanan tak sempat amik
kebuluran ;p

aku ni klu org x bkira ngan aku, maka aku bersifat mulia lah.tp klu kau kaedah keji, haruslah aku lebih puaka ye..

siti dah slim shady laaa, sempatlah aku korek rahsia2 pengurusan badan dia kann.

owh, aku beli tudung bunga2 juga.x tau bile nak pakai, tp sbb cantik n murah, aku beli!10ringgit je, aku beli 4. *tamak* satu utk siti ok :)

ex Tanco

sebelum aku terpaksa meminta sedekah slps raya, lebih baik lah aku mengstopkan soping2 ni.dah la duit kuih raya blum bayar *jap eh kak, saya maybank2u kat akak*

kakak aku pesan suh beli tudung kat jln TAR, tp aku rasa aku bole sawan kalau pegi ke lembah itu.em, nak heret sapa ye...

hehe

anw, seems like weekend lps ialah weekend bersama ex-es. did i tell u Mr X a.k.a paralyzer juga telah meng-sms gwe?hmm..

lambatnye ms blalu arini~

-XoXo-

Friday, September 19, 2008

11 days to hari raya *goyang2 ponggong sebab sukeee*

eh, nape aku berdiri mcm nak nyanyi negaraku nih
isk.. gemok

ah,pose senget sikit
nmpk kurus ;)

i'm PINKED!

aku terasa seperti ahli persatuan Puteri Islam sahaja..
worst, aku rs seperti sebuah tong air bandung yang berjalan~

nmpk flowy2 kt tgn tu?membuatkan aku kene bukak baju everytime masuk toilet..

anw, kenapa aku bersemangat padi di hari dressdown aku?sebabbbb

aku nak jumpa n buka puasa ngn my bestie, Tote, di sini :)

pic - credit to ipohwav3.wordpress.com

dh alang2 aku menempek nempek ni aku teruskan sahaja lah dengan gmbr makanan buka puasa aku ye

jap lg mesti ada org komen ;p

went to Secret Recipe, sbb cacing2 peliharaan aku memberontak nak makan carrot cake. little did i know yg mereka telah mengstopkan kejap pengeluaran kek itu. patutlah haritu aku cr kat SR Jusco pun tak ada.ku fikirkan sudah habiss..ropa-ropanyaaaa :(

they changed it to some kind of prune cake hape tah.tp aku tgk rupa nya tak menggiurkan langsung~

lgpun waiter tu siap ckp 'tak sedap lah kek tu'

aku pun percaya lah cakap waiter itu kann..so i tried this

cheese brownies

turnout to be sedap jugak la
x cheesy sgt, tak manis sangat..cuma keras sikit

main course?

tadaaa...
nasi ayam from kfc

selalunya aku makan ayam OR. tp yg spicy version ni sedap pulok.

since arini ialah jemaat, malam tadi harusla bermalas malasan sebab feeling2 harini boleh kerja main2.tidak perlu membanting tulang

tapiiiiiiiii pagi2 dh banyak keje oke.isk

i slept at 1am and before tido aku gigih pegi 7E sbb nak makan eskrem. tau lah kan aku.. selagi tak dapat benda yang aku nak, haruslah menggelupur tak boleh tido bagai.hehe

sori gmbr blur

dah kire mulia lah aku teringat nak snap tau, da nak abis tu. sedap korg eskrem ni..dia kan mcm ada susu2 pastu ada mashmelo yang di cincang kasar.sukeeeeeeeee.err, x igt bape hengget..tp singgit lebih je

i called bunny yesterday, cian dia..dh 3 hr MC sbb muntah2 morning sickness yg sgt teruk.smpi semalam dia pegi hospital n kene masuk air
she barely can eat, and her weight dropped..but thank god, bile check baby, hearbeat nye laju n sihat :)
pastu i called mak and let her know, and dia kata nothing to worry, biasala 1st baby
so,sabar eh yang, awal2 je ni..u'll be fine *hugs* nnt u sihat, kite gi makan kat chee meng ok :) *eh, tetiba*

me n bunny
mish u much! :)

weekend ini adalah weekend terakhir aku berbuka puasa di kl, for tahun ini.gembiraaaa..tak sabar hendak menuntut janji kari telur dr mak aku *tak abis abis..hehe*

today :buka puasa with bestie, Tote
tomorrow/Sunday :buka puasa with the Nutties iaitu Yat & Patin or bestie, Liza. *sape2 yg cop aku dulu.ekekekekeke*

korang suke last minit kan??

;p

its weekend!!!yeyehhhh..*goyang ponggong lagik* enjoy it darlings!

mmuah!

-XoXo-